Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Friday, April 9, 2010

Ruang Bicara Pembuka Kata



Adat Tuan Adat Beserah
Mari Datang Membawa Puan
Adat Bersirih Adat Sejarah
Untuk Tuan Kami sembahkan

Assalamualaikum dan salam sejahtera....Alhamdulillah...akhirnya bertemu jua di ruangan bicara blog yang ulung-ulungkalinya diterjemahkan dan dipaparkn buat tatapan pembaca. Kewujudannya mgkn tidak dinanti tapi hanya hadirnya hnya untuk menambah dan mnghangatkn lagi penulis2 blog yg sedia ada...memeriahkan rangkaian2 blog dan mmberi ruang berbicara sesama rakan blog atau apa sahaja yg mnjadi kemungkinan yg boleh dijadikan satu kesimpulan yg lebih baik.

Sebagai mukaddimah atau pembuka ruang bicara, terima kasih kepada rakan baik saya, eja yg bnyak mmbantu saya melahirkan blog pertama saya begitu juga huluran pndangan yg bernas dari adik saya yg masing2 telah mmpunyai jaringan blog yg mantap ketika ini.
Ada ruangan cebisan kehidupan yg mgkn boleh kita kongsikan bersama...mgkn ada jua ruangan isu semasa yg mgkn boleh djadikan pnduan dan dibuat kesimpulan....mgkn jua ada terselit ruangan perniagaan sebagai faktor penambahan ekonomi...dan saya cuba melahirkan ia sebagai satu wadah yg mmpu mnghiburkan pembaca, bukan hnya sebagai satu perkongsian malah hiburan sebagai santapan bersama.

Blog mgkn merupakan suatu perkara baru dalam hidup saya....kesibukan dgn tugas seharian sebagai wanita...ibu.....anak...isteri dan pekerja membuatkan saya agak ketinggalan dgn arus perdana melalui istilah blog.....dan sekiranya ada sebarang komen..maklumat dan apa sahaja bg memperelokkan lagi blog saya ini, segala ajuan amatlah dialu2kan..kerana sesungguhnya penambahbaikkan itu adalah suatu yg amat saya hargai.
Untuk itu terimalah penterjemahan hati saya untuk semua...semoga kehadiran saya diterima....wassalam....


Thursday, April 8, 2010

Kenali Daku



Aku lebih senang dikenali dengan nama Sarina Izryn. Mempunyai banyak nama gelaran. SJ merupakan nama yg paling melekat di tempat kerja lama, initial dari nama penuhku dan dari cetusan ex-bos ku, Tn Haji Shaharudin. Bapa lebih senang dengan nama Nina, berbeza dgn ahli keluarga yg lebih menyenangi nama Ina. Ada juga yg suka dengan nama Sari. Hurm...terpulanglah....Aku okey ajer....


Merupakan anak jati Selangor yang dilahirkan pada 14 Mei di pinggir sebuah perkampungan di daerah Kuala Langat iaitu Mukim Jugra, Banting. Cukup dikenali sebagai sebuah kampung yang mempunyai tinggalan sejarah sebagai ibu negeri pertama Selangor iaitu Kampung Bandar Bersejarah. Terdapat sebuah Istana lama tinggalan Sultan Abdul Samad Ibni Almarhum Raja Abdullah (Sultan Selangor ke-4) dan sebuah masjid, dikenali Masjid Alaeddin yang masih digunakan sehingga kini. Kini aku merupakan penduduk tetap Bandar Botanic, sebuah taman perumahan yg agak menarik di dalam daerah Klang, bersebelahan dengan shopping kompleks AEON Bukit Tinggi Jaya Jusco dan GM Klang.

Aku merupakan zuriat yang dilahirkan hasil dari perkahwinan bapaku yang berketurunan Jawa dan ibuku yang berdarah Bugis. Telahpun mendirikan rumahtangga dengan lelaki pilihan hati, Rosnizam @ Razlan yang berasal dari Hiliran, Kuala Terengganu ketika usiaku 23 tahun dan kini telah mempunyai cahaya mata di mana yang sulung, Nurul Izrin Natasya, yang kedua, Amirul Ariff Hakimi dan yang bongsu, Nurul Aisya Aliesya. Aku merupakan anak perempuan bongsu, no 7 dari 8 orang adik beradik di mana kami mempunyai bilangan yg cukup genap, 4 perempuan dan 4 lelaki.

Menerima pendidikan awal di sekolah rendah Kebangsaan Bandar dan kemudian meneruskan pembelajaran dalam aliran agama di peringkat menengah di Sekolah Ugama Unwanus Saadah Kanchong Darat. Meminati penulisan dan membaca sejak dari kecil dan mula menyintai alam sastera bila berada di tingkatan 6 dalam bidang berkenaan ketika menuntut di Sekolah Menengah Keb Telok Datok. Pernah mengikuti Diploma in Basic Banking Course sebaik tamat STPM. Kemudian aku meneruskan pengajian, Executive Diploma in Management .




Berkerjaya sebagai eksekutif di salah sebuah syarikat automotif terkemuka di Malaysia, Naza Group of Companies (Nasim Sdn Bhd). Walaupun berlainan bidang, namun demi membina sebuah keluarga yang lebih sempurna, aku masih terus bertugas dan berkhidmat dalam bidang automotif ini.



Bermula awalnya bekerja di salah sebuah syarikat Toyota, iaitu salah satu pengeluar gear assy steering di dunia. Banyak pengalaman dan pelajaran yang di kutip ketika di sini terutama dalam bidang logistik (import/export), kesetiausahaan, pengurusan warehouse dan terakhir di bahagian calibration - quality assurance (engineering). Keseluruhannya, aku merasa amat bertuah kerana diberi peluang dan jauh berpengalaman dalam bidang permotoran/automotif.


Selain bertugas dalam bidang automotif, aku juga mengisi masa terluang dengan menjahit pakaian dan yang sewaktu dengannya. Masih dalam proses pembelajaran untuk mencapai tahap yang lebih baik sebagai salah satu cabang pendapatan sampingan. Mudah2an impian tercapai untuk berjaya dalam bidang yang pernah menjadi impian suatu masa dahulu.


Aku sukakan aktiviti luar seperti menyaksikan perlawanan bola sepak di stadium, bermain bowling ataupun sesekali melakukan aktiviti lasak mengikut kemampuan. Juga berminat dengan rekreasi seperti mengunjungi pulau atau pantai terutama ketika waktu senja kerana memaparkn panorama yg cukup indah, semulajadi dan takjub dengan ciptaan Tuhan. Aku juga suka window shopping kerana ia salah satu ubat menghilangkan tekanan dan ketegangan fikiran. Paling aku gemari bila menonton movie tak kiralah wayang ataupun televisyen. Drama Korea antara program televisyen yang paling di minati. Dan bagi mengisi masa lapang, temanku adalah buku dan pen. Aku minat menulis dan gemar membaca buku2 ilmiah dan novel2 melayu. Dan kini aku mula mnyenangi alam IT dimana aku bnyak meluangkan masa dgn blog dan facebook untuk berinteraksi/berkomunikasi dgn saudara mara dan sahabat handai.


Sukakan muzik santai terutama lagu2 retro dan rentak perlahan, sedap di halwa telinga. Malah lagu2 berentak nasyid yg memuji kebesaran Allah juga Nabi Muhammad turut mnjadi pilihan aku. Aku juga sukakan dunia fesyen. Suka pada keindahan dan kecantikan. Sederhana dan simple itu cara hidupku. Berpura2 bukan sifatku kerana itu aku suka menjadi diri sendiri. Usaha itu tangga kejayaan, merupakan motto hidupku selama ini dan sering bercita2 untuk menggapai kejayaan dan kesempurnaan hidup di dunia mahupun di akhirat. Bersyukur dengan setiap pemberian Allah dan sentiasa muhasabah diri dalam usaha mengimprovekan diri sendiri. Berusaha menjadi insan yang terbaik dari kalangan yang terbaik. Kerana sesungguhnya Tuhan telah menganugerahkan aku agama Islam yang indah dan keluarga yang sempurna.


Pigeon atau burung merpati adalah sinonim dengan diriku. Antara karektor pigeon, seorang yang steady, patient, stabilising, accommodating dan easy going. Mungkin macam seorang yang kuat mengalah, lebih macam follower tapi bukan bermakna kalah cuma tak mahu besar2kan sesuatu isu yang boleh melibatkan pertengkaran. Mudah di dekati umpama jinak2 merpati dan tak kurang juga seorang yang happy go lucky.

Cuba menjadi insan yang terbaik di dunia dan akhirat, itulah doaku setiap masa dan ketika. Walau nmpak periang namun aku suka cuba mngawal keadaan dan sukar utk ditelah oleh orang lain. Boleh menjadi sebagai supporter yang baik. Bukan seorang yg memntingkn diri sndiri. Amiable, respectfull and reponsive juga antara sifat2 pigeon. Terima kasih Puan Nurul Ashikin yang mmbentangkan tentang sifat2 manusia melalui burung.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sahabat2 Setia

izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.