Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Thursday, August 5, 2010

Johnny Depp dalam Public Enemies


Hari minggu yang lalu, aku sempat menyaksikan filem jenayah Amerika yang di tayangkan sekitar tahun 2009 di siaran Astro, HBO. Hasil garapan Michael Mann dan ditulis oleh Mann, Ronan Bennet dan Ann Biderman adalah filem yang di adaptasi dari buku non-fiction, Bryan Burrough berjudul Public Enemies : America's Greatest Crime Wave dan The Birth of the FBI, 1933-1934.

Filem sejarah yang di ambil dari kisah benar ini, berlatar belakangkan era `The Great Deppresion' di Chicago dimana kegiatan jenayah organisasi terancang mafioso ( Al Capone) dan juga jenayah rompakan berleluasa akibat suasana 'terdesak'. Namun filem ini sebenarnya tidaklah sepenuhnya di ceduk dari fakta yang sahih.

Menyoroti zaman tahun 1993,John Dilinger (Johnny Depp) merupakan penjenayah yang paling dikehendaki di Amerika, yang dinaungi oleh mafia tempatan. Agen kerajaan, Melvin Purvis (Christian Bale) pula merupakan 'nemesis' kepada Dilinger telah mengisytiharkan `Perang Terhadap Jenayah'.
Purvis bekerjasama dengan J Edgar Hoover (Billy Crudup) dengan menggunakan kaedah-kaedah saintifik memerangi jenayah seperti mengesan cap-cap jari dan pengesanan talian telefon. Kedua2 mereka berjaya membawa watak tersebut dengan karekter dan emosi yang sangat berkarisma dan signifikan sekali.

Ia berkisar tentang kisah hidup Dilinger, iaitu pada zaman kegemilangan jenayahnya, juga kisah cintanya dan bagaimana hayatnya berakhir di hujung peluru. Di antara salah satu siri rompakan bank, Dillinger dipertemukan dengan Billie Frechette (Marion Cotillard) yang membantu menghidupkan kisah cintanya di dalam filem ini. Penangkapan dan proses penghakiman terhadap Dilinger juga sering gagal kerana kebijaksanaan dan tipu helah yang dilakukan oleh Dilinger. Jenayah yang di lakukannya turut mendapat perhatian dari Presiden Amerika ketika itu, Presiden Roosevelt.

Dalam usaha menangkap Dilinger, pelbagai cara yang Purvis lakukan. Kematian ahli /rakan Dilinger satu persatu dan begitu juga dengan ikhtiar terakhir mereka, akhirnya penangkapan Billie memberi kesan terhadap diri Dilinger. Kerisauan Billie tentang nyawa Dilinger yang mnjadi perhatian Amerika menjadi kenyataan. Dilinger dalam usaha menjalankan rompakan terbesarnya di mana hasil rompakan itu cukup untuk mereka berdua meninggalkan bumi Amerika. Walaupun Billie di pukul dengan teruk di penjara, namun rahsia Dilinger tetap terpelihara.

Adegan yang membuat perasaan teruja apabila Dilinger denagn reaksi selamba memasuki balai polis dan melawat pejabat 'pasukan khas' yang ditugaskan untuk menangkapnya. Ini adalah satu adegan yang 'brilliant' dimana telah menunjukkan 'hint' apa yang akan terjadi pada adegan yang berikutnya. Ianya seolah2 bagaikan satu 'penyerahan diri'.

Tanpa putus asa, Purvis berjaya mendapatkan bantuan dari teman wanita Dillinger, Anna Sage (Branka Katić) yang merupakan rakyat Romania. Anna bersetuju membantu Purvis setelah mengikat perjanjian untuk tidak menghantarnya pulang ke Romania.

Pada malam kejadian, Dillinger dan Sage pergi menonton Manhattan Melodrama di Biograph Theater. Agak dramatik, di mana sebaik sahaja Dilinger selesai menonton filem. Winstead telah berjaya menembak Dilinger. Winstead juga sempat mendengar kata2 terakhir dari Dilinger. Dan kata2 itu merupakan pesanan terakhir buat Billie dan disampaikan oleh Winstead sendiri. Pesanan tersebut berbunyi `Beritahu Billie...Selamat Berpisah Blackbird' yang merupakan dialog dalam filem yang di tontonnya, lakonan Clark Gable.

Teks penutupan menceritakan bahawa Melvin Purvis akhirnya berhenti dari Biro Siasatan Persekutuan pada tahun 1935 dan mati kerana membunuh diri pada 1960. Billie yang masih hidup telah berpindah ke Wisconsin selepas pembebasannya pada tahun1936.

Agak jarang sekali juga aku mengikuti filem2 jenayah dan biasanya bergantung kepada pelakon dan plot cerita itu sendiri. Walaupun filem ini juga telah lama bermain di pawagam dan aku hanya dapat menontonnya di astro namun garapan filem ini menarik dan hasilnya amat memuaskan malah tidak membosankan berbanding kisah2 jenayah yang lain terutamanya yang berdasarkan fakta sejarah.

p/s : bila melihat pelakon ini, lantas aku teringat drama tv bersiri, 21 jumsptreet yang telah menaikkan nama Johnny Depp......

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sahabat2 Setia

izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.