Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Friday, November 16, 2012

Benarkah Pakaian Lambang Keperibadian?




sedapnya nasi lemak nih...

Kadangkala uniform melambangkan imej keperibadian seseorang. Benar atau tidak, itu sekadar sebahagian dari pendapat SJ sahaja. Terpulang kepada individu men`describe’kannya bagaimana. Apa yg ingin SJ tuliskan hanya sebagai salah satu perkongsian dalam kehidupan seharian yang kadangkala kita sendiri tidak menyedarinya atau memang tidak ambil peduli.

Begitulah selalunya, digambarkan wanita muslimah yang baik dan sempurna imannya dengan jilbab labuh dan pakaian yang menutup aurat hingga ianya boleh digunakan terus untuk sembahyang. Tapi sesiapapun akan mempersoalkannya jika dia bersifat tidak melambangkan apa yang dia pakai contohnya dia seorang penipu atau suka bermuka2, ataupun dia jenis yang suka memutuskan silaturahim, bersengketa ataupun seorang hipokrit? Atau mungkin dia sendiri tidak pernah bersolat. Tapi SJ bukanlah nk bercerita atau suka2 nk menjatuhkan hukum tentang samaada pemakainya itu benar2 muslimah beriman ataupun tidak. Wallahua’lam. Sekurang2nya dia telah menjalankan kewajipan sebagai seorang muslimah. SJ pun bukanlah seorang yang hebat berhujah tentang ugama. SJ bukan orangnya. SJ juga tidak sempurna untuk mempersoalkannya. Apa yang SJ nak berkongsi pun tiada kaitan tentang hukum hakam sebenarnya.

Cuba lihat contoh ini pula, seseorang yang memakai uniform sesebuah syarikat. Pasti itulah lambang imej tempat di mana dia bekerja dan melaksanakan tanggungjawabnya. Pastinya, tanyalah apa sahaja yang berkaitan dengan syarikat tempatnya bekerja, sudah tentu dia boleh menjawabnya walaupun tak 100%.

Alkisahnya begini, sarapan pagi SJ hari ini di restoran yang tidak jauh dari pejabat SJ. Kebetulan, SJ bekerja hari ini walaupun SJ tahu ramai yang bercuti termasuklah en hubby. Menyambung cuti katenyer. Penasaran, SJ membeli beberapa nasi lemak bungkus dan meletaknya di atas kaunter pembayaran. Maksudnya, SJ dah reserve nasi lemak untuk SJ bawa pulang. Ada juga bahan untuk mnjadi santapan pagi anak2 hari ini. Kemudian SJ pun mengambil kesempatan bersarapan bersama en hubby sebelum membuat pembayaran.

Nak dijadikan cerita, seorang wanita beruniform, yang dilambangkan sebagai imej kejujuran, ketegasan, amanah, bertanggungjawab dengan bersahaja telah mngambil beberapa bungkus nasi lemak yang telah SJ reserve (berada di atas kaunter) tersebut dan menyumbatkannya ke dalam plastik. Dan kebetulan SJ duduk berhadapan kaunter. SJ yang melihat sendiri suasana ini terus membisikkannya kepada en hubby. En hubby terus memberitahu pekerja restoran tentang nasi yang telah kami reserve tadi. Dengan bersahaja, wanita itu menjawab `sama jer..’ dan dengan muka tak bersalah dia terus ke meja2 pelanggan lain yang memang terdapat nasi lemak yang telah sedia bersusun di atas meja. Dalam hati SJ `reti pulak dia ambil nasi lemak  atas meja tu kan…’

Kemudian SJ me’remind’ en hubby untuk mengira semula nasi lemak tersebut sebelum membuat pembayaran. Ini kerana dalam pemerhatian SJ, wanita tersebut tidak meletakkan semula jumlah bungkusan yang telah di ambilnya. Dan sememangnya seperti yang telah di jangka, en hubby memberitahu SJ bahawa jumlah nasi tersebut telahpun berkurangan. Ini macam soalan matematikkan? Berapakah jumlah nasi lemak yang tinggal?

Nmpak tak, ape rumusan yang boleh SJ katakan di sini? Pakaian uniformnya memang telah melambangkn tugasnya dan tanggungjawabnya yang menjadi nadi kepercayaan masyarakat sekitar. Walaupun peristiwa ini hanya sekadar picisan ataupun perkara kecil namun boleh mmberi kesan nilai kepercayaan terhadap kejujuran seseorang. Atau kita boleh katakan, mungkinkah masyarakat sekarang  memang terlalu mementingkn diri sendiri.

Pertama, mungkin tak semua orang tahu, makanan di atas kaunter itu telah di reserve oleh pelanggan lain. Tapi perlu bertnya atau peka, kerana ada bnyak lagi nasi lemak bungkus lain yang berada di atas meja pelanggan. Pasti pelikkan kenapa nasi lemak boleh ada di atas kaunter. So, kenapa tak amik sahaja yang berada di atas meja pelanggan?  Kedua, jika telah tersilap mengambilnya yang dari hak orang lain, adalah mnjadi tanggungjawab untuk mengganti semula atau memulangkn semula jumlah mana yang telah terambil tadi.  Tidakkan anda tahu, bahawa anda diperhatikan? Allah sudah semestinya, tetapi bagaimana dengan mata tuan empunya nasi itu sendiri. Boleh tak anda bayangkan apa yang SJ rasa lebih2 lagi melihat pakaian uniform nya? Hurm…`dia juga manusia biasa’ itu aje yang dapat menyejukkan hati SJ yang agak panas ketika itu…huhu

p/s : SJ pun selalu buat khilaf tanpa SJ sedar...kepada Allah, SJ memohon ampun dan maaf...setulus hati...







Friday, September 14, 2012

Antara aku dan ramadhan



Seronok skodeng pattern camni...i loike butang bungkus (thanx buttonmybuttons)

Mana nak berblogging lagi, sempat pula membaca siri2 novel karya hebat terutamanya hasil penulisan Ramlee Awang Mursyid, belum lagi dengan melayan resepi2 di internet dan cook testing di dapur kecil SJ. Sempat tak sempat, jadi juga hidangan yang memang sentiasa jadi bahan untuk mengisi perut anak2 SJ yang semakin membesar. Memang puas hati. Haa...itu belum penangan drama Korea plak.

Dan kini minat SJ muncul kembali. Sejak mendekatkan diri dengan dunia jahitan Noly Norlie Fashion House, perlahan2 SJ mula meluahkan rasa hati untuk menjahit sendiri pakaian SJ dan keluarga SJ. Di tambah dengan semangat yang Noly berikan, semangat dunia jahitan semakin semarak di hati. Noly juga dengan senang hati sentiasa bermurah hati mmberikan pnduan atas setiap pertanyaan yang kadang2 macam menyibuk je kan. Hehe....Jangan marah Noly. Terimakasih dengan ilmu2 tu ea...hanya Allah yang membalasnya. Orang kata, bila kita bermurah ilmu dengan orang, semakin bnyak ilmu yang Allah bagi. Mudah2an..

Ramadhan kali ini juga, bnyak masa yang ada SJ penuhi dengan membantu Noly dan Ayong di butiknya. Bolehlah setakat jahit manik 2, 3 butir dan tolong sembat mana2 yang patut. Yeahh...SJ dah semakin pandai. Hehe...Paling koman pun SJ tolong kemas butik dan iron pakaian2 display. Sesekali melayan karenah pelanggan yang bermacam2 rempah ratusnya. Kasihan kat Noly yang bersengkang mata menyiapkan pakaian pelanggan (mahu selalu tidur kat butik tuh..). Apapun respek kat Noly, kerana berjaya membina kariernya sendiri, terus menghadapi cabaran susah senang. Dalam kehidupan ini, tiada perkara yang mudah dan senang untuk di capai apatahlagi jika kita bukan dari golongan orang ada2.

Teringat SJ masa sekolah menengah dulu. Sewaktu SJ melibatkan diri dalam `Puteri Islam', SJ mula di perkenalkan apa itu `tulang belut', `mata lalat'. Hurm...itu belum lagi jenis2 leher. Leher sampan la...cheongsam dan sebagainya. Bila tangan dah pndai menghayun gunting dan mengetik mesin jahit ni, sesekali teringat dengan arwah ibu. Pernah SJ menggatalkan jari jemari SJ ini dengan alter baju kurung sekolah SJ (bagi cutting sedikit). Akibatnya, kantoi masa ibu basuh baju sekolah dan ketika itu ibu sedang menyidai baju tersebut. Apalagi marah dan bebel ibu sepanjang hari sebab SJ yang cuba tunjuk skill tidak bertempat.Huhu....rasakan. Adakala kemarahan itulah kenangan terbaik sebagai tanda kasih sayang seorang ibu.

Baju sekolah SJ banyak yang ibu jahit sendiri. Bukan dengan mesin, tapi dengan kedua tangannya sendiri. macam mustahilkan? Tapi itulah realiti. Ibu mampu menjahit dan menyiapkan baju kurung pesak dengan tangan sahaja. Tapi nampak kemas dan cantik. Yelah...masa SJ kecik, nak tempah baju dengan orang memang kena mengeluarkan belanja. Ibu SJ pula hanya suri rumah semata2. Hanya ayah yang bekerja, mana mampu nk berbelanja besar dengan adik beradik SJ yang seramai 8 orang itu dan masih dalam proses membesar.Terkilan juga rasa hati, sebab dulu pernah juga terniat nak buatkan ibu sehelai baju kurung hasil buatan tangan sendiri. Nampaknya tidak kesampaian hajat SJ ini, dan ibu telah pergi mengadap Ilahi pada November 2011 yang lepas.

Bercerita tentang Ramadhan, kali ini ianya menjelma dengan gamitan sejuta kenangan. Tahun 2011 merupakan Ramadhan terakhir SJ dengan arwah ibu. Seakan2 terasa kehadirannya terutama sibuknya ibu pada waktu2 bersahur. Dapur memang tiada pernah sunyi ketika ibu ada. Namun semuanya itu nyata tiada. Sunyi. Hanya tinggal kenangan. Dengan tekad, Ramadhan kali ini juga SJ menolak segala jemputan iftar di luar. Lebih suka bersama keluarga tercinta. Paling terharu apabila Amirul pernah berkata, ketika minggu pertama bulan puasa. "Seronoklah bulan puasa sebab mama hari2 balik awal, tunggu mirul depan sekolah". Pastinya saat2 ini merupakan yang terindah dalam hidup SJ. Seperti ibu2 biasa yang lain, perasaan bahagia pasti ada bila menanti kepulangan anak2 dari sekolah. Semangat sungguh SJ mengejar masa untuk memastikan SJ menunggu depan pintu pagar sekolah sebelum loceng tamat persekolahan berbunyi.

Syawal? SJ lalui kali ini dengan perasaan biasa sahaja. Kerinduan memang datang menjengah terutama bila takbir bergema. Teringat Syawal 2011, juga merupakan yang terakhir bersama ibu. Syawal ini kosong. Pasti rindu ini tidak akan terubat smpai bile2. Hanya nisan kaku, pusara ibu dan anak yang pasti mnjadi kunjungan SJ setiap kali pulang ke kampung. Usahkan dapat bersalam dgn kasih ibu malah tidakkan dapat menjamah air tangan ibu teristimewanya, rendang bugis yang memang tidak terdapat di mana2. Kuih Baulu yang di rasa, pasti tidak seenak dulu. Kesal juga di hati sebab SJ tidak mengambil kesempatan menuntut ilmu dari ibu sepanjang hayatnya ada. Itulah akibatnya, bila merasa diri anak kesayangan, ingin sentiasa di manja dan seolah2 merasa tak mungkin SJ akan merasa sebuah kehilangan.

Kini, hanya semangatnya yang ibu tinggalkan dalam diri SJ. Itupun tidak sekuat dan setabah ibu dalam menjalani kehidupan. Salahkah menangis?

"Dan sesungguhnya Dialah yang menjadikan seorang ketawa dan menangis". Surah An-Najm ayat 43

p/s : makin semangat lepas en hubby menghadiahkn mesin tekan butang bungkus pada ramadhan lalu. Thanx en hubby.








Tuesday, July 24, 2012

Farewell dan sambutan Ramadhan 2012



Indulgence Cake 
didatangkan khas dari secret recipe - special for our ex-bos (Mr Paul)


Tanggal 19 Julai 2012 yang lalu, satu majlis ringkas perpisahan buat bos yang telah lama berkhidmat untuk kami semua. Kebetulan AGM pula dengan bermurah hati sedia menghulurkan sedikit perbelanjaan untuk sambutan Ramadhan yang akan bermula pada Sabtu iaitu 21 Julai 2012.

Secara ringkasnya, majlis ini memang agak meriah namun ada sedikit kejanggalan kerana ketiadaan Anne yang masih berkampung di HKL menanti saat2 caesarean 3 hari sebelum Aidilfitri. Majlis berjalan dengan lancar dan good luck buat Mr Paul yang bakal berangkat ke luar negara. Ke mana? Jeng3....

Setelah di edit, maka foto2 ini yang SJ berani nak expose. Maklumlah, staff2 memang nakal2. Terimakasih semua kerana menjadikan majlis ini berjalan dengan lancar. Makanan? Hurm....selesai. 

Menu tengahari ringkas kami : Nasi tomato, ayam masak merah, dalca, acar, papedom, tembikai, dadih, sunquick dan brownies. Brownies special homemade by Aya. Memang klass....!!


Sebahagian dari staff2 wanita di Finance & Account dept, Nasim Sdn Bhd


Beriyer2 je...Mezzy, cam diyer jer yang tender??!!!


Mr Paul menunjukkan rasa terharunya....candid !!


Bile dua gadis ini interprem?? oppsss...gadis??


Speech from our AGM, Head Finance & Acct dept


Shoot from the outside...bilik kaca dalam bilik kaca aka akuarium


Update twitter, jangan tak update...hurm !! 


Aksi ex-bos potong kek..

Barisan Finance & Acct dept.....buat masa ini

p/s : Terimakasih kepada Kak Zue dan Hawa kerana hidangan katering yang disediakan murah dan sedap dengan harga RM 10/person, semuanya serba complete. Sebenarnya mereka masih baru berjinak2 dalam bidang katering ni, Jadi, sesiapa yang tinggal di area Klang dan Shah Alam bolehlah menghubungi 012-6533412 untuk menempah sebarang hidangan. 





Tuesday, July 3, 2012

Pindah Lagik?


Berkejar di subuh hari bagi memenuhi tuntutan waktu supaya tidak terlepas Lrt mahupun komuter, melawan terik mentari pagi, menerjah hujan di sepanjang perjalanan di Kampung Baru, kini telah berakhir. Hampir dua bulan mengejar waktu, punch card pula ngam2 dihujung jari sebelum sedia menukarkan warnanya. 

Pulangnya pula, pasti di remang senja. Hampir azan Isyak bergema, sebaik sahaja kaki melangkah masuk ke pintu rumah. Alhamdulillah....segalanya telah berlalu. Menara biru putih yang tersergam di Kampung Baru kini SJ tinggalkan. Hanya ada sebahagian keluarga2 yang masih ada dis itu, meneruskan perjuangan mencari sesuap rezeki.

Inilah bangunan Menara Naza di Kampung Baru 



9th Floor in Menara Naza. Suasana ketika relocation to new building. Siapa pulak yang interprem nih?




Ada macam filem `titanic' tak? Memang macam kapal karam.




Kotak2 yang penuh dengan dokumen2. Semuanya dah setting berlainan lokasi


Inilah keadaannya, kerja yang perlu disiapkan, dan pindah tetap juga diteruskan. Kotak2 kian meninggi sampai hilang muka Cik Kin


Ada momentum indah di sebalik picture ini. Gambar di ambil dari jendela surau, 7th floor Menara Naza. Setiap kali lepas solat, sering meninjau pemandangan luar, maka akan terlihat KLCC sayup mata memandang. Bila waktu solat bermula, kedengaranlah azan yang bergema dari 3 buah masjid yang berdekatan. Malah akan bergema jua di Level 7 ini. Pastinya tiada di mana2. Credit for Mariah Ismail. 



Ini sign yang baru di new corporate office. Corporate tak?




Nampak macam konsentrate buat kerja. Lakonan ke reality? hihi..



Inilah yang di gelar `akuarium' untuk finance & account staff di new corporate office




Yang ini, 3S of our new corporate office, Nasim Peugout di Glenmarie. Everybody, you're welcome to enjoy it.

Hidup kembali normal bila opis kini di Shah Alam. Waktu yang senggang bnyak SJ penuhi bersama keluarga terchenta. Alhamdulillah....

p/s : Credit for finance fotografi yang menyumbangkan pic yang menarik dan SJ plak ciluk sesuka hati. Jangan marah yer Mariah, Ja'a dan Cik Kin.







Sunday, May 6, 2012

Aku Masih Disini



Kita mampu merancang namun segalanya Allah yang tentukan. Perjalanan hidup memang sukar nak di duga. Rezeki pula bergantung kepada sejauh mana usaha dan doa yang kita pohonkan. Yang penting rezeki itu halal walau banyak cabarannya dan berliku kitarannya. Sesekali memang terasa letih untuk meneruskan bidang pekerjaan. Ada waktu2nya mncelah keinginan untuk diam di rumah dan menguruskan hal ehwal keluarga yang kini menjadi keutamaan. Namun, inilah ketentuan yang Allah telah tentukan. Mungkin suatu hari nanti SJ akan berehat panjang dengan masa yang lebih bnyak terluang. Mudah2an...siapa tahu?

Setelah sekian lama meninggalkan Toyota dan kemudian berkhidmat dalam suasana `spare part', akhirnya SJ bertukar haluan. Sebelum tu, SJ sempat berkhidmat sebulan di service centre dan bagaikan salah satu subjek training di situ, SJ belajar mengenai pelbagai perkara. Dan sesekali pasti ingatan SJ kembali kepada suasana ketika berhikdmat di Toyota dahulu. Dan pastinya ingatan terus kepada ex-boss yang memang banyak mengajar tak kira tentang kehidupan, mengawal sikap manusia dan mngatur masa, terutamanya. Disiplin, merendah diri, Islam adalah segalanya dan mahu belajar berubah kepada yang lebih baik. Itulah didikan yang bagaikan intipati dalam diri, yang tak mgkn hilang dalam diri. Kerana itu sejuta penghargaan pasti ingin SJ rakamkan buat ex-boss SJ itu. Pernah berada dalam logistic, warehouse dan tiba2 berubah haluan? Pulak.....

Namun pengalaman sebulan di service centre juga tidak kurang hebatnya, memang cukup berharga buat SJ. Berhadapan dengan karenah pelanggan malah karenah pekerja itu sendiri yang bnyak membuatkan SJ berfikir dalam diam. SJ bertuah, sekurang2nya SJ tahu 'flow of process' dari A hingga Z bila berada di service centre. Dari Customer dan berakhir kepada customer juga. Begitu sibuknya jadual seharian apatahlagi inilah satu2nya service centre yang menjadi tumpuan golongan kelas pertengahan, apatahlagi lokasi yang agak strategik di Lembah Klang. Kereta continental yang semakin mnjadi faveret penduduk Malaysia ini tiada bezanya dengan kereta continental yang lain. Dari segi teknikal dan safety, pastinya ia menjadi tumpuan, selain dari system teknologi canggih yang tiada bezanya dengan model2 yang lain.


Susah juga nak adjust masa bila di service centre, bila Sabtu adalah waktu bekerja. Balik berkerja, terus keletihan dan tertidur di depan tv. Biasanya, ada masa untuk mengadap mesin jahit atau mengadun kuih muih mahupun percubaan beberapa resepi baru pada cuti hujung minggu. Maklumlah, melayani anak2 yang semakin membesar. Namun segalanya seolah2 terabai malah blog pun hampir2 bersawang tanpa sempat berblog walking. Macam ketinggalan zaman pulak tnpa melihat berita2 terkini. Itu belum lagi waktu2 untuk balik ke kampung. Aduyai...letihnya

Walaupun SJ di tawarkan beberapa lokasi, namun sebulat tekad SJ memilih bidang yang memang lari dari tajuk hidup SJ, Finance. Sesuatu yang baru namun mungkin ianya satu cabaran yang harus di sambut dengan cekal dan sedia berdepan dengan segala kemungkinan. Mengelak dari menjalankan tugas pada hari Sabtu, selain dari belajar perkara baru, bagaikan orang yang mngantuk di sorongkn bantal, SJ menyahut cabaran itu dengan sedikit rasa gementar. 

Menderita seketika juga kerana terpaksa berulang alik dari kediaman ke KL dengan LRT dan Komuter memang meletihkan. Berkejar untuk tugas harian di rumah, ada anak2 yang perlu di beri perhatian.Namun bukan pilihan yang sia2 kerana selepas sebulan, SJ akan bertugas seperti biasa kerana HQ akan berpindah ke Shah Alam. Sepicing pun tidak mampu untuk memejamkan mata kerana selalunya sukar untuk mndapat tempat duduk dan lagi satu, bimbang jika terlepas stesen yang di tuju. Nak berkhayal pun kalau boleh nak dielakkan. Begitu juga keadaannya jika berebut ketika pulang di waktu petang untuk masuk ke perut komuter. Walaupun `ladies coach' namun bila dah pintu komuter terbuka, hilang segala kesopanan dan kesusilaan yang mnjadi salah satu rukunegara. Namun dalam hati SJ, `inilah yang terpaksa mereka lalui setiap hari, pelbagai tekanan demi mncari sesuap nasi' Adakalanya simpati melihat mereka2 yang terlena melepaskan kelelahan setelah berhadapan dengan udara Kuala Lumpur. Mahu tidak mahu terpaksa di telan. Yang pasti marabahaya tetap ada di mana2.

Itu belum lagi dengan exercise di pagi dan petang hari di Kg Baru. Pastinya agak membimbangkan apatahlagi bila dikhabarkan oleh rakan2 sepejabat bahawa sering terjadi kejadian ragut di sekitar Kg Baru yang bnyak melibatkan staff2 di sini. SJ memang cuak. Agak2nya ada tak langkah2 yang dilakukan oleh pihak berkuasa utk mengatasi masalah yang semakin mnjadi2 ini? Semoga Allah melindungi SJ. Dan sesekali En hubby sudi mengambil SJ di pejabat. Bila mengejar masa, sang motosikal mnjadi tunggangan, memecut laju menuju haluan. Hurm.....tak kira sama ada kita menggunakan perkhidmatan awam mahupun sendiri, traffic jam bagaikan makanan harian yang terpaksa di telan. Orang ramai sentiasa memenuhi laluan. Dari mana agaknya orang2 yang sentiasa memenuhi bumi Kuala Lumpur ini? Dan bila Hari Raya Aidilfitri kota ini menjadi sepi dan sunyi. Siapa dan dari mana mereka?

Berkhidmat dengan dua bos yang berbeza karakter, di dua syarikat automotif ini tidak bnyak beza kerana kepercayaan bnyak diberi kepada SJ untuk melaksanakan tanggungjawab. Dan pastinya SJ melakukan sebaik yang mgkn. Bagi SJ, kerja yang benar2 mencabar apabila ada kepuasan dan nikmat di hujungnya setelah menyelesaikan beberapa perkara. Apatahlagi jika ianya mendapat penghargaan. Syukur kepada Yang maha Esa. Bagaimana pula karakter boss baru? Harapan SJ, segalanya dipermudahkan Ilahi. Jujur dan ikhlas itulah tunjang dalam melaksanakn satu2 tugasan. Selainnya, serah pada Allah.

Dan pastinya sokongan dari rakan2 sepejabat, harapan mereka tidak SJ sia2kan. Bagi SJ, cukup rezeki yang halal, support demi kebahagiaan keluarga menjadi matlamat utama. Apalah ertinya kejayaan jika segala hasil itu diperolehi dengan menikam sahabat sendiri dan menabur pasir rezeki orang lain? Semoga Allah melindungi diriku dan semoga rezeki yang kumiliki ini halal dan di terima Allah.

p/s : teringat SJ ketika berada di service centre, salah seorang customer kami iaitu celebriti yang cukup terkenal tetapi yer..cukup humble....dia tetap profesional menunggu kereta untuk di servis walaupun hampir sejam. Bersikap ramah tamah dan tidak lokek dengan senyuman. Itulah dia Ziana Zain. Apapun, matlamat kami cuba untuk melayan anda semua dengan cara yang terbaik. Maafkan segala kekurangan.







Monday, February 20, 2012

100 hari mengenangmu...




Dalam masyarakat kampung SJ, rutin sesebuah kematian, kenduri tahlil genap 7 hari, diikuti 44 hari dan kemudiannya, 100 hari. Begitulah ibu. Dan kami adik beradik akan pulang beramai2 ke kampung halaman, melakukan kerja ape2 yang patut untuk dilakukan. Paling2 pun membantu memeriahkan suasana di kampung. Kesunyian agak terasa sejak ketiadaan ibu. Selalunya bila ada kenduri seperti ini, ibu lah yang paling sibuk dan paling bising, selain dari malam hari raya yang pasti suaranya memecah keheningan. Tak sah jika tidak mendengar leterannya. Ah...leteran seorang ibu. Kenduri ke-100 hari, kami laksanakan dan macam biasa nasi ambeng terus menjadi menu pilihan.


Bayangkan bila SJ, 8 adik beradik plus anak2 semua berkampung di rumah ayah. Kalau digabungkan dengan semua ahli keluarga, memang tak perlu kehadiran orang luar utk mmbantu. Dengar suara kakak2 dan abang2 SJ pun dah cukup meriah. Itu belum lagi bila waktu malam menjelang. Berebut bilik air dan menanti giliran selalu terjadi. Dan kalau nak landing memang muat utk sebuah rumah di kampung, tapi memang macam sardin. Berebut2 bilik nk tukar pakaian mahupun mendirikan solat. Ruang yang ada memang sarat dengan anak2 yang seronok melepak dan saling bercanda sesama mereka. Suasana begitu berbeza bila berkumpul sesekali. Meriah sangat. Itupun kebetulan, ada adik beradik yang tinggal berdekatan. Mereka pulang bila lewat malam. Berborak2 sampai tak sedar malam semakin dingin dan ayam berkokok di dinihari tanpa disedari. Ayah mula bangun menjalankan tahajudnya dan mengaji seperti biasa. Dan kami leka bercerita dan melayari internet. Dan adakala melayan ESPN, bergaduh melayan bolasepak.

Hebatnya ibu dan ayah SJ, nilai kasih sayang mereka tidak lebih, tidak kurang, walaupun ada yang lebih berpangkat ataupun berpelajaran tinggi. Semua sama rata. Tiada istilah anak kesayangan. Tiada yang tak pernah kena marah atau kena leterannya. Semua merasa, serba lengkap dan sempurna. Asam garam kepahitan namun semuanya penuh dengan kemanisan umpama cerita `pure pumpkin flower', itulah kami. Tiada yang merasa seolah2 hidup disisihkan. Leterannya ibu dan ayah sebenarnya membawa seribu makna. Memang berkesan. Didikan dan disiplin yang keras menyebabkan kami tidak pernah membantah setiap keputusan mereka.


Sebak jua dada ini menahan rasa yang tidak ketahuan. Walaupun hari2 telah berlalu dan sedar tak sedar lebih 100 hari setelah pemergian ibu tersayang, perjalanan hidup ini terasa agak tempang. Sukar untuk diperkatakan bila sebaik sahaja menjejakkan kaki di teratak nostalgia kelahiran SJ. Rumah ini seakan sepi. Sunyi. Sesekali SJ akan merenung ayah yang telah ibu tinggalkan. Kesedihan masih terpahat di hati walaupun ayah tidak pernah menunjukkan raut wajah dan rasa hati kepada kami, 8 adik beradik. Ayah memang seorang lelaki yang tabah. Ayah pernah kata "Untuk apa menangis, mengalirkan air mata, jika tangisan itu akan menyiksa ibu" namun bicara itu seolah2 tersekat dicelah2 halkumnya dan dengan pantas ayah mengalihkan pandangan dari kami semua. Itu pada ketika hari pertama sementelah pemergian ibu dan di hari pengebumiannya.

Dan tiba2 baru kami tersedar bahawa kami bukan anak2 kecil lagi. Yang perlu perhatian ayah dan ibu. Yang perlu bermanja2 dengan ibu. Kami bukan lagi anak2 kecil yang perlu ditatang2 selalu. Memang selama ini ibulah tempat mengadu nasib, kisah suka dan duka. Kalau ada pun tempat berlawan cakap, lebih2 lagi anakmu ini yang tidaklah sesempurna dan sebaik mana. Pasti kehilanganmu amat dirasakan. Namun disebalik semua itu, pasti ada hikmah selepas pemergian ibu. Terasa silaturrahim adik beradik antara kami semakin utuh. Terasa kasih sayang ibu ada di mana2. Sekurang2nya SJ ada tempat untuk menumpang kasih. Gurau senda, bercerita bila bersua muka sentiasa memenuhi suasana. Sekurang2nya SJ mahu ibu tahu, bahawa kasih sayang antara kami semakin dekat. Dan seiring dengan itu, SJ perlu belajar lebih berdikari dengan kehidupan SJ sendiri dalam melayari kehidupan dan menjaga keharmonian rumahtangga sepertimana pesanan ibu suatu ketika dulu. Dan SJ seolah2 baru mengerti tentang kehidupan ini yang sememangnya terlalu singkat.

buatmu ibu....kan kami abadikan kasih sayangmu...takkan kering bibir anak2mu ini, mengirimkan kalimah2 Allah...membasahkan bibir2 kami dengan doa dan harapan moga kesejahteraan dan bunga2 syurga membungai kehidupanmu di sana. Tidur dan berehatlah dengan seribu ketenangan.


Semoga Allah SWT. menberi tempat yang layak di sisi-Nya untuk ibu....
"  Rabbighfirlli waliwaa lidayya warhamhuma kamaa rabbayaanii shagira "...
Ya Allah, ampuni dosaku dan dosa kedua orang tuaku dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka telah mengasihani diriku sewaktu kecil...









Monday, January 2, 2012

2011 Yang Di tinggalkan


Tahukah anda ? Tahun Baru pertama kali dirayakan pada tanggal 1 Januari 45 SM. Tidak lama setelah Julius Caesar dinobatkan sebagai kaisar Roma, ia memutuskan untuk mengganti penanggalan tradisional Romawi yang telah diciptakan sejak abad ketujuh SM. Dalam mendesain kalender baru ini, Julius Caesar dibantu oleh Sosigenes, seorang ahli astronomi dari Iskandariyah, yang menyarankan agar penanggalan baru itu dibuat dengan mengikuti revolusi matahari, sebagaimana yang dilakukan orang2 Mesir. Satu tahun dalam penanggalan baru itu dihitung sebanyak 365 seperempat hari dan Caesar menambahkan 67 hari pada tahun 45 SM sehingga tahun 46 SM dimulai pada 1 Januari. Caesar juga memerintahkan agar setiap empat tahun, satu hari ditambahkan kepada bulan Februari, yang secara teoritis bisa menghindari penyimpangan dalam kalender baru ini. Tidak lama sebelum Caesar terbunuh di tahun 44 SM, dia mengubah nama bulan Quintilis dengan namanya, yaitu Julius atau Juli. Kemudian, nama bulan Sextilis diganti dengan nama pengganti Julius Caesar, Kaisar Augustus, menjadi bulan Agustus.

Tahukah anda tahun 2012 juga adalah tahun lompat yang bermula pad ahari Ahad dalam kalendar Gregory, kalendar yang paling banyak digunakan di seluruh dunia

Apakah hukumnya menyambut Tahun Baru? Bagi Ustaz Zaharuddin menyatakan hukumnya adalah HARUS secara bersyarat, iaitu;
a) Sambutan tersebut dilakukan atas asas ‘Uruf atau ‘Adat dan bukannya di anggap sebagai suatu upacara keagamaan.
b) Tiada percampuran rambang lelaki dan wanita yang bukan mahram yang dikebiasaan membawa kepada maksiat.
c) Tidak dicampur adukkan dengan hiburan2 yang bertentangan dengan kehendak Islam.
d) Kandungan majlis sambutan ini juga mestilah bertepatan dengan kehendak syara’ – anjurkan majlis ilmu.
Sehubungan itu, lebih baik kita mengelakkan diri daripada terlibat dalam sambutan tahun baru yang diketahui bercampur aduk dengan program-program maksiat.

Dan Tahun 2012 baru sahaja melabuhkan tirainya. 2011 yang ditinggalkan hanya tinggal kenangan. Bagi SJ, 2011 bnyak meninggalkan kesan dalam diri sementelah kehilangan ibu tersayang pada tanggal 09 Nov 2011. Saat2 itulah yang paling mmberi kesan dalam hidup setelah melalui satu kehilangan dalam 2002. Tidak bnyak perkara indah yang SJ lalui. Cukup bersyukur dengan segala pemberian Ilahi. Redha dengan ketentuan dan Pasrah dengan segala yang Takdir Tuhan. Sebagaimana dialog dalam filem ombak rindu...`Redha itu ikhlas, Pasrah itu Menyerah' dan sudah pastinya SJ sebagai manusia yang beragama Islam dan bertauhid bahawa Tiada Tuhan yang disembah selain Allah dan sesungguhnya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah' menerima segalanya Qada' dan Qadar yang datang dari Allah. Sesungguhnya perjalanan hidup ini tidak tahu setakat ke mana dan di mana. Hanya dengan harapan agar iman tetap kekal dan terus mnjadi insan yang terbaik di dunia dan akhirat. Selamat Menyambut Tahun Baru 2012, semoga tahun baru memberi ruang proses penmbahbaikan diri dan tinggalkan segala yg tidak elok utk mnjadi yang lebih baik dan di redhai. Semoga kejayaan dan kebahagiaan juga terus mengiringi perjalanan hidup. Mudah2an.

p/s : Tahun baru membawa erti diri ini semakin hampir dengan kematian.

sekadar hiburan...

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku








Thursday, December 8, 2011

Virus Itu Menyerang Akhirnya


Kulit Amirul masih ada bekas2 kudis keruping dari kesan2 virus chicken pox. Tidak sampai sebulan, SJ mula merasa kurang sihat. Tubuh seram sejuk dan kerap rasa lenguh segala sendi. Ingatkan simptom2 biasa bila penyakit bulanan tiba, tetapi kali ini berbeza. Namun SJ tetap gagahkan diri untuk tetap menghadirkan diri dalam beberapa sesi kursus yang SJ sertai, walaupun rasa nak berbaring dan berehat sahaja di rumah.

Namun Ahad lalu, bintik2 lepuh di tubuh SJ semakin menguatkan rasa hati SJ, selain dari rasa2 gatal yang tidak tahu berpunca dari mana. Ya, virus itu telah menjangkiti dan menyerang tubuh SJ. Salah satu puncanya, dalam sejarah hidup SJ sendiri pun memang tidak pernah mengalami jangkitan ini. Virus yang dikatakan akan di alami setiap orang sekali seumur hidup ini akhirnya bertapak dalam tubuh SJ sedewasa ini. Seingat SJ, SJ pernah di serang demam campak biasa iaitu jenis bintik2 merah tanpa lepuhan2 cecair. SJ terus mengunjungi klinik yang beroperasi 24 jam. Doktor mengesahkan SJ memang terkena jangkitan virus Chicken Pox atau Varicella Simplex ini.

Tahap antibodi atau daya tahan penyakit bagi orang dewasa bagi virus ini amatlah berbeza jika dibandingkan dengan kanak2. Kebiasaannya, kanak2 terpaksa mengharungi virus ini dalam tempoh seminggu dan jarang sekali diiringi dengan demam panas ataupun simptom2 yang merbahaya. Tidak bagi orang dewasa yang ternyata mempunyai antibodi yang lemah dan kurang daya tahan melawan virus ini mnjadikn simptom2 lebih jauh berbeza.

Maka, tidak mustahil SJ mengalami sakit tekak, ulser mulut, kurang selera makan, demam panas, kerap menggigil dan hanya mampu terbaring. Kebiasaannya bagi orang dewasa, tempoh kuarantin lebih kurang 3 minggu bagi memastikan virus ini tidak menjangkiti orang2 lain. Dengan sedikit penerangan dan panduan sepanjang merawat virus ini, doktor juga mengingatkan SJ agar berhati2 supaya virus ini tidak menjangkiti anak2 kerana virus ini akan menjadi lebih merbahaya jika menjangkiti mangsa buat kali ke-2. Dengan dibekalkan antibiotik, paracetamol, ubat tahan gatal dan calamine lotion, SJ merawat virus ini dengan bantuan En Hubby yang sentiasa berada disisi menemani.


Sudah menjadi kebiasaan bagi sesiapa yang pernah diserang virus ini, ubat sapu calamine yang merupakan campuran zink oksida sebagai bahan utama digunakan untuk merawat chicken pox. Sebagai agen anti gatal dan kehadiran fenol, ia juga sebagai antiseptik lembut untuk mengelakkan jangkitan. Pastinya sesuatu perkara yang SJ tidak dapat lakukan bila tubuh merasa gatal2 pada tahap maksima !!! Ya..menggaru. Walaupun SJ mengelak dari makan makanan yang menambah kegatalan dan walaupun SJ kerap mandi dengan bantuan air panas dan campuran dettol, namun kegatalan dan rasa miang2 seluruh badan buat SJ rasa sedikit sengsara. Bukankah kalau dapat menggaru tempat gatal itu sedap??

Namun setiap perkara yang berlaku itu pasti ada hikmah disebaliknya. Sesungguhnya Islam itu adalah agama yang terbaik. Maka sedikit pnduan untuk SJ mahupun sesiapa yang didatangi penyakit walaupun sekecil2 dan sebesar2 manapun, segalanya datang dari Allah.
1. Ujian dari Allah
Firman Allah Taala (Surah Al-Baqarah : ayat 155)
"Demi sesungguhnya, kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang2 yg sabar".

2. Kaffarah
Hadis Riwayat Abu Daud
" Sesungguhnya seorang mukmin itu jika di timpa penyakit, kemudian disembuhkan oleh Allah daripadanya (penyakit tersebut), maka ia (penyakit itu) menjadi kaffarah bagi dosa2nya yang telah lalu dan menjadi peringatan baginya untuk masa depannya".

3. Ganjaran
Dalam satu riwayat daripada Abu Hurairah r.a, seorang perempuan telah mengadu kepada Rasulullah saw mengenai penyakit yang dideritainya. Maka Rasulullah saw bersabda, "Jika engkau mahu, aku akan berdoa kepada Allah bagimu, maka Allah akan menyembuhkanmu. Dan jika engkau mahu, maka bersabarlah dan (semoga) tiada hisab ke atasmu." Akhirnya perempuan itu berkata, "Pasti aku akan (memilih untuk) bersabar dan (semoga) tiada hisab ke atasku."

p/s : Terima kasih buat En hubby kerana terpaksa menjadi Mr Mama, bekerja tanpa henti wpun sehabis waktu pejabat, sepnjang SJ terlantar. Terimakasih kerana sentiasa menemani SJ terutama pada waktu2 yg sukar. Apapun tahniah buat kakak, kerana berjaya bantu ayah melakukan tugas2 di rumah.






Thursday, November 10, 2011

Andai itu adalah Aidilfitri yang terakhir...


Terdengar beduk memecah keheningan pagi yang suram. Ada alunan sayu bacaan suci ayat Al-Quran di surau berdekatan. Itu maknanya ada satu berita sayu yang ingin dikhabarkan kepada seluruh penduduk kampung berdekatan.

Dari Allah kita datang, kepada Allah juga kita kembali. Macam tak percaya. Namun itulah realitinya. Perjalanan hidup sebagai hamba pasti akan berakhir sebagai satu penamat bahawa dunia ini hanya sementara, tiada yang kekal. Pada hari Rabu, tanggal 09 Nov 2011 (13 Zulhijjah), pasti terpahat kekal di dalam memori pemergian ibu yang tercinta, Munah bt Othman @ Mahmud. Dalam usia 75 thn, ibu yang lahir pada 03 June 1936, akhirnya, mengadap Ilahi di subuh hari yang indah dengan tenang, walaupun hanya ditemani kakak SJ yang sulung di hospital Banting. Syukur Alhamdulillah kerana jenazah ibu juga selamat di semadikan pada pukul 11 pagi tu juga di tanah perkuburan Kg Bandar, Banting tanpa sebarang masalah.

Ibu SJ tidak berapa sihat sejak 15 Oktober 2011. Namun SJ adik beradik menyangkakan ibu hanya sakit2 biasa. Ibu memang gagah. Walaupun selalu merungut dengan masalah lutut, namun itu bukan satu masalah. Setiap hari dengan sebatang tongkat ibu akan berjalan kaki utk memastikan kesihatannya sempurna dan boleh berjalan dengan elok. Exercise, ibu kata. Bila di rumah, ibu tidak pernah duduk diam. Ada2 sahaja yang dilakukannya. Diari kehidupannya sama seperti zaman kecil2 SJ dulu, cuma tidak segagah dahulu. Kalau dulu, tak cukup dengan kepakarannya memasak, ibu memang hebat dalam kerja2 kraftangan seperti menjahit dan mengait. Tikar dan `pajak' di rumah, siapa lagi kalau bukan hasil tangan ibu. Begitu juga, semasa hayatnya masih ada, makanan pasti siap terhidang, apatahlagi jika anak2 tersayang balik menjengah ibu dan ayah. Dengan semangatnya, dia akan mengajak berbual dan bercerita apa sahaja, seolah2 melepaskan kerinduan pada anak2 dan cucu2.

Tetapi sejak 2,3 bulan ini, ibu memang kurang bercerita. Adapun ibu banyak berehat dan berbaring. Namun bila ada tetamu datang, ibu yang paling sibuk menyiapkan hidangan. Itulah ibu. Dan Aidilfitri yang lalu, bagaikan satu petanda buat SJ. Setelah bertahun tidak menyambut 1 Syawal bersamanya, Allah mengizinkan utk pada tahun ini. Ibu paling gembira bila dapat tahu, anak SJ yang sulung dah pindah balik di bawah jagaan SJ sendiri. Bercahaya betul sinar mata ibu. Berkali2 juga ibu kata, SJ dah nampak berisi sekarang, tak macam dulu, macam tak makan jer....Sebelum ni, anak SJ bersekolah di Terengganu dan di bawah jagaan ibu mertua SJ. SJ pindahkan ke Selangor semula, bila sesi sekolah menengah bermula pada tahun ini, kerana tidak mahu menyusahkan ibu mertua SJ.

Dan pada Syawal itu, ibu memarahi SJ hanya dengan satu perkara kecil dan siapa sangka itulah marah ibu yang terakhir buat SJ. Dan Syawal itulah juga pujukan ibu yang terakhir bila SJ sedikit merajuk. Apa yang SJ ingat, kali terakhir, ibu memarahi SJ ketika SJ sekolah menengah dahulu. Ibu marah bila SJ ingin meninggalkan kampung kerana cuba membina hidup sendiri dan berdikari di daerah lain. Ibu memang layan SJ macam budak kecil. Namun SJ tidak sedikit pun terasa hati dan SJ dengan muka selamba bergurau dengan ibu bila dia menolak sedikit pemberian SJ pada ibu dengan mengatakan `anggaplah itu sebagai bayaran hutang susu SJ pada ibu'. Kiranya SJ tahu...itulah yang terakhir.......

Bila dikhabarkan tentang kesihatan ibu, SJ pulang melihat ibu, SJ agak merasa gundah. Ibu terbaring lesu. Makan dan minum bersuap. Itupun sedikit. Semua urusan termasuk lapkan tubuh badan dilakukan oleh ayah. Hanya ayah yang ibu mahukan. Betapa tebal kasih sayang antara mereka berdua. Ibu kelihatan memang uzur dan terlalu kurus. Tapi, macam biasa tetap risaukan makan minum anak2 ibu walaupun dalam keadaan ibu yang uzur. Selalu merasakan kami seperti anak2 kecil yang perlu di hidangkan makanan. Ibu kurang bercakap. Penglihatannya sedikit kabur.

Dan pada 10 Zulhijjah yang lalu, SJ sekeluarga sepakat membawanya ke hospital dengan memanggil ambulan, memandangkan ibu tidak mampu untuk bangun dan walaupun ketika itu di mana2 suasana begitu meriah dengan sambutan Hari Raya Aidil Adha. Tengahari itu juga SJ dan adik beradik yang lain menunggu di wad kecemasan sehinggalah ibu di masukkan dalam wad. Kasihan dengan kakak sulung SJ yang menjaga ibu pada waktu malam, SJ menggunakan cuti ehsan dari tempat kerja dengan menjaga ibu pada waktu siang.

Hari terakhir sebelum pemergian ibu. Ibu nampak semakin sihat. Ibu dah boleh mengiring. Tangannya semakin kuat. Berkali2 cuba menanggalkan wayar dan tiub yang melingkari tubuhnya. Berkali juga SJ memujuknya. Hari terakhir itu juga, ibu banyak berbual2 dengan SJ walaupun ada butir bicara yang SJ kurang faham. Dengan yakin juga SJ bercerita dengan adik beradik lain, ibu dah makin ok. Insyaallah, tak lama lagi, ibu dah boleh duduk dan bergurau senda macam biasa. Itulah yang SJ bayangkan. Walaupun banyak perkara dan tanda2 seolah2 ibu akan meninggalkan SJ, tapi SJ buang fikiran tak baik itu jauh2. SJ tak mahu bercerita dengan adik beradik tentang apa yang berlaku. SJ cuba positif. SJ bagi ibu semangat. SJ pujuk ibu ketika bantuan perubatan yang agak menyakitkan tubuh badannya. Apapun itulah yang terakhir. Terakhir kali, SJ menyuap air ke mulutnya. Terakhir kali lap tubuhnya, wajahnya, bibirnya dan matanya yang kering. Terakhir kalinya menukarkan lampinnya. Terakhir kalinya SJ merasakan genggaman kuat tangannya sebelum SJ bertukar shift dengan kakak sulung SJ. Walaupun berat hati SJ. Itulah yang terakhir kalinya SJ merasakan kasih sayang ibu buat SJ. SJ tidak terkilan, kerana dalam hidup SJ, kali ini SJ dapat menjaganya seperti anak kecil. SJ belai dengan penuh rasa kasih SJ terhadapnya. Walaupun SJ tidak dapat melihat anak matanya buat terakhir kalinya sebelum ibu menghembuskan nafas terakhir namun SJ redha dengan ketentuan Ilahi.

Dan detik itu adalah yang terakhir SJ menatap ibu ketika ibu di mandikan dan dikapankan. Terakhir kalinya, SJ mengucup seluruh wajah ibu sebelum jenazah ibu di semadikan. ALFATEHAH.....semoga ibu aman dan rehat di sana. Amin...Semoga ibu tergolong dari kalangan orang2 yang beriman. SJ redha. Tanggungjawab ibu telah tamat. Ibu dah besarkan anak2 dengan baik. Dengan bekalan dunia dan akhirat yang sempurna. Segala pesanan dan nasihat akan SJ jadikan bekalan dan azimat buat selamanya. Hanya kenangan indah yang terus dalam ingatan. Kasih sayangmu terus ke Syurga...Ibu

p/s : Terimakasih yang tidak terhingga buat kakak sulung tersayang, Kamsiah kerana sanggup berjaga malam menjaga ibu. Begitu juga buat adik Salleh , abang Din , abang Jamal dan semua adik beradik tersayang. Begitu juga buat keluarga2 lain yang jauh dan dekat, dimana sahaja yang sanggup datang berziarah. Juga2 buat rakan2 pejabat yang berkunjung berziarah.

Kunjungi jua SALLEH dan KODING blog....

ALFATEHAH....buat ibu






Tuesday, October 11, 2011

Sahabat dahulu dan sekarang


Assalamualaikum sahabat.......

Dah bersawang blog? asyik tajuk `Rahsia dalam Ais' jer? Sibuk sangat ker sekarang? Masih sibuk dengan study? dengan kelas? Kerja bertimbun? Ke buat2 sibuk? Ataupun sibuk mencari sesuatu agar nmpak sibuk? Hurm....adakalanya persoalan demi persoalan datang bertalu. SJ pun terpinga2 mencari jawapan. Tak tahu apa yang sesuai agar jawapan yang SJ berikan adalah yang terbaik. Hilang kata2, tiada mood dan tiada perasaan, jiwa kacau, bnyak tugasan...tapi semua itu bukanlah jawapan. Bila sesekali membuka lembaran wajah blog kesayangan SJ, masih ada lagi pengunjung yang datang bertandang. Masih ada lagi yang sudi meninggalkan jejak. Terima kasih wahai sahabat2 blogger....kalian memang SJ hargai.

Tinggalkan sejenak tentang persoalan itu. SJ ingin kembali menulis dan bercerita seperti dahulu. Tak kurang pun SJ ingin membebel lagi. Inilah pertautan hubungan di alam maya. Sahabat. Wikipedia mendefinasikan sahabat itu sebagai perilaku kerjasama dan saling mendukung antara dua atau lebih entitas sosial khasnya dalam perhubungan peribadi. Ia memperlihatkan perilaku berbalasan dan reflektif. Menjurus tentang persoalan sahabat, scope pengertiannya cukup luas bagi mereka yang mengerti erti nilai sahabat itu sendiri. Pastinya sahabat itu adalah bagaimana untuk kita menginterpretasikannya dalam sesebuah perhubungan, saling menghargai dan tahu menjaga ikatan itu agar terus harmoni tanpa ada maksud disebaliknya.

Ketika zaman sekolah dahulu agak begitu sukar untuk memanjangkan sebuah persahabatan. Terlalu bnyak keadaan yang membataskan. Tidak semua orang rajin mengungkapkannya melalui arena persuratan. Kalau adapun sekali dua. Kemudian terus hilang tanpa khabar berita. Semuanya berlalu kerana keterbatasan masa dan kesukaran ke pejabat pos. Teknologi tidak secanggih sekarang. Telefon rumah tidak semua mampu milik apatahlagi telefon bimbit yang memang belum wujud. Maka berakhirlah erti persahabatan itu bila tamat sesi persekolahan. Yang kekal hanya gambar2 kenangan yang terus indah terletak di dalam album dengan harapan pasti bertemu jua satu hari nanti. Dan di belakang gambar, pasti ada tertera sedikit coretan kenangan dan paling2 pun sebagai satu tanda peringatan bahawa kita pernah bergelar sahabat.

Namun zaman telah banyak berubah seiring dengan kepesatan dunia teknologi yang semakin berkembang. Peningkatan persaingan yang wujud dalam sistem telekomunikasi, manusia berlumba2 untuk memudahkan kehidupan dan lebih menghargai perhubungan antara manusia. Wujudnya social network yang pelbagai juga dapat mengetahui pelbagai perkara termasuk kehidupan seharian. Bertuahnya mereka yang hidup di alaf baru ini. Cuma kita perlu menanganinya dan mengawal agar tidak mudah terpengaruh mahupun terjebak kepada perkara2 negatif akibat dari kehebatan teknologi yang serba moden ini.

SJ tidak kurang rasa bertuahnya. Bukan terpedaya tetapi cuba menjadi sebahagian dari masyarakat yang turut ingin menikmati betapa hebatnya teknologi dunia masakini. Menulis dan membaca melalui blog. Memang agak berbaloi. Dapat berkongsi maklumat, menambahkan kenalan dan bertukar2 cerita dengan sahabat blogger. Malah dari itu, SJ dapat mengenali sahabat2 blogger dengan lebih mndalam bila mengetahui kehidupan mereka seharian lebih2 lagi bila sahabat SJ berada di tempat yang jauh dari jangkauan SJ sendiri. Berbeza budaya, agama, bangsa, negara dan sebagainya. Lebih menarik lagi bila dapat melihat cara pakaian dan makanan yang jauh berbeza dengan SJ sendiri. Perkongsian ilmu juga salah satu faedah hasil dari keistimewaan teknologi maklumat ini.

Begitu juga berhubung melalui rangkaian facebook, twitter dan beberapa social network terkini. Itu tak termasuk lagi dengan Foursquare, sms, BBM, skyppe, 3G, whatsapp dsb. Berchattinglah semaunya. Pastinya, rasa terharu dan gembira bila dapat berhubung semula dengan sahabat2 sekampung apatahlagi yang sekolah bersama. Tak mampu untuk digambarkan dengan kata2 apatahlagi kalau dapat bersua muka. Diam tak diam, semakin ramai yang SJ jumpa. Mungkin ada yang hampir tidak di kenali kerana perubahan fizikal. Semua itu tidak menjadi halangan, walaupun masa telah merubah segalanya2nya.

Adakalanya wujud juga perbezaan yang hampir memutuskan semula erti sahabat. Ada yang begitu berjaya dalam kehidupan. Berada di taraf yang hebat namun terlupa diri sehingga memndang rendah martabat orang lain. Alhamdulillah...kerana ada juga yang lebih menjurus ke arah keagamaan namun kelihatan jumud sekali kerana kerap menuding dan merasakan kejahilan orang lain sehingga menjatuhkan keaiban dan maruah diri. Tapi tak semua. Ada yang masih mengekalkan kesederhanaan dan rendah diri lantas iman dan takwa menyedarkan SJ betapa mulianya hati mereka.

Mengapa mudahnya meleraikan sebuah ikatan persahabatan? Jawapannya, pasti perlunya muhasabah diri bahawa setiap manusia yang hidup di dunia ini tiada yang sempurna. Maka pertemuan persahabatan seolah2 seperti tidak memberi apa2 makna. Mungkin mereka tidak tahu betapa indahnya jika silaturrahim yang indah itu dapat di jaga dengan subur.
Bagi SJ, sebaik2 sahabat ialah yang menemani waktu2 suka dan duka. Mengingati kita sebagai insan biasa yang tidak lari dari sebarang kesilapan. Sentiasa muhasabah diri. Menerima kita seadanya. Menegur atas kekhilafan kita demi jalan Allah. Menyokong ke arah kebaikan. Bukan memuji di depan tetapi mencela di belakang apatahlagi menikam dari belakang. Talam dua muka tidak sekali. Juga bukan yang mengajar kita kepada perkara2 `lagha' / perkara yang sia2. Kejujuran dan keihklasan itu yang sebenarnya.

p/s : SJ lebih menghargai sahabat yang betul2 menghargai SJ sebagai sahabat. Terima kasih kerana anda sudi menjadi sahabat selama ini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sahabat2 Setia

izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.