Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Wednesday, June 30, 2010

Fanatikkah dia ?



Perlawanan suku akhir piala dunia dah pun bermula. Kehangatannya makin membara. So, citer pasal bola pun masih tak abis2 lagi. Baru jer abis layan Brazil vs Holland. Cane juara piala dunia 5 kali ini, boleh tumpas malam ini? Inilah bola. Nampak kejam kan? Hurm......

Cuti sekolah yang lepas, bola jabulani adidas kedai Al-Ikhsan K. Terengganu menjadi mangsa pertama sempena demam Piala Dunia. Walaupun telah mempunyai sebiji bola bersize kecil ketika Piala Dunia 2006, tapi itu tak mencukupi. Tak sama dengan pattern 2010. Lihat sahaja aksinya setelah bola jabulani bersaiz biasa itu menjadi miliknya. Tengok ! Plastik Al-Ikhsan pun masih tak buang lagi tapi dah sibuk nak berposing dalam keta.

Eheh ! cuba tengok baju yang Amirul pakai tu tak kena kan? Tu baju Australia. Amirul bukan Australia fan, player pun dia tak kenal tapi baju tu buah tangan dari auntie dia, Cik Da yang baru pulang bercuti dari Melbourne, Australia. Tapi really Amirul nmpak nice bila dia pakai baju tu. Amirul pun suka. Tak kisahlah kan?

Kemudian, puas menerjah dari kedai ke kedai mencari jersi Argentina. Kalau boleh nak no. 10, milik Lionel Messi. Konon nak tukar nama jadi Mirul Messi. Bertuahnya Messi kerana mempunyai peminat sekecil Amirul, anakku. Amirul kata, Messi hensem. Konon2 nak buat Messi tu jadi abang dia. Muehehehe....Malangnya, jersi semua bersaiz untuk orang dewasa. At last? Ada juga. Gembira tak terkira bila dapat jersi tu, terus pakai sampai bawa tidur.

Oppss....yang ni bukan baju Argentina. Size pun bukan utk tubuh dia. Ini Jersey German. Milik siapa? Ehem..ehem....tang ni malas nak cerita. Agak2 kalau pegi stadium S.Alam boleh tak pakai jersey nih? Mesti orang Terengganu suka. Selangor? Hish....walau cane pungg.....Selangor tetap di hati tawu..

Sebut nama player2 dunia, bnyak yang Amirul tahu. Antaranya Rooney, Klose, C.Ronaldo, Podolski, Torres dan Gerrard. No Jersi dan bendera negara juga dia ingat. Kaka, comel katanya. Hah ! sudah..nanti kena cari pula jersi Brazil. Slide kad player2 piala dunia juga menjadi simpanan milik peribadinya. Jangan sesiapa berani membuangnya. Cari nahas.

Kelmarin, boleh ada Piala Dunia kat stesen minyak petronas. Kerana harga yang agak mahal, aku tinggalkan piala dunia tu tnpa membelinya. Amirul mengamuk. Merajuk. Menangis. Akur dengan perangai Amirul, berhenti di stesen petronas tapi di lokasi yang lain. Tapi takde. Pergi lagi 2,3 petronas lain. Pun takder. Patah baliklah jawabnya. Terpaksalah pusing hiway semula. Bayar tol lagi. Pergi stesen petronas yang mula2 singgah tadi. Hurm....rupa2nya, petronas di situ sahaja yang ada jual koleksi piala dunia. Ada yang bersaiz besar sebijik macam piala dunia sebenar tapi dah kehabisan stok. Nasib baik dah habis sebab harganya jauh lebih mahal. Yang ada tinggallah saiz yang sesuai untuk Amirul. Amirul senyum lebar sampai ke telinga. Tak hilang senyum sampailah waktu tidur.

Amirul bukanlah fanatik sebenarnya. Dia sebenarnya meminati bidang bola sepak. Setiap petang dia mesti buat aktiviti panaskn badan di ruang garaj rumah pengasuh. Habis calar balar lutut dia. Tak tahu la kena tackle ke atau puas menackle orang lain. Berminat nak jadi player dunia satu hari nanti. Ganti Messi, katanya. Paling2 pun ganti Amri Yahyah pun orait jugak....hehehe...

Bila aku tnya pada Amirul, "esok German lawan Argentina, mana menang? "

Amirul kata, " Dua2 lah"

Aku kata lagi, " Mana boleh, satu mesti kalah macam England hari tu"

"Argentina la.....German 4, Argentina 7"


Tengok dah konfiden siap pakai jersi Argentina dgn jabulani dan julang Piala Dunia.

Tapi apehal plak nangis nih?

Hehehe...tunggu la siaran tempatan pukul 10.00 malam 3hb Julai 2010 (Sabtu) ni yer......Mgkn peminat kecil ni nangis lagi macam masa England kalah hari tu. Sebabnya, "Amirul kesian tengok muka Rooney keluar padang."


Siapakah ?


Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil pusing akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s


Siapakah orang yang manis senyumannya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia berkata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi, Aku redha dengan ketentuan-Mu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan kemana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi menghimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.


Kisah Bunga dan Rama2


Seorang lelaki berdoa kepada Allah agar diberikan bunga dan rama-rama. Namun Allah memberikannya kaktus dan ulat beluncas. Lelaki ini sedih, tidak faham mengapa pemberian-Nya berbeza daripada permintaannya.

Kemudian dia berfikir: Allah mempunyai terlalu ramai umat untuk diuruskan dan dia memutuskan untuk tidak mempersoalkannya.


Selepas satu tempoh, lelaki ini memikirkan semula pemohonan doanya yang telah lama dilupakannya. Lelaki ini terperanjat apabila melihat dari pokok kaktus yang hodoh dan berduri itu, tumbuh pula bunga yang cantik dan daripada ulat beluncas yang terselindung, telah bertukar menjadi rama-rama yang cantik.


Allah sentiasa melakukan semua perkara dengan betul ! Cara Allah sentiasanya cara terbaik, walaupun kelihatan semuanya salah.

Jika anda memohon sesuatu dan menerima yang lain dari Allah, percayalah! Pastinya Allah sentiasa mengurniakan apa yang dipinta pada masa yang sesuai. Apa yang anda pinta tidak semestinya apa yang anda perlukan.
Allah tidak akan gagal memenuhi permintaan anda, teruskan berdoa tanpa ragu dan mengeluh.

Duri hari ini adalah bunga hari esok ! Allah mengurniakan pilihan terbaik kepada mereka yang menyerahkan ketentuan kepada-Nya.


Kisah cinta. waktu dan kawan



Alkisah di suatu pulau kecil, tinggallah berbagai macam benda-benda abstrak. Ada CINTA, KESEDIHAN, KEKAYAAN, KEGEMBIRAAN dan sebagainya. Mereka hidup berdampingan dengan baik.

Namun suatu ketika, datang badai menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba naik dan akan menenggelamkan pulau
itu. Semua penghuni pulau cepat-cepat berusaha menyelamatkan diri. CINTA sangat kebingungan kerana ia tidak dapat berenang dan tidak mempunyai perahu. Ia berdiri di tepi pantai mencari pertolongan. Sementara itu air semakin naik membasahi kaki CINTA.

Tidak lama kemudian CINTA melihat KEKAYAAN sedang mengayuh perahu. “KEKAYAAN-KEKAYAAN, tolong aku!” teriak CINTA. “Aduh, maaf, CINTA!” kata KEKAYAAN, “Perahuku penuh dengan harta bendaku. Aku tak dapat membawamu serta, nanti perahu ini tenggelam. Lagi pula tak ada tempat lagi di perahuku ini untukmu.

"CINTA sedih sekali, namun kemudian ia melihat KEGEMBIRAAN lewat dengan perahunya. “KEGEMBIRAAN! Tolong aku!”, teriak CINTA. Namun KEGEMBIRAAN terlalu gembira kerana ia menemukan perahunya sehingga ia tak mendengar teriakan CINTA. Air makin tinggi membasahi CINTA sampai ke pinggang dan CINTA semakin panik.

Tak lama kemudian lewatlah KECANTIKAN. ‘KECANTIKAN! Bawalah aku bersamamu,” kata CINTA. “Waaah ! CINTA, kamu basah dan kotor. Aku tak bisa membawamu ikut. Nanti kamu mengotori perahuku yang indah ini.’ Sahut KECANTIKAN. CINTA sedih sekali mendengarnya. Ia mulai menangis teresak-esak.

Saat itu lewatlah KESEDIHAN. “Oh, KESEDIHAN, bawalah aku bersamamu,’ kata CINTA. “Maaf CINTA. Aku sedang sedih dan aku ingin sendirian saja …” kata KESEDIHAN sambil mengayuh perahunya. CINTA putus asa. Ia merasakan air makin naik dan akan menenggelamkannya.

Pada saat kritis itulah tiba-tiba terdengar suara, “CINTA! Mari cepat naik ke perahuku!” cepat-cepat CINTA naik ke perahu itu, tepat sebelum air menenggelamkannya.
Di pulau terdekat, pengemudi perahu itu menurunkan CINTA dan segera pergi. Pada saat itu barulah CINTA sedar bahawa ia sama sekali tidak tahu siapa yang berada di perahu yang menyelamatkannya itu. CINTA mahu tahu siapa gerangan pengemudi perahu itu, dan ia menanyakanya kepada orang tua di pulau itu. “Oh, pengemudi perahu itu tadi? Dia adalah WAKTU.” Kata orang tua itu. “Tapi, mengapa ia menyelamatkanku? Aku tak mengenalnya. Bahkan teman-teman yang mengenalku pun enggan menolongku,” Tanya CINTA heran. “Sebab,” kata orang itu, “hanya WAKTU lah yang tahu berapa nilai sesungguhnya dari CINTA itu …”

Kemudian pada suatu hari CINTA dan KAWAN berjalan dalam satu kampung…
Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga…
Kenapa??
Kerana CINTA itu buta..Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga…
Kenapa??
Kerana… KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA !!
Didalam telaga CINTA hilang…
Kenapa??
Kerana… CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga,sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap..Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA dan terus menunggu..
Kenapa??
Kerana… KAWAN itu sejati dan akan kekal sebagai KAWAN yang setia… kan ?? so, hargai lah KAWAN kita selagi dia masih ada bersama kita.


Cerita Gula Dan Sirap


Tiada yang lebih gusar melebihi makhluk Allah yang bernama gula pasir. Pemanis dari olahan tumbuhan tebu ini membandingkan dirinya dengan makhluk sejenisnya yang bernama sirap.

Masalahnya sederhana. Gula pasir merasa kalau selama ini dirinya tidak dihargai manusia. Dimanfaatkan, tapi dilupakan begitu saja. Walau ia
sudah mengorbankan diri untuk memaniskan teh panas, tapi manusia tidak menyebut-nyebut dirinya dalam campuran teh dan gula itu. Manusia cuma menyebut, "Ini teh manis." Bukan teh gula. Apalagi teh gula pasir. Begitu pun ketika gula pasir dicampur dengan kopi panas. Tak ada yang mengatakan campuran itu dengan 'kopi gula pasir'. Melainkan, kopi manis. Hal yang sama ia alami ketika dirinya dicampur berbagai adunan kuih dan roti. Gula pasir merasa kalau dirinya hanya diperlukan, tapi kemudian dilupakan.

Ia cuma disebut manakala manusia memerlukannya. Setelah itu, tiada penghargaan sedikit pun. Tiada yang menghargai pengorbanannya, kesetiaannya dan peranannya yang begitu besar sehingga sesuatu menjadi manis.

Berbeza sekali dengan sirap. Sirap walaupun hanya bertindak sebagai pewarna tetapi bila ianya sudah dicampur gula, orang tetap memanggil itu air sirap dan bukannya air gula sirap. Nama gula benar-benar tersisih.

Maka, posisi apakah diri kita? Gula atau sirap? Kalau pun kita di bahagian gula... kita akur saja kerana hidup biarlah berbakti walaupun tidak dipuji....benarkah?


The Perfect Heart


Read this touching story all the way to the end...

One day a young man was standing in the middle of the town proclaiming that he had the most beautiful heart in the whole valley. A large crowd gathered and they all admired his heart for it was perfect. There was not a mark or a flaw in it. Yes, they all agreed it truly was the most beautiful heart they had ever seen. The young man was very proud and boasted more loudly about his beautiful heart.

Suddenly, an old man appeared at the front of the crowd and said,
"
Why your heart is not nearly as beautiful as mine."
The crowd and the young man looked at the old man's heart. It was beating strongly, but full of scars, it had places where pieces had been removed and other pieces put in, but they didn't fit quite right and there were several jagged edges. In fact, in some places there were deep gouges where whole pieces were missing.

The people stared -- how can he say his heart is more beautiful, they thought?


The young man looked at the old man's heart and saw its state and laughed.
"
You must be joking," he said. "Compare your heart with mine, mine is perfect and yours is a mess of scars and tears.""Yes," said the old man, "yours is perfect looking but I would never trade with you. You see, every scar represents a person to whom I have given my love - I tear out a piece of my heart and give it to them, and often they give me a piece of their heart which fits into the empty place in my heart, but because the pieces aren't exact, I have some rough edges, which I cherish, because they remind me of the love we shared."Sometimes I have given pieces of my heart away, and the other person hasn't returned a piece of his/her heart to me. These are the empty gouges -- giving love is taking a chance. Although these gouges are painful, they stay open, reminding me of the love I have for these people too, and I hope someday they may return and fill the space I have waiting. So now do you see what true beauty is?

"The young man stood silently with tears running down his cheeks. He walked up to the old man, reached into his perfect young and beautiful heart, and ripped a piece out. He offered it to the old man with trembling hands. The old man took his offering, placed it in his heart and then took a piece from his old scarred heart and placed it in the wound in the young man's heart. It fit, but not perfectly, as there were some jagged edges. The young man looked at his heart, not perfect anymore but more beautiful than ever, since love from the old man's heart flowed into his. They embraced and walked away side by side.

Please let everyone know each day how much they mean to you, as they may be gone tomorrow.


Monday, June 28, 2010

German vs Argentina? Aduh.....


Akhirnya, negara yang mendapat gelaran The Three Lions ini pulang ke England bersama penyokong2nya dengan perasaan hampa setelah ketinggalan 4-1 di tangan German semasa peringkat pusingan ke-2. Dan adapun, jika gol ke-2 sepakan Lampard diterima pakai, England tetap harus pulang, walaupun ada sesetengah pendapat mngatakan, rentak permainan mgkn berbeza. Dan malam itu malam German. German diberi laluan untuk meneruskan rentak tarian mereka pada suku akhir perlawanan.

Piala dunia semakin panas dan hangat. Sehangat hatiku juga. Mananya taknyer. German bertemu dengan Argentina. German pilihan no.1 dan Argentina juga team pilihan ku. Dan Argentina juga team no.1 faveret suamiku dan anak lelakiku. Messi sudah tentu mnjadi pemain kesayangan Amirul, anakku itu. Mirul Messi, katanya.

Hurm...kalau panas2 pun aku harap kedua2 team ini bertemu pada peringkat akhir bagi menjulang Piala Dunia 2010. Maka panas la lantai yang aku landing. Takpun hangat dan hangit kerusi yang aku duduk. Sebab tak boleh nak duduk diam. Namun kena terima hakikat, bahawa salah satu sahaja team yg bakal memenangi pertembungan ini, dan akan meneruskan perjuangan merebut gelaran juara piala dunia.

Walaupun faveret team, German, namun Argentina juga antara team yang aku tggu setiap kali perlawanan piala dunia. Diego Maradonna begitu sinonim namanya dengan sukan ini dan begitu terkenal setelah mnjuarai piala dunia. Kini dia menggalas tugas di luar padang sebagai jurulatih Team Argentina. Pastinya, dia mahukan yang terbaik dari anak2 didiknya seperti Messi dan Teves. Akan wujudkan lagenda seperti Maradonna? Kita nantikan aksi mereka ye..

Lionel Messi. Pemain jersi 10 yang beraksi di kelab Barcelona merupakan paling terkenal pada musim piala dunia 2010 ini. Messi juga pemain pilihan FIFA 2009. Hantaran bola yang menarik dan skill yang cukup hebat dapat kita saksikan setiap kali team mereka beraksi. Dapat kita lihat bagaimana pihak lawan akan mengawal sepenuh perhatian terutama apabila bola sampai ke kaki Messi mahupun Teves. Kalau tackle tu usah nak kira lah. Berkali2 Messi bangun dari jatuh dan tak pernah berputus asa mengejar bola.

Teves, yang suatu ketika dahulu pernah menyarung jersi Man United, kini bersama dgn Man City memang tak perlu di pertikaikan aksi hebatnya. Rembatan laju memang selalu membuat peminat2 bola sepak terutamanya yang menyokong kuat team Argentina ini, terpegun. Lihat sahaja penangan Teves ketika membuat hantaran gol yang ke-3 ketika menentang Mexico kelmarin. Mantap.

Selain dari Lionel Messi dan Carlos Teves, Gonzalo Higuian tidak dilupakan. Pernah membuat jaringan hatrick 3 gol semasa menentang Korea Selatan. Jangan sesekali leka dengan gerak lincahnya. Posisi dia di situ agak bahaya. Selalu menerima hantaran dari Messi dan terus merembat ke pintu gol. Hati2 ye German.....

Selama demam Piala Dunia 2010 bermula, rekod Argentina masih belum kalah dalam gelanggang. Banyak hantaran maut dari Messi yang berjaya menerjah gawang pintu gol walaupun sebenarnya aku masih menantikan gol pertama dari kaki Messi agar dapat dia menamatkan kemarau jaringan di piala dunia. Bagi aku larian laju, skill yang tersendiri dan rembatan kencang Messi cukup membuat pasukan lawan rasa gerun dan pasti mengambil langkah yang terbaik. Chaiyokk..!!

Itu, Argentina. German? Team no.1 aku ini tetap mnjadi pilihan. Pernah tewas dengan Serbia 1-0, itupun setelah German bermain 10 orang bila Klose dikenakan tindakan keluar padang kerana dilayangkan kad merah. Meneruskan tradisi pertemuan antara kedua team ini pasti hangat. Tak siapa tahu jika tuah menyebelahi German kali ini, wpun nampak kekebalan bonus di pihak Argentina. Bola itu bulat. Dan bila di padang rentak akan berubah. Adakala sukan bola ini juga kejam. Itu yang dapat aku katakan bila France, England dan Itali yang merupakan juara Piala Dunia 2006 terpaksa pulang dengan putih mata.

German masih ada pemain berpengalaman seperti Philip Lahm dan Mueller yang telah menyertai piala dunia sebanyak 3 kali. Manakala Mesut Ozil dari kelab Werder ini masih segar dan berusia 21 tahun merupakan bintang yang bakal menyinar. Walaupun tanpa kehadiran Michael Ballack, namun masih ada lagi kekuatan yang terletak pada pemain handalan seperti Podolski, Klose dan Bastian. Jangan pandang ringan dengan Klose, bintang Bayern Munich ini kerana pencapaiannya telah menyamai legenda Brazil, Pele dalam senarai penjaring di piala dunia, hanya 3 di belakang penjaring terbnyak, Ronaldo yang menjaringkan 15 gol. Newell's diharapkan dapat menjaga gawang pintu gol seumpama gahnya tembok Berlin German dengan sebaiknya agar tidak mampu di terjah oleh Argentina. Pastinya ada penangan dan hadiah yang terbaik buat anak2 didik Joachim Loew ini. Harap2 Tembok Berlin tetap gah dan kukuh di stadium Afrika Selatan.

Kesimpulannya, aku pasti setiap team punyai keistimewaan dan kekuatan mereka masing2. Yang tersendiri. Walau apapun kesudahannya, dua team ini merupakan Top 10 FIFA ranking yang masih tidak pudar dalam mewarnai Piala Dunia. Masih gah. Dan pastinya, aku tidak akan melepaskan peluang menyaksikan persembahan hebat dari dua pasukan ini. Dan jika kejayaan memihak kepada German, pastinya hidangan seafood menanti ku....hehehe...


Bonda


Jangan datang dalam hidup ini jika sekadar mahu mengulang kenangan lama dan menambahkan luka yang sedia ada.

Aku mengulang ayat itu beberapa kali dalam hati ini. Ingin aku laungkan dan jeritkan di telinganya agar kata-kata ini bersemi untuk kesekian kalinya. Malangnya nasihat bonda teguh menghalang. Nasihat bonda menjadi tembok yang begitu teguh dan payah untuk aku runtuhkan kerana aku tidak pernah di ajar untuk menjadi anak derhaka.

“ Anak ayah sihat?.”

Aku sekadar membalas soalannya dengan senyuman yang hambar yang cuba aku gulakan. Aku punya nama. Nama yang indah yang dipilih olehmu. Mengapa sekadar membahasakan diri ‘anak ayah’. Mengapa tidak memanggil nama itu?. Tak perlu hendak hebohkan di sini aku anakmu kerana semua orang tahu kenyataan itu. Bentak hati kecilku lagi.

“Mengapa. Anak ayah tak suka ayah datang?”

Sekali lagi panggilan itu memualkanku. Menyesakkan ruang nafasku dengan sebu. Tolonglah panggil namaku, bukannya ‘anak ayah’. Aku benci sungguh.

“ Safi………” mataku hampir berkaca apabila bonda menegurku. Bonda mengapa harus dibela lelaki ini lagi?. Dari kecil hingga aku dewasa tidak pernah aku mendengar yang buruk-buruk tentang lelaki di hadapanku ini. Lelaki yang malu untuk aku panggil ayah sekalipun. Segalanya yang baik-baik belaka. Sedangkan hati bonda telah hancur luluh dengan kelakuannya. Itu kata hatiku

“ Maaf ya. Mungkin Safi letih. Maklumlah ‘orang kuat’ sekolah kan.” bonda mengusikku tetapi mata bening bonda tidak boleh menyembunyikan hakikat. Bonda marah benar dan tersinggung dengan kelakuanku. Itu aku tahu.

Bonda mengertilah aku bukan pelakon yang hebat. Aku tidak pandai bermuka-muka di hadapan orang yang aku tak suka. Yang lebih tepat lagi yang aku benci sekian lama.

“Bonda tidak pernah mengajar anak bonda untuk kurang ajar dengan sesiapa.”

Sebaris kata bonda biarpun dalam nada mendatar itu cukup mengesan di hatiku. Kata-kata bonda biarpun seakan berbisik pada diri sendiri tetapi aku tahu kata-kata untuk aku. Siapa lagi anak bonda kecuali aku. Aku yang bernama Safi Mawaddah.

Aku seakan ingin menghamburkan air mata yang cuba aku tahan derasnya. Aku yang tabah dan sukar menumpahkan titisan keramat ini benar-benar tersentuh dengan kata-kata bonda kerana dalam dunia ini hanya bonda yang aku sayang serta aku hormati. Senada katanya bisa menghiris ketabahan ini dan mengalirkan kelukaan dan air mata.

Ayah pulang ke Kuala Lumpur usai menghantar aku dan bonda ke rumah. Sepanjang yang aku tahu, bonda tidak pernah mempelawa ayah melangkah masuk ke dalam rumah dan ayah pula seakan tahu batas adabnya. Ayah tidak pernah melangkah kaki ke kawasan rumah kami. Garis sempadan ayah hanya di pintu pagar sahaja. Sememangnya seharusnya begitu, jerit hatiku dan tentunya tidak pernah aku luahkan di hadapan bonda.

“ Safi…,” aduh bonda, jangan memanggil aku dengan nada begitu. Nada itu bersifat ingin mengajar aku. Aku sudah menjadi anak bonda hampir 17 tahun. Aku juga bijak membaca nada suaramu, bonda.

Aku merenung wajah hening bonda.

“Safi, biar apa pun yang terjadi, dia tetap ayah Safi. Safi berbintikan namanya dan dia jugalah yang akan mewalikan Safi suatu hari nanti. Bonda harap Safi mengerti maksud kata-kata bonda. Safi sudah cukup dewasa untuk memahaminya.”

“ Maka Safi juga sudah cukup dewasa untuk mengetahui mengapa agaknya kasih Bonda pada ayah tidak pernah berkalih. Ayah sudah ada hidupnya sendiri. Tetapi bonda…,” bonda tunak merenungku sehingga mematikan semarak semangatku untuk bertanya. Aku menekur bisu kembali. Aku tahu aku sudah melampau batas adabku.

Bonda bangun perlahan-lahan dari sofa. Memandangku sejenak. Kemudian berlalu pergi ke dalam biliknya. Aku terus diterpa salah.

Bonda kembali padaku dan menyerahkan sebungkus hadiah yang dibalut kemas.

“Hadiah dari ayah.” Itu sahaja kata bonda padaku. Hanya sebaris kata dan langsung masuk ke biliknya. Kemudian aku terdengar sayup-sayup lagu kegemaran bonda. Lagu klasik itu biarpun hanya serangkap cuma tetapi benar-benar menusuk kalbu.

Lagu itu hanya berkumandang apabila bonda sedang berwalang hati. Aku menyeka air mata yang mengalir dipipiku. Air mata yang menjadi saksi kekesalan aku meruntun sedih bonda.

Tudung periuk pandai menari

Menari lagu putera mahkota

Kain buruk berikan kami

Buat menyapu si air mata

Bait lagu itu menguasai suasana petang yang hening ini. Aku membuka bungkusan hadiah dari orang yang aku benci sekian lama.

Untuk anak ayah

(Yang dewasa tanpa ayah dapat melihatnya)

Selamat hari lahir anakku..

ayahmu

Ucapan ayah yang ringkas itu aku tenung dalam sebak. Hadiah ayah adalah telefon bimbit Nokia dari model yang terbaru. Handphone ini memang aku suka benar namun bukan berniat untuk memilikinya kerana aku tidak mahu menyusahkan bonda. Aku sekadar menyatakan kesukaanku tanpa niat apa-apa

Itulah ayah yang tidak pernah membiarkan aku hampa. Ada sahaja hadiahnya untukku. Apa sahaja yang aku inginkan pantas sahaja ayah tunaikan. Mungkin kerana dia tidak disampingku untuk melihat aku dewasa (seperti yang tertulis dalam ucapannya) maka dia tidak banyak soal untuk memberi aku apa-apa. Tetapi sayangnya kebencianku yang menjadi nanah ini telah menutup kebaikannya.

Masakan aku boleh lupakan peristiwa itu. Ketika itu aku kecil lagi. Masih di sekolah rendah. Suatu hari bonda menyuruh aku bersiap cepat.

“ Kita akan ke rumah nenek”

Rumah nenek?. Aku jadi pelik metah. Kami tidak pernah ke rumah nenek sepanjang aku hidup di dunia ini. Sehingga aku menyangka dalam hidupku hanya bonda dan ayah sahaja.

Ayah diam sahaja apabila bonda kata kami akan ke rumah nenek. “Ayah sakit” itulah jawapan bonda kepadaku sekiranya aku bertanya mengapa ayah diam sahaja apabila aku cuba untuk bercakap dengannya.

Ayah sudah lama jatuh sakit. Sakit ayah pelik dan tidak kebah. Ayah hanya baring di atas katil seperti mayat hidup. Bondalah yang bersusah payah melayan kerenah ayah. Aku tidak berani untuk bermesra dengan ayah seperti selalu lantaran ‘amaran’ bonda.

Apabila sampai di rumah nenek, kedatangan kami di sambut dingin sahaja. Nenek (emak sebelah ayah) menjeling bonda dan aku tajam. Dia langsung tidak menyambut salamku.

Di rumah nenek, aku diam tidak berkutik sedangkan aku kanak-kanak yang riang dan gemar bergurau.

“ Kau bukan cucu rumah ini. Jangan nak berani makan apa-apa di rumah ini,” aku jadi segan apabila sepupu perempuanku yang sering bertocang dua merampas biskut yang aku ambil di atas para. Aku terasa mahu menamparnya sahaja. Siapa dia untuk menuduh sebegitu rupa. Kami setaraf sahaja. Berani dia lancang berkata sebegitu rupa.

Aku mengambil tindakan drastik merampas kembali biskut itu dan berlari menuju bonda. Sepupuku mengejar aku sekeliling rumah. Bonda cuba untuk mempertahankanku. Iyalah aku ini kan anak bonda, tentulah bonda akan melindungi aku.

Suasana kecoh seketika apabila sepupuku yang tidak tahu adab menengking bonda seperti bonda ini babu di rumah ini. Geram sungguh aku melihatnya. Aku sering diasuh oleh bonda agar jangan kurang ajar dengan orang tua tetapi sepupuku terlebih ajar pula.

Nenek muncul di tengah-tengah kekecohan itu. Sepupuku yang tidak malu itu mengadu entah apa-apa dengan nenek. Bonda cuba untuk melindungi aku tetapi nenek hanya menyorot tajam wajah bonda.

Langsung nenek menampar bonda. Bonda tersungkur jatuh. Tidak cukup dengan itu, nenek menghentak kepala bonda ke tiang dengan segala sumpah seranah dihamburkan. Aku menjerit ketakutan dan menangis apabila melihat kepala bonda berdarah.

Ayah pula dimana?. Hanya baring di katil memerhatikan kami tanpa sebarang reaksi. Ayah adalah saksi perbuatan nenek. Aku jadi cukup benci dengan ayah ketika itu. Mengapa ayah tidak menyelamatkan bonda dari nenek yang kejam itu?. Nenek yang sedang mencederakan bonda?.

Tidak cukup dengan itu, nenek mengheret bonda di hadapan ayah. Nenek memaki hamun bonda yang katanya tak tahu malu merosakkan kebahagiaan orang lain. Kebahagiaan siapa? . Neneklah yang merosakkan kebahagiaan kami?. Aku menjerit dalam hati. Aku terperosok duduk ketakutan di bucu rumah.

Ayah pula masih begitu. Memandang nenek dan bonda tanpa reaksi. Apa yang aku tahu, selepas itu wajah nenek puas dan bonda pula menangis tersedu-sedu. Nenek menarik aku dan bonda keluar rumah rumah dan mencampakkan beg pakaian kami. Kami telah dihalau!!!!.

Bonda tidak menangis merayu untuk masuk ke rumah ‘puaka’ itu. Bonda terus menahan teksi dan meninggalkan ayah dan rumah itu serta isinya.

Semenjak itu aku tidak pernah melihat ayah. Sememangnya aku tidak sudi pun. Ayahkah dia jika hanya berdiam sahaja melihat isterinya di seksa oleh emaknya sendiri?. Manusiakah dia melihat kekejaman di hadapan mata sendiri?. Bertahun-tahun benci itu bertamu di atma ini sehingga wajah ayah yang kubenci itu muncul tiba-tiba di hadapan rumah baru kami beberapa tahun lalu

Walaupun aku kagum dengan kesetiaan bonda yang tidak pernah tergugah walaupun ramai lelaki datang menyerah namun pada hakikatnya kesetiaan bonda seringkali mengundang amarah dan rajukku. Lantaran kesetiaan dan kasih bonda untuk lelaki yang paling aku benci seluruh penghidupanku. Lelaki yang tidak dapat aku kikis walau sesaat lantaran dia adalah ayahku

Mengapa setelah pelbagai ranjau dan onak kami tempuhi, hati bonda masih seteguh karang untuk lelaki itu?. Masakan aku tidak dapat menekanya. Jikalau tidak tentulah bonda telah menerima kehadiran lelaki lain dalam hidup kami. Sekurang-kurang apabila begitu aku dapat mengisytiharkan kemenangan kepada ayah bahawa hati bonda bukan lagi untuk ayah.

Dalam hidup kami hanyalah ada aku, bonda dan adik bonda. Kami tiada saudara mara lain. Adik bonda yang aku panggil Auntie Miera sudah bertahun lamanya membawa hatinya yang lara ke Jerman. Semuanya kerana lelaki durjana yang mengkhianati perjanjian cinta mereka. Mengapa kehadiran lelaki hanya menyusahkan kaum kami sahaja?. Aku semakin membenci golongan tersebut

Suatu petang Auntie Miera pulang dalam remang senja merah. Aku sungguh gembira lantaran selama ini kami sering berhubung dengan email sahaja. Aku sering meluahkan rasa kebencianku pada ayah kepada Auntie Miera.

Namun petang itu menjadi saksi pada lafaz kata-kata Auntie Miera yang menyentak girangku.

“Auntie akan berkahwin tak lama lagi.”

KAHWIN!. Perkataan itu bagai halilintar membelah bumi. Dahulu kata Auntie hatinya telah lama tertutup untuk mana-mana lelaki. Lalu mengapa dibuka hatinya lagi untuk di lukai.

Semalaman aku berkurung dalam bilik tanda memprotes Auntie Miera. Namun ketika tengah malam, aku terlalu lapar dan cuba menyelinap keluar dari bilik. Akhirnya aku tertangkap oleh Auntie Miera.

”Sayang…”syahdu hatiku mendengar Auntie Miera memanggil nama timbanganku. Mawaddah yang bererti kasih sayang

Auntie meraih tanganku.

”Mengapa terlalu marah pada keputusan Auntie?. Bersungguh benar sayang benci pada perkahwinan. Mengapa perasaan benci yang keterlaluan ini membenih dalam jiwa sayang?.”

Bahasa Auntie Miera memang puitis biarpun bertahun di luar negara. Aku membisu namun jawapan yang bergema dalam hatiku lelaki adalah pemusnah kehidupan bonda dan Auntie Miera!.

”Jangan kerana marahkan nyamuk kelambu di bakar. jangan kerana marahkan ayah, sayang benci pada lelaki.”

Aku tetap begitu. Diam membeku namun sorot mataku jelas mencerminkan keteguhan pendirianku.

”Nampaknya rahsia yang berkurun ini harus di bongkarkan juga. Moga benci dan marah tidak lagi bertamu di hati sayang.”

Auntie Miera terus merencanakan cerita. Punca kehancuran perkahwinan ayah dan bonda lantaran kasih mereka tidak direstui oleh nenek, ibu kepada ayah. Lantaran bonda bukan dari keturunan syed-syarifah. Namun mereka teguh hati. Perkahwinan tetap di teruskan biarpun badai melanda

Malangnya selepas beberapa tahun aku lahir, ayah jatuh sakit yang tenat. Penat bonda menyusung ayah ke sana ke mari untuk berubat. Sehingga suatu hari, seorang bomoh memberitahu ayah terkena penyakit santau. Walaupun tanpa sumber yang kukuh, bonda tahu itu adalah perbuatan nenek. Lantaran itu, ayah di hantar ke rumah agam nenek kembali. Biarpun hati bonda terluka, namun demi ayah pulih kembali bonda rela. Natijahnya, bonda terpaksa di ceraikan untuk membayar harga kesihatan ayah.

” Ini adalah rahsia yang perlu Auntie simpan. Tetapi auntie tidak mahu jiwa sayang rosak lataran terlalu benci ayahmu sendiri. Malah satu rahsia terbesar mengapa bonda merelakan dirinya di ceraikan ayah masih tersimpan dalam laci cendana dalam bilik bonda. Pergilah sayang lihat sendiri.”

Air mataku mengucur jatuh mendengar kisah tragis bonda dan ayah. Itukah punca ayah tidak menolong bonda ketika nenek menghina dan mendera bonda?. Ayah yang terkena santau bagaikan tiada punya hati dan perasaan. Lalu apakah kemunculan ayah pada ketika ini untuk menebus kembali penderitaan kami?

Bilik bonda adalah bilik terlarang. Aku sememangnya tidak selalu masuk ke bilik bonda. Malah aku tidak mahu pun lantaran bilik itu penuh dengan kenangan terhadap ayah.

Semasa aku melangkah masuk ke bilik bonda, bau semerbak cendana menerpa. Bonda tidur pulas dengan wajah yang tenang. Dengan tangan yang terketar-ketar, aku membuka laci cendana itu. Usai aku membaca dokumen yang aku temui. Air mataku mengucur laju tanpa segan silu. Ya Allah berdosanya aku membenci ayah selama ini dan mempertikaikan kesetiaan bonda.

Patutlah bonda tidak pernah menerima sesiapa lagi dalam hidupnya. Bonda wanita tanpa rahim. Bonda telah menjalankan pembedahan lantaran kanser rahim selepas kelahiranku. Sedang kasihnya pada ayah masih bersisa, bagaimana mahu menyemai kasih yang lain pula.

Bonda terjaga lantaran terdengar senduku. Saat itu, aku sujud di kaki bonda memohon ampun. Ampunkan aku bonda atas kelancanganku!

Menulis cerpen ini juga, aku mulakan dengan satu ayat yang aku tidak tahu hujung pangkalnya, bagaimana cerita itu akan terbentuk masih belum tergambar di ruang fikir tika menulis baris pertama cerpen ini. Setelah berbulan, aku rasa terpanggil untuk menyuarakan isu ini. Perempuan tanpa rahim apakah ada makna di mata masyarakat? Lagi?

Kemudian, kata demi kata terluncur tanpa kawal. Ah cerpen ini membuat aku jadi sayu, membuat aku ingin jadi wanita tabah jika takdir tertulis sudah. Di samping itu, aku kembangkan konflik jiwa seorang anak yang membenci ayahnya lantaran sikap tidak acuhnya pada bonda. Bukankah kita secara azali akan melindungi mereka yang tertindas? Dan jiwa anak itu semakin tertekan kerana sikap baiknya bonda pada lelaki yang dia benci sekian lama. Malah dia sendiri anti pada institusi kekeluargaan. Inilah watak-watak anak yang jiwanya tercedera akibat runtuhnya rumahtangga ibubapanya. Sukar dibendung apa yang mereka fikir.

Aku ingin sekali menjadi watak seperti bonda. Memaafkan takdir yang kejam dan menerimanya dengan redha. Wanita, sungguhpun pedih lelaki menghiris hatinya, masih berbekas ruang maaf dihatinya. Wanita yang tidak mendidik rasa untuk membenci walaupun hatinya hancur terluka. Wanita tabah ini aku angkat dari sebanyak-banyak wanita tabah diluar sana.

Komen Mawar Shafie yang tinggi di dalam Dewan Siswa membuatkan aku segan sebenarnya. Apabila membaca kembali cerpen ini, aku sebenarnya tidak tahu siapa aku ketika menulisnya. Sebab ayat-ayat ini bagaikan ditulis tanpa sedar. Mungkin sebahagian diriku ada tertinggal disana. Ya, ketika itu aku memang sedang menggilai lagu ’tudung periuk’ dan aku menyukai bau cendana. Segalanya mengenai nostalgila-gila ini sememangnya menemankan aku tika menulis cerpen ini.

Terimalah cerpen kedua aku yang tersiar di media cetak. Sebarang komen amatlah aku alukan. Maaf, jika cerpen kerdil ini tidak seindah mana - penulis


Friday, June 25, 2010

Bulan Rejab Mengikut Perspektif Al-Quran dan As-Sunnah


Sedar tak sedar, hari ini dah 15 Rejab. Masih sempat lagi untuk aku titipkan sedikit artikel tentang bulan yang mulia ini. Semoga dapat kita bersama menakrifkan bulan ini dengan lebih bnyak barakah....mudah2an

PENGENALAN

1. Rejab ertinya “Mulia”. Bulan Rejab adalah bulan mulia. Ia diberi nama sedemikian kerana bangsa Arab dahulu sangat memuliakan bulan ini dengan 4 cara iaitu: -

a. Tanggal 1hb Rejab mereka menyembelih anak unta sebagai qurban.

b. Tanggal 1hb Rejab mereka akan membuka pintu Ka’abah siang dan malam agar dapat beribadah dengan sepuasnya.

c. Tanggal 10hb Rejab mereka kembali menyembelih qurban tetapi tidak lagi anak unta. Amalan ini telah dibatalkan setelah datangnya Islam.

d. Bulan diharamkan berperang, setelah datangnya Islam amalan ini juga telah dibatalkan.

2. Tanggal 27hb Rejab berlakunya peristiwa penting dalam kehidupan Rasulullah SAW iaitu Isra’ dan Mi’raj. Terdapat khilaf di kalangan ulama’ mengenai tarikh sebenar berlakunya peristiwa ini tetapi jumhur ulama’ bersepakat menerima ianya berlaku pada 27hb Rejab. Tarikh berlakunya Isra’ dan Mi’raj tidaklah penting tetapi umat Islam wajib meyakini bahawa peristiwa ini benar-benar berlaku ke atas tubuh mulia Rasulullah SAW berdasarkan dalil qatie dari al-Quran dan hadis-hadis sahih.

3. Pada bulan ini juga berlakunya peperangan Tabuk pada tahun 9 Hijrah iaitu peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah SAW.

BULAN REJAB MENURUT AL-QURAN

Al-Quran tidak menyebut secara khusus mengenai bulan Rejab dan kelebihannya melainkan terdapat dua surah yang menyentuhnya secara tidak langsung iaitu surah al-Baqarah (ayat 194 dan 217) dan surah at-Taubah (ayat 2, 36 dan 37). Di antara dalil al-Quran ialah firman Allah SWT yang bermaksud:-

“Bulan haram dengan bulan haram, dan pada sesuatu yang patut dihormati,…”
(Al-Baqarah: 194)

“Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah ialah 12 bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antara 4 bulan haram …”
(At-Taubah: 36)

Ulama berselisih pendapat kenapa bulan-bulan ini (bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab) dinamakan bulan haram. Pertama, dikatakan bahawa ia disebabkan kebesaran kehormatannya, sebagaimana besarnya dosa yang dikira jika dilakukan dalam bulan itu.

Ibn Abbas berkata bahawa sesungguhnya Allah mengkhususkan keempat-empat bulan itu, sebagaimana ganjaran besar untuk amalan soleh yang dilakukan dalam bulan itu.

Kedua, dikatakan juga ia dinamakan bulan haram lantaran pengharaman peperangan dilakukan dalam bulan itu dan ia dalah amat dikenali pada masa jahiliyah dan dikatakan juga ia dilakukan sejak zaman Nabi Ibrahim a.s.

(1) Maksudnya antara lain ialah: bulan haram (bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab)

Dikatakan juga oleh ulama bahawa keempat-empat bulan itu dinamakan haram berikutan pengharaman peperangan disebabkan ibadah haji dan umrah yang dilakukan dalam bulan haram itu. Bulan Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram adalah tiga bulan yang berturutan. Maka, diharamkan bulan Zulkaedah lantaran bakal haji melakukan perjalanan ke Makkah dalam bulan itu. Bulan Zulhijjah disebabkan ibadah haji dilakukan dalam itu dan bulan Muharram pula mereka yang mengerjakan ibadah haji akan kembali ke tempat masing-masing. Pengharaman ini bagi membolehkan mereka yang mengerjakan haji berasa aman terhadap keselamatan diri. Rejab pula diharamkan lantaran ibadah umrah dilakukan dalam bulan itu pada pertengahan tahun.

BULAN REJAB MENURUT AS-SUNNAH

Berdasarkan dalil al-Quran jelas menunjukkan bahawa bulan Rejab termasuk dalam bulan-bulan yang sangat dimuliakan atau dipanggil juga Al-Ashhur Hurum. Perlu ditegaskan bahawa melakukan puasa dalam bulan-bulan ini adalah dituntut (mandub). Ada hadis yang menyebut bahawa Rasulullah SAW menyuruh para sahabat melakukan puasa sunat dalam bulan Al-Ashhur Hurum. Berpuasa dalam bulan Rejab adalah dituntut tetapi tiada satu hadis sahih yang mebuktikan bahawa berpuasa pada hari-hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.

Dalam satu riwayat datang seorang lelaki dari Bahilah datang menemui Rasulullah SAW dan bertanya, “Ya Rasulullah, saya adalah lelaki yang datang menemui anda pada tahun pertama” Ujar Nabi SAW, “Kenapa keadaanmu telah jauh berubah padahal dahulunya kelihatan baik? Kata lelaki itu, “Semenjak berpisah dengan anda, saya tidak makan hanyalah di waktu malam” Maka tanya Rasulullah SAW “Kenapa kamu seksa dirimu?” Lalu sabdanya “Berpuasalah pada bulan sabar – yakni bulan Ramadan dan satu hari dari setiap bulan!” Tambahlah buatku kerana saya kuat melakukannya! Ujar lelaki itu. “Berpuasalah dua hari! Sabda Nabi. “Tambahlah lagi!” Mohon lelaki itu pula. Maka Nabi SAW bersabda “Berpuasalah dalam bulan suci (haram) lalu berbukalah! (kemudian diulangi sebanyak tiga kali) sambil mengucapkan itu Nabi SAW memberi isyarat dengan jari-jarinya yang tiga, mula-mula digenggam lalu dilepaskan” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah dan Baihaqi dengan sanad yang baik).

Berpuasa dalam bulan-bulan haram iaitu empat bulan, tiga bulan berturut-turut (Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram) dan satu bulan berasingan (Rejab) adalah sebaik-baik bulan untuk berpuasa selepas Ramadan. Sebaik-baik bulan haram ialah Muharram diikuti dengan Rejab dan seterusnya. Keempat-empat Imam Mazhab sepakat mengatakan bahawa berpuasa dalam bulan haram sangat dituntut namun adalah makruh memilih bulan Rejab sahaja untuk berpuasa.

Terdapat satu hadis yang bertaraf hasan menceritakan bahawa Rasulullah SAW telah berpuasa (di dalam bulan Rejab) lebih banyak daripada bulan Sya’aban dan bila ditanya, baginda menyatakan, kerana ia (Rejab) bulan pengampunan di antara Rejab dan Ramadan. Ada sebahagian masyarakat berpuasa berturut-turut (Rejab, Sya’aban dan Ramadan) di ketiga-tiga bulan. Ini bukannya dari Rasulullah SAW, bukan dari sahabat dan salafussoleh. Yang terlebih baik ialah berpuasa sebahagiannya atau berpuasa selang sehari dan bukan berterusan. Inilah sunnah Rasulullah SAW.

PERSELISIHAN PENDAPAT MENGENAI HADIS-HADIS BERKAITAN KELEBIHAN BULAN REJAB

Memang terdapat banyak hadis yang menyebut secara khusus mengenai kelebihan-kelebihan yang terdapat dalam bulan Rejab. Ulama berselisih pendapat sama ada hadis-hadis ini boleh diterima untuk diamalkan atau ditolak berdasarkan penilaian hadis-hadis yang diklasifikasikan sebagai dha’if, sangat dha’if dan maudhu’ (palsu). Sebahagian ulama dan para pendakwah masa kini mengambil sikap berhati-hati dan sebahagiannya menolak hadis-hadis ini dan melarangnya disampaikan kepada masyarakat. Di antara contoh hadis-hadis mengenai bulan Rejab yang adalah seperti berikut: -

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;
• “Rejab bulan Allah, Sya’aban bulanku (Nabi Muhammad SAW), Ramadan bulan umatku”.
(Hadis ini dikatakan mun’kar ² bahkan dianggap maudhu’ dan tiada padanya nilai ilmiah yang boleh dipertanggungjawabkan)

“Dalam syurga ada sebuah sungai bernama Rejab, airnya lebih putih daripada susu, lebih manis daripada madu. sesiapa berpuasa dalam bulan Rejab, nescaya diberi minum air sungai itu”.
(Hadis ini juga dhai’f)

“Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Rejab, sama seperti ia berpuasa sebulan. Sesiapa berpuasa 7 hari nescaya ditutup daripadanya 7 pintu neraka Jahannam. Sesiapa berpuasa 8 hari, nescaya dibuka 8 pintu syurga”. (Hadis ini dha’if)

Perbahasan: Penentuan sesuatu hadis sama ada ianya sahih, hasan, dha’if dan sebagainya disebabkan oleh perawi (pembawa)nya. Ini memerlukan satu perbincangan yang panjang. Kita bersetuju bahawa apabila sesuatu hadis yang hendak disampaikan oleh seseorang penceramah, beliau hendaklah menyebut kedudukan hadis tersebut dan siapa yang meriwayatnya. Perlu dijelaskan di sini bahawa adalah tidak patut hanya disebabkan hadis itu dha’if, maka ia perlu diketepikan dan ditolak mentah-mentah. Hadis dha’if adalah tetap hadis dan ia bukannya maudhu’. Penilaian ulama terhadap perawi sesuatu hadis adalah berbeza-beza. Seseorang ulama hadis mungkin menilai hadis itu dha’if atau maudhu’ pada kajiannya sahaja akan tetapi kepada ulama hadis yang lain ia tidak begitu. Sekiranya seorang atau dua ulama yang menilai sesuatu hadis itu dha’if tidaklah sampai menjejaskan hadis tersebut. Mungkin di antara perkara ganjil yang terdapat di dalam hadis yang dianggap dha’if ialah besarnya ganjaran pahala yang dijanjikan apabila kita melakukan sesuatu amalan yang dianggap sedikit.

Perkara ini janganlah dijadikan persoalan kerana ganjaran yang besar itu hanya pada anggapan akal fikiran kita sahaja tetapi ianya adalah kecil di sisi Allah SWT yang Maha Kaya dan Maha Pemurah untuk hamba-hambaNya yang sentiasa mencari dan mengharapkan rahmat serta keredhaanNya.

Selain berpuasa di bulan Rejab, kita dianjurkan memperbanyakkan berdoa’, solat sunat, berselawat, bersedeqah, beristighfar, membaca al-Quran dan berzikir. Dalam kitab Raudhoh Imam Nawawi ada menyebutkan “Malam awal Rejab mustajab doa’nya”.

Marilah sama-sama kita merebut peluang-peluang keemasan yang terdapat dalam bulan Rejab ini dengan memperbanyakkan amalan kebaikan. Namun begitu, setiap amalan mestilah bersandarkan kebenaran dan tidak terkeluar dari batas yang dibenarkan termasuk mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara bid’ah. Wallah hu’alam bissawab.


Rujukan:
1. Terjemahan Al-Quran Al-Karim
2. FIQH dan Perundangan Islam – Dr Wahbah Az-Zuhaili
3. Fikih Sunnah – Sayid Sabiq
4. Fatwa Masa Kini (Jilid 3 & 4) – Dr Yusuf Al-Qaradawi
5. Islam & Manusia (1001 Kemusyiklan) – Dr Abdul Hayei Abdul Sukor
6. Fazilat Bulan Rejab, Sya’ban & Ramadzan – Budiman Radzi
7. Fatwa Online (Islam Online)
8. Dairi Islamiah 1999
9. Kuliah Zuhur – Maulana Syed Noor Muhammad (Kelulusan Mufti)

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2007/08/01/bulan-rejab-menurut-perspektif-al-quran-dan-as-sunnah/


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sahabat2 Setia

izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.