Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Friday, March 2, 2012

Tips Motivasi Diet


Tidak dinafikan menjalani satu-satu program diet (tidak kiralah untuk menaikkan berat badan atau menurunkan berat badan) pastinya akan mendatangkan tekanan kepada mental untuk jangka masa panjang.

Tekanan ini pula, apabila tidak dibendung akan menganggu fokus anda sekaligus akan merosakkan diet itu sendiri. Pada ketika ini, apa yang anda perlukan anda motivasi supaya terus berusaha sehingga matlamat program tercapai. Motivasi? Motivasi yang macam mana tu? 

1. ‘Kata-kata perangsang’ dari teman dan keluarga
Kata-kata perangsang bukan sahaja bermaksud ‘selamat berjaya’, ‘anda boleh’, atau ‘tiada perkara yang mustahil’, tetapi ia termasuklah juga ayat-ayat yang menggunakan kata-kata perli seperti ‘bila kau nak kurus wahai si gemuk’, ‘boroi’, ‘tulang bergerak’ atau ‘cicak kobeng’. Kata-kata perangsang juga boleh jadi hadir daripada doktor yang merawat atau memantau pencapaian kesihatan anda. 

2. Pelaburan untuk kesihatan (gym)
Adakalanya wang itu amat berharga. Memandangkan minda anda sudah berfikir demikian, maka apa kata jika anda laburkan sahaja beberapa ratus ringgit (atau ribuan ringgit) untuk membayar yuran gym sepanjang 12 bulan ke hadapan? Rugi? Tidak rugi pun, melainkan jika anda mengelat dan tidak pergi ke gym langsung sepanjang minggu itu, maka itu baru boleh dikatakan rugi. 

3. Secret admirer
Punya teman-teman wanita? Buat si perempuan pula, ada tak lelaki yang anda suka? Jadikan mereka sebagai pembakar semangat anda yang nombor satu. Anggap saja anda akan mampu ‘menawan’ hati mereka setelah anda memiliki bentuk badan yang mantap (meskipun anda tahu yang lamaran anda kelak akan ditolak mentah-mentah, terutamanya jika wanita pembakar semangat anda adalah artis seperti Lisa Surihani). 

4. Baju-baju idaman
Siapa cakap baju-baju zaman ‘muda’ itu hanya tinggal sejarah? Inilah masanya untuk anda menghidupkan kembali era kegemilangan anda dengan mengenakan pakaian-pakaian tersebut. Selain itu, jika anda berhajat untuk membeli baju baru, belilah baju yang ‘menggambarkan’ diri anda selepas tercapainya matlamat. Sebagai contoh, jika anda sedang dalam usaha untuk menurunkan berat badan, belilah baju yang bersaiz M, meskipun anda tahu saiz semasa korang adalah XXXL. 

5. Model-model
Buat lelaki, sila tampal poster John Cenna atau Christiano Ronaldo yang tidak berbaju pada dinding bilik. Buat yang perempuan pula, boleh tampal poster pin-up Miranda Kerr atau Diana Danielle yang diambil dari majalah. Tataplah poster model-model ni setiap hari tanpa rasa jemu! 
…one of Kevin’s pictures when he was still modeling, oh so long time ago… 

6. Kawan baru
Tidak dinafikan, pergaulan bersama mereka yang mempunyai gaya hidup berorientasikan gaya hidup sihat amat membantu dalam mengekalkan motivasi anda sepanjang menjalani program diet yang berkenaan. Mereka yang tergolong dalam komuniti ini pasti ada sahaja perkara atau aktiviti ‘outdoor’ baru yang akan dibuat pada setiap hujung minggu. Dengan menyertai gym, peluang anda untuk bertemu kawan baru dan masuk ke dalam komuniti seperti ini akan menjadi semakin cerah. 

7. Pencapaian anda sendiri
Tiada apa yang mampu mengembirakan anda melainkan apabila bacaan jarum penimbang itu berubah dari kedudukan asal dan menghampiri ke angka berat yang diingini. Ini pasti akan membuatkan diri anda lebih bersemangat untuk meneruskan program diet. 

8. Bayangan masa hadapan
Lihat diri anda di hadapan cermin, dan ambil gambar seminggu sekali. Setelah beberapa minggu, bandingkan diri anda dari minggu pertama hingga minggu yang terkini. Ada perubahan? lebih bersemangat? dapat lebih motivasi? Kemudian, dengan imaginasi yang tak seberapa, buatlah bayangan rupa anda setelah matlamat anda akan tercapai kelak. Ada seperti Hrithik Roshan atau Salman Khan tak? 

9. ‘Self-Reward Day’ atau ‘Cheat day’
Tak salah kalau dalam tempoh 2 minggu, anda sediakan SATU HARI yang dikenali sebagai ‘self-reward day’ atau ‘cheating day’ – yakni anda boleh makan apa sahaja yang anda nak, dengan syarat jangan menyeksa diri sehingga rasa kenyang yang melampau. Nikmat makan aiskrim, KFC, pizza, char kuey teow, buntut ayam panggang, dan segala jenis makanan yang berkalori tinggi, 2 minggu sekali, adalah sangat LUAR BIASA berbanding dimakan hari-hari. 

10. Berasa semakin sihat
Pasti terdapat banyak perbezaan setelah berat badan anda berada di tahap idle/normal, berbanding ketika anda memiliki berat badan sebelumnya, terutama dari segi kepantasan pergerakan, kelincahan dan stamina. Berada pada tahap normal bererti badan anda akan lebih dinamik ketika bergerak, tanpa sebarang halangan dalaman seperti semput atau mengah. Ini lah yang dimaksudkan dengan sihat.


p/s : SJ dah mencubanya, anda bile lagi?? hehe...








Thursday, February 2, 2012

Jumpa Pakar Perbidanan La pulak...



Dianggarkan, hampir separuh daripada mereka yang pernah melahirkan anak akan mengalaminya jatuh Organ Peranakan (JOP) di kemudian hari. Namun begitu ramai yang enggan berjumpa doktor atas alasan malu. Kenapa?


Apa Itu Jatuh Organ Peranakan? 
Jatuh organ peranakan (JOP) adalah satu perkara yang biasa berlaku di kalangan kaum wanita. Dianggarkan, hampir separuh daripada mereka yang pernah melahirkan anak akan mengalaminya di kemudian hari. Namun begitu ramai yang enggan berjumpa doktor atas alasan malu, ditambah dengan keadaan JOP itu sendiri yang tidak mengganggu kehidupan hariannya.
Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Kampung Baru Medical Centre (KBMC), Kuala Lumpur, Dr. Rosilawati Abd. Ghani berkata, JOP berlaku dalam keadaan di mana ligamen dan otot2 di pelvis (pinggul) menjadi lemah atau rosak dan tidak boleh lagi menampung organ pada bahagian itu.
‘‘Apabila ini berlaku, rahim akan jatuh keluar faraj, pundi kencing akan menonjol ke dinding faraj dan usus besar menonjol arah belakang faraj.
“Walaupun tidak sampai mengancam nyawa tetapi ia mendatangkan ketidakselesaan dan penderitaan emosi. Kadang2 seseorang itu boleh mendapat lebih dari sejenis JOP,’’ katanya.
Jenis-jenis JOP
a) Bahagian atas/bumbung faraj
Sekiranya bahagian atas yang terlibat, maka rahim akan jatuh ke bahagian faraj (uterine prolapsed).
* Gred 1: Rahim terturun sedikit. Kebanyakan wanita mungkin tidak menyedarinya. Selalunya keadaan ini hanya diketahui apabila pemeriksaan dijalankan oleh doktor atas tujuan lain seperti pap smear
* Gred 2: Rahim jatuh lebih jauh ke bawah dan pangkal rahim boleh dilihat di muka pintu faraj
* Gred 3: Hampir keseluruhan rahim jatuh terkeluar dari faraj.
b) Bahagian hadapan
Pundi air kencing jatuh ke dalam faraj (sistosele). Ia akan menolak dinding faraj ke hadapan yang menonjol seperti satu benjolan.
Kebiasaannya pundi dan salur kencing akan jatuh sekali (Cystourethrocele) dan paling biasa terjadi di kalangan wanita.
c) Bahagian belakang faraj
“Sebahagian dari usus kecil yang mengisi ruang antara rahim dan faraj boleh jatuh di kawasan antara faraj dan bahagian akhir usus besar (rektum). Keadaan ini dipanggil enterosele. Jika rektum pula yang jatuh, ia akan membentuk satu benjolan di belakang faraj berhampiran dengan dubur. Ini dipanggil rektosele,’’ terang Dr. Rosilawati.
Kemungkinan besar, kedua2 keadaan ini boleh berlaku serentak dan harus diperiksa secara menyeluruh. Ini amat penting kerana jika tidak didiagnosis, boleh meningkatkan kesengsaraan pesakit lebih2 lagi selepas pembedahan.
Menurutnya, ada lagi satu keadaan dipanggil vault prolapse yang berlaku selepas pembedahan histerektomi atas apa jua masalah.
“Ini mungkin mengambil masa untuk berlaku setelah sokongan oleh otot2 keliling dan bekas jahitan pada faraj menjadi lemah lalu jatuh ke bawah.
“Ia terjadi pada 15 peratus wanita yang menjalani pembedahan histerektomi disebabkan oleh JOP dan hanya satu peratus atas alasan lain seperti fibroid,’’ ujar beliau.
Punca-punca JOP
  • Wanita yang sudah menopaus
  • Wanita yang sudah melahirkan anak, terutama mereka yang melahirkan anak yang besar atau pun melahirkan bayi secara instrumental (forceps/ vacuum).
  • Wanita anak ramai.
  • Wanita ada masalah perubatan seperti sindrom Marfan atau Ehlers Danlos kerana mereka yang menghidap penyakit itu mempunyai otot kurang anjal menyebabkan kurangnya sokongan pada kedudukan rahim.
  • Wanita berat badan berlebihan.
  • Wanita berdepan masalah batuk atau sembelit kronik atau ada ketumbuhan besar dalam abdomen.
  • Wanita sering melakukan kerja berat (mengangkat benda berat).
Simptom dan diagnosis
Wanita yang mengalami masalah JOP yang sedikit, kata Dr. Rosilawati, ada kalanya tidak berasa sebarang simptom atau ketidakselesaan.
“Sekiranya pundi kencing yang jatuh, ia mungkin mengakibatkan wanita sukar mengawal kencing, kerap kencing atau kencing tidak puas
“Apabila usus kecil atau besar yang jatuh, ia mungkin mengakibatkan sembelit, rasa tidak puas buang air besar sehingga kadangkala terpaksa memasukkan jari untuk mengeluarkan najis.’’
Jatuh organ rahim pula menyebabkan wanita berasa ada benda berat di celah alat sulitnya. Dalam keadaan yang teruk di mana rahim jatuh keseluruhannya, boleh menyebabkan luka, berdarah dan jangkitan kuman.
Pencegahan
  • Elakkan berdiri terlalu lama. Ambil masa untuk duduk seketika dan melunjurkan kaki ke atas bangku. Ini selalu berlaku pada jururawat, guru, doktor dan juga mereka yang selalu ke kawasan kerja seperti jurutera
  • Melakukan senaman pelvik adalah amat penting walaupun di zaman bujang lagi. Ia menguatkan otot-otot dalaman, membantu mempercepatkan proses pemulihan pascasurgeri, mendapatkan semula rasa mengawal kencing dan mengurangkan sakit belakang
  • Amalkan pemakanan yang betul bagi mengelakkan sembelit kronik. Banyakkan makan sayur2an, buah2an dan bijirin/bran. Elakkan dari meneran di bilik air lebih 15 minit. Puas atau tidak, sila keluar dari bilik air
  • Memakai girdle/sut pelangsingan badan yang sesuai boleh membantu tetapi bukan korset yang amat ketat
  • Jangan merokok dan jauhkan diri daripada perokok bagi menghindari batuk yang kronik
  • Elakkan mengandung yang kerap dan rapat. Cubalah kaedah2 perancang keluarga yang mempunyai peratus kejayaan tinggi.
Rawatan
Dr. Rosilawati berkata, sekiranya JOP masih di peringkat awal, pesakit akan dirujuk kepada pakar fisioterapi untuk mengajar teknik senaman pelvik.
‘‘Selain itu, pesari faraj iaitu alat berupa gelang/donut yang terdapat dalam beberapa saiz boleh digunakan untuk mengekang rahim dari jatuh.
“Ia boleh digunakan oleh wanita dari segala peringkat usia reproduktif atau yang menopaus, yang tidak boleh atau tidak memilih cara pembedahan,’’ jelasnya.
Mengulas lanjut, ini mungkin disebabkan wanita itu muda dan masih mahu mengandung dan melahirkan anak atau wanita berusia yang tidak sihat untuk menjalani pembedahan.
Cuma, ia perlu diganti setiap tiga atau empat bulan dan pesakit hendaklah berjumpa pakar sakit puan untuk memasang dan menukarnya.
Secara amnya, setiap rawatan individu adalah bergantung kepada pelbagai sebab seperti usia, simptom, jenis JOP, perancangan reproduktif dan seksual, tahap kesihatan serta kesannya terhadap kehidupan wanita itu.
Rawatan pembedahan
Merupakan pilihan terakhir setelah segalanya dilakukan. Anterior repair-colporrhaphy adalah pembedahan yang dilakukan dari bahagian hadapan faraj tanpa melibatkan insisi/belah di bahagian abdomen/perut.
Dr. Rosilawati memberitahu: “Ia digunakan untuk membetulkan pundi kencing yang sudah jatuh. Selalunya bius sepenuhnya atau bius separuh digunakan.
“Komplikasi yang mungkin berlaku (tetapi jarang) adalah sakit ketika melakukan hubungan kelamin, pundi kencing yang terlalu sensitif ataupun sukar membuang air kecil.’
Begitu juga dengan posterior repair yang melibatkan pembedahan dari belakang faraj dengan komplikasi yang lebih kurang sama dengan anterior repair. Selain itu, terdapat teknik baru menggunakan pita khas tetapi agak mahal.
“Rawatan pembedahan untuk rahim yang jatuh adalah dengan cara mengeluarkan rahim dari faraj dipanggil histerektomi faraj."
“Selalu juga, ketiga2 prosedur tersebut dilakukan serentak kerana JOP melibatkan bahagian hadapan, belakang dan rahim sekali gus,’’ katanya sambil menambah, salah satu komplikasi yang boleh berlaku adalah vault prolapse yang mana pembedahan untuk mengatasi masalah ini lebih merumitkan.
Pascapembedahan
Kebiasaannya, mereka yang pernah mengalami pembedahan melalui faraj akan melalui prosedur pembedahan yang singkat, kurang memerlukan ubat tahan sakit, mengalami pemulihan cepat dan memulakan hidup seperti biasa.
Walaupun begitu, histerektomi mengambil masa tiga bulan untuk pulih sepenuhnya. “Hubungan seks boleh dimulakan kembali enam minggu lepas pembedahan. Usah risau, ia tidak akan mengganggu kehidupan seks normal."
“Yang penting, janganlah malu untuk berjumpa doktor dan menceritakan tentang segala masalah alat sulit yang dihidapi,’’ pesan Dr. Rosilawati. Lakukan pemeriksaan tahunan dan pap smear sebagaimana jadual yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan.
Sumber: Wanita Sihat 
p/s : wanita...oh wanita......








Wednesday, February 1, 2012

Kaedah Mengecilkan liang Roma



Untuk memiliki kulit yang cantik kita harus menjaga kulit supaya kulit bersih terlebih dahulu. Memiliki liang roma yang terbuka bermaksud mempunyai pori2 wajah kelihatan seperti lubang2 besar.
1. Selepas mencuci muka, liang pori akan terbuka untuk seketika. Pada waktu ini, sapukan penyegar (toner) pada wajah menggunakan tisu muka. Pilih penyegar yang berunsurkan ’sejuk’ atau yang bertindak sebagai pengecil liang roma (pore minimizer). Kebiasaannya, penyegar yang berasaskan mentimun adalah penyegar yang terbaik.
2. Pastikan ’scrub’ muka 2 atau 3 kali seminggu. Ini untuk membuang sel2 kulit mati bagi mengelakkan ia berkumpul dan menjadi jerawat atau jeragat pada wajah kita. Pemilihan ’scrub’ juga amat penting. Pastikan membeli ’scrub’ muka yang mengandungi ‘micro-scrubber’ di dalam kandungan ’scrub’ tersebut kerana peranan ‘micro-scrubber’ amat penting dalam menanggalkan sel2 kulit mati. Masa terbaik untuk melakukan ’scrub’ muka adalah pada waktu pagi selepas bangun dari tidur. 
3. Setelah wajah dibersihkan dengan ’scrub’, pakai ‘topeng’ wajah untuk bertindak sebagai pengecil liang roma setelah melakukan ’scrubbing’. Ia bertindak sebagai pengecil liang roma, pencuci muka dan juga ‘mask’. Pakai selama 8 minit dan kemudian bilas. Setelah pemakaian produk ini, akan merasakan kulit lebih halus dan liang roma lebih kecil.
4. Amalkan secara berdisiplin. Contohnya, cuci muka pada setiap pagi dan malam, sapukan penyegar selepas setiap kali mencuci muka, ’scrub’ muka setiap pagi Selasa dan Jumaat. Jika ada masa, selepas ’scrubbing’, terus pakaikan ‘mask’ muka atau juga boleh pakai pada waktu malam, sebelum tidur.

p/s : ringkasnyer......hurm..








Friday, November 25, 2011

Chicken Pox a.k.a Cacar Air


Beberapa bulan yang lalu, si kakak terkena virus ini. Lepas tu, abang SJ termasuk anaknya, dan adik SJ yang dah dewasa dan beranak pinak pula di jangkiti virus yang sama. Kelmarin, ketika semua ahli keluarga sibuk menguruskan kenduri tahlil untuk arwah ibu, anak saudara SJ pula terkena jangkitan virus yang sama.

Dan baru2 ini, virus ini mula menyerang si kecil SJ, Amirul.
SJ memang tak perasan dengan kesihatan Amirul sejak akhir2 ini. Amirul kerap mengadu tubuh belakangnya terkena alahan/alergic. Rasa gatal2 dan merah2. Selang 3 hari kemudian SJ tolong mandikan Amirul apabila merasakan tubuhnya kurang bersih dan menyebabkan rasa gatal2. Tapi bila SJ nampak bintik2 merah di beberapa bahagian tubuh Amirul, SJ terus membawanya ke klinik berhampiran. Sah, Amirul di serang virus Chicken Pox a.k.a cacar air. Kemudian SJ menggugel tentang virus ini dan kesan2 mahupun cara2 merawat pesakit yang terkena jangkitan virus ini.


Pengenalan virus

Apa itu Chicken Pox? Chicken Pox atau Varicella simplex adalah suatu penyakit berjangkit yang disebabkan oleh infeksi virus varicella-zoster (virus herpes). Penyakit ini disebarkan secara aerogen. Chicken pox juga dikenali sebagai demam campak, cacar air, jintungan atau bertih (mengikut dialek daerah). Ia adalah virus sama yang menyebabkan kayap. Ia tidak mengenal mangsa dan berlaku pada semua peringkat umur, biasanya berlaku pada kanak2. Tetapi ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa kerana daya ketahanan melawan penyakit semakin berkurangan.



Cara jangkitan




  • Melalui udara, bila seseorang yang menghidap cacar air itu mengalami batuk, berhingus (selsema) atau bersin (percikan air liur)


  • Terkena cecair cacar (vesikel) seperti menyentuh benda/permukaan yang dibasahi oleh cecair daripada lepuh tersebut.


  • Tersentuh barang2 pesakit yg terdedah dgn bahan tercemar cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala pesakit chicken pox.




  • Menghirup udara yang mengandung kuman virus herpes varicella-zoster

    Ciri2 cacar air




  • Mudah merebak


  • Walaupun lepuh sudah sembuh, virus masih kekal pada badan pesakit dan boleh menyerang semula selepas beberapa tahun dan dipanggil kayap.


  • Vaksin cacar air boleh diambil pada bila2 masa, tidak kira berapa umur dan kesannya tahan lama. Kajian menunjukkan ia mampu memberi perlindungan hingga 20 tahun.


  • Vaksin boleh diberikan selepas kita terdedah kepada pesakit cacar air. Mengambil vaksin dalam tempoh 3 - 5 hari selepas terdedah kepada pesakit boleh meminimumkan kesan cacar air.


  • Kegatalan akan membentuk keruping. Penyakit masih boleh berjangkit selagi ada keruping yang belum tertanggal.



  • Komplikasi


    1. Jangkitan pada darah


    2. Keradangan otak/ ensefalitis. Tanda2 radang otak ialah sakit kepala teruk, keliru, mudah marah, leher keras dan belakang mengeras serta tidak sedarkan diri.


    3. penyakit meningitis atau pneumonia (keradangan paru-paru). Tanda2 seperti batuk, susah bernafas, pernafasan berbunyi (wheezing) dan sakit dada.


    4. pengidap kanser atau mereka yang mengambil ubat2an tertentu yang boleh mempengaruhi sistem daya tahan melawan penyakit (sistem imun) merupakan golongan yang berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi tertentu akibat cacar air ini. Ia boleh mnjadi punca kematian.


    5. Biasanya jangkitan cacar air ini menghasilkan pelalian seumur hidup. Walaubagaimanapun, virus ini mungkin bersembunyi dan berulang sebagai kayap (shingles) kepada orang dewasa dan kadang2 kepada kanak2.


    6. Bayi baru lahir, di mana ibu tidak pernah mengidap chicken pox atau pelalian chicken pox.


    7. Ibu mengandung menyebabkan kesan pada bayi dalam kandungan seperti tak cukup berat dan kecacatan anggota boleh berlaku. Sekiranya ibu mengidap chicken pox seminggu sebelum kelahiran, ia boleh menyebabkan jangkitan serius serta membahayakan nyawa pada bayi.


    8. Orang yang mengambil steroid berpanjangan pesakit asma dan sindrom nefrotik.


    9. Penghidap sakit radangan kulit (inflammation eczema).


    10. Dehidrasi akibat muntah berterusan atau tidak minum air. Tanda dehidrasi ialah kurang kencing, mulut kering dan dahaga.


    11. Radang sendi2 menjadi sakit, kejang dan bengkak


    12. Peradangan jantung


    13. Peradangan Hati


    14. Infeksi bakteri (erisipelas, pioderma, impetigo bulosa)


    15. Ensefalitis (infeksi otak)


    Gejala2


    Kita mendapat cacar air 13–17 hari selepas terdedah kepada seseorang yang mengidap cacar air. Pengidap chicken pox boleh merebakkan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping.



    Tanda Serangan Virus
    Demam, cepat merasa lelah, lesu, sakit kepala dan lemah. sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair beberapa hari sebelum bintik2 merah timbul.





  • Timbul lepuh kecil (vesikel) dan tanda kemerahan pada kulit






  • Ruam2 dan bintik berair itu akan merebak ke seluruh badan.


  • Seluruh tubuh boleh ditumbuhi bintik. Biasanya ruam bermula di kulit kepala, muka dan belakang . Tetapi ia juga boleh merebak ke mana2 permukaan badan. Ia jarang dilihat di tapak tangan atau tapak kaki. Ruam yang timbul adalah lebih kecil dari saiz biji jagung. Ia kadang-kala kelihatan berkerak dan boleh juga timbul di dalam mulut, di atas kelopak mata dan di bahagian kemaluan.


  • Bintik2 merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bintik2 merah ini akan bertukar menjadi lepuh yang kelihatan jernih dan sangat gatal. Lepuh ini menyebabkan mangsanya rasa teramat gatal.


  • Kebiasaannya mengambil masa 10 hingga 20 hari untuk sembuh. Jangkitan kuman pada kulit lepuh menjadi lebam merah, bengkak dan sakit.


  • Jika ruam ini dibiarkan maka akan segera mengering membentuk keruping dan meninggalkan parut di kulit yang lebih gelap (hiperpigmentasi).Kemudian akan pudar tanpa meninggalkan bekas.


  • Tetapi jika lenting cacar air tersebut dipecahkan, keruping akan segera terbentuk lebih dalam sehingga akan mengering lebih lama. Infeksi bakteri terjadi dan bernanah pada bekas luka garukan tadi. setelah mengering bekas cacar air tadi akan menghilangkan bekas yang dalam. Terlebih lagi jika pengidap adalah dewasa, bekas cacar air akan lebih sukar hilang.





  • Perawatan





  • Kuarantin / asingkan pesakit dengan ahli keluarga lain. Elakkan anak anda ke sekolah atau taman asuhan sehingga ruam menjadi berkerak (lebih kurang tujuh hari daripada permulaan ruam). Lebih baik jika perawatan anak dilakukan oleh orang yang sudah pernah terjangkit cacar. Kerana biasanya orang yang sudah pernah terkena penyakit ini akan kebal.


  • Pisahkan barang-barang yang digunakan, seperti baju, peralatan makan dan lain2. Bersihkan peralatan tersebut secara terpisah. Cuci barang peribadi pesakit berasingan.


  • Elakkan menggaru bahagian berair bimbang bintik2 terus merebak.


  • Ambil ubat seperti yang disarankan.


  • Jaga kebersihan diri. Pakaian tetap kering dan bersih


  • Dapatkan suntikan vaksin yang memberi perlindungan hingga bertahun2.


  • Untuk meminimumkan kegatalan, sapukan losyen Calamine pada ruam


  • Mandikan dengan air suam yang dicampur segenggam soda bikarbonat. Mandi 4-5 kali sehari dengan menggunakan sabun antiseptik


  • Banyak berehat dan minum banyak air kosong.


  • Elakkan dari menggaru dan memecahkan bintik2 yang berisi cairan itu


  • Mengganti baju pesakit setiap hari


  • Memotong kuku agar tidak menggaru ruam2 pada kulit, sehingga tidak timbul infeksi baru.


  • Ambil ubat paracetamol untuk mengurangkan demam.


  • Ambil makanan yang seimbang.


  • Sentiasa membasuh tangan.


  • Ubat antihistamine mungkin diberi oleh doktor jika rasa gatal yang teramat sangat sehingga anak anda tidak dapat tidur.


  • Makan buah2an yang mengandung vitamin C seperti juice jambu biji dan tomato merah


  • Berikan makanan yang lembut dan cecair sejuk jika terdapatnya kudis di dalam mulut. Jangan beri makanan bergaram atau buah oren kerana ini akan merengsa dan mengganggu kudis2 itu.
    • Berikannya air garam suam untuk berkumur (1/4 sudu teh garam kepada 4 aun air) bagi melegakan gatal2 di dalam mulut.
    • Tenteramkan anak anda bahawa ruam2 itu tidak serius dan pasti akan hilang dalam masa seminggu-dua.


  • Berjumpalah doktor jika....
    Anak anda dijangkiti cacar air dan
    • Mengalami sakit kepala, muntah-muntah, sensitif kepada cahaya yang terang, sering mengantuk atau menjadi keliru. Ini mungkin merupakan tanda-tanda keradangan pada otak (ensefalitis).
    • Mengalami masalah pernafasan dan mula batuk. Ini mungkin menunjukkan jangkitan pada paru-paru.
    • Kulit menjadi sakit, hangat dan merah atau ruam cacar pecah dan berair. Ini mungkin disebabkan oleh jangkitan kulit yang serius.
    • Demam melebihi 38.890C yang berakhir lebih dari 2 hari.
    • Gatal2 yang teruk dan tidak hilang setelah diberi rawatan di rumah.
    • Terdapatnya ruam cacar di dalam mata.
    • Ruam masih wujud selepas 2 minggu. Ini mungkin bukan cacar air tetapi boleh jadi masalah kulit yang lain.



    1. Ubatan anti-viral : Acyclovir atau immuno globulin diguna untuk merawat chicken pox. Rawatan amat berkesan sekiranya diambil segera dalam tempoh 24 jam dijangkiti. Ia akan mengurangkan keterukan dan komplikasi akibat chicken pox. Semua orang dewasa mendapat kebaikan dari rawatan antiviral di awal penyakit terutama yang kurang sistem daya tahan (orang lanjut usia, pesakit diabetes, pengidap HIV & AIDS serta rawatan steroid).



    2. Rawatan antibiotik : Komplikasi akibat chicken pox, radangan kulit dan radangan paru2 memerlukan rawatan antibiotik. Pesakit yang mendapat radang otak hendaklah dimasukkan ke hospital untuk rawatan antivirus.



    Berikut ini adalah ramuan obat tradisional yang dapat digunakan untuk mengatasi cacar air:


    Cara 1 :


    30 gram temu lawak + 25 gram kencur + 15 gram asam jawa + 15 gram jahe, dicuci dan dipotong2 lalu direbus dengan 600 cc air hingga tersisa 300 cc, disaring airnya diminum 2-3 kali sehari.


    Cara 2 :
    2 buah mengkudu matang dicuci dan dijus, atau diparut dan diambil airnya lalu diminum. Lakukan 2-3 kali sehari.



    Cara 3 :


    Kunyit + daging buah asam (asam kawak) masing-masing secukupnya ditumbuk halus, tambahkan minyak kelapa secukupnya, dipanaskan sebentar, setelah dingin dioleskan pada bahagian kulit yang terkena cacar air.


    Cara 4 :


    Daun asam dan kunyit masing-masing secukupnya dicuci dan dihaluskan, lalu dipakai untuk mengoles kulit yang gatal karena cacar air. Catatan : untuk perebusan gunakan periuk tanah atau panci enamel atau panci kaca.


    Pencegahan



    Cacar air boleh dicegah dengan suntikan pelalian. Minta nasihat doktor. Jika anda mendapat cacar air, elakkan jangkitan kepada orang lain dengan tidak pergi ke sekolah atau ke tempat kerja sehingga lepuh menjadi kering dan berkerak. Seseorang yang berisiko mendapat cacar air yang teruk (bayi yang baru lahir, yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah, wanita mengandung) yang terdedah kepada seseorang yang mengidap cacar air, mungkin diberi antibodi dalam bentuk immunoglobulin untuk memberi perlindungan segera.Pelalian memberi ketahanan sepanjang hayat, diberi pada umur 12-18 bulan. Pemberian pelalian bawah umur 13 tahun terima hanya 1 dos selepas umur 13 tahun. 2 dos selang masa 4-8 minggu antara dos 1 dengan dos 2. Pelalian aktif diberi kepada kanak2 berisiko (antara 1- 5 tahun) sekiranya ahli keluarga ada chicken pox. Menggunakan Imunisasi bagi anak2 yang berusia lebih dari 12 bulan. Imunisasi ini dianjurkan bagi orang di atas usia 12 tahun yang tidak mempunyai kekebalan. Penyakit ini erat kaitannya dengan kekebalan tubuh. Untuk mencegah cacar air diberikan suatu vaksin. Vaksinasi cacar air dan memiliki risiko tinggi mengalami komplikasi bagi orang yang belum pernah mendapatkan (misalnya penderita gangguan sistem kekebalan), diberikan immunoglobulin zoster atau immunoglobulin varicella-zoster. Vaksin varisela biasanya diberikan kepada anak yang berusia 12-18 bulan. Serta tidak berdekatan dengan orang yang terkena cacar air agar tidak dijangkiti virus varisela zoster. Varicella Zoster Immunoglobulin (VZIG).3. VZIG adalah zat kekebalan terhadap virus penyebab cacar air. VZIG diberikan hanya pada kelompok-kelompok tertentu yaitu:
    1. Orang dengan sistem kekebalan yang rendah
    2. Wanita hamil yang belum pernah mengalami cacar air sebelumnya
    3. Bayi di bawah usia 28 hari yang lahir kurang dari usia kehamilan 28 minggu atau berat lahirnya kurang dari 1000 g
    4. Bayi di bawah usia 28 hari yang ibunya mengalami cacar air antara 7 hari sebelum bersalin hingga 7 hari setelah bersalin



    Risiko cacar air



    Sebelum lahir (dalam kandungan) – Kecacatan mata, inflamasi dalam lapisan mata, kecacatan sistem saraf, otak terbantut, bukaan pundi kencing atau pembuangan air besar tidak berfungsi serta kaki atau tangan bayi tidak berkembang sepatutnya.



    Kurang setahun – Jika bayi kurang sebulan, risiko kematian sangat tinggi.





    Satu hingga 12 tahun – Simptom tidak serius kerana pada tahap ini tubuh memberi tindak balas cepat.





    Antara 13 hingga 49 tahun – Walaupun sistem imun tubuh semakin meningkat, ia memberi reaksi negatif kepada virus Varicella hingga membawa gejala lebih teruk.





    Melebihi 50 tahun – Semakin tua individu, bertambah serius gejala yang perlu dihadapi termasuk komplikasi lain seperti meningitis, ensefalitis dan pneumonitis (radang paru-paru).



    p/s : redha....tidur juga dengan si Amirul sebab time2 tak sihat macam ni, sure2 Amirul tak nak berenggang dengan SJ....itulah pengorbanan seorang ibu yang sentiasa terdedah dengan pelbagai risiko demi anak2 tercinta......










    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
     

    Sahabat2 Setia

    izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.