sedapnya nasi lemak nih...
Kadangkala uniform melambangkan imej keperibadian
seseorang. Benar atau tidak, itu sekadar sebahagian dari pendapat SJ sahaja.
Terpulang kepada individu men`describe’kannya bagaimana. Apa yg ingin SJ tuliskan
hanya sebagai salah satu perkongsian dalam kehidupan seharian yang kadangkala
kita sendiri tidak menyedarinya atau memang tidak ambil peduli.
Begitulah selalunya, digambarkan wanita muslimah
yang baik dan sempurna imannya dengan jilbab labuh dan pakaian yang menutup
aurat hingga ianya boleh digunakan terus untuk sembahyang. Tapi sesiapapun akan
mempersoalkannya jika dia bersifat tidak melambangkan apa yang dia pakai
contohnya dia seorang penipu atau suka bermuka2, ataupun dia jenis yang suka
memutuskan silaturahim, bersengketa ataupun seorang hipokrit? Atau mungkin dia
sendiri tidak pernah bersolat. Tapi SJ bukanlah nk bercerita atau suka2 nk
menjatuhkan hukum tentang samaada pemakainya itu benar2 muslimah beriman ataupun
tidak. Wallahua’lam. Sekurang2nya dia telah menjalankan kewajipan sebagai
seorang muslimah. SJ pun bukanlah seorang yang hebat berhujah tentang ugama. SJ
bukan orangnya. SJ juga tidak sempurna untuk mempersoalkannya. Apa yang SJ nak
berkongsi pun tiada kaitan tentang hukum hakam sebenarnya.
Cuba lihat contoh ini pula, seseorang yang memakai uniform sesebuah syarikat. Pasti itulah lambang imej tempat di mana dia bekerja dan melaksanakan tanggungjawabnya. Pastinya, tanyalah apa sahaja yang berkaitan dengan syarikat tempatnya bekerja, sudah tentu dia boleh menjawabnya walaupun tak 100%.
Alkisahnya begini, sarapan pagi SJ hari ini di
restoran yang tidak jauh dari pejabat SJ. Kebetulan, SJ bekerja hari ini
walaupun SJ tahu ramai yang bercuti termasuklah en hubby. Menyambung cuti
katenyer. Penasaran, SJ membeli beberapa nasi lemak bungkus dan meletaknya di
atas kaunter pembayaran. Maksudnya, SJ dah reserve nasi lemak untuk SJ bawa
pulang. Ada juga bahan untuk mnjadi santapan pagi anak2 hari ini. Kemudian SJ pun
mengambil kesempatan bersarapan bersama en hubby sebelum membuat pembayaran.
Nak dijadikan cerita, seorang wanita beruniform, yang
dilambangkan sebagai imej kejujuran, ketegasan, amanah, bertanggungjawab dengan
bersahaja telah mngambil beberapa bungkus nasi lemak yang telah SJ reserve (berada
di atas kaunter) tersebut dan menyumbatkannya ke dalam plastik. Dan kebetulan
SJ duduk berhadapan kaunter. SJ yang melihat sendiri suasana ini terus
membisikkannya kepada en hubby. En hubby terus memberitahu pekerja restoran
tentang nasi yang telah kami reserve tadi. Dengan bersahaja, wanita itu
menjawab `sama jer..’ dan dengan muka tak bersalah dia terus ke meja2 pelanggan
lain yang memang terdapat nasi lemak yang telah sedia bersusun di atas meja. Dalam
hati SJ `reti pulak dia ambil nasi lemak atas meja tu kan…’
Kemudian SJ me’remind’ en hubby untuk mengira
semula nasi lemak tersebut sebelum membuat pembayaran. Ini kerana dalam
pemerhatian SJ, wanita tersebut tidak meletakkan semula jumlah bungkusan yang
telah di ambilnya. Dan sememangnya seperti yang telah di jangka, en hubby
memberitahu SJ bahawa jumlah nasi tersebut telahpun berkurangan. Ini macam
soalan matematikkan? Berapakah jumlah nasi lemak yang tinggal?
Nmpak tak, ape rumusan yang boleh SJ katakan di
sini? Pakaian uniformnya memang telah melambangkn tugasnya dan tanggungjawabnya
yang menjadi nadi kepercayaan masyarakat sekitar. Walaupun peristiwa ini hanya
sekadar picisan ataupun perkara kecil namun boleh mmberi kesan nilai
kepercayaan terhadap kejujuran seseorang. Atau kita boleh katakan, mungkinkah masyarakat
sekarang memang terlalu mementingkn diri
sendiri.
Pertama, mungkin tak semua orang tahu, makanan di
atas kaunter itu telah di reserve oleh pelanggan lain. Tapi perlu bertnya atau
peka, kerana ada bnyak lagi nasi lemak bungkus lain yang berada di atas meja
pelanggan. Pasti pelikkan kenapa nasi lemak boleh ada di atas kaunter. So,
kenapa tak amik sahaja yang berada di atas meja pelanggan? Kedua, jika telah tersilap mengambilnya yang
dari hak orang lain, adalah mnjadi tanggungjawab untuk mengganti semula atau
memulangkn semula jumlah mana yang telah terambil tadi. Tidakkan anda tahu, bahawa anda diperhatikan?
Allah sudah semestinya, tetapi bagaimana dengan mata tuan empunya nasi itu
sendiri. Boleh tak anda bayangkan apa yang SJ rasa lebih2 lagi melihat pakaian
uniform nya? Hurm…`dia juga manusia biasa’ itu aje yang dapat menyejukkan hati
SJ yang agak panas ketika itu…huhu
p/s : SJ pun selalu buat khilaf tanpa SJ sedar...kepada Allah, SJ memohon ampun dan maaf...setulus hati...
Related Articles :
koding · 645 weeks ago
Jgn nilai sesebuah buku berdasarkan kulitnya...
My recent post Puting Beliung Air Landa Pantai Batemans Bay