Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Tuesday, June 21, 2011

Godaan Fesyen dan Manik


Fesyen ke Manik??

Bulan Ramadhan semakin menjelma. Bila sebut bulan Ramadhan, maka sibuklah terutama golongan Hawa dengan pakaian2 serba baru dan cantik menawan. Maka tak menang tanganlah para penjahit pakaian menyiapkan tempahan. Penuhlah kiosk2 pakaian apatahlagi butik2 untuk persiapan Syawal. Kadang kala lagi 3 bulan Syawal, tempahan mula di tutup. Maka berbondong2lah warga Hawa ke pusat membeli belah memilih pakaian siap yang berkenan di hati.

Sejak kecil SJ pun memang suka pada sesuatu yang cantik dan menarik lagi2 bab berfesyen. Oppss...SJ bukanlah pengkritik fesyen. SJ juga bukan seorang yang gila sangat berfesyen hingga berhabis modal. Tapi SJ berfesyen mengikut citarasa SJ yang sederhana atau mengikut kesesuaian apatahlagi kemampuan. Bila mula bercerita bab fesyen ni, SJ memang suka. `Tu dia....idea dah mai dah nih', Kata orang utara.

Waktu kecil bukan mudah untuk meminta2. Wang terhad apatahlagi SJ ni bukanlah kalangan dari keluarga berada. Pendam je hasrat di hati. Kalau ada pun sikit2 maklumlah tukang buat baju pun mak saudara sendiri. Nak demand, kasihan kat mak SJ yang menjadi surirumah sepenuh masa. Bila dah besar....dah berduit sendiri, keinginan adakala sukar nak di tepis. Kerana minat dengan dunia fesyen, SJ pernah mengikuti kelas jahitan. Setakat baju kurung dan kurung moden, dah boleh lepas lah kan. Suka sangat bila berjaya menghasilkan baju sendiri. Hajat dan impian tu memang pernah hadir dalam hati untuk buka butik sendiri. Konon2nya. Tapi nampaknya seru tak sampai lagi. Berkelana lah SJ di syarikat automotif ni selagi daya.

Kerana kesibukan bekerja, akhirnya tempah baju menjadi pilihan terakhir SJ. Malas nak menempah selalu, SJ lebih suka ke shopping kompleks dan beli sahaja pakaian kasual untuk dipakai waktu kerja mahupun aktiviti bersantai. Lagipun kerja dalam bidang automotif ni, tak berapa nk sesuai kalau pakai baju kurung. Pergerakan kena pantas. Jadi, baju kurung sekali sekala buat tempahan terutama pada musim2 perayaan. Adapun beli siap. Cuma kasihan SJ nie...kerana kesukaran untuk menyesuaikan dengan saiz badan, kena alter lah dan macam2, SJ lebih suka beli baju kurung biasa daripada baju kurung moden ataupun kebaya moden. Itupun kena alter bahagian kaki. Hurm...tak usah nak berangan kalau tubuh tidak seindah model atau miss universe.

Bercerita tentang tempahan baju ni, SJ nak cerita tentang sahabat SJ nih. Nak kata kawan, jauh lebih muda dari SJ. Malah SJ panggil mak dia pun kakak. Peliknya dia pulak panggil SJ pun kakak juga. Sebenarnya sahabat SJ ni bukanlah sesiapa dengan SJ. SJ mengenalinya ketika dia remaja lagi dan masih bersekolah. SJ rapat dengan keluarganya terutama ibunya. Tiada pertalian darah tetapi memang hubungan kami rapat dan seolah2 sudah seperti satu keluarga. SJ pun malas nak berkira dengan keluarganya. Kerana itu tak salah SJ memberikan peluang untuk dia berjaya dalam bidangnya.

Alkisahnya, SJ dari dulu lebih gemar menempah baju dengan satu nyonya di daerah Klang. SJ memang tak pernah tempah baju dengan orang lain apatahlagi dengan orang Melayu. Selain dari jahitan yang kemas dan selesa dia juga suka memberikan pendapat yang membuatkan SJ gemar menempah dengannya. Dah bertahun2 dengan nyonya nih. Tapi akhirnya SJ berpaling tadah juga. Nak tahu kenapa? Huhu.....

Kali terakhir SJ tempah dengan nyonya tu pada 2008. Sahabat SJ ni yang baru berjinak2 dalam bidang jahitan menawarkan diri untuk menjahitkan manik bagi menghiasi jubah dress yang telah di siapkan oleh nyonya tu. Sebenarnya, SJ memang tak berminat bab2 manik ni. Tapi apasalahnya memberikan peluang dan bisnes untuk sahabat SJ tu. Ketika itupun sahabat SJ baru memulakan bisness jahitannya. Itulah niat SJ pada mulanya. Baju anak2, SJ beri pada sahabat SJ untuk membuktikan keupayaannya. Hehe....jangan marah yer yangg.....ini baru intro sahaja.

Jubah dress ini SJ pakai masa Annual Dinner di syarikat tempat SJ bekerja. Ramai yang memuji tentang fesyen dan manik dan ingin tahu di mana SJ beli. Tahun berikutnya, SJ menempah baju hari raya SJ dengan sahabat SJ itu. Tapi masih juga berkesempatan meninjau di shopping kompleks dan membeli yang siap. Baju SJ siap selang beberapa hari nak hari raya. Tanpa manik. Sedih jugak tapi nak dijadikan cerita SJ merembat salah satu baju display sahabat SJ tu dan dijadikan baju hari raya SJ. SJ selesa sangat dengan baju tu apatahlagi dengan hiasan manik yang agak simple. Kemudian SJ rembat lagi baju display sahabat tu untuk di pakai untuk majlis open house. Dan sejak dari itu, SJ mula meletak kepercayaan terhadap sahabat SJ tu. Ciri2 yang SJ suka ada pada dia terutama kekreatifannya dan suka memberikan pendapat. Selalunya apa yang SJ mahukan berjaya dilaksanakan dengan sempurna. SJ bukanlah nak baju advance2. Bukannya artis mahupun celebriti. Cuma bergaya bersederhana untuk kepuasan sendiri.

Bukan SJ sengaja nak puji, tapi itulah kenyataan. Suatu ketika dulu, SJ memang kurang berminat pakaian yang penuh dengan manik2. SJ suka yang simple dan kalau ada manik2 pun pasti yang paling tahap minima. Sahabat SJ ni pun bukanlah kosong. Dia berkelulusan Diploma in Fashion di UITM. Kerana kesukarannya memperolehi sebarang pekerjaannya, akhirnya menceburkan diri dalam bidang bisnes jahitan. kalau nak tahu, dia antara orang2 yang di belakang tabir untuk menyiapkan manik utk pakaian fashion designer yang semakin di kenali ramai, Ezuwan Ismail ketika pertandingan Dewi remaja 2010, Anugerah Skrin 2010 dan ABPH 2010. Hasil buatan tangannya memang tidak menghampakan.

Sekarang ni, SJ dah makin rajin beli kain pasang dan menyerahkan kepada sahabat SJ tu untuk disiapkan. Fesyen? terpulang kepada dia untuk membuatnya di samping SJ sendiri yang menyumbangkan sedikit idea. Itupun bergantung kepada kemampuan SJ almaklumlah, jahitan manik tu mahal tau. Kalau bab manik2 tu, pasti ada sebagai hiasan tapi dia tahu SJ memang tak suka manik2 yang terlalu sarat. Crowded bukan taste SJ. Tapi kadang2 tergoda juga dengan taburan manik2 yang penuh dekat baju2 tempahan orang lain. Nak lihat hasilnya? kalau nak tahu manik2 kat baju SJ tu semua hasil idea dia. Semuanya SJ serahkan kepada dia untuk menghasilkannya dan SJ hanya fikir tentang design nak buat camne. haha....

Ada bran ker?? sarat kan....

Hurm...rasa2 nak buat untuk wedding atau majlis bertunang?

Macam pernah kulihat baju ini..tapi di mana ya??

p/s : Mana sample baju2 SJ yang penuh manik tuh?? hehe...rahsia...kalau expose kat sini takdelah surprise...apepun SJ puas hati...(Thanks My dear Noly.....!! jangan lupa baju raya akak !!) Ada sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan manik? SJ boleh rekmenkan...


Thursday, July 22, 2010

Adab Makan di Majlis Rasmi


Doa dikurniakan makanan;

اللهمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ و أطْعِمْنَا خَيْراً مِنْهُ

Dalilnya; “Barangsiapa dikurniakan oleh Allah rezeqi , ucapkanlah doa ini; (doa diatas).”
( Hadis riwayat Tirmizi turut dikeluarkan oleh Ibnu Majah semakna dengannya,dan Imam-imam hadis yang enam kecuali Nasaie’)


Tidak banyak yang mengetahui atau menitikberatkan adab makan di meja makan semasa majlis rasmi. Perlakuan ketika makan melambangkan taraf dan hubungan sosial dan perangai sebenar seseorang individu. Individu yang mempunyai adab yang baik di meja makan lazimnya dilabel sebagai seorang yang dibesarkan dengan penuh tatasusila dan dihormati.

Seseorang yang nampak gelojoh, tidak sabar dan tidak mempedulikan orang lain dianggap sebagai seorang yang tiada didikan dan kurang ajar. Adab meja makan merangkumi banyak aspek, daripada cara anda menerima jemputan dan memaklumkan kepada hos, cara berpakaian, ketibaan anda di majlis, cara anda mengendalikan sudu dan garpu, cara anda melayan pelayan, perbualan anda semasa makan, etika sebelum, semasa dan selepas makan, dan sebagainya.

Antara adab meja makan yang saya paling kurang mahir ialah cara menggunakan pisau, garpu dan sudu. Walau bagaimanapun, saya selalu menggunakan tips di bawah untuk membantu saya ingat sudu dan garpu yang sepatutnya digunakan ketika makan. Menggunakan pisau, garpu, sudu dan kadang-kadang, tangan! Penggunaan pisau, sudu dan garpu sinonim dengan makanan ala barat.

Jenis makanan yang dihidangkan lazimnya mengandungi daging atau ayam yang disediakan dalam saiz besar yang perlu dipotong sebelum makan. Sebagai contoh, steak, lamb chop, grilled chicken dan sebagainya. Sekiranya terdapat lebih daripada satu sudu dan garpu yang perlu digunakan, anda perlu tahu sudu yang sepatutnya digunakan untuk makan, sudu untuk sup, sudu untuk pencuci mulut dan begitu juga garpu. Ada garpu untuk daging dan ada untuk salad. Jika anda keliru, jangan bimbang.

Lazimnya, juadah yang dihidangkan adalah mengikut kedudukan sudu dan garpu. Gunakan sudu atau garpu yang terletak paling hujung atau jauh sekali dan bergerak ke arah dalam. Sebagai contoh, appetizer akan dihidangkan dahulu, seperti sup, jadi gunakan sudu yang paling kanan. Begitu juga salad, gunakan garpu yang paling kiri. Namun, trend yang digunakan sekarang ialah sudu atau garpu akan diberikan mengikut juadah yang akan dihidangkan. Jadi, anda hanya perlu mengikut sahaja! Pisau hendaklah dipegang dengan tangan kanan dan garpu dengan tangan kiri. Hal ini kerana banyak orang yang memotong dengan tangan kanan. Jadi, keadaan ini semata-mata untuk keselesaan.

Lain pula sekiranya anda kidal, anda boleh memotong dengan tangan kiri. Cara memakan steak dengan betul ialah anda menggunakan garpu yang dipegang dengan tangan kiri untuk memegang daging dan memotong dengan pisau. Potong kecil beberapa ketul daging dan letakkan pisau anda melintang di atas bahagian depan pinggan dengan bahagian tajam menghadap ke dalam. Tukar garpu ke tangan kanan dan makan perlahan-lahan. Jangan gelojoh. Sudu dan garpu hendaklah dipegang secara mendatar dengan mengimbanginya di antara jari hantu dengan jari telunjuk, dan distabilkan oleh ibu jari. Sudu dan garpu yang telah digunakan tidak boleh diletakkan di atas meja kerana akan mengotorkan alas meja. Sudu dan garpu juga tidak boleh diletakkan di dalam mangkuk atau di dalam gelas kerana tidak stabil. Sudu atau garpu hendaklah diletakkan di tepi piring yang digunakan untuk mengalas mangkuk.

Kenali jenis-jenis makanan yang boleh dimakan menggunakan utensil yang sesuai atau dengan tangan

1. Sup – harus menggunakan sudu yang disediakan bagi sup. Sudu tersebut agak dalam dan bulat bentuknya. Sup mesti dihirup perlahan-lahan. Jangan sampai mengeluarkan bunyi kerana perbuatan tersebut tidak sopan.

2. Salad – gunakan garpu yang dikhaskan untuk salad. Garpu salad kecil sedikit berbanding garpu biasa.

3. Ikan – gunakan garpu dan pisau yang dikhaskan untuk ikan. Garpu untuk ikan selalunya pendek sedikit daripada garpu untuk daging.

4. Daging – gunakan garpu utama yang disediakan.

5. Pencuci mulut – sebagai contoh agar-agar, puding, bubur dan sebagainya. Biasanya sudu untuk pencuci mulut dibawa bersama dengan mangkuk atau piring sebelum juadah pencuci mulut dihidangkan.

6. Asparagus – asparagus boleh dimakan dengan tangan asalkan asparagus tersebut tidak disaluti apa-apa sos. Jika tidak, anda boleh menggunakan garpu yang disediakan untuk salad.

7. Bacon – apabila bacon iaitu kepingan daging nipis dibakar sehingga garing dan tidak berminyak, anda boleh menggunakan jari untuk memakannya seperti snek biasa. Hal ini kerana agak susah untuk memotong bacon yang garing menjadi kepingan kecil. Anda juga tidak mahu bacon tersebut terpelanting ke tempat lain semasa memotong!

8. Roti – roti mesti dipecahkan dengan tangan, jangan sekali-kali gunakan pisau. Koyak secebis yang sederhana besar dan makan dahulu sebelum mengoyak cebis yang seterusnya. Jika mentega disediakan, gunakan pisau untuk menyapu mentega tersebut pada cebisan roti sebelum anda memakannya. Sekiranya anda dihidangkan roti ban yang masih panas, anda dibenarkan memotong ban berkenaan memanjang di tengah dan menyapu mentega di rekahan tersebut bagi mencairkannya.

9. Biskut – biskut lazimnya dimakan dengan tangan walaupun dihias dengan buah-buahan atau tuna di atasnya.

10. Jagung – sekiranya hanya butir (kernel) jagung yang dihidangkan, anda boleh menggunakan garpu untuk memakannya tetapi jika dihidangkan secara sebiji-biji, anda dibenarkan makan dengan menggunakan tangan. Sekiranya mentega disediakan, gunakan pisau untuk menyapu pada dua baris jagung dan makan dahulu dengan bersih sebelum menyapu dua baris berikutnya.

11. Kentang goreng, ayam goreng dan burger – makanan seumpama ini dikategorikan sebagai makanan ringan dan selalunya tidak dihidang di majlis-majlis formal. Makanan ini boleh dimakan dengan tangan tetapi ayam bakar atau chicken chop hendaklah dimakan dengan menggunakan pisau dan garpu.

12. Sandwich – sandwich biasa yang dihidangkan tidak mempunyai filling yang terlalu tebal atau lembik dan boleh dimakan dengan tangan.

13. Buah-buahan kecil bertangkai – kadang-kadang pada juadah pencuci mulut, dihidangkan buah-buahan kecil seperti ceri, beri dan strawberi yang masih bertangkai. Anda boleh mengambil dan memakannya dengan tangan. Sekiranya anda tidak mahu menggunakan tangan, anda boleh menggunakan sudu tetapi berhati-hati, jangan pula buah tersebut melayang! Bagi gugusan buah anggur yang dihidangkan dengan tangkainya, anda boleh memotong sedikit bersama tangkainya dan letakkan di dalam pinggan anda. Jangan ambil buahnya sahaja kerana tangkai yang kosong di hidangan nampak kurang elok dan tidak menyelerakan bagi orang lain.

*Artikel diatas dipetik daripada buku CARA MUDAH MENGUASAI KEMAHIRAN BERSOSIAL - TATACARA DIRI & ETIKET SOSIAL.
* Riza Saffiya fb

p/s : eheh...saya kurang gemar majlis rasmi sebab terlalu protokol....suka warung2 biasa takpun..kedai mamak jer...


Thursday, July 1, 2010

Blogger Award dari Gerrard !!


1. Anda mesti memuji si pemberi award.
Eheh ! Baru je bertatih wat blog, dah dapat award kan? Heheh....Sarina Izryn memang selalu klik2 kat blog Gerrard. Dah nama pun Gerrard, gerenti hebat cam player no,4 England tu kan? Alhamdulillah...diikhtiraf rupanya.

Siapalah Gerrard ni ? Gerrard ni seorang yang memang dah explore dengan dunia blogging. Tambahan lagi Gerrard ni kan ramah dan mesra alam....selain dari bnyak idea. Tu yang nk cedok2 sikit. Muehehehe.....

Nak kenal dia lebih dalam? Klik kat Gerrard sekarang. Kita skodeng blog dia plak nak? Meh lah...Jangan malu dan segan.

Tima kasih Gerrard sebab jadi orang pertama yang anugerahkan blogger award kepada blog Sarina Izryn.

2. Bagi award ni kat 10 blog yang lain.
Aci tak kalau bagi 5 dulu.....wat survey dulu yerk !!
Mana yang Sarina Izryn ikhtiraf tu..terima kasih sebab sudi amik.....Silakan...

1. Perantau (suka baca artikel dia...lagipun dia penyokong Angerman...heheh)
2. Ben Ashaari (dia ni banyak ilmu...dan suka kongsi2)
3. Risalah Amal (bnyak ilmu yang saya boleh kongsi dengan dia)
4. Seri (Selalu ziarah saya....hurm...suka dgn pantun)
5. Jaya (blog dia bes...kreatif dan bnyak idea...)

3. Beritahu mereka mendapat award.

Tinggalkan jejak kat chatbox mereka.

4. Bagaimana anda digelar blog yang best & great ?
Kalau dah diikhtiraf tu maknanya boleh diterima dan hurm....yang penting silaturrahim la....Best ker? Cane sahabat2 blogger Sarina Izryn?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sahabat2 Setia

izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.