Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Saturday, May 19, 2012

EURO Kembali Lagi



BPL menamatkan season 2011/2012 sekaligus mengikhtiraf kejayaan Man City dengan kelebihan gol berbanding Man United walaupun berkongsi mata. Boleh tak nak anggap juara bersama? hehe....Kepanasan Malaysian League semakin berterusan. Selangor? makin merudum namun SJ tetap sabar menunggu waktunya Red Giant bangkit semula merampas segala gelaran. Dan UEFA Champion League, pagi esok bakal mnjadi penentu antara Chelsea dan Bayern Munich. German or England? Di sebalik itu, 08 Jun 2012 ini, debaran semakin ke kemuncaknya. I'm coming home...coming home...tell the world i'm coming home. Se-gah piala berprestij Euro 2012 yang dianggap kedua terbesar selepas Piala Dunia. Pertarungan 16 pasukan terbaik Eropah dengan himpunan bintang2 bolasepak terkemuka.

Kejohanan Bola Sepak Eropah atau UEFA European Championship adalah kejohanan bolasepak terbesar antara negara2 UEFA. Diadakan setiap empat tahun sekali sejak 1960, kejuaraan ini pada awalnya dinamakan sebagai Piala Negara2 Eropah  @ European Nations Cup, kemudian diganti dengan Kejohanan Bola Sepak Eropah (European Football Championship) pada 1968.

Idea kejohanan ini sebenarnya, dicetus oleh Persatuan Bolasepak Perancis, Henri Delaunay yang merupakan setiausaha agung UEFA yang pertama pada tahun 1927, namun hanya menjadi kenyataan pada tahun 1958. Asalnya, Henry adalah pemain bolasepak Perancis dan kemudian menjadi pengadil profesional. Beliau mendapati kuasa bolasepak, hebat di kuasai oleh Amerika Selatan berbanding Eropah sehinggakan Uruguay berjaya meraih pingat emas di sukan Olimpik Paris 1924 dan Amsterdam 1928. Kerana itu Uruguay diberi penghormatan sebagai tuan rumah Piala Dunia yang pertama 1930. Henryingin meletakkan bolasepak di Eropah di standard yang tertinggi. Sebagai penghargaan kepada beliau, Piala Eropah diberikan nama Henri Delaunay Trophy dan Perancis menjadi tuan rumah yang pertama. Beliau meninggal dunia 5 tahun sebelum kejohanan pertama pada 1960.


Kejohanan pertama pada 1960 di Perancis menyaksikan hanya 4 pasukan layak ke pusingan akhir daripada 17 pasukan yang mengambil bahagian dalam pusingan kelayakan. Pasukan2 tersebut dipilih melalui perlawanan pada pusingan kelayakan. Tuan rumah mendapat tempat secara automatik.



Soviet Union muncul juara Eropah yang pertama, menewaskan Yugoslavia 2-1 dalam perlawanan akhir di Paris. Sepanyol menjadi tuan rumah untuk kejohanan berikutnya pada tahun 1964 dan muncul juara setelah menewaskan Soviet Union 2-1 di Santiago Bernabéu, Real Madrid.

Format kejohanan kekal serupa pada tahun 1968 di Itali namun berlaku kejutan apabila buat kali pertama dan terakhir, keputusan perlawanan ditentukan dengan lambungan syiling, membabitkan Itali dan Soviet Union di separuh akhir. Itali mara ke pusingan akhir menewaskan Yugoslavia 3-1 dalam perlawanan timbal balik setelah seri 1-1 dalam perlawanan pertama. Kejohanan berikutnya dilangsungkan di Belgium dengan Jerman Barat muncul sebagai juara setelah menewaskan USSR 3-0 dalam perlawanan akhir di Brussels. Pasukan Jerman Barat ini kemudiannya muncul juara Piala Dunia 2 tahun berikutnya.

Kejohanan pada tahun 1976 adalah yang terakhir membabitkan 4 pasukan di pusingan akhir dan yang terakhir memberikan kelayakan automatik kepada tuan rumah. Czechoslovakia menundukkan Jerman Barat melalui penentuan sepakan penalti yang buat pertama kalinya diperkenalkan dengan sepakan ‘chip’ Antonín Panenka menewaskan penjaga gol Jerman Barat menjadi penentu.

Lapan pasukan mengambil bahagian dalam pusingan akhir tahun 1980 di Itali dengan melibatkan perlawanan kumpulan. Juara setiap kumpulan layak ke perlawanan akhir manakala naib juara kumpulan bertanding untuk penentuan tempat ke-3 dan ke-4. Jerman Barat muncul juara buat kali ke-2, menewaskan Belgium 2-1 di Stadio Olimpico, Rome.

Perancis menggondol kejuaraan pertama mereka pada tahun 1984 di bumi sendiri dengan Michel Platini menjaringkan 9 gol dalam 5 perlawanan termasuk gol pertama dalam perlawanan akhir menewaskan Sepanyol 2-0. Format kejohanan turut berubah dengan 2 pasukan teratas setiap kumpulan layak ke separuh akhir.





Euro 1988 di Jerman Barat menyaksikan kebangkitan Belanda yang diterajui Marco Van Basten apabila menewaskan Jerman Barat 2-1 di separuh akhir. Mereka kemudiannya muncul juara setelah menewaskan USSR 2-0 hasil jaringan cantik oleh Van Basten yang dianggap tercantik dalam sejarah Euro.

Euro 1992 di Sweden mencatatkan kejutan paling besar apabila Denmark muncul juara walaupun hanya layak di saat2 akhir setelah menggantikan Yugoslavia yang menarik diri akibat perang. Mereka mencatatkan keputusan di luar jangkaan apabila menewaskan Jerman 2-0 selain menundukkan juara bertahan, Belanda di separuh akhir dalam penentuan sepakan penalti dengan Peter Schmeichel menyelamatkan percubaan Marco Van Basten. Kejohanan ini menjadi kejohanan pertama disertai Jerman setelah disatukan dan buat pertama kalinya nama pemain dicetak di belakang jersi.





Euro 1996 di England mencatatkan penampilan terbanyak di pusingan akhir iaitu 16 pasukan mengambil bahagian dan dibahagikan kepada 4 kumpulan. England yang diketuai Paul Gascoigne dan Alan Shearer menjadi pasukan pilihan namun tewas kepada pasukan Jerman di separuh akhir melalui penentuan sepakan penalti. Jerman kemudiannya muncul pemenang apabila bangkit dari ketinggalan 1-0 untuk menewaskan Czech Republic menerusi 2 gol daripada Oliver Bierhoff pada masa tambahan ’Golden Gol’ yang pertama kali diperkenalkan.

Euro 2000 muncul kejohanan pertama yang melibatkan 2 tuan rumah iaitu Belanda dan Belgium. Perancis yang turun dengan status juara Piala Dunia 1998 menewaskan Itali 2-1 dalam perlawanan akhir. Sylvain Wiltord menjaringkan gol penyamaan pada minit terakhir perlawanan menewaskan Toldo sebelum David Trezeguet menjaringkan gol cantik pada masa tambahan untuk menobatkan Perancis selaku juara berganda.

Euro 2004 sekali lagi menjadi medan buat pasukan bukan pilihan iaitu Greece muncul pemenang. Mereka mengejutkan pasukan tuan rumah, Portugal pada perlawanan pembukaan sebelum menewaskan mereka buat kali kedua dalam perlawanan akhir. Mereka turut menewaskan Perancis dan Czech Republic sepanjang laluan mereka ke aksi akhir dan menjadi pasukan tunggal tidak pernah tewas sepanjang kejohanan sejak pusingan kelayakan.


Pasukan paling berjaya:
- Jerman (3 kali: 1972, 1980, 1996)
- Perancis (2 kali: 1984, 2000)


Penampilan terbanyak dalam pusingan akhir:
- Jerman (10 kali)


Penjaring terbanyak:
1. Michel Platini (Perancis) – 9 gol
2. Alan Shearer (England) – 7 gol
3. Patrick Kluivert (Belanda) – 6 gol





Kejuaraan Sepak Bola Eropah 2012 @  Euro 2012 diadakan di Poland dan Ukraine mulai dari 8 June hingga 10 Julai 2012. Ini adalah ketiga kalinya, Piala Eropah diadakan di dua negara tuan rumah, pada 2000 di Belanda dan Belgium dan 2008 di Swiss dan Austria. Euro 2012 mempunyai maskot bernama Slavek dan Slavko.

Group A: Poland, Greece, Russia, Czech Republic
Group B: Netherlands, Denmark, Germany, Portugal
Group C: Spain, Italy, Ireland, Croatia
Group D: Ukraine, Sweden, France, England


Adidas Malaysia Sdn Bhd telah melancarkan Adidas 'Tango 12', bola rasmi untuk Kejohanan Bola Sepak Eropah 2012 (Euro 2012). Pelancaran bola itu dilakukan bekas pelompat pagar Ukraine, Sergey Bubka semasa pengundian rasmi pertandingan quadruple di National Arts Palace di Kiev, Ukraine.





Bola itu telah diuji oleh pemain terkemuka bola sepak seperti Ashley Cole dari England dan Peter Cech dari Republik Czech dan beberapa kelab Eropah seperti Bayern Munich, Jerman dan AC Milan, Italy. Ia direka untuk permainan bola sepak moden bagi gerakan pemain yang lebih pantas dan juga teknologi yang membolehkan kawalan lebih baik oleh penjaga gol.

Bola ini adalah bola pertandingan rasmi yang ke 11, dicipta untuk pertandingan Eropah yang bermula pada 1963. Sepanjang sejarahnya, empat rekaan berilhamkan Tango dihasilkan. Tiga sebelum ini ialah Tango River Plate 1980, Tango Mundial 1984 dan Tango Europa 1988.




Ukraine merupakan bekas ibu kota republik Sosialis Soviet. Negara ini bersempadan dengan Poland, Rusia, Belarus, Slovakia, Hungary, Romania dan Moldova juga mempunya kapasiti penduduk hampir 46 juta orang.


Stadium Lviv (Ukraine)


Lviv stadium ini di bina khas untuk acara sukan terbesar dalam sejarah Ukraine. Dan sebahagiannya dibina   daripada pusat membeli-belah dan `show center'. Ia dijangka mempunyai lebih 30 ribu tempat duduk dan merupakan tuan rumah perlawanan EURO 2012. 



Stadium Kyiv (Ukraine)


Merupakan stadium yang paling terkenal di Ukraine dan dibina pada 1920. Ia sering digunakan untuk sebagai tuan rumah bagi perlawanan Dynamo Kyiv dan Pasukan bola sepak kebangsaan. Pada tahun 1999 beberapa pengubahsuaian telah dilakukan. Kapasitinya, lebih 80 ribu kerusi. Kyiv akan menjadi tuan rumah perlawanan kumpulan, suku akhir dan perlawanan akhir EURO 2012.


Stadium Kharkiv (Ukraine)


Stadium ini dibuka pada tahun 1926. Beberapa pengubahsuaian dilakukan dalampertengahan 1960 dan 1970. Kapasitinya boleh mncapai lebih 41 ribu tempat duduk.



Stadium Donetsk (Ukraine)


Dibuka pada 29 Ogos 2009, menjadi salah satu medan sukan utama di Ukraine. 





Poland terletak di Eropah Tengah antara jerman, Rep Czech, Slovakia, Ukraine, Belarus, Lithuania dan Rusia. Pernah di jajah oleh jerman dan Rusia ketika Perang Dunia ke-2. Ibu negaranya di kenali sebagai warsaw dengan kepadatan penduduknya hampir 40 juta orang.



Stadium Warsaw (Poland)


Mempunyai kapasiti 55 ribu kerusi. Acara pembukaan EURO 2012 akan diadakan di Stadium Warsaw. Ia juga akan menjadi tuan rumah 2 perlawanan kumpulan, suku akhir dan separuh akhir. Stadium ini sebahagian daripada kompleks sukan tertutup, kolam renang, hotel, pusat persidangan dan katering. 



Stadium Poznan (Poland)


Stadium ini di buka umum pada 1980 dan mempunyai kapasiti 43 ribu kerusi. Tempat letak kereta dan bidang latihan juga dibina. Stadium ini menjadi tuan rumah beberapa perlawanan kumpulan semasa EURO 2012.



Stadium Gdansk (Poland)


Stadium ini berkapasiti 44 ribu kerusi. Ia akan menjadi tuan rumah perlawanan kumpulan dan suku akhir.



Stadium Wroclaw (Poland)


Stadium baru ini di bina dengan jumlak kapasiti 42 ribu kerusi. Ia juga mempunyai kolam renang tertutup dan menjadi tuan rumah untuk 3 perlawanan kumpulan.

p/s : Jadual perlawanan nampaknyer tidak mengganggu waktu kerja...petanda kedai mamak akan membilang keuntungan di musim2 euro ni. Macam biasa German dan England tetap mnjadi team pilihan......harap2 menang tiket EURO 2012....dapat tengok live...hehe












Sunday, May 6, 2012

Aku Masih Disini



Kita mampu merancang namun segalanya Allah yang tentukan. Perjalanan hidup memang sukar nak di duga. Rezeki pula bergantung kepada sejauh mana usaha dan doa yang kita pohonkan. Yang penting rezeki itu halal walau banyak cabarannya dan berliku kitarannya. Sesekali memang terasa letih untuk meneruskan bidang pekerjaan. Ada waktu2nya mncelah keinginan untuk diam di rumah dan menguruskan hal ehwal keluarga yang kini menjadi keutamaan. Namun, inilah ketentuan yang Allah telah tentukan. Mungkin suatu hari nanti SJ akan berehat panjang dengan masa yang lebih bnyak terluang. Mudah2an...siapa tahu?

Setelah sekian lama meninggalkan Toyota dan kemudian berkhidmat dalam suasana `spare part', akhirnya SJ bertukar haluan. Sebelum tu, SJ sempat berkhidmat sebulan di service centre dan bagaikan salah satu subjek training di situ, SJ belajar mengenai pelbagai perkara. Dan sesekali pasti ingatan SJ kembali kepada suasana ketika berhikdmat di Toyota dahulu. Dan pastinya ingatan terus kepada ex-boss yang memang banyak mengajar tak kira tentang kehidupan, mengawal sikap manusia dan mngatur masa, terutamanya. Disiplin, merendah diri, Islam adalah segalanya dan mahu belajar berubah kepada yang lebih baik. Itulah didikan yang bagaikan intipati dalam diri, yang tak mgkn hilang dalam diri. Kerana itu sejuta penghargaan pasti ingin SJ rakamkan buat ex-boss SJ itu. Pernah berada dalam logistic, warehouse dan tiba2 berubah haluan? Pulak.....

Namun pengalaman sebulan di service centre juga tidak kurang hebatnya, memang cukup berharga buat SJ. Berhadapan dengan karenah pelanggan malah karenah pekerja itu sendiri yang bnyak membuatkan SJ berfikir dalam diam. SJ bertuah, sekurang2nya SJ tahu 'flow of process' dari A hingga Z bila berada di service centre. Dari Customer dan berakhir kepada customer juga. Begitu sibuknya jadual seharian apatahlagi inilah satu2nya service centre yang menjadi tumpuan golongan kelas pertengahan, apatahlagi lokasi yang agak strategik di Lembah Klang. Kereta continental yang semakin mnjadi faveret penduduk Malaysia ini tiada bezanya dengan kereta continental yang lain. Dari segi teknikal dan safety, pastinya ia menjadi tumpuan, selain dari system teknologi canggih yang tiada bezanya dengan model2 yang lain.


Susah juga nak adjust masa bila di service centre, bila Sabtu adalah waktu bekerja. Balik berkerja, terus keletihan dan tertidur di depan tv. Biasanya, ada masa untuk mengadap mesin jahit atau mengadun kuih muih mahupun percubaan beberapa resepi baru pada cuti hujung minggu. Maklumlah, melayani anak2 yang semakin membesar. Namun segalanya seolah2 terabai malah blog pun hampir2 bersawang tanpa sempat berblog walking. Macam ketinggalan zaman pulak tnpa melihat berita2 terkini. Itu belum lagi waktu2 untuk balik ke kampung. Aduyai...letihnya

Walaupun SJ di tawarkan beberapa lokasi, namun sebulat tekad SJ memilih bidang yang memang lari dari tajuk hidup SJ, Finance. Sesuatu yang baru namun mungkin ianya satu cabaran yang harus di sambut dengan cekal dan sedia berdepan dengan segala kemungkinan. Mengelak dari menjalankan tugas pada hari Sabtu, selain dari belajar perkara baru, bagaikan orang yang mngantuk di sorongkn bantal, SJ menyahut cabaran itu dengan sedikit rasa gementar. 

Menderita seketika juga kerana terpaksa berulang alik dari kediaman ke KL dengan LRT dan Komuter memang meletihkan. Berkejar untuk tugas harian di rumah, ada anak2 yang perlu di beri perhatian.Namun bukan pilihan yang sia2 kerana selepas sebulan, SJ akan bertugas seperti biasa kerana HQ akan berpindah ke Shah Alam. Sepicing pun tidak mampu untuk memejamkan mata kerana selalunya sukar untuk mndapat tempat duduk dan lagi satu, bimbang jika terlepas stesen yang di tuju. Nak berkhayal pun kalau boleh nak dielakkan. Begitu juga keadaannya jika berebut ketika pulang di waktu petang untuk masuk ke perut komuter. Walaupun `ladies coach' namun bila dah pintu komuter terbuka, hilang segala kesopanan dan kesusilaan yang mnjadi salah satu rukunegara. Namun dalam hati SJ, `inilah yang terpaksa mereka lalui setiap hari, pelbagai tekanan demi mncari sesuap nasi' Adakalanya simpati melihat mereka2 yang terlena melepaskan kelelahan setelah berhadapan dengan udara Kuala Lumpur. Mahu tidak mahu terpaksa di telan. Yang pasti marabahaya tetap ada di mana2.

Itu belum lagi dengan exercise di pagi dan petang hari di Kg Baru. Pastinya agak membimbangkan apatahlagi bila dikhabarkan oleh rakan2 sepejabat bahawa sering terjadi kejadian ragut di sekitar Kg Baru yang bnyak melibatkan staff2 di sini. SJ memang cuak. Agak2nya ada tak langkah2 yang dilakukan oleh pihak berkuasa utk mengatasi masalah yang semakin mnjadi2 ini? Semoga Allah melindungi SJ. Dan sesekali En hubby sudi mengambil SJ di pejabat. Bila mengejar masa, sang motosikal mnjadi tunggangan, memecut laju menuju haluan. Hurm.....tak kira sama ada kita menggunakan perkhidmatan awam mahupun sendiri, traffic jam bagaikan makanan harian yang terpaksa di telan. Orang ramai sentiasa memenuhi laluan. Dari mana agaknya orang2 yang sentiasa memenuhi bumi Kuala Lumpur ini? Dan bila Hari Raya Aidilfitri kota ini menjadi sepi dan sunyi. Siapa dan dari mana mereka?

Berkhidmat dengan dua bos yang berbeza karakter, di dua syarikat automotif ini tidak bnyak beza kerana kepercayaan bnyak diberi kepada SJ untuk melaksanakan tanggungjawab. Dan pastinya SJ melakukan sebaik yang mgkn. Bagi SJ, kerja yang benar2 mencabar apabila ada kepuasan dan nikmat di hujungnya setelah menyelesaikan beberapa perkara. Apatahlagi jika ianya mendapat penghargaan. Syukur kepada Yang maha Esa. Bagaimana pula karakter boss baru? Harapan SJ, segalanya dipermudahkan Ilahi. Jujur dan ikhlas itulah tunjang dalam melaksanakn satu2 tugasan. Selainnya, serah pada Allah.

Dan pastinya sokongan dari rakan2 sepejabat, harapan mereka tidak SJ sia2kan. Bagi SJ, cukup rezeki yang halal, support demi kebahagiaan keluarga menjadi matlamat utama. Apalah ertinya kejayaan jika segala hasil itu diperolehi dengan menikam sahabat sendiri dan menabur pasir rezeki orang lain? Semoga Allah melindungi diriku dan semoga rezeki yang kumiliki ini halal dan di terima Allah.

p/s : teringat SJ ketika berada di service centre, salah seorang customer kami iaitu celebriti yang cukup terkenal tetapi yer..cukup humble....dia tetap profesional menunggu kereta untuk di servis walaupun hampir sejam. Bersikap ramah tamah dan tidak lokek dengan senyuman. Itulah dia Ziana Zain. Apapun, matlamat kami cuba untuk melayan anda semua dengan cara yang terbaik. Maafkan segala kekurangan.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sahabat2 Setia

izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.