Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Tuesday, August 31, 2010

Jangan Jadikan Merdeka Satu Sejarah


Masih lagi di bulan2 kemerdekaan walaupun 31hb Ogos baru sahaja berlalu. Namun 31 Ogos itu akan kembali lagi dan akan terus kembali. Bukan setakat untuk meraikannya setiap tahun tetapi dengan doa dan harapan semoga tarikh itu akan tetap kita ingati sampai bila2 selagi masih ada jiwa2 merdeka dan semangat untuk terus mencintai tanahair.

Subjek kegemaran aku Sirah ataupun dikenali dengan Sejarah. Kenapa sejarah ? walau pada hakikatnya, ramai sahabat2 aku yang cukup tidak menggemarinya kerana terlalu banyak fakta yang perlu kena ingat terutama tentang tarikh dan peristiwa. Nak tahu apa itu sejarah?

Mengikut pandangan "Bapa Sejarah" Herodotus, Sejarah ialah satu kajian untuk menceritakan satu kitaran jatuh bangunnya seseorang tokoh, masyarakat dan peradaban. Aristotle pula mendefinisikan bahawa Sejarah merupakan satu sistem yang mengira kejadian semulajadi dan tersusun dalam bentuk kronologi. Pada masa yang sama, Sejarah juga adalah peristiwa-peristiwa masa lalu yang mempunyai catatan, rekod-rekod atau bukti-bukti yang kukuh.

Tanpa sejarah kita takkan mampu meneroka masa depan kerana sejarah yang mengajar kita untuk terus mara melalui penambahbaikan kisah2 silam. Perumpamaan ada mengatakan, sejarah mengajar kita agar menjadi lebih dewasa.

Manakala erti kemerdekaan menurut kamus dewan adalah bebas drpd penjajahan, kurungan, naungan dll; tidak bergantung pd yg lain. Kemerdekaan itu sendiri menggambarkan keadaan
merdeka atau kebebasan. Kebebasan bersuara. Kebebasan dalam apa jua keadaan dalam suasana aman dan damai, namun masih di bawah lunas2 apa yang termaktub dalam Rukunegara.

Merdeka berkait rapat dengan sejarah. Pembebasan dari penjajahan asing. Mempunyai negara yang bebas merupakan erti sebuah kemerdekaan. Secara khususnya, kemerdekaan Malaysia pada tanggal 31 Ogos 1957 memberi maksud kebebasan Tanah Melayu yang mampu memerintah sendiri tanpa sebarang penjajahan asing dari segi fizikal mahupun mental.

Kepentingannya, bila kita kembali kepada Rukunegara. Segala2nya ada di situ. Mungkin kerana longgarnya penghayatan, maka berlakulah kecelaruan sosial, kecelaruan minda atau tidak boleh berfikir dgn sempurna. Pelbagai gejala negatif yang terjadi akibat keruntuhan moral kerana nipisnya rasa tanggungjawab mahupun sikap saling menghormati sesama insan. Semua kerana emosi yang menguasai diri. Mengikut kata hati. Malah merasa masing2 lebih hebat dari orang lain. Tanpa disedari semua ini memburukkan imej negara. Dan peliknya, dalam kita meraikan ulangtahun kemerdekaan yang ke-53, ada negara yang sanggup menghina dgn membakar dan memijak jalur gemilang yang menjadi kebnggaan kita semua. Sedihnya. Bukankah kita serumpun dan sebngsa?

Bila bercerita tentang kemerdekaan, dari saat kecil sehingga kini, bersama masa aku melihat setiap kali ulangtahun kemerdekaan di kaca tv. Perbarisan dan perhimpunan meraikan kemerdekaan. Kemudian disajikan dengan filem/drama patriotik bagi menambahkan perasaan cintakan negara. Itu belum lagi dengan lagu nyanyian Allahyarham Sudirman yang sentiasa segar. Tapi adakah kita dapat menilai disebalik perbarisan kemerdekaan itu. Adakah aku jua tahu disebalik hasil kebebasan yang aku perolehi hasil jerih perih orang2 terdahulu dalam mempertahankan negara. Mengalir darah menyembah bumi.

Dari kisah kejatuhan Melaka 1511, negara kita terus di jajah. Beratus2 tahun kita dijajah. Mental mahupun fizikal. Maka wujudlah pejuang2 bangsa seperti Leftenan Adnan yang gugur sebagai wira di medan perjuangan. Semuanya menentang penjajahan demi erti sebuah kemerdekaan. Adakah kita hnya membaca semua fakta2 ini semata2 untuk lulus dalam peperiksaan. Tiadakah penghayatan yang selalu diharapkan agar kita dapat belajar dari sejarah.

Filem2 patriotik yang disajikan di kaca tv, ada peranannya, khususnya, Bukit Kepong, kita sering merasa sakit hati bila melihat ada bangsa kita yang berfahaman komunis terlibat dalam peristiwa berdarah bukit kepong. Bukankah anggota polis itu darah melayu yang sebangsa dan seagama dengan mereka tetapi mereka menghalalkannya untuk dibunuh kerana tidak dibawah satu fahaman ideologi? Apakah perkara ini akan terjadi lagi pada hari ini di mana bangsa yang seagama kita itu adalah musuh kita yang perlu kita lenyapkan semata2 berlainan ideologi ?

Usahkan bangsa kita malah bngsa lain turut membunuh bngsa mereka sndiri kerana perbezaan ideologi tersebut. Apakah satu hari nanti generasi pewaris bngsa kita akan menonton kisah kehidupan yang sama dan tidak ubah seperti kisah bukit kepong ini?
Jika benar, aku pasti, sorakan dari kemenangan mereka itu pada hakikatnya, mereka telahpun menjadi kuda tunggangan yang dipergunakan utk menjahanamkan bngsa sendiri demi tamakkan kuasa dan harta.

Wujudnya bngsa kita pada hari ini kerana `bersatu'. Bercakaran pasti kita akan musnah. Musuh kita tidak perlu membunuh kerana kita lah yang membunuh bngsa kita sendiri. Janganlah mnjadi pembelot bangsa.
Sayangilah negara. Cintailah kedamaian dan marilah kita hayati erti kemerdekaan itu. Marilah kita tanamkan rasa saling hormat-menghormati Jangan jadikan merdeka itu satu sejarah. Pastikan kita mengekalkan kemerdekaan itu untk diwarisi kepada generasi yang seterusnya..

p/s : 16 september (satu lagi hari yang diistiharkan sebagai cuti umum sempena hari pembentukan Malaysia)....

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sahabat2 Setia

izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.