Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Friday, March 30, 2012

Masjid Kristal Taman Tamadun Islam






Seni atau ‘art’ berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud kerja2 tangan atau ukiran. Dalam konteks senibina, ianya adalah seni membuat bangunan. ‘Seni’ mempunyai erti yang merangkumi konsep, rupa, bentuk, gerak, dan masa. Manakala perkataan ‘bina’ tidak khusus kepada rangka bangunan ataupun sesuatu bentuk fizikal tetapi meliputi tindakan dan juga konsep.

Senibina Islam pula merupakan gabungan konsep2 Tauhid, Perundangan dan Kemasyarakatan yang terdapat dalam kepercayaan dan ajaran Islam sebagai faktor penyatu yang mencantumkan berbagai bentuk bangunan dalam menghasilkan satu corak yang menggambarkan semangat kesatuan dalam kepelbagaian, keharmonian dan keseimbangan. Tuntutan agama telah dijadikan satu kewajipan oleh para pendakwah yang datang ke Tanah Melayu. Mereka bukan sahaja menyumbangkan ilmu, malahan menjadi perintis terhadap perkembangan senibina Islam di Malaysia pada masa kini.

Berkunjung ke Taman Monumen Taman Tamadun Islam, sudah pasti tidak cukup lengkap jika tidak mengunjungi Masjid Kristal yang tersergam unik, berdiri megah di kelilingi air muara di Kuala Terengganu.

Masjid unik ini diperbuat dari kristal kaca dan besi keluli, telah dibuka secara rasminya oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 8 Februari 2008. Turut di rasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu , Tun Abdullah Ahmad Badawi. Masjid unik ini diperbuat dari kristal kaca dan besi serta boleh memuatkan hampir 700 orang dalam satu2 masa. Pelbagai aktiviti keagamaan yang di jalankan di sini antaranya, Program Smart Solat, Kuliah Maghrib, Ceramah Agama, Majlis Akad Nikah, Solat Terawih, Qiamullail, Kembara Masjid Kristal dan sebagainya.

Masjid Pintar pertama di Malaysia ini mempunyai keluasan 2,146 meter persegi (22.3 hektar) dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dab liputan wifi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca Al-Quran elektronik di sini. Tempoh pembinaan selama 3 tahun, masjid ini menelan kos pembinaan sebanyak RM 249.3 juta.


























p/s : Daripada Abu Hurairah r.a, meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda : Tempat yang paling di cintai Allah SWT di atas mukabumi ialah masjid dan tempat yang paling di benci ialah pasar2.







Sunday, March 25, 2012

sejarah kad berwarna dalam sepakbola



Agak2nyer bagaimana kad berwarna mula memainkan peranannya dalam dunia sukan sepak bola yer? Apakah penggunaan kad merah dan kuning sudah dikenali seperti sekarang ini sejak bola sepak moden muncul? Jawapannya tidak. Kad merah dan kuning baru diperkenalkan pada Piala Dunia 1970.

Inspirasinya muncul pada Piala Dunia 1966, pada perlawanan suku akhir antara tuan rumah England dan Argentina. Pengadil pertandingan itu berasal dari Jerman, yakni Rudolf Kreitlein. Kerana melakukan terjahan yang kuat, kapten Argentina, Antonio Rattin, dikeluarkan oleh Kreitlein. Namun, Rattin tidak terus keluar dan meninggalkan padang bola kerana tidak memahami arahan pengadil yang berasal dari Jerman itu

Pengadil England yang turut bertugas di pertandingan itu, Ken Aston, kemudian masuk ke padang. Dengan sedikit pengetahuan dalam bahasa Argentina, dia meminta agar Rattin meninggalkan padang. Rudolf Kreitlein hanya tahu bahasa Jerman dan Inggeris dan ini menimbulkan kesulitan untuk menjelaskan keputusannya kepada Rattin.

Ken Aston kemudian berfikir bahawa perlunya komunikasi universal yang dapat difahami semua orang ketika pengadil memberi peringatan kepada pemain atau mengeluarkannya dari padang. Oleh itu, pengadil tidak perlu membuat penjelasan dengan bahasa yang mungkin tidak diketahui pemain. Suatu hari, dia berhenti di persimpangan jalan. Melihat lampu lalu lintas, dia kemudian mendapatkan idea. Kemudian, dia mencadangkan supaya pengadil dibekalkan kad kuning dan merah kepada FIFA. Kad kuning untuk memberi peringatan kepada pemain yang melakukan pelanggaran. Manakala kad merah untuk perlanggaran yang teruk, dan pemain yang melakukan pelanggaran itu mesti keluar dari padang.

Idea itu diterima FIFA. Pada Piala Dunia 1970, kad kuning dan merah kali pertama digunakan. Akan tetapi, sepanjang Piala Dunia 1970 tiada satu pun pemain yang dilayangkan kad merah. Hanya kad kuning yang sempat dilayangkan sehingga kad merah tak digunapakai pun pada Piala Dunia 1970.

Mesti pun idea tersebut datang daripada pengadil Inggeris, negara itu tidak serta merta menerapkannya di pertandingan bola di negara mereka. Kad merah dan kuning baru digunakan di kejohanan bola sepak Inggris pada 1976. Disebabkan pengadil kemudian terlalu mudah melayangkan kad dan diprotes banyak pemain, penggunaannya sempat dihentikan pada 1981 dan 1987.

Yang menariknya, idea ini diaplikasikan dalam pertandingan hoki. Bahkan, kad2 peringatan dalam sukan hoki ini menggunakan tiga warna seperti lampu lalu lintas: hijau, kuning, dan merah. Hijau untuk peringatan, kuning untuk mengeluarkan pemain sementara waktu, dan merah untuk mengeluarkan pemain secara kekal.

Rudolf Kreitlein

Ken Aston

p/s : macam kelakar bile menonton badminton, beregu utama negara, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong dikenakan kad merah oleh pengadil perlawanan apabila tindakan Kien Keat yang melambat2kan permainan ketika permainan terikat di kedudukan 20-20 pada set ketiga dan kemudiannya memberi mata ke 21 kepada pasangan China Hong Wei dan Shen Ye.







Wednesday, March 21, 2012

Sepak bola, sejarah dan peranannya


Asal usul sejarah munculnya bola sepak masih menjadi perdebatan. Beberapa dokumen menjelaskan bahawa bola sepak wujud sejak zaman Romawi, sebahagian lagi menjelaskan bola sepak berasal dari negara China. FIFA sebagai badan bola sepak dunia secara resmi menyatakan bahawa bola sepak lahir dari daratan tanah besar China iaitu berawal dari permainan masyarakat Cina abad ke-2 sampai ke-3 SM. Permainan ini saat itu dikenal dengan sebutan “tsu chu". Tsu sendiri artinya “menerjang bola dengan kaki”. Manakala chu, berarti “bola dari kulit dan mempunyai isinya”. Permainan bola ketika itu menggunakan bola yang diperbuat daripada kulit binatang dengan menendang serta menggelecek dan memasukkanya ke sebuah jaring kecil yang didirikan diantara dua tiang. Ketika itu ia dimainkan oleh para tentera Dinasti Han sebagai aktiviti untuk mengekalkan kecergasan para tenteranya.  

Versi sejarah kuno tentang bola sepak yang lain datangnya dari negara Jepun, sejak abad ke-8, masyarakat disana telah mengenal permainan bola. Masyarakat disana menyebutnya dengan "Kemari". Manakala bola yang digunapakai adalah kulit kijang namun ditengahnya sudah lubang dan berisi udara.

Menurut Bill Muray, salah seorang sejarawan bola sepak, dalam bukunya "The World Game: A History of Soccer", permainan bola sepak sudah dikenal sejak awal Masehi. Pada saat itu, masyarakat Mesir Kuno sudah mengenal teknik membawa dan menendang bola yang diperbuat daripada tenunan kain linen.

Manakala sejarah yang lain adalah di Yunani Purba juga mengenal sebuah permainan yang disebut episcuro, tidak lain adalah permainan menggunakan bola. Bukti sejarah ini dapat dilihat di muzium yang melukiskan tentang orang muda memegang bola dan memainkannya dengan pahanya. Orang2 Greek dan Roman purba juga dicatatkan pernah bermain permainan seumpamanya yang melibatkan 27 orang.

Sejarah bola sepak moden dan telah mendapat pengakuan dari berbagai pihak, asal usulnya dari Inggeris, yang dimainkan pada pertengahan abad ke-19 di sekolah2. Permainan ’sepak-menyepak’ di England dicatatkan seawal 1300-an, yang ketika itu hanya dimainkan dengan menendang kepala musuh yang dipancung. Pada zaman pertengahan, ia kemudiannya berkembang menjadi permainan bola yang membolehkan pemainnya menendang, menumbuk, menggigit dan memukul. Setelah permainan tersebut menjadi ganas, ia telah diharamkan oleh King Edward ke III, manakala di Scotland, King James I telah mengharamkannya pada 1424.

Pada 1815, sekolah terulung di Britain, Eton College telah memperkenalkan peraturan baru yang kemudiannya telah diikuti oleh semua sekolah dan Universiti di England.  Tahun 1857 telah ditubuhkan kelab bola sepak pertama di dunia, iaitu: Sheffield Football Club. Kelab ini adalah hasil daripada persatuan sekolah yang memperjuangkan permainan bola sepak. Permainan bola di sekolah2 United Kingdom mempunyai cara permainan yang berbeza mengikut sekolah, menjadi lebih popular. Lantaran itu, cara permainannya juga lebih teratur. Undang2 awal diperkenalkan bagi menyeragamkan cara permainan yang berbeza2 itu dan memudahkan pemain2. Persatuan Bola Sepak England (The Football Association-FA) telah ditubuhkan pada 1863 oleh beberapa kelab bola sepak. Persatuan ini berjaya menggubal undang2 formal bola sepak yang pertama di dunia. Undang2 ini kemudian berkembang menjadi undang2 Bola sepak hari ini dengan mengeluarkan peraturan permainan bola sepak, sehingga bola sepak menjadi lebih teratur, mempunyai organisasi dan menarik untuk dipertontonkan. Sehinggalah ke hari ini. England menjadi pusat pertandingan liga bola sepak yang terunggul di dunia. Hampir setiap pemain mengimpikan untuk bermain di sana. Apa tidaknya, di sinilah tempat kegemilangan, kecemerlangan dan keterbilangan bola sepak dunia. 

Selanjutnya tahun 1886 terbentuk lagi badan yang mengeluarkan peraturan bola sepak bola moden dunia, iaitu lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (International Football Association Board-IFAB). IFAB dibentuk oleh 4 wakil persatuan FA Inggeris England dengan Scottish Football Association, Football Association of Wales, dan Irish Football Association di Manchester. Segala pemindaan Undang2 Bola Sepak perlu diluluskan oleh Lembaga melalui undian majoriti. Sejarah sepak bola semakin teruji hingga saat ini, IFAB merupakan badan yang mengeluarkan pelbagai peraturan pada permainan sepak bola, baik tentang teknik permainan, syarat dan tugas pengadil, bahkan sehingga perpindahan pemain.

Bola sepak (association football atau soccer) ialah sukan sepasukan yang paling banyak dimainkan dan ditonton di dunia. Badan pentadbiran dunia bola sepak ialah  FIFA, atau Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (International Federation of Association Football). Mengikut kajian yang dilakukan oleh FIFA, lebih daripada 240 juta orang biasanya bermain bola sepak dalam lebih daripada 200 negara di seluruh pelusuk dunia. Peraturannya yang mudah dan memerlukan peralatan yang minimum tidak syak lagi menolong penyebaran dan tumbesaran dalam popularitinya.

Corak permainan :
pertahanan - pemain yang pakar dalam mencegah jaringan gol musuh.
pemain tengah - pemain yang melakukan serangan dan memberikan lorongan bola kepada penyerang, tetapi juga menolong pertahanan dengan mengganggu serangan pasukan lawan pada peringkat awal.
penyerang - pemain2 yang berperanan untuk menjaringkan gol.

Susun atur para pemain di padang dipanggil sebagai formasi. Untuk menggambarkan satu formasi tiga nombor digunakan. Nombor pertama menentukan berapa banyak pemain pertahanan digunakan, yang kedua adalah bilangan pemain tengah yang akan digunakan dan yang ketiga adalah bilangan penyerang. Formasi yang popular dalam bola sepak moden termasuklah 4-4-2, 4-3-3, 3-5-2, 3-4-3 dan 4-5-1.

Jurulatih biasanya berperanan mengatur formasi dan taktik sesebuah pasukan.

Bola sepak adalah sejenis permainan yang dimainkan di antara dua pasukan yang mengandungi 11 orang pemain yang masing2 cuba memenangi perlawanan dengan menjaringkan lebih gol daripada pasukan lawannya. Satu gol adalah hasil hantaran  bola yang merentasi garisan gol yang terletak di antara tiang gol dan palang gol. Bola sepak dimainkan dengan menggunakan kedua2 belah kaki, tetapi para pemain dibenarkan menggunakan semua bahagian badannya kecuali tangan. Penjaga gol yang bertugas mengelakkan bola daripada merentasi garisan gol pula dibenarkan menggunakan tangannya untuk menangkap bola di dalam kawasan penalti. 

Pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol memenangi sesebuah perlawanan. Namun, kalau kedua-dua menjaringkan jumlah gol yang sama, perlawanan itu dianggap sama (draw). Dalam pertandingan kalah mati, bagi menentukan pemenang, masa 30 minit (masa berlebihan, extra time) akan ditambah jika kedua2 pasukan menjaringkan jumlah gol yang sama dalam 90 minit (2x45 minit) yang asal. Waktu rehat diperuntukkan 15 minit. Pasukan yang menjaringkan gol yang lebih pada masa berlebihan ini memenangi perlawanan. Kalau masa berlebihan tidak dapat menentukan pemenang, sepakan penalti akan diadakan. Setiap pasukan diberikan 5 sepakan penalti. Pasukan yang menjaringkan penalti yang lebih memenangi perlawanan. Bagi yang tidak tahu, nah....inilah dia permainan sepak bola.

Pertandingan antarabangsa terbesar di dalam arena bola sepak ialah Piala Dunia FIFA yang diselenggarakan oleh FIFA. Piala Dunia diadakan setiap empat tahun sekali. Lebih dari 190 negara bertanding di peringkat kelayakan mengikut zon sebelum dapat melayakkan diri ke peringkat akhir. Perlawanan peringkat akhir ini biasanya berlangsung selama empat minggu dan kini melibatkan 32 pasukan (naik dari 24 pada tahun 1998). Brazil telah muncul sebagai pasukan yang paling berjaya di dalam Piala Dunia dengan muncul sebagai juara sebanyak 5 kali.

Kejuaraan internasional yang besar di setiap benua adalah:
- UEFA : Piala Eropa atau dikenal dengan nama Euro
- CONMEBOL : Amerika Selatan - Copa América
- CAF - Afrika: Piala Afrika
- AFC - Asia: Piala Asia
- Amerika Utara: Piala Emas CONCACAF
- OFC - Oseania: Piala Oseania

Populariti bola sepak telah meningkat terutamanya pada abad ke-20. Kini, bola sepak menjadi satu industri yang lumayan melalui pendapatan hak siaran televisyen dan penjualan tiket di stadium2. Permainan ini dimainkan pada peringkat professional level di seluruh dunia. Berjuta2 peminat biasanya pergi ke stadium bola sepak untuk mengikut pasukan pilihan mereka, manakala berbilion2 pula melihat perlawanan bola sepak di televisyen. Sebilangan besar pemain juga bermain bola sepak pada peringkat amatur. 

Lenggok yang mempersonakan, kehebatan melepasi benteng pertahanan lawan, ketepatan penyudah merupakan aksi yang sentiasa dinanti2kan oleh para pencintanya. Penglihatan seolah2 telah ‘digam’ di kaca TV ataupun skrin lebar. Hanya wisel separuh masa dan penamat sahaja yang dapat ‘menanggalkannya’. Bukan hanya seorang, tetapi berjuta2 peminat terpukau dek pesona aksi bintang2 pujaan masing2. ’Benda bulat itu’ tidak mengenal manusia, muda atau tua, miskin atau kaya, hina atau mulia, yang berkulit hitam ataupun sawo matang, mereka akan setia menunggu setiap perlawanan, tidak kira apa waktunya. 

’Aura’ temasya ini sangat berbeza  dan pemain2 ini tidak memerlukan mentera keramat untuk memukau. Mereka juga tidak perlu berada di hadapan mata para pencinta. Cukup sekadar menonton aksi menerusi paparan elektronik sudah memadai untuk ‘memukau’ jutaan manusia di seluruh dunia. GOOOOOL!!! Itulah kata-kata yang mengakhiri sebuah penantian. Setiap mata pasti tidak berkelip terutama ketika aksi serangan dan jaringan gol. Itulah bola sepak. Peranannya sebagai sukan yang menyatukan dunia, menyatukan rakyat.

p/s : EURO fever will be back again......watch exciting moments...select and support your team....and scream it...GOL !!!







Friday, March 16, 2012

Taman Monumen di Taman Tamadun Islam




Dah banyak kali juga SJ mengunjungi tempat ini. Boleh dikatakan setiap kali pulang ke kampung suami SJ, Taman Tamadun ini kerap menjadi lokasi persinggahan. Namun tidak bagi Taman Monumen ni kerana hanya 3 kali SJ singgahi. Kunjungan selalunya di Cruise TTI dan Masjid Kristal yang menjadi ikon di Taman Tamadun Islam dan mercu tanda bagi Kuala Terengganu. Objektif penubuhan taman ini dikatakan sebagai satu destinasi pelancongan bertemakan pendidikan dan edutainment, mengetengahkan personaliti, barisan pejuang2 Islam, ahli sains, teknologi dalam taman tamadun Islam serta sebagai pusat penyebaran ilmu.

Taman ini merupakan sebuah kembara interaktif monumen Islam di serata dunia. Ia memberikan pendidikan dan hiburan informatif tentang destinasi Islam dunia. Terletak di Pulau Wan Man, Losong Panglima Perang, taman seluas 23 hektar ini adalah sebahagian daripada projek untuk membangunkan Kuala Terengganu sebagai bandar tebingan sungai. Terbahagi kepada dua zon iaitu Kompleks Taman Tamadun Islam (Taman Monumen) dan Zon Awam (Pusat Konvensyen TTI, Restoran Bbeteng dan Jeti Tok ku Paloh ). Ia merupakan taman tema pertama yang mengiktiraf senibina Islam,  mengetengahkan keunggulan seni warisan dan seni bina Islam dari seluruh pelosok dunia, salah satu projek pembangunan ekonomi Wilayah Ekonomi Pantai Timur. Taman tema yang mula dibina pada Mac 2005 dikelilingi replika2 masjid dari serata dunia yang berkaitan sejarah Islam dan di bina pada nisbah skala 1:4 hingga 1:22 berbanding saiz asal. Dahulunya pulau ini tiada berpenghuni dan dipenuhi dengan hutan nipah.

Bahan asas pembinaan taman ini secara keseluruhannya menggunakan bahan buatan tempatan. Kira2 65% pembinaan menggunakan kepakaran tukang tempatan manakala selebihnya menggunakan khidmat profesional pakar pertukangan daripada luar negara. Ia merangkumi Masjid Kristal dan kawasan perumahan khas untuk imam dan bilal. Taman Monumen Islam, cruise dan pusat konvensyen antara daya tarikan, begitu juga dengan pusat komersial2 yang lain. Pembinaannya diatas tanah seluar 33 hektar dan menelan belanja RM249.3 juta. Dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 03 Februari 2008.



Bagi yang teringin mengunjungi Taman Monumen ini, pembayaran tiket di kenakan kepada setiap pengunjung. Kemudian pengunjung akan diberi passport mengikut klasifikasi umur masing2. Dengan adanya passport, pengunjung akan dapat diskaun untuk lawatan ke dua, ketiga dan seterusnya seperti Tram Ride dan Bicycle Ride percuma serta diskaun untuk sewa Buggy. Tidak perlu buang passport tersebut jika masih ada keinginan untuk berkunjung lagi di sini. Tidak begitu sukar untuk masuk ke dalam taman ini. Ada ruang untuk berehat santai di dalam sebelum pengunjung menjelajah taman ini sama ada berjalan kaki atau menaiki kenderaan yang disediakan pihak taman. Jauh juga perjalanan memandangkan keluasan monumen ini lebih kurang 800 meter.





1. Makam Abu Nasr Parsa di Afghanistan
Dibina pada abad ke 17 dalam gaya Timurid. Antara ciri menarik makam berbentuk oktagon ini adalah dua tiang berpusing di hadapannya serta dinding,kubah,menara dan kaligrafi yang diperbuat dari mozek biru. Ciri2 ini memberi gambaran kepada generasi bahawa kerja2 yang unik dan bernilai ini telah berjaya dihasilkan oleh orang Islam di zaman lampau. Makam yang terletak di tengah2 Balkh Central Park ini dibina bagi mengabdikan jasa ahli teologi terkemuka, ketua dan tokoh agama terkenal Herat Afghanistan iaitu Khwaja Abu Nasr Parsa.

2. Masjid An Nabawi di Arab Saudi
Masjid Nabawi adalah salah satu masjid terpenting yang terdapat di Kota Madinah, Arab Saudi. Ia di bina  oleh Nabi Muhammad saw dan menjadi tempat makam baginda dan para sahabatnya. Ia juga dibina di atas tapak rumah Nabi Muhmammad SAW. Merupakan masjid pertama selepas berhijrah ke Madinah dan yang  kedua dibangunkan oleh Rasulullah saw setelah Masjid Quba yang didirikan dalam perjalanan hijrah beliau dari Mekkah ke Madinah sebagai pusat pemerintahan dan perniagaan bagi Madinah dan dunia Islam keseluruhannya.

3. Menara Kalyan Minaret di Uzbekiztan
Menara ini telah dibina pada tahun 1127 M oleh Arslan-Khan. Menara yang diperbuat daripada bata yang dibakar ini merupakan contoh kejuruteraan awam dan rekaan senibina yang sempurna. Selain dijadikan tempat pak bilal melaungkan azan, ia juga dijadikan untuk menghukum orang2 yang melakukan jenayah berat. Caranya pesalah dibawa ke puncak menara dan di tolak jatuh. Ia dibina 2 kali kerana menara pertama telah runtuh akibat kerja2 tapak yang tidak sempurna.Menara ini merupakan contoh struktur dan binaan terbaik pada zaman tersebut. Menara ini juga digunakan sebagai rumah api dan menara tinjau untuk mengelak serangan musuh.

4. Great Mosque of Agadez di Niger
Masjid yang diperbuat daripada tanah yang dikeringkan dibina pada abad ke 16 pada zaman kegemilangan Agadez. Ia mempunyai menara berbentuk piramid dengan 13 baris perancah kayu untuk mengukuhkan strukturnya dan dijadikan sebagai pemijak sekiranya memerlukan kerja2 menampal tanah liat yang gugur atau tertanggal. Rasionalnya, di Nigeria jarang hujan dan masjid dari tanah liat ini meredupkan suasana dan menyejukkan suhu.  Masjid ini terletak di daerah Air Massif di tengah2 Negara Niger. Dari segi bahan binaan masjid ini agak unik kerana diperbuat dari kayu dan lumpur,sebagaimana bangunan tradisional Benua Afrika. Bahan binaan ini masih kekal sehingga kini

.

5. Aleppo Citadel di Syria
Dianggarkan dibina pada abad ke 10 SM di atas sebuah bukit di Syria, kota ini membuktikan kecanggihan teknologi umat Islam pada masa tersebut.  Kota Aleppo adalah sebuah kota yang dibina umat Islam dahulu di atas sebuah bukit di Syria.

6. Great Mosque of Qairawan di Tunisia
Dibina pada 670 M oleh Uqba ibn Nafi, ia merupakan monumen Islam tertua di Tunisia. Hari ini, setelah dibina semula sebanyak tiga kali, masjid ini melambangkan kesamarataan di Qairawan. Bentuk dan saiz masjid ini menekankan ciri2 persaudaraan dan keikhlasan. Di dalam masjid yang sebegini besar semua aktiviti dan permasalahan dapat diselesaikan termasuk pemerintahan,pembelajaran dan ketenteraan.

7. Masjid Kul Sharif, Kazan di Rusia 
Pernah dibiarkan musnah, pembinaan semula masjid ini dijalankan setelah kejatuhan Soviet Union. Ia merupakan sorotan 1,000 tahun sejarah panjang Kazan dan rekabentuknya mengimbas kembali persekitaran bersejarah di zaman Kremlin.  Masjid ini dibina bagi mengenang jasa dan perjuangan seorang guru serta muridnya yang gigih mempertahankan diri dari serangan “ivan The Terrible”. Walaupun telah berusaha mempertahankan mereka,Guru Kul Sharif dan kesemua anak muridnya telah dibunuh oleh “Ivan The Terrible”. Masjid ini telah dibina pada tahun 1996 setelah kejatuhan Empayer Soviet.

8. Masjid Suleyman DI Turki
Masjid ini dibina pada tahun 1557M, di zaman Empayar Ottoman dalam tahun ke 46 pemerintahan Sultan Suleyman. Ia menempatkan infirmari, sekolah perubatan, hospital, kedai, penjara dan tempat penyimpanan senjata.  Masjid ini direkabentuk berdasarkan ciri2 yang terdapat pada Masjid Sultan Ahmad (Blue Mosque) di Turki. Ia juga direkabantuk oleh arkitek yang sama iaitu Sinan, Arkitek Agung di zaman pemerintahan Khalifah Othmaniah. Masjid ini dinamakan sedemikian berdasarkan nama Sultan Suleyman yang memerintah Turki dari tahun 1520 Masihi hingga 1566 Masihi.


9. Masjid Mohamed Ali di Egypt Mesir
Juga dikenali sebagai Masjid Alabaster berikutan penggunaan bahan ini dengan banyak di dalam pembinaannya. Masjid ini dibina oleh Mohammed Ali yang pada zaman pemerintahannya dianggap zaman pembaharuan Mesir.  Masjid Mohammad Ali terletak di Wilayah Al-Qalaa di Kaherah,Mesir. Ia direkabentuk oleh arkitek Greek yang bernama Yussuf Bushnaq. Rekabentuknya berdasarkan ciri2 yang terdapat pada Masjid Sultan Ahmad (Blue Mosque) Turki. Ia mula dibina pada tahun 1246 Masihi dan siap pada tahun 1265 Masihi. Ia dinamakan sempena nama pemerintah yang memerintah Mesir selama 45 tahun.

10. Sheikh Lutfallah Mosque, Iran
Merupakan satu contoh senibina Islam yang terbaik dan dahulunya digunakan sebagai masjid diraja. Dibina pada abad ke-17 oleh Sheikh Lutfallah Masi Al-Amili, seorang cendekiawan dan tokoh agama terkenal.  Masjid ini mula dibina pada tahun 1602 Masihi semasa pemerintahan Dinasti Safavid. Keistimewaan masjis ini adalah penggunaan jubin biru yang memenuhi kawasan pintu masuk ke masjid. Ini menjadikan ianya contoh terbaik senibina Islam.

11. The Palace of Al-Hambra, Granada, Spain
Al-Hambra (istana merah) merupakan istana purba dan kompleks kubu yang dibina di antara tahun 1238-1354 M di bawah pemerintahan Mohammed Bin Ahmar, raja Nasrid pertama.  Kota Al Hambra adalah sebuah kubu dan istana kesultanan Moorish di Granada. Ia bermula dengan sebuah masjid yang dibina semasa pemerintahan awal Islam Sepanyol. Di antara tahun 1238-1354 Masihi,istana kerajaan Islam Sepanyol dibina di kota ini. Dengan terbinanya istana inilah menjadikan Al Hambara terkenal sehingga hari ini. Terdapat 4 pintu masuk utama ke kota ini dan terdapat beberapa dewan besar di dalam keseluruhan kota. Dinding2 dalaman dipenuhi “stucco calligraphy” kalimah2 memuji Ilahi. Terdapat juga taman2 indah yang dihiasi ciri2 alam semulajadi seperti pokok,air dan haiwan. Replika yang dibina di TTI adalah sebahagian dari Kota Al Hambra yang luas keseluruhannya terlalu besar untuk dibina disini

12. Taj Mahal di Agra, India
Taj Mahal, Agra, India telah dibina oleh Maharaja Mughal kelima, Shah Jahan bagi mengenang kisah cinta abadinya dan sebagai simbol kasih sayang terhadap isterinya, Mumtaz Mahal. 4 menara di sekeliling Taj Mahal itu dibina sebagai lambang 4 janji Shah Jahan kepada isterinya Mumtaz. Taj Mahal merupakan sebuah istana dan makam yang dibina bagi mengenang kisah cinta abadi diantara Shah Jahan dan isterinya Mumtaz Mahal.Ia mula dibina pada tahun 1631 Masihi dan mengambil masa 22 tahun untuk disiapkan. Ciri2 pentig yang dapat dilihat disini ialaha keunikan senibina,bahan2 binaan yang unik,batu2 berharga yang dipasang untuk mencantikkan kemasannya serta keindahan taman yang dibina dihadapan bangunan tersebut.

13. Masjid Negara, Malaysia
Masjid ini dibina pada tahun 1965 sebagai tanda penghormatan terhadap Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Bumbung utama merupakan lambang payung diraja yang terbuka dan menaranya pula adalah payung tertutup.  Masjid Negara telah dibina pada tahun 1965 bagi memperingati perjuangan dan jasa2 Perdana Menteri Malaysia pertama iaitu YAB Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dalam memerdekakan Tanah Melayu daripada jajahan British. Bangunan yang dibina selepas merdeka ini mempunyai ciri2 yang menunjukkan kemajuan dan kebebasan. Ciri2 ini ditonjolkan melalui rekabentuk dan bahan2 binaan yang digunakan. Ciri2 menarik masjid ini adalah kubahnya yang diperbuat dari konkrit berbentuk payung terbuka dan menara yang berbentuk payung tertutup. Payung merupakan simbolik kepada perlindungan dan kebebasan. Masjid ini mampu memuatkan 15000 jemaat pada satu2 masa.

14.Badshahi Mosque, Lahore, Pakistan
Ia merupakan masjid yang terbesar pada zaman tersebut. Mengikut sejarah ianya boleh memuatkan sehingga 65,000 orang jemaah.  Masjid ini telah dibina pada tahun 1673 Masihi oleh Maharaja Aurangzeb Alamgir semasa zaman kegemilangan kerajaan Mongol. Ciri2 utama yang membentuk masjid ini ialah pintu masa yang dibina mengikut cara Mongol, minaret bersegi lapan dan laman dalaman yang luas.

15. Pattani Central Mosque, Thailand
Masjid ini dibina pada tahun 1954 Masihi semasa pemerintahan Field Marshal Sarit dan mengambil masa 9 tahun untukdisiapkan. Ia terletak di Wilayah Muang di Pattani berhampiran jalan utama antara Yarang dan Pattani. Masjid ini merupakan masjid terbesar dan tercantik di Thailand dan menjadi pusat utama kepada penduduk Islam di Thailand. Masjid ini menyerupai rekabentuk Taj Mahal. Ia merupakan tumpuan utama penduduk Islam Thai dan menjadi pusat untuk upacara keagamaan.16.

16.  MasjidilHaram Mosque, Mecca, Saudi Arabia
Dibina pada tahun 692 M di bawah naungan Khalifah Umaiyah Abdul Malik Ibn Marwan. Ia menyemadikan batu suci di atas Gunung Moriah dan untuk memperingati perjalanan Nabi Muhammad SAW untuk bertemu Allah. Masjid ini menempatkan tempat paling suci bagi semua umat Islam, iaitu Kaabah yang bermaksud "tempat tertinggi yang terhormat dan berprestij". Bangunan asal masjid dibina menggunakan batu biru yang terdapat di Lembah Hijjaz. Sebagaimana yang diketahui ramai,sejarah Masjidil Haram terutamanya Kaabah telah bermula dari zaman Nabi Ibrahim AS lagi. Walaubagaimanapun pembinaan bangunan masjid itu sendiri hanya bermula pada zaman Khalifah Omar Al-Khattab RA iaitu sekitar tahun 639 Masihi. Sejak dari zaman tersebut bangunan masjid telah ditambah sedikit demi sedikit sehingga bentuknya yang dapat kita lihat pada hari ini.

17. Great Mosque of Samarra, Iraq
Masjid ini dibina semasa pemerintahan Khalifah Abasiyyah Al-Mutawakkil pada abad ke-9. Berdiri dengan megahnya di dalam bandar tertua di dunia, salah satu keunikannya ialah Menara Berpusing yang terletak di bahagian utara masjid ini. Uniknya, pak bilal akan menaiki kuda untuk naik ke puncak dan melaungkan azan.  Masjid ini telah dibina pada tahun 842 Masihi dan dibina di Kota Samarra yang merupakan salah satu dari empat kota suci Iraq dan dianggap kota lama yang terbesar di dunia. Semasa kurun ke-9 masjid ini merupakan masjid terbesar didunia yang boleh menempatkan sehingga 80,000 jemaah pada satu masa2. Replika yang dibina di TTI ini adalah menara berpusing Menara Malwira yang terletak dibahagian utara Masjid Besar Samarra.

18. Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin,
Masjid ini dinamakan bersempena nama Sultan Brunei yang ke 28 dan dibina pada tahun 1958. Ia direka oleh seorang arkitek Itali. Struktur kubah emas masjid ini merupaan binaan tertinggi di Brunei.  Masjid ini dibina berhampiran Sungai Brunei dan dibina menggunakan bahan2 binaan terbaik di dunia seperti marmar dari Itali, granit dari China dan lampu hiasan dan cermin bercorak dari England. Kubah utamanya dipercayai dipercayai diperbuat daripada emas tulen. Ia menjadikan masjid ini antara yang tercantik di dunia.

19. Xian Mosque, China
Masjid ini didirikan pada 1392 M oleh Laksamana Haji Cheng Ho pada zaman dinasti Tang. Walaupun masjid ini kelihatan seperti kuil Buddha, tetapi kedudukannya adalah mengadap kiblat. Ciri unik masjid ini ialah "Menara Kaji Diri" yang terletak di tengah2 lama ketiga. Xian Mosque, China. Replika yang dibina di TTI ini merupakan menara yang terletak di tengah kawasan Masjid Besar Xian.

20. Masjid Kudus Al-Minar, Central Java, Indonesia
Dibina pada tahun 1549 oleh Sunan Kudus (Ja'far Shodiq). Rekabentuk masjid ini bercirikan Hindu dan Jawa. Paling ketara adalah menaranya yang berbentuk seperti Chandi yang kebiasaanya ditemui di kawasan kuil Hindu. Ia terletak di daerah Kudus,Wilayah Semerang, Jawa Tengah, Indonesia. Ciri2 yang menarik pada masjid ini ialah menara yang diperbuat daripada batu2 gunung berapi. Menara berbentuk seperti candi yang biasa terdapat di kawasan kuil Hindu.




21. Kubah As Sakhrah (Dome Of The Rock) Baitul Muqqaddis, Palestin
Dibina pada tahun 692 M di bawah naungan Khalifah Umaiyah Abdul Malik ibn Marwan. Ia menyemadikan batu suji di atas Gunung Moriah dan untuk memperingati perjalanan Nabi Muhammad SAW untuk bertemu Allah. Kubbah As-Sakhrah,  Bangunan Kubah As-Sakhrah (Dome Of The Rock) telah dibina pada tahun 692 Masihi di kawasan Haram Al-Sharif bagi melindungi batu terapung yang menjadi tempat Nabi Muhammad SAW berpijak sebelum Mikraj ke langit. Ciri2 penting yang dapat dilihat pada bangunan ini adalah replika batu terapung itu sendiri serta kesenian kerja2 jubin dan kaligrafi dari Surah Yassin dan Surah Al-Israq.

22. Masjid Sultan di Singapura
Terletak di kawasan kampung Glam, Singapura.Merupakan sebuah masjid yang terpenting di negara itu. Terkenal dengan kubah emas yang terletak diatas botol minuman yang didermakan oleh masyarakat setempat. Masjid ini asalnya dibina oleh Sultan Hussain Johor. Pembinaan dijalankan antara 1824 dan 1826, dan dana yang datang dari East India Company. Ia telah dibina semula oleh pemegang amanah masjid pada tahun 1924, selepas struktur asal mengalami kerosakan.

Daripada 22 buah monumen ni,terdapat 5 monumen interaktif. Maksudnya monumen ini mempunyai ruang pameran dan bilik tayangan. Monumen2 ini adalah Masjid Negara, Taj Mahal, Kubah As-Sakhrah, Al Haram dan Al Hambra. Mini studio ini menyediakan lebih kurang 60 tempat duduk. Monumen Masjidil Haram, teater yang sedia ada dinaiktaraf kepada 3D yang dikenali sebagai Virtual Hajj. Pengunjung berpeluang merasai pengalaman virtual haji/ jemaah haji secara lebih teliti.

Berikut adalah alamat Taman Tamadun Islam :

Taman Tamadun Islam
Pulau Wan Man
Losong Panglima Perang
21000 Kuala Terengganu
Terengganu

Pelbagai pengangkutan awam disediakan seperti teksi dan juga bas bandaraya. Pelawat juga boleh menggunakan bot penambang dari jeti Shahbandar ke jeti Tok Ku Paloh, yang terdapat di taman itu.

Harga tiket :

Dewasa - Rm 15.00
(13 tahun- 59 tahun)
+ Beserta pasport dan baucer makan bernilai Rm 3.00

Kanak-kanak- Rm 8.00
(7 tahun - 12 tahun)
+ Beserta pasport
percuma untuk kanak2 berumur 6 tahun ke bawah

Warga Emas - Rm 8.00
(60 tahun keatas)
+ Beserta pasport

TTI turut perkenalkan TTI Privilege Card kepada pengunjung. Keterangan lanjut, hubungi talian 09-627 8888. Faks: 09-630 9020. Boleh juga hubungi Pejabat Tourism Malaysia Terengganu di talian : 09-622 1433 / 1893.

sewa basikal = RM5
Tram - Dewasa / Kanak2 = Rm 3.00
Kanak2 kurang 7 thn = percuma
Buggy - 3 penumpang = Rm 35.00 (1 jam)
5 penumpang = Rm 45.00 (1 jam)
7 penumpang = Rm 45.00 (1 jam)
10 penumpang = Rm 70.00 (1 jam)

Taman Monumen ini dibuka dari pukul 9 pagi sehingga pukul 6 petang.

p/s : punyelah lama terperam entri, at last berjaya juga post ari ni...apelagi....jom cuti2 malaysia lah kalau nk bercuti ke dalam negara kan???


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sahabat2 Setia

izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.