Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Sunday, June 3, 2012

Penangan Karya Korea


Terjebak lagi. Namun jangan salah faham. Dewasa ini, ramai terutamanya golongan wanita di luar sana khususnya anak2 muda mahupun para ibu2 yang begitu obses dengan drama2 Korea. Usahkan drama Korea, muzik K Pop boleh pula menjadi ikutan generasi baru. Lagu2nya? Tariannya? Bolehlah pulak....

Mungkin obses tu memberi pengertian yang agak kejam. Bolehlah dikatakan ketagih? Oh...mungkin sedikit kejam. Maka SJ lebih suka menggunakan wording `terjebak'. Sesetengah drama Korea agak meleret dan penat juga nak melayan sehingga ke episod terakhir namun adakalanya mahu mengundang juga si air mata untuk terus menahan perasaan sebak tidak terhingga. Itulah penangan drama korea. Pasti ianya mengingatkan tentang hebatnya winter of Sonata yang pernah menjadi kegilaan peminat2 korea di Malaysia khususnya.



Filem2, drama dan apa sahaja karya bumi K Pop ini semakin berada di hati rakyat Malaysia. Kalau di lihat dari segi tamadun dan cara hidup mereka, tiada bezanya dengan negara matahari terbit iaitu Jepun. Kehidupan mereka masih mempunyai ciri2 ketimuran yang dipenuhi dengan adab sopan yang tinggi. Kesopanan yang di tonjolkan dengan ketebalan budaya hormat menghormati masih tergambar dalam setiap karya mereka. Di tambah dengan keindahan semulajadi negara Korea, apatahlagi timbunan salji yang memutih. Aisshh...bila agaknya SJ nak menjejakkan kaki ke Seoul? Lagi2 Pulau Jeju yang sering menjadi lokasi penggambaran filem dan drama.

Sejak munculnya HD astro, channel One HD menjadi tumpuan. Drama2 bersiri yang menampilkan pelakon2 yang hebat dan cantik bergaya, malah teknik penceritaan yang menarik hati, selain dari gambar HD yang memang cantik, memang mampu menarik hati sesiapa pun yang memang meminati karya dari Korea ini. Kini, TV8, KBSworld turut menghidangkan drama2 korea baru memberi persaingan kepada drama2 tempatan. 



Drama komedi romantik 'Lie To Me' lakonan Kang Ji Hwang ini memang menghiburkan. Selain dari itu SJ juga begitu mengikuti kisah `War Of The Roses' dan `The First Wive Clubs - Kisah keluarga di mana kecurangan antara pasangan, kisah 49 days - kisah roh yang berdamping dalam tubuh manusia dan begitu juga drama tentang kepincangan perhubungan kekeluargaan yang berbeza isu iaitu `Pure Pumpkin Flower'.




Tak tahu kenapa, hasil karya Korea ni kadang2 memang realistik, menggambarkan kisah hidup masyarakat yang memang biasa terjadi. Tidak terlalu sempurna. Hukum karma pasti sebagai intipati penamat cerita. Pembalasan buat yang jahat memang selayaknya menerimanya sebagai habuan. Dan biasanya penghujung cerita memberikan kepuasan yang terbaik buat penonton. Happy Ending.

Dan baru2 ini, SJ tidak mahu terjebak lagi. Padah. Mana nak melayan novel2 SJ, blog SJ apatahlagi dengan kain2 yang menunggu turn untuk belaian jari jemari SJ ini. Macam petanda2 awal mesin jahit menjadi pameran sahaja. Apatahlagi dengan kesibukan SJ dengan tugas2 baru di pejabat. 

Sekian lama menahan hati dari melayan siri tv, akhirnya tertengok juga drama korea channel KBSworld yang juga bnyak menghidangkan karya2 terbaru dari sana. Tapi masih mampu menahan perasaan dengan bantuan serta merta sang PVR. Dengan harapan drama ini menjadi kunjungan tetap pada hujung2 minggu ketika saat2 bersantai dengan keluarga.

Baru layan episod pertama, tak tertahan nk tunggu episod seterusnya. Tanpa di sangka rakan2 sepejabat pun ramai yang hantu drama Korea macam SJ juga. Hati makin bergelora bila diorg selalu update status dalam tweeter mahupun facebook. Wah! rupanya drama ini masih di tayangkan di Korea. Maka penghujung drama masih tiada kepastian. SJ terus mengikutinya di Youtube. Dan akhirnya kisah cinta menyayat hati ini berakhir juga walaupun di KBSWorld baru sahaja menayangkan episod 14.





Drama yang mendapat sambutan terbaik di Korea, hasil lakonan Jang Geun Suk dan digandingkan dengan Lin Yoon A dari Girl generation ini memang dari hasil karya yang segar. So sweet. Dengar lagu tema pun dah rasa sedih. Itulah `Love rain' Anyway, ending of the story, macam biasa happy ending. Air mata? tak usah cerita. standby tisu setiap kali tengok di youtube. Hehe...


p/s : teringat kata seorang sahabat lama. Kalau layan drama korea ni alamat tak berasap lah dapur. Dan sang suami terpaksa meratah megi...ahaks..Kejam kan?








Saturday, June 4, 2011

Simboliknya `Kongsi'


Telah sebulan filem ini berlabuh di pawagam. Kemudian berjaya pula mencatat rekod sejarah tayangan filem Malaysia, 1.1 juta untuk tayangan pertama di pawagam. Macam menarikkan? Tapi SJ baru sahaja dapat menontonnya selepas menempah Astro first HD di saluran 487. Berpawagamlah SJ di rumah. Sengaja membuat unsur2 di dalam pawagam, seolah2 di TGV, SJ bergelap selama 1 jam 1/2. Nampaknya, selama dua hari SJ dan keluarga menonton sampai muntah2. He3...Tapi perlu di ingat, filem ini untuk 18 tahun ke atas kerana terdapat aksi yang agak ganas.

Kongsi. Sebuah filem genre aksi komedi arahan Farid Kamil dan diterbitkan oleh David Teoh memang berbaloi. `My name is Tumulak..I come from Thailand...KL nih, kawe Legend...' dialog ni paling menarik sekali sebelum Tumulak terjun ke Sungai Kelang. Watak pembunuh upahan yang di lakonkan oleh Sam Shaheizy memang menarik. Diutuskan oleh Kimpedu (Bront Palare) untuk mengkucar kacirkan kumpulan kongsi2 gelap di Malaysia. Mewakili kaum2 utama di Malaysia, Pak Maliki (ketua kongsi gelap melayu), Victor (ketua kongsi gelap India) dan Jimmy Chew (ketua kongsi gelap China. Kemudian polis yang diketuai oleh Shariff pula memainkan peranan, berusaha dan menyiasat beberapa siri pembunuhan yang melibatkan ahli2 kongsi gelap tersebut. Tapi apa kaitan Shariff dengan Tumulak pula?

Plot agak sedikit longgar jika hendak dibandingkan dengan filem2 aksi komedi Hong Kong namun satu pujian memang patut diberikan buat pengarah muda, Farid Kamil kerana berjaya menghasilkan cerita yang hampir serupa dengan bumi Disneyland Asia itu. Idea yang segar, tidak seperti sesetengah filem2 lain yang seperti copyright dari hasil orang lain. Jalinan mungkin agak kurang kemas. Sesetengah penonton pasti tertanya2 apa tujuan Tumulak ke Malaysia dan membunuh beberapa ahli kongsi gelap. Sebagai penonton, perlu pula kita mencari jawapannya sendiri. Garapan memang memuaskan. SJ sebagai penonton, tertanya2 juga dan ingin mengetahui kisah selanjutnya. Filem terasa terlalu singkat kerana penuh dengan adegan2 aksi. Syabas buat Sam Shaheizy kerana melaksanakan watak menjadi lebih menarik sekali. Memang berbaloi kutipan 8 juta. `Kongsi Gelap gapo nih..cubit sikit jerit serupe pondey..' hahaha. Mungkin ada dialog lain yang pasti menjadi sebutan anda?

Bukan sekadar hiburan semata2. Banyak yang tersurat dan tersirat di dalamnya. Cukup sederhana namun disebalik kisah menarik yang dipertontonkan, ada mesej yang ingin disampaikan bagi mereka yang memahaminya dengan lebih mendalam. Bagi SJ, kisah ini mungkin boleh diumpamakan dengan kedamaian dan perpaduan Malaysia yang mana menjadi slogan utama yang diperkatakan selama ini, 1 Malaysia. Ia mewakili 3 kaum utama yang menjadi tunjang simbol perpaduan di Malaysia. Namun kehadiran anasir luar telah berjaya melonggarkan perpaduan sesama kaum. Saling tuduh menuduh. Bergaduh. Jika di teliti bukankah itu yang terjadi di Malaysia kini. Itulah satu kejayaan anasir jahat dari luar yang mahu melihat Malaysia kucar kacir. Apabila tunjang negara musnah maka hancurlah ekonomi, malah sosial dan politik juga tunggang langgang. Hanya kesilapan kecil ditambah dengan kehadiran si penangguk air yang keruh memburukkan lagi keadaan. Perpecahan dan pertelingkahan terjadi. Mahukah kita terus biarkan bumi Malaysia menjadi seperti itu? Lu langsi lu mati merupakan pengakuan bahawa mereka cuba pertahankan perhubungan sesama mereka dan menangkap orang yang menjadi dalang semua itu. Mencari `route cause' dan kembali kepada asal. Opps....SJ bukan pakar politik, hanya sedikit pandangan.

p/s : Menarik jika filem ini ada sambungan...hurm..mungkin Tumulak menjadi adiwira selepas keluar dari tahanan polis??


Monday, December 20, 2010

Sehari Bersama Hantu Kak Limah dan Harry Porter


Berhujung minggu kali ini dengan mengisi masa, memenuhi waktu yang ada bersama keluarga, maka TGV menjadi sasaran. Bila mendapat feedback yang positif dari rakan2 tentang filem terbaru Mamat Khalid, senarionya seakan2 filem zombie Kampung Pisang yang menghiburkan, merupakan kesinambungan selepas kejadian Zombie tersebut, maka sebulat suara, pagi itu aku sekeluarga terus terpacak di Jusco Bukit Tinggi. Memang sambutan filem tersebut amat menggalakkan bile aku dan keluarga dapat tempat yang ke-5 dari hadapan, hurm...agak sedikit mendongak. Satu hari tu memang sold out untuk filem ini. Salute ! Mamat Khalid. Itulah filem kita, wajah kita.

Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah mula di tayangkan pada 9 Disember 2010 dan
di bintangi oleh Awie, Man Kadir, Zami ismail, Johan Rajalawak dll. Filem ini masih mengekalkan genre komedi seram mampu pecah panggung dengan aksi lawak komedi yang bersahaja. Dikategorikan filem ini sebagai umum, aku sudah tentu membawa anak kecilku walaupun pada mulanya dia agak ragu2 untuk menontonnya.

Kisah bermula dengan
Husin yang pulang ke Kampung Pisang, setelah lama bekerja di Singapura. Sekembalinya di rumah, Husin merasa hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya, Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang. Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. Husin bergegas ke warung Pak Jabit, lalu menceritakan kepada orang2 kampung tentang kejadian tersebut.

Abi Hurairah juga setuju dengan pendapat Husin kerana dia juga
mengalami peristiwa pelik ketika melihat Kak Limah berada di kawasan perkuburan. Pak Jabit yang terluka dengan Husin kerana memutuskan pertunangan dengan anak gadisnya, Che Nin, menuduh Husin pembawa nasib buruk kepada Kampung Pisang. Namun Husin meyakinkan Pak Jabit yang dia kembali untuk menebus kesilapan silamnya.

Kemudian Pak Abu mencadangkan agar mereka menyiasat apa yang berlaku sebenarnya. Mereka beramai2 ke rumah Kak Limah. Misteri terungkai dengan penemuan mayat Kak Limah yang hampir reput. Namun, setelah pengebumian jenazah Kak Limah, kampung mereka masih dihantui makhluk misteri di tengah2 malam. Pelbagai bomoh dipanggil untuk menghalau hantu, malangnya tiada satupun bomoh yang berjaya menghalau hantu tersebut.

Dan di penghujung cerita, segala persoalan terjawab. Mamat Khalid cuba memaparkan cara pemikiran orang2 kampung yang masih di tokok lama. Atau mungkin itulah gambaran masyarakat kita sebenarnya yang mendengar cerita tanpa usul periksa. Walaupun dari segi paparan cerita agak tidak masuk akal namun apa nak di bezakan dengan cerita komedi dari Barat seperti Meet The Zohan ataupun Naked G
un. Tidak perlu membawa persoalan yang berat namun memberi mesej yang agak mengesankan dengan perisian komedi yang mampu membuat pecah perut, filem ini benar2 santai dan menghiburkan. Ia dianggap berjaya. Elemen seram yang di tonjolkan berjaya walaupun komedi lebih ketara. Bukan aku sekeluarga sahaja yang ketawa terbahak2, malah seisi panggung juga tidak kering gusi. Anak kecilku turut terhibur dan meminta untuk membeli vcd cerita tersebut dengan tujuan menonton kisah ini berkali2. Hurm...itulah penangan hantu Kak Limah ye....Benarkah Kak Limah tu hantu? Hahaha...sapa yang tak tengok lagi tu...jomlah kita layan sesekali...pasti tak bosan di kerusi panggung.

Demi memenuhi hasrat anak kecilku yang begitu meminati watak Harry Porter, maka filem siri ke-7, Harry Porter and The Deathly Hallows, Finale Part 1 membuatkan sekali lagi aku berada di dalam panggung TGV pada hari yang sama. Filem tulisan J.K Rowling, arahan David Yates dan terbitan Warner Bros ini masih mengekalkan pelakon2 utama yang serupa iaitu Daniel Radliffe, Emma Watson dan Rupert Grint. Nampaknya mereka bertiga telahpun meningkat dewasa. Masing2 kacak2 dan jelita.


Filem yang merupakan filem terakhir (finale) ini mempunyai 2 bahagian di mana Deathly Hallows adalah bahagian 1 dan telahpun menemui penonton di pawagam pada November 2010 lalu. Kisah bermula dengan Menteri Sihir, Rufus Scrimgeour dan kabinetnya, Death Eaters telah merancang untuk membunuh Harry Porter. Order of The Phoenix tiba di Privet Drive dan bercadang untuk mengawal Harry ke tempat yang selamat menggunakan Polyjuice Potion. Ketika penerbangan ke Burrow, mereka telah di serang dan mengakibatkan kematian Hedwig dan Mad-Eye Moody. Serangan ketika majlis perkahwinan berlangsung, akhirnya membuatkan ketiga2 mereka terbang jauh ke London dan beberapa tempat yang selamat daripada dapat di kesan. Dalam siri ini, Harry Porter dan Hermoine kembali ke kampung halaman dan rumah kedua ibubapa Harry Porter di Godric's Hollow. Di situ juga harry Porter sempat melawat kubur ayah dan ibunya. Di penghujung cerita, Harry berjaya memperolehi pedang dengan bantuan Ron. Dan dengan pedang itulah mereka dapat menghapuskan loket Horcrux.

Tiada bezanya dengan cerita2 Harry Porter sebelum ini. Dipenuhi dengan pelbagai aksi magis. Tapi awas, jika anda bukan peminat Harry Porter ataupun tidak pernah menonton siri 1 hingga 6, anda pasti tidak faham keseluruhan intipati cerita finale ini kerana keseluruhan cerita adalah saling berkaitan. Agak2nya bagaimana penamat kisah Harry Porter itu nanti yer. Apapun, kita nantikan Harry Porter finale part 2 yang di jangka akan menemui peminat2 Harry Porter di pawagam pada Julai 2011.


p/s : Teringin juga nak tengok filem yang ada 3D, macam terbaca pula yang ending finale Harry Porter nanti di tayangkan 3D.


Friday, December 10, 2010

Legenda Seniman Tan Sri P Ramlee


Ketika aku dilahirkan, beliau telah tiada lagi. Aku hanya melihatnya di kaca tv berlatarbelakangkan hitam putih. Namun aku membesar bersama filem lakonannya yang mencuit hati, filem arahannya yang bermutu tinggi, malah lagu2 yang sentiasa menemani halwa telinga dengan alunan suaranya lunak merdu. Hasil karyanya begitu mengagumkan. Tidak hairan lah dia satu2nya insan seni yang tiada galang gantinya biarpun dia telah lama pergi, 37 tahun yang lalu. Ibu mertuaku, Pendekar Bujang Lapok, Penarik Becha antara filem yang cukup aku gemari dan tak jemu untuk kuhayati berulangkali. Dialah Tan Sri Dr P Ramlee (1929 - 1973) atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh yang merupakan seorang insan yang memperjuangkan seninya selama 25 tahun, seorang pelakon, penyanyi, pengarah filem, pengusaha filem, penggubah lagu, pemain muzik dan penulis lagu terkenal di Malaysia mahupun di Singapura.

Tersentuh hatiku biarpun entah kali yang ke berapa aku melihat bibliografi penuh beliau hasil terbitan Shuhaimi Baba di History Astro Channel. Hasil karyanya terus di terima zaman walaupun dia telah tiada lagi. Malah ramai generasi baru termasuk aku, yang langsung tidak berpeluang bertemu muka dengan beliau tetapi masih boleh menghayati hasil kerja beliau, menghargainya sebagai seniman sepanjang zaman. Beliau dilahirkan dengan dikurniakan Tuhan, bakat seni yang besar dan hebat. Syabas buat Shuhaimi Baba kerana menghasilkan bibliografi khas tersebut. Dari situ aku dapat mengetahui lebih mndalam sejarah episod ketika hayat beliau dengan lebih terperinci yang selama ini hanya dapat melihat hasil filem2 karya beliau di kaca tv sahaja.

Di kenali sebagai P Ramlee sejak 1947. Di lahirkan di Pulau Pinang pada pagi Aidilfitri, 22 Mac 1929 dan merupakan anak kepada pasangan Teuku Nyak Puteh Teuku Karim (1902 - 1955) dan Che Mah Hussein (1904 - 1967). Bapanya yang berasal dari Lhokseumawe, Aceh, telah mendirikan rumahtangga dengan Che Mah Hussein pada tahun 1925 di Kubang Buaya, Butterworth. P Ramlee juga mempunyai seorang adik-beradik tiri, Syeikh Ali, yang seibu dengannya.

Pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan kemudian ke Sekolah Francis Light pada 1939, yang merupakan Sekolah Inggeris terulung di Pulau Pinang dan masih wujud sebagai sekolah rendah kebangsaan pada masa kini. Di sinilah minatnya dalam bidang muzik serta nyanyian dan lakonan mula kelihatan. Seterusnya beliau menyambung pelajaran di Penang Free School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua pada 1941.

Bermula dengan bermain ukele, P. Ramlee beralih kepada gitar dan biola di bawah bimbingan Encik Kamaruddin (pemimpin brass band di Penang Free School). Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, beliau bekerja menjadi peon di Eastern Smelting di tempat bapanya bekerja dan menjadi jurubahasa sambilan kepada majikannya. Kerana bimbang ditangkap dan dihantar sebagai buruh keretapi maut, beliau mengambil keputusan menyertai Sekolah Tentera Laut Jepun yang dinamakan Kaigun Gakko dan kembali semula ke Penang Free School apabila tamat perang.

Ketika di Sekolah Latihan Tentera Laut Jepun, beliau menunjukkan pencapaian akademik yang cemerlang dan berpeluang untuk belajar muzik.Guru muziknya, Hirahe San mengajar P Ramlee bermain piano, biola dan ukelele. Beliau juga menjadi guru bagi rekrut pelatih yang baru dan sebagai Kyuco kadet. Beliau berkesempatan menyertai konsert2 yang diadakan oleh tentera Jepun. Disinilah beliau berkenalan dengan Sukardi yang kemudian menjadi sahabat karibnya yang sama2 ikut serta dalam pancaragam dan juga sama2 berhijrah ke Singapura ketika menerima tawaran kerja di Studio Jalan Ampas.

P Ramlee mampu menguasai bahasa Jepun sehingga membolehkannya menjadi jurubahasa dan menyanyi lagu2 Jepun dengan lancar dan fasih. Pencapaian bahasa Inggerisnya juga agak baik walaupun beliau bukannya seorang yang suka membaca buku. Satu-satunya novel yang pernah dibacanya mengikut cerita dari seorang temannya ialah Athens, karya Achdiat K. Miharja.

Semasa kecil, bapa P Ramlee pernah membelikannya sebuah mendolin gitar dan sebuah violin. Dengan gitar dan violin ini, beliau berlatih bermain muzik di rumah 25A, Kampung Jawa Baru. Di atas tangga rumah inilah beliau mencipta lagu ‘Azizah’ dan’Mee Jawa’’. Semasa bermain dengan Pancaragam Rangkaian Melati tahun 1946, beliau mengambil bahagian dalam pertandingan nyanyian lagu keroncong dan mendapat tempat kedua dengan lagu keroncong gubahannya.

Menjadi juara Bintang Penyanyi Utara Malaya anjuran Radio Pulau Pinang di tempat Ketiga pada tahun 1945 dan juara pada pertandingan nyanyian kali yang ketiga pada tahun 1947. Dalam pertandingan itu, beliau menggunakan huruf "P" (bagi Puteh) di awal namanya dan kekallah nama P Ramlee itu hingga ke akhir hayatnya. Pada awal tahun 1947 juga, P Ramlee menganggotai pancaragam Coronation Amateur Party yang kemudiannya diubah nama kepada Pancaragam Teruna Sekampung dan di ikuti dengan Sinaran Bintang Sore. Di waktu inilah, beliau mula menunjukkan peningkatan bidang seni muziknya dengan bimbingan pemimpin pancaragam Mohd Zain bin Kechik.

Kemudian bergabung pula dengan Pancaragam Mustika di Butterworth. Pada setiap malam Sabtu, beliau bersama-sama dengan Master Ibrahim akan naik feri untuk pergi berlatih bersama pancaragam itu di Butterworth. Lagu ‘Azizah’ yang dipersembahkan P Ramlee dengan iringan Pancaragam Mustika ketika pertunjukan Pertanian Melayu Di Butterworth Pulau Pinang pada 1 Ogos 1948, mendapat sambutan yang menggalakkan di seluruh rantau Melayu. Dari situlah Ramlee mendapat tawaran menjadi penyanyi latar untuk filem-filem Malay Film Productions (MFP), Studio Jalan Ampas di Singapura.

Dari Kumpulan Teruna Sekampung bersama-sama Sukardi, beliau bergabung dengan Pancaragam Mutiara yang bermain muzik di sebuah restoran di Butterworth. Sewaktu diadakan pertandingan keroncong seluruh Pulau Pinang dan Seberang Perai, P Ramlee berpindah ke Pancaragam Keroncong Pemuda Indonesia sebagai pemain biola utama. Melalui lagu `Keroncong Oh Suci' yang dinyanyikannya, pancaragam ini bergelar juara dalam pertandingan yang diadakan.

Salah seorang gurunya yang menjadi kawan rapatnya ialah Cikgu Mohd Noor Ishak ( Allahyarham Cikgu Mohd Noor Tarzan) yang mesti ditemui P Ramlee jika melawat Pulau Pinang. Allahyarham Cikgu Mohd Noor Ishak adalah guru P Ramlee semasa bersekolah di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan bertanggungjawab membawa P Ramlee ketika mengadakan persembahan tiap2 tahun di Pesta UMNO Pulau Pinang di tahun2 60-an dan 70-an.

Filem pertama lakonan P.Ramlee adalah "Chinta" pada tahun 1948. Beliau memegang peranan sebagai penjahat dan nyanyian latar. Kejayaannya terus berkembang dan telah berjaya berlakun di dalam 27 buah filem di antara tahun 1948 hingga 1955. Salah seorang pendorong dan guru P. Ramlee dalam dunia perfileman Melayu adalah Datuk L. Krishnan (Pengarah filem Melayu tahun 50-an dan 60-an yang terkenal). Gaya lakonan P. Ramlee yang amat berjaya itu adalah hasil inspirasi P. Ramlee daripada dua pelakon terkenal India Selatan iaitu MGR dan Sivaji Ganesan. Filem terakhir lakonan beliau ialah "Laksamana Do Re Mi" pada tahun 1972 dan lagu dan lirik terakhirnya adalah "Ayer Mata Di Kuala Lumpur" pada tahun 1973 sebelum beliau menghembuskan nafas terakhirnya.

Di dalam dunia seni suara pula, P.Ramlee telah mendendangkan 359 buah lagu. P Ramlee juga telah memenangi beberapa buah anugerah di Festival Filem Asia di Hang Kong, Jakarta, Kuala Lumpur, Manila, Singapura, Taipei dan Tokyo. Tidak ketinggalan juga, Festival Filem Antarabangsa di Berlin.

P Ramlee pernah berkahwin tiga kali. Kali pertama beliau berkahwin pada 1950 dengan Junaidah Daeng Harris tetapi perkahwinan mereka tidak kekal lama. Junaidah menyintai P. Ramlee ketika beliau masih belum ternama. Mempunyai dua orang anak kandung hasil perkahwinan pertamanya iaitu Mohd Nasir dan Arfan, juga seorang anak tiri bernama Abdul Rahman (anak Junaidah). Mereka bercerai pada tahun 1954

Perkahwinan kedua P Ramlee adalah dengan Noorizan Mohd Noor pada 6 februari 1955, seorang kerabat diraja Perak yang sanggup meninggalkan alam istana demi orang yang dicintainya itu. Norizan menyintai P Ramlee sebagai seorang seniman dan pembikin filem yang terkenal. Walau bagaimanapun, Norizan mengharapkan sesuatu yang lebih dari perkahwinan mereka tetapi P Ramlee lebih menumpukan hidupnya kepada kerjaya seninya yang menyebabkan perkahwinan mereka retak. Mempunyai seorang anak bernama Sazali dan seorang anak tiri (anak Noorizan) iaitu Norma. Jodoh mereka berakhir pada tahun 1961

Kali terakhir adalah dengan Salmah Ismail (Saloma) pada 1961. Saloma menyintai P. Ramlee seadanya iaitu sebagai seorang seniman dan sebagai seorang yang biasa yang menyebabkan Saloma menjadi teman hidup sehati sejiwa beliau sehingga ke akhir hayat. Hanya ada seorang anak tiri, Armali (anak Saloma dan A R Tompel) dan anak angkat bernama Betty, Zakiah @ Zazaloma, Sabaruddin @ Badin dan Salfarina @ Dian. Anak2 beliau banyak membantunya dalam kerja seperti menjadi penyanyi latar kanak-kanak (contohnya lagu Tolong Kami Bantu Kami dari filem 3 Abdul) dan pelakon kanak-kanak tambahan (contoh Sazali yang berlakon sebagai anak pekerja ladang dalam Anak Bapak).

P. Ramlee telah kembali ke Rahmatullah pada pagi Selasa 29 Mei 1973 ketika berusia 44 tahun dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang Kuala Lumpur. Bagi mengenang jasa dan sumbangannya, semasa hayatnya beliau dianugerahkan darjah Ahli Mangku Negara (AMN) oleh YDP Agong ke3 pada 3 Jun 1964. Selepas pemergiannya pula, Allahyarham telah dianugerahkan Bintang Kebesaran Darjah Panglima Setia Mahkota oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada tahun 1990 yang membawa gelaran Tan Sri. Selain itu rumah terakhir beliau di No. 22, Jalan Dedap, Taman P Ramlee, Setapak telah diubahsuai dan dijadikan sebagai "Pustaka Peringatan P.Ramlee" pada tahun 1986. P Ramlee. berhijrah ke Kuala Lumpur dari Singapura pada 20 April 1964 dengan arahan dari Shaw Brothers supaya Studio Merdeka dapat dikemaskinikan. Di rumah inilah beliau dan keluarganya bermastautin dan di rumah inilah beliau menghabiskan sisa2 hidupnya sebagai seorang SENIMAN AGUNG. Diriwayatkan bahawa hidupnya penuh sukar dan dipaliti duka di hujung usianya. Pemergiannya juga dikatakan kerana serangan jantung.


Manakala di tengah pusat bandar raya Kuala Lumpur namanya turut diabadikan pada sebatang jalan iaitu Jalan P Ramlee (dahulunya Jalan Parry) pada tahun 1982. Beliau turut mendapat penghargaan doktor falsafah dalam bidang seni persembahan pada tahun 2005 yang membawa gelaran "doktor". Kemudian, sempena 50 tahun kemerdekaan Malaysia iaitu pada tahun 2007, P Ramlee telah terpilih sebagai 10 calon terakhir bagi program "Anak Gemilang Malaysia" yang mengiktiraf rakyat Malaysia yang banyak memberi sumbangan kepada negara dan kejayaannya menaikkan nama negara di mata dunia. Pada tahun yang sama, kisah hidup beliau juga telah dipentaskan dalam satu pementasan teater muzikal dengan tajuk "P Ramlee - The Musical... Hidup, Cinta and Inspirasi".

Sepanjang riwayatku...
Tak pernah kini riang...
Hati yang gelap dulu....
Kini bercahaya....
Nur subuh telah menghilang...
Tak perlu ku bimbang...
Itulah akibat sabar...
Yang buruk kan bertukar...
Ku pohon pada Mu tuhan...
Cinta ku berkekalan...
Dahulu ku menangis...
Mengenang nasib badan...
ku berteman...
Tak siapa yang riang...
Oh hati ku telah hancur...
Tak dapat berhibur...
Ku tempuh segala dugaan....
Ketawa kemudian...
Kekasih menyelamatkan....
Daripada kehancuran

p/s : kehilangan sebutir permata yang bersinar.....Al fatihah..


Sunday, November 14, 2010

The Pacifics - miniseries


The Pacific - Hell was an ocean away

Eugene Sledge - Okinawa

Lambang Kejayaan menawan puncak Iwo Jima

Pacific War Memorial di US

3 watak utama pendokong filem The Pacific

3 wajah disebalik filem The Pacific

Enemy at the gates, Behind enemy lines, Saving Private Ryans, Forest Gumps dan Band of Brothers, antara filem bergenrekan peperangan yang menjadi koleksi peribadiku. Sesuatu yang sukar di jelaskan mengapa aku meminati filem2 ini, apatahlagi jika ia hasil dari kerjatangan Tom Hanks. Tidak lupa filem patriot lakonan Mel Gibson dan Heath Ledger yang berlatarbelakangkan filem peperangan awal tentera British.

Seharian aku meladeni minisiri filem `The Pacifics'. Ini kali kedua aku melayan movie ini. Pertama kali aku mengikuti episod ini dalam siaran HBO dan di tayang tidak mengira waktu. Tapi hari ini aku menonton dalam siri marathon dalam Max channel (astro movie). Kelebihan marathon, bermakna siaran episod tidak berhenti dan bersambung sehingga tamat siri.

`The Pasifik' yang merupakan filem bergenrekan perang dunia ke-II ini, adalah hasil dari garapan atau arahan usahasama pengarah terkenal Steven Spielberg, Tom Hanks dan Gary Goetzman dengan kerjasama HBO Miniseries, Playtone, Dreamworks, Seven Network and Sky Movies. Penggambaran filem minisiri di Australia ini bermula pada 10 Ogos 2007 dan selesai pada akhir Mei 2008. Ditulis oleh Hans Zimmer, Geoff Zanelli and Blake Neely dan mula dipertontonkan tayangan perdananya di HBO, Amerika pada 14 Mac2010. Minisiri ini mempunyai 10 siri yang merupakan hasil kedua selepas kejayaan filem minisiri `Band Of Brothers' yang berkisar tentang peperangan oleh pasukan infantri Army di Eropah menentang tentera German yang dikuasai Nazi.

Filem yang mengambil masa 540 minit ini lebih tertumpu pada United States Marine Corps (Pacific Theater of Operations) dalam peperangan Pacific yang lebih luas,dan merupakan filem yang diambil dari fakta sejarah peperangan dunia ke-II. Tidak seperti filem Band of Brothers, minisiri ini lebih kepada menjejaki kisah benar
tiga tentera US Marines iaitu Robert Leckie, John Basilone dan Eugene Sledge yang merentasi keluasan Pasifik melalui pertempuran2 yang berasingan. Watak 3 tentera ini di lakonkan dengan baik oleh James Badge Dale, John Seda dan Joseph Mazzello.

Selepas serangan Pearl Harbour dan ketika Jepun mula menguasai keseluruhan Pasific, US Marine 1st Division mula berusaha untuk mematahkan kekuasaan tersebut. Pengalaman2 tiga watak ini ketika di dalam US Marines telah membawa mereka ke pulau2 yang dikuasai tentera Jepun seperti Guadalcanal yang terkenal dengan hutan2 berhantu. Peperangan hebat di teruskan dengan melalui hutan hujan di Cape Gloucester, merentasi kubu2 karang Peleliu , menjelajah pasir hitam di Iwo Jima dan melalui peristiwa pertempuran2 kejam di Okinawa. Peristiwa2 ini di ceritakan dengan jelas bagaimana keperitan US Marine dalam usaha mematahkan kekuatan dan kehebatan Jepun di kepulauan mahupun perairan Pacific. Pertempuran yang mengerikan dan adakala merasa betapa peritnya melalui cuaca dan suasana hutan yang amat berbeza dengan Eropah.

Akhirnya, Jepun menyerah kalah pada 1945 apabila berlakunya pengeboman atom di bandar2 utama di Jepun yang terus melumpuhkan Jepun. Kejayaan ini secara automatik menamatkan pertempuran terakhir di Okinawa. Namun kisah ini tidak berakhir di sini. Kesan dari peperangan cuba di tonjolkan dengan kegelisahan dan trauma yang di alami oleh bekas2 tentera yang melalui jalan sukar dalam peperangan.

Robert Leckie

Robert Leckie merupakan pengarang buku terkenal di Amerika mengenai sejarah ketenteraan seperti `Helmet For My Pillow'. Beliau berpengalaman dalam `Machine Gunner' dan peninjau perisikan semasa peperangan di Guadalcanal, Cape Gloucester dan Peleliu."I have to tell the story of how it really was. I have to let people know the war wasn’t a musical."antara tulisannya.

Eugene Sledge

Minisiri ini juga di ambil berdasarkan buku `With the Old Breed : At Peleliu and Okinawa' hasil penulisan Eugene Sledge yang merupakan pengarang, Profesor University (Sarjana Muda Ijazah Sains) malah terlibat dalam misi ketenteraan di Peleliu dan Okinawa. Eugene merupakan 1st Marine dari Battalion ke-3."Lady, there was a killing war. The Marine Corps taught me how to kill Japs and try to survive. Now, if that don't fit into any academic course, I'm sorry. But some of us had to do the killing — and most of my buddies got killed
or wounded." antara petikan yang menarik.


John Basilone

Ia juga mengisahkan tentang John Basilone sebagai wira penentang Empayar Jepun yang akhirnya tewas di Iwo Jima. Dia menerima anugerah Medal of Honor dan Navy Cross selepas berjaya dalam pertempuran di Guadalcanal.

Namun begitu filem ini bagiku tidak sehebat `Band of The Brothers' kerana mungkin bnyak berkisar kepada kisah peribadi 3 watak tersebut iaitu di luar lingkungan peperangan itu sendiri. Aksi2 peperangan agak kurang di tonjolkan berbanding kisah2 peperangan yang lain.

Apepun..sesuatu yang aku perolehi dari filem2 ini adalah akibat dan kesan dari peperangan. Sudah pasti terutamanya kepada pejuang mahupun tentera2 yang terlibat dalam peperangan itu sendiri. Menghargai hidup ini lebih bermakna apatahlagi jika perdamaian itu ada di mana2 pun jua.

p/s : teringat semasa aku menonton filem Leftenan Adnan Saidi di pawagam suatu ketika dahulu. Seorang pejuang bangsa dan negara yang terkorban semasa mempertahankan Bukit candu dari tawanan tentera Jepun.....


Sunday, November 7, 2010

Aku dan Legenda Budak Setan


Novel Edisi 1

"Wahh !! macam bes jer buku nih...pinjam boleh?" Kataku tertarik sambil mataku terus tertancap ke novel yang ada di genggamanku.
"Tunggu aku abis baca dulu...bes giler ko.." Jawab My, housemateku. Sesekali aku memerhati raut senyum menawan darinya dan sesekali mataku melihat pula gerak2 halus rambut meginye. Kemudian aku mengalihkan pandangan mataku ke arah sahabatku yang tggi lampai dan wajah iras2 artis jelita, Erra Fazira.
"Buku ko ke Ila?" Aku sengaja menebak. Aku tahu Ila memang hantu novel lagi2 kalau di tulis oleh Ahadiat Akashah.

Novel Edisi 3 (edisi ke-2 tak jumpa dalam gugel)

Ingatanku menghilang. Itu kisah beberapa tahun yang lampau. Rindu bila teringat saat2 serumah dgn kawan2 yang seiring dan sejalan macam mereka. Aku berjaya menghabiskan novel itu sebanyak 2 kali. Aku menangis bila baca kisah Ayu dan Kasyah. Kemudian aku tekad untuk memiliki novel itu sendiri. Wah !! memang sambutan novel ini cukup hebat. Edisi pertama habis dijual. Tapi aku sempat memilikinya. Kemudian novel itu entah kemana. Ada somebody pinjam dan terus tidak kembali. Kemudian aku memilikinya buat kali kedua, edisi yang berbeza. Aghh !! pergi tak kembali juga. Juga aku lupa, siapa yang telah meminjamnya tapi terus buat harta sendiri. Dan kali ketiga aku terus memilikinya tnpa meminjam pada sesiapa. Itupun selepas aku membeli sambungan legenda ini berjudul Katerina dan Kasyah Legenda Berakhir. Sempurna misi aku. Masih tersimpan dalam rak2 antara buku2 novel dan buku2 ilmiah yang lain. Agak2 rasa nak baca, aku baca.

Ending of the story...Legenda berakhir...

Membuai jiwa, meruntun perasaan, mengundang ceria segalasuka duka terhimpun di sini. adakah senyuman yang tercipta atau airmata kesudahannya? hanya Tuhan yang menentukan segalanya. . . Lebih satu dekad Kasyah mencipta cinta. Dari lelaki yang tak pernah kenal erti kasih sayang. . . dia menjadi pencinta agung. Dia tabah mengharungi apa saja. . . demi sumpahnya mencintai ayu sehingga ke akhir hayat. Setulus manakah agaknya cinta seorang lelaki yang pernah dilabelkan sebagai budak setan kerana kenakalannya di zaman persekolahan? Namun, berjayakah dia menyunting Ayu menjadi permaisurinya? Akan bahagiakah dia? Mampukah dibuktikan pada dunia. . . cinta adalah segala-galanya! Cuma Ayu yang punyai jawapan itu. Dan, Allah sebagai penentu! Dan, siapakah pula Katerina? Itu antara sinopsis yang terkandung di dalam Novel Legenda Budak Setan.

Kemudian disusuli sambungannya, Katerina membawa kisah setelah kematian Ayu. Percintaan yang juga penuh dengan pelbagai rintangan dan dugaan buat lelaki bernama Kasyah. Jodoh masih tidak berpihak kepada Kashah.

Dan akhirnya, pada ulangtahun ke-20, penulis ini, Ahadiat Akashah telah menulis novelnya yang ke-71, dan menamatkan legenda Kasyah, budak setan ini. Novel Kashah Legenda Berakhir memberikan penentuan. Mungkinkah kebahagiaan akan menjadi milik pemuda yang kaya dengan rasa setia dan cintanya? Atau mungkin malang yang sentiasa menghimpit dirinya?

Legenda Budak Setan Film

Sungguh teruja bila novel ini ke layar perak. Filem Lagenda Budak Setan arahan Sharad Sharan, di bintangi oleh nama-nama muda yang besar seperti Farid Kamil, Lisa Surihani, Que Haidar, raja Farah & ramai lagi. Sungguhpun filem ini tidak menggambarkan 100% adaptasi dari novel asal, namun ia memberi sedikit impact apatahlagi dengan peranan besar yang dimainkan oleh Que Haidar selaku Azmi yang begitu menghayati watak antagonis membuat aku begitu marah dan sakit hati. Begitu juga dengan penjiwaan Farid Kamil, melihat wajah sayunya, air matanya menyatakan betapa jauh penderitaan perasaan dan emosinya. Apepun aku juga telah memiliki cd-nya.

Legenda Budak Setan Drama Series

Dari dunia perfileman, novel ini ke drama siri. Kerana menerima sambutan yang menggalakkan, drama arahan pengarah terkenal Along Kamarudin ini masih mengekalkan hero utama iaitu Farid Kamil, namun heroin nya disandang oleh pendatang baru iaitu Maslina Nasir yang memegang watak Ayu. Watak Ayu juga di pegang oleh Jue Aziz selepas pembedahan wajah. Drama siri ini jauh menyentuh hati dan emosi. Bermain dengan jiwa dan perasaan. Farid Kamil benar2 menghayatinya seolah2 dialah hero novel tersebut. Adaptasinya menyamai novel. Bermula dari zaman persekolahan hinggalah dewasa, semuanya berjaya. Aku kagum dan rasa tidak kecewa dengan persembahan yang disajikan. Senimatografi, audio visual semuanya cukup hebat. Begitu juga dengan lagu latar belakang yang sesekali meruntun perasaan. Harap Farid kamil dapat anugerah pelakon terbaik...

Bila cinta kini tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu
Dulu kau tawarkan manisnya janjimu
Yang ku sambut itu dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi tinggalkanku

Hilangnya cintamu menusuk hatiku
Hingga ku memilih cinta yang fana
Perginya dirimu merobek jantungku
Hingga ku terjatuh dalam harapan
Hilangnya cintamu menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh dalam harapan
Dalam harapan

p/s : harap lepas ni ada cd untuk drama siri Legenda Budak Setan. Hurm..berusaha untuk download juga..kalau ada.....
(En3 ini juga ditujukan buat housemate seksyen 17, Shah Alam yang tersayang...rindu kenangan lama...)


Thursday, August 5, 2010

Johnny Depp dalam Public Enemies


Hari minggu yang lalu, aku sempat menyaksikan filem jenayah Amerika yang di tayangkan sekitar tahun 2009 di siaran Astro, HBO. Hasil garapan Michael Mann dan ditulis oleh Mann, Ronan Bennet dan Ann Biderman adalah filem yang di adaptasi dari buku non-fiction, Bryan Burrough berjudul Public Enemies : America's Greatest Crime Wave dan The Birth of the FBI, 1933-1934.

Filem sejarah yang di ambil dari kisah benar ini, berlatar belakangkan era `The Great Deppresion' di Chicago dimana kegiatan jenayah organisasi terancang mafioso ( Al Capone) dan juga jenayah rompakan berleluasa akibat suasana 'terdesak'. Namun filem ini sebenarnya tidaklah sepenuhnya di ceduk dari fakta yang sahih.

Menyoroti zaman tahun 1993,John Dilinger (Johnny Depp) merupakan penjenayah yang paling dikehendaki di Amerika, yang dinaungi oleh mafia tempatan. Agen kerajaan, Melvin Purvis (Christian Bale) pula merupakan 'nemesis' kepada Dilinger telah mengisytiharkan `Perang Terhadap Jenayah'.
Purvis bekerjasama dengan J Edgar Hoover (Billy Crudup) dengan menggunakan kaedah-kaedah saintifik memerangi jenayah seperti mengesan cap-cap jari dan pengesanan talian telefon. Kedua2 mereka berjaya membawa watak tersebut dengan karekter dan emosi yang sangat berkarisma dan signifikan sekali.

Ia berkisar tentang kisah hidup Dilinger, iaitu pada zaman kegemilangan jenayahnya, juga kisah cintanya dan bagaimana hayatnya berakhir di hujung peluru. Di antara salah satu siri rompakan bank, Dillinger dipertemukan dengan Billie Frechette (Marion Cotillard) yang membantu menghidupkan kisah cintanya di dalam filem ini. Penangkapan dan proses penghakiman terhadap Dilinger juga sering gagal kerana kebijaksanaan dan tipu helah yang dilakukan oleh Dilinger. Jenayah yang di lakukannya turut mendapat perhatian dari Presiden Amerika ketika itu, Presiden Roosevelt.

Dalam usaha menangkap Dilinger, pelbagai cara yang Purvis lakukan. Kematian ahli /rakan Dilinger satu persatu dan begitu juga dengan ikhtiar terakhir mereka, akhirnya penangkapan Billie memberi kesan terhadap diri Dilinger. Kerisauan Billie tentang nyawa Dilinger yang mnjadi perhatian Amerika menjadi kenyataan. Dilinger dalam usaha menjalankan rompakan terbesarnya di mana hasil rompakan itu cukup untuk mereka berdua meninggalkan bumi Amerika. Walaupun Billie di pukul dengan teruk di penjara, namun rahsia Dilinger tetap terpelihara.

Adegan yang membuat perasaan teruja apabila Dilinger denagn reaksi selamba memasuki balai polis dan melawat pejabat 'pasukan khas' yang ditugaskan untuk menangkapnya. Ini adalah satu adegan yang 'brilliant' dimana telah menunjukkan 'hint' apa yang akan terjadi pada adegan yang berikutnya. Ianya seolah2 bagaikan satu 'penyerahan diri'.

Tanpa putus asa, Purvis berjaya mendapatkan bantuan dari teman wanita Dillinger, Anna Sage (Branka Katić) yang merupakan rakyat Romania. Anna bersetuju membantu Purvis setelah mengikat perjanjian untuk tidak menghantarnya pulang ke Romania.

Pada malam kejadian, Dillinger dan Sage pergi menonton Manhattan Melodrama di Biograph Theater. Agak dramatik, di mana sebaik sahaja Dilinger selesai menonton filem. Winstead telah berjaya menembak Dilinger. Winstead juga sempat mendengar kata2 terakhir dari Dilinger. Dan kata2 itu merupakan pesanan terakhir buat Billie dan disampaikan oleh Winstead sendiri. Pesanan tersebut berbunyi `Beritahu Billie...Selamat Berpisah Blackbird' yang merupakan dialog dalam filem yang di tontonnya, lakonan Clark Gable.

Teks penutupan menceritakan bahawa Melvin Purvis akhirnya berhenti dari Biro Siasatan Persekutuan pada tahun 1935 dan mati kerana membunuh diri pada 1960. Billie yang masih hidup telah berpindah ke Wisconsin selepas pembebasannya pada tahun1936.

Agak jarang sekali juga aku mengikuti filem2 jenayah dan biasanya bergantung kepada pelakon dan plot cerita itu sendiri. Walaupun filem ini juga telah lama bermain di pawagam dan aku hanya dapat menontonnya di astro namun garapan filem ini menarik dan hasilnya amat memuaskan malah tidak membosankan berbanding kisah2 jenayah yang lain terutamanya yang berdasarkan fakta sejarah.

p/s : bila melihat pelakon ini, lantas aku teringat drama tv bersiri, 21 jumsptreet yang telah menaikkan nama Johnny Depp......


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sahabat2 Setia

izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.