Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Tuesday, September 28, 2010

Classes at Naza Talyya & Leisure Trip @ Malacca


Ketika menyusuri Malacca River Cruise

Naza Talyya Hotel (diambil dari koleksi Talyya Hotel)

Bilik yang aku diami...tingkat paling atas (gambar sofa jew..)

Breakfast (variety......) dalam tu sume penuh...
Ini baru satu section....

Buffet..menarik..tertarik...

Berita baik. Pihak pengurusan memutuskan utk menukar destinasi kelas kali ini. Aku tumpang seronok. Bukanlah bosan bila berada di Akademi Gurun, cuma bila diberi peluang untuk sesekali menghadiri kelas di luar daerah, pastinya ia sesuatu yang diluar jangkaan.

Maka destinasi kali ini di bumi Hang Tuah ` Takkan Melayu Hilang Di dunia' , ke Melaka. Sudah acapkali juga aku mengunjungi negeri ini terutama waktu2 cuti sekolah, namun melaka sentiasa berubah seiring dgn masa. Sebuah bandar yang membangun dan semakin rancak dengan industri pelancongan apatahlagi setelah menerima pengikhtirafan Antarabangsa (UNESCO) sebagai `Bandar warisan dunia' pada 2008.

Melaka and George Town, historic cities of the Straits of Malacca (Malaysia) have developed over 500 years of trading and cultural exchanges between East and West in the Straits of Malacca. The influences of Asia and Europe have endowed the towns with a specific multicultural heritage that is both tangible and intangible. With its government buildings, churches, squares and fortifications, Melaka demonstrates the early stages of this history originating in the 15th-century Malay sultanate and the Portuguese and Dutch periods beginning in the early 16th century. Featuring residential and commercial buildings, George Town represents the British era from the end of the 18th century. The two towns constitute a unique architectural and cultural townscape without parallel anywhere in East and Southeast Asia. http://www.warisan.gov.my

Masih di bulan2 syawal, namun tggjawab perlu di galas sebaik mungkin. Akhirnya siap juga assignment aku walaupun di landa pelbagai dugaan. Selamat di hantar pada waktu yang tepat.

Subjek kali ini juga menarik. Lecturer pula, Mr Michael Xaxier is very2 the best. Tak terasa masa berlalu. Terisi dengan segala aktiviti. Hurm...tak bestnyer...selesai kelas, assignment dah menanti....waduhh !!

Sempat juga posing depan nih..kenangan !!

Penginapan? Aku berkampung di Naza Talyya Hotel. Lokasi hotel ini terletak berdepan dgn Avillion yang mempunya seni ukiran yang amat menarik...rasa2nya 5 star...memang klas hotel tu...disebelah kanan Talyya, the store. Syoknya, hari pertama aku dan sahabat sume serang the store, semata2 nak cari sandal. Keh3.

Jangan risau bila berada di sini. Tak susah utk memperolehi public transport. Tahan je teksi/bas depan hotel. Kalau nk adventure lagi, berjalan kaki ke bndar hilir melalui sungai pun seronok. Kalau malas, request je reception kol teksi. Oh ya ! di sini ada menyediakan shuttle bas dari jam 10 am hingga 3 pm. (Promosi nampak ?) hehe.....tapi itu utk yang tidak drive sndiri macam kami ni yang datang dari KL dgn luxury bas....hehe

Kemudian, keesokan malamnya kami beramai2 ronda disekitar bndar melaka terutama di bandar hilir yang memang sedia terkenal. Wah ! seronoknya dapat menyusuri sungai dgn cruise (Melaka River Cruise). Macam kat venice. Nice view.

Jatuh hati apabila aku berada di perkampungan Mortem. Cantiknya, rumah2 tradisional di sinari spotlight membuatkan kawasan2 itu memang benar2 mampu menawan pelancong yang berkunjung di situ. Itu belum lagi lukisan2 yang terpanting cantik dibangunan2 sekeliling.

Biasalah..bila di bndar hilir..layan beca...melepak di dataran pahlawan...adapun pusing2 kat pahlawan walk (ala2 uptown gituh). Sume aktiviti dilakukan waktu malam kerana siang dipenuhi dgn kelas. Memang sah2 tak jumpa matahari.

Malam terakhir, sahabatku membawa pulang ikan bakar dan sotong goreng tepung. Macam tak cukup makan, kami membelasah sebelum tidur. Padahal makanan yang disediakan Talyya sebenarnya lebih dari mencukupi dan dan teramatlah sedapnya. Setiap waktu ada menu asam pedas. Kejap2 asam pedas ikan pari. Lepas tu ikan tenggiri. Esoknya pulak ayam masak asam pedas. Appertizernya pun cukup buat aku lapar.

Minum petang dan minum pagi? huh ! Paling aku demanded....sago gula melaka. Dengan muka selamba berkali2 request kat waitress. Last masa nk balik....makanan yang licin sekali ialah seafood ragut...betul ke ejaan tu? Tapi aku tak sempat nk snap..terus licin dalam hidangan.

Anyway, tima kasih Chef Baiah n the gang yang menyediakan makanan yang lazat2 buat kami. Mahu buntal sume balik KL, tertido dalam bas macam ular sawa. Hehe......Resepi tu boleh dikongsi2 ker !! (tak sempat juga nak berposing dgn chef2 dan staff2 yang melayan kami dengan baik). Apapun dgn harapan, akan kembali semula mgkn dgn family..cuti2 msia !!....thanx guys...!!

p/s : The best actor in this drama scene....of course lah masculine guys, Bastian.....
Next trip ?..go to penang...arghh !!


Monday, September 20, 2010

Memenuhi Impian Si Kecil


Amirul terkedu malu bila Zizan memeluknya untuk satu pose

Seperti di dalam mimpi fantasi, Amirul terkedu, terdiam kaku tnpa sepatah kata. Seperti terpukau, dia seolah2 tidak percaya wajah artis idola yang kerap menghiasi kaca tv ini, kini berada di hadapan matanya. Itulah Zizan, idolanya yang sering membuat Amirul ketawa dan gembira apabila melihat aksi/telatah lakonannya di tv. Zizan tersenyum lantas berkata `heheh...malu' dan wajah Amirul tetap seperti dalam kejutan. Mungkin masih tidak menyangka mama dan ayahnya telahpun memenuhi impiannya di pagi syawal kali ini.

Entri yang agak menarik untuk kukongsi bersama. Kelihatan sedikit bermakna Syawal pada kali ini apabila dapat memenuhi impian si kecil. Amirul begitu bersungguh2 ingin bertemu dengan rajalawak astro yang begitu diminatinya, apatahlagi setelah mengetahui rajalawak itu anak kelahiran Terengganu. Rumah kediamannya juga tidaklah terlalu jauh dari rumah mertuaku maka tidak sukar untuk membuat singgahan pertama dari seorang peminat setia.

Hasil bantuan clue anak sulongku yang mempunyai rakan sekelas yang tinggal berhampiran rumah rajalawak itu, maka mudahlah utk mengesan di mana kediamannya. Impian bermula dari mulut si kecil sejak Syawal 2009, lebih2 lagi bila Amirul tahu Zizan tinggal di daerah itu. Impiannya semakin kerap lahir dari bibirnya di sepanjang Ramadhan 2010. Paling kuat gesaannya pada penghujung Ramadhan dan pertama Syawal. Nama Zizan menjadi sebutan. "Bila kita nak pergi rumah Zizan nih" katanya berkali2 memberi ingatan. Maka sampai jua kami di sini.

Salam di beri bersambut mesra. Maka disampaikan niat di hati ingin bertemu rajalawak popular tersebut.
Itulah dia ibu Zizan Rajalawak Astro. Ringkasnya, aku agak rasa bersalah juga kerana seolah2 datang terjah macam tu jer. Seperti mencuri masa privasinya bersama keluarga. Tapi dek kerana nak memenuhi impian si Amirul, maka disampaikan niat untuk bertemu dengan Zizan dan bergambar dengannya. Ibunya memang ramah dan ayahnya melayan kami dengan cukup baik sekali.

pose kami sekeluarga bersama Zizan

Sebelum meninggalkan rumah Zizan, mereka sekeluarga sempat berpesan berkali2 supaya hadir di rumah terbuka Zizan pada keesokan harinya. Mungkin sudah rezeki kami, walaupun sampai lewat petang namun kehadiran kali kedua tetap bersambut mesra dengan layanan yang cukup baik dari Zizan sekeluarga terutama ibunya yang begitu ramah sekali. Suasana ketika itu memang happening. Begitu ramai yang mengambil kesempatan utk bergambar dengan Zizan.

Apapun, terimakasih buat Zizan sekeluarga yang sudi melayan kami walaupun mgkn kami datang tidak tepat pada masanya ketika kunjungan yang pertama.

Rumah Terbuka di rumah Zizan (Ayah Zizan yang berbaju belang kat belakang tu)

Pose bersama Ibu Zizan (baju pink) dan ibu saudaranya

Sempat berposing sebelum meninggalkan kediaman Zizan

p/s : Insyaallah..tahung depang bulehlah kami singgoh lagik....ye Zizan !!


Sunday, September 19, 2010

Aidilfitri di Terengganu


Bersalam2an dengan Keluarga Menteri Besar Terengganu

Di depan kediaman rasmi Menteri Besar Terengganu di Batu Burok

Masih lagi entri tentang hari raya. Bila berhari raya di Terengganu, mengunjungi kediaman rasmi Menteri Besar sudah mnjadi kebiasaan. Dah jadi macam diari pada setiap Hari raya Pertama di Terengganu. Kebetulan hanya beberapa km sahaja dari kediaman mertuaku. Lazimnya, dapat bersalaman dengan keluarga Menteri besar memang dah berbesar hati. Yelah...bukan mudah untuk bertemu dengan orang2 kenamaan. Jadi, seawal pukul 10 pagi aku sekeluarga dah memenuhi lokasi kediaman rasmi di sini.

Ketupat palas - yang kucari bila berhari raya di Terengganu

Satay juga antara hidangan yang popular

Nasi Dagang? menu pasti ada..(TQ gugel..bg pinjam gambar)

Hajat di hati nak juga snap2 kat makanan mana2 yang patut. Tapi biasalah...suasana pagi hari raya pertama. Memang ramai orang. Dan aku pun malu juga nak interprem bnyak2. Kadang2 bukan nak makan sangat pun cuma nak memeriahkan suasana Hari Raya.

Hidangan? Tentang ini tak payah di sebut. Segala2nya ada disediakan. Dari Nasi dagang, laksam, lemang, sate dan pelbagai menu cukup membuat mataku kenyang. Maklumlah aku bukanlah kuat makan sangat. Cukup merasa sedikit2 sementelah ramadhan yang baru je lepas berakhir. Lambat juga nak adjust perut aku nih. Cukup merasa sedikit2 sudah memadai. Kolesterol beb !! hehe.....


Hadir di majlis Selamat Pulang Perantau 2009.

Bercerita tentang berhari raya di Terengganu. Salah satu keunikannya bila mereka setiap tahun meraikan perantau yang pulang ke kampung berhari raya. Serasa aku tidak ada lagi acara seperti ini diadakan di negeri2 yang lain. Tak silap la.

Sekadar untuk dikongsi bersama, aku jua pernah turut memeriahkan suasana sambutan hari raya bersama perantau pada tahun 2009, tahun lepas di Taman Tamadun Islam. Aku mengikut suami dan adik beradik ipar yang lain. Kiranya aku ni benar2 perantau yang tgh beraya di Terengganu. Ramai tetamu2/perantau2 yang hadir itu dari kalangan anak2 negeri Terengganu yang terdiri dari penuntut2/pekerja2 yang menetap di luar negara ataupun yang di luar negeri Terengganu. Begitu juga dari kalangan2 profesional. Menariknya, pemimpinnya begitu mesra melayan anak2 negeri. Tiada jurang yang memisahkan mereka.

Mereka di raikan sebagai penghargaan anak2 Terengganu yang mmbantu mengharumkan nama Terengganu. Maka sesi beramah tamah antara pemimpin dan rakyat negeri itu secara tak langsung mengeratkan hubungan sesama mereka. Malah mereka diberi peluang untuk berucap dan juga mengisi borang dimana ianya pendapat2 anak Terengganu yang lebih menjurus kepada mnjana kemajuan negeri Terengganu. Satu acara yang memang menarik dan rasanya perlu di wujudkan di negeri2 lain. Itu bagi pendapat aku.

p/s : Tapi tahun ini aku tak turut serta kerana terpaksa memenuhi acara lain dan kebetulan majlis itu diadakan di Parkroyal yang kedudukannya agak jauh dari kediaman. Namun ianya memang patut dikekalkan malah diperkenalkan di negeri2 lain khususnya Selangor.


Syawal yang ku lalui


1 syawal telahpun berlalu namun kemeriahannya masih lagi dapat dirasakan di mana2 pun jua. Maaf kerana baru hari ini aku berpeluang membuat entri baru sempena syawal 1431H yang semakin meniti hari2 penghujungnya.

Tahun ini sama seperti tahun2 yang lalu. Berhari raya di Terengganu. Ini memandangkan anak sulongku yang masih bersekolah di Terengganu apatahlagi bakal berdepan dengan peperiksaan pada tahun ini. Agak meletihkan juga jika aku berulang alik dalam tempoh cuti yang terhad semata2 untuk membawa anak sulongku berhari raya di Banting. Tak perlu nak ribut2 maka aku pulang ke Banting selepas beberapa Syawal. Sekurang2nya dapat balik juga walaupun adik beradik ramai yang dah pulang kekediaman masing2.

Bila berkumandang takbir dan tahmid, maka kerinduan terhadap ayah ibuku yang semakin dipanjat usia dan adik beradik yang lain turut semakin menghimpit. Tapi aku tetap lalui dengan seribu rasa kesyukuran kerana dapat menikmati syawal dengan kedamaian walaupun jauh dari mereka. Keinginan untuk berkumpul beramai2..seperti saat2 kecil bermain di ingatan. Jangan sangka aku tidak merindukan mereka.

Sebenarnya kampungku tidaklah terlalu jauh dari kediamanku. Bila2 masa aku boleh menjenguk mereka di kampung halaman. Tetapi suasana hari raya itu agak membezakan kerana malam dan pagi hari raya adalah saat2 terindah yang tak mungkin diulang setiap hari. Teringat saat2 kecil bila berlari2an dengan adik beradik dengan dikelilingi cahaya api pelita tujuh likur. Dengan asap2 mercun bunga api yang memeriahkan perjalanan kehidupan aku yang bergelar anak kampung. Itu belum lagi dengan letupan2 mercun abang2 aku. Kemeriahan itu memang amatku rasakan.

Dulu, akulah antara yang akan mmbantu ibu di dapur bila di penghujung Ramadhan. Sekurang2nya beberapa biskut raya hasil jari2ku ini dapat jua memenuhi meja sebagai menu tetamu. Selain dari dodol, rindu dengan kepanasan bahulu yang baru di lepas di bakar juga merupakan juadah yang utama pasti ada memenuhi selera. Macam tak sah pula syawal tnpa makanan2 seperti ini.

Dan bila sehari sebelum syawal, di kampung memang tradisi dengan menghantar juadah ke rumah jiran2. Maka ketupat yang di anyam, masak, siap terhidang, rendang pula antara menu pilihan setiap tahun. Biarpun tiada istilah rumah terbuka namun rumahku dikampung tidak pernah sunyi dari kunjungan saudara mara jauh mahupun dekat. Tidak mengira usia, pangkat mahupun darjat, kunjungan mereka hanya dengan satu tujuan, mengeratkan silaturrahim sesama saudara. Tautan keikhlasan nmpak diwajah mereka. Dan ayahibuku melayan mereka sama rata tnpa ada beza. Masa tu lah aku dapat bertemu mata, bertnya khabar berita dengan saudara mara yang rata2nya susah nak berjumpa.

Malam hari raya akan terasa perbezaannya. Sibuk dgn langsir baru. Sarung kusyen baru. Time ni la keluar semuanya yang serba baru. Begitu juga bila pagi syawal, ibuku paling riuh. Mula mencari gelas2 untuk disusun di ruang tamu. Menyusun kuih2 raya sebagai hidangan para tetamu yang hadir. Ah...sudah berapa lama tidak melihat wajah2 sanak saudara. Maklumlah masing2 dah besar dan ramai yang merantau dan tidak tinggal di kampung. Pasti ada antara mereka yang bertnya tentang aku yg tidak pernah berhari raya di kampung. Sedih kan? Semoga tiada yang terasa hati andai syawal tanpa aku di sisi.

Namun Syawal di Terengganu tidak kurang meriah dan indahnya. Ketupat palas sebagai pengubat rindu. Dapat menikmati sate, nasi dagang dan nasi minyak di pagi Syawal antara yang membezakan.

p/s : makin jeles bila tengok adik beradik sempat posing2 gambar kat kampung...heheh..tak leh jadik nih..


Monday, September 6, 2010

Salam Lebaran 01 Syawal 1431H


Assalammu'alaikum Wbt..


Mata kadang kala salah melihat....
Mulut kadang kala salah bercakap....
Hati kadang kala salah menduga.....
Maafkan segala kekhilafan yang pasti ada....

Sungguh cantik kain pelekat,

dipakai orang pergi ke pekan.
hari raya semakin dekat,

silap dan salah mohon dimaafkan

Berharap padi dalam lesung,

yang ada cuma rumpun jerami,
harapan hati bertatap langsung,

cuma terlayang di maya ini.

Sebelum cahaya syurga padam,

Sebelum hidup berakhir,
Sebelum pintu taubat tertutup,
mohon maaf zahir dan batin....


Setiap kata terasa sempurna, tanpa maksud membuat luka…..

Segala tindakan berharap tulus & redha pada Yang Maha Esa....

Tetapi hakikatnya....kata & tindakan bukan sekali terisi cela, menorehkan

Luka & membawa kecewa....


Justeru itu, mohon dapat dimaafkan segala kata & tindakan yang

Tanpa sengaja membuat duka & kemarahan, agar kita dapat

Sama-sama menikmati hari yang mulia nanti dalam kegembiraan...

Damai & penuh keampunan....


" SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN"


p/s : Bila beduk berbunyi...Tahmid suci memecah keheningan sepi...Ramadhan bakal melabuhkan tirainya...dan Syawal menjengukkan muka dengan sejuta keriangan...Semoga bertemu di Ramadhan akan datang..dengan harapan dan keinsafan yang lebih mendalam....
Buat semua kenalan/sahabat dan saudara2ku dimana2 jua berada...moga Aidilfitri ini lebih mengeratkan silaturrahim yang ada.....
Aidilfitri kali ini, aku akan balik berhari raya di kampung mertua di Kuala Terengganu......selamat perjalanan buat semua yang bakal melalui perjalanan yang jauh....


Friday, September 3, 2010

Ubah Selera dengan Macaroni Goreng


Bila bulan puasa begini, macam2 yang diinginkan. Kalau terlebih beli alamat ada makanan yang terbuang. Jangan membazir. Kalau ikutkan, makan setakat untuk alas perut supaya tidak kelaparan.

Rasa dah jemu dengan menjengah Bazaar Ramadhan. Letih berjalan di bawah panas mentari pun satu hal juga. Hari ini ubah selera, masak sendiri. Menu, macaroni goreng. Memang satu2 nya menu faveret aku. Makan panas2 lagi menyelerakan. Dengan senang hati aku sumbat sume apa yang ada dalam peti sejuk aku.

Ingin mengetahui resepi Macaroni Goreng Cara Aku ? Mari mencuba, mudah, ringkas dan senang di masak.

Bahan2
1/2 paket Macaroni (telah direbus dengan sedikit minyak - berkilat)

1 biji Capsicum (di potong dadu)
Udang basah
1 batang Carrot (di potong dadu/di hiris)
2 biji telor
5 batang sosej (dipotong serong)
Kailan
Garam
Gula
Udang kering (di tumbuk)
1 ulas bawang Merah (ditumbuk)
1 ulas bawang Putih (ditumbuk)
1 inci halia (ditumbuk)
3 batang cili merah (di tumbuk)
Cili Giling
Sos Cili

Cara2 Membuat
1. Tumis bahan2 yang ditumbuk sehingga garing
2. Masukkan udang basah, goreng lagi
3. Masukkan telur, goreng
4. Masukkan sedikit cili giling
5. Masukkan sosej, goreng dan gaul sehingga rata
6. Masukkan macaroni
7. Masukkan sedikit cili sos
8. Masukkan kailan, carrot dan capsicum
9. Tabur sedikit garam dan gula penambah rasa.

Sudah boleh di hidang.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sahabat2 Setia

izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.