1 syawal telahpun berlalu namun kemeriahannya masih lagi dapat dirasakan di mana2 pun jua. Maaf kerana baru hari ini aku berpeluang membuat entri baru sempena syawal 1431H yang semakin meniti hari2 penghujungnya.
Tahun ini sama seperti tahun2 yang lalu. Berhari raya di Terengganu. Ini memandangkan anak sulongku yang masih bersekolah di Terengganu apatahlagi bakal berdepan dengan peperiksaan pada tahun ini. Agak meletihkan juga jika aku berulang alik dalam tempoh cuti yang terhad semata2 untuk membawa anak sulongku berhari raya di Banting. Tak perlu nak ribut2 maka aku pulang ke Banting selepas beberapa Syawal. Sekurang2nya dapat balik juga walaupun adik beradik ramai yang dah pulang kekediaman masing2.
Bila berkumandang takbir dan tahmid, maka kerinduan terhadap ayah ibuku yang semakin dipanjat usia dan adik beradik yang lain turut semakin menghimpit. Tapi aku tetap lalui dengan seribu rasa kesyukuran kerana dapat menikmati syawal dengan kedamaian walaupun jauh dari mereka. Keinginan untuk berkumpul beramai2..seperti saat2 kecil bermain di ingatan. Jangan sangka aku tidak merindukan mereka.
Sebenarnya kampungku tidaklah terlalu jauh dari kediamanku. Bila2 masa aku boleh menjenguk mereka di kampung halaman. Tetapi suasana hari raya itu agak membezakan kerana malam dan pagi hari raya adalah saat2 terindah yang tak mungkin diulang setiap hari. Teringat saat2 kecil bila berlari2an dengan adik beradik dengan dikelilingi cahaya api pelita tujuh likur. Dengan asap2 mercun bunga api yang memeriahkan perjalanan kehidupan aku yang bergelar anak kampung. Itu belum lagi dengan letupan2 mercun abang2 aku. Kemeriahan itu memang amatku rasakan.
Dulu, akulah antara yang akan mmbantu ibu di dapur bila di penghujung Ramadhan. Sekurang2nya beberapa biskut raya hasil jari2ku ini dapat jua memenuhi meja sebagai menu tetamu. Selain dari dodol, rindu dengan kepanasan bahulu yang baru di lepas di bakar juga merupakan juadah yang utama pasti ada memenuhi selera. Macam tak sah pula syawal tnpa makanan2 seperti ini.
Dan bila sehari sebelum syawal, di kampung memang tradisi dengan menghantar juadah ke rumah jiran2. Maka ketupat yang di anyam, masak, siap terhidang, rendang pula antara menu pilihan setiap tahun. Biarpun tiada istilah rumah terbuka namun rumahku dikampung tidak pernah sunyi dari kunjungan saudara mara jauh mahupun dekat. Tidak mengira usia, pangkat mahupun darjat, kunjungan mereka hanya dengan satu tujuan, mengeratkan silaturrahim sesama saudara. Tautan keikhlasan nmpak diwajah mereka. Dan ayahibuku melayan mereka sama rata tnpa ada beza. Masa tu lah aku dapat bertemu mata, bertnya khabar berita dengan saudara mara yang rata2nya susah nak berjumpa.
Malam hari raya akan terasa perbezaannya. Sibuk dgn langsir baru. Sarung kusyen baru. Time ni la keluar semuanya yang serba baru. Begitu juga bila pagi syawal, ibuku paling riuh. Mula mencari gelas2 untuk disusun di ruang tamu. Menyusun kuih2 raya sebagai hidangan para tetamu yang hadir. Ah...sudah berapa lama tidak melihat wajah2 sanak saudara. Maklumlah masing2 dah besar dan ramai yang merantau dan tidak tinggal di kampung. Pasti ada antara mereka yang bertnya tentang aku yg tidak pernah berhari raya di kampung. Sedih kan? Semoga tiada yang terasa hati andai syawal tanpa aku di sisi.
Namun Syawal di Terengganu tidak kurang meriah dan indahnya. Ketupat palas sebagai pengubat rindu. Dapat menikmati sate, nasi dagang dan nasi minyak di pagi Syawal antara yang membezakan.
p/s : makin jeles bila tengok adik beradik sempat posing2 gambar kat kampung...heheh..tak leh jadik nih..
1 day ago