Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Thursday, May 19, 2011

Susu Terakhir Buat Si kecil


Tidak pasti ianya kisah benar ataupun bukan. Namun ianya amat menyentuh hati. Andai ditakdirkan terpisah kasih antara ibu dan si anak, lagi2 menempuh perjalanan yang pasti amat memilukan. Terpisah jalinan kasih sayang. Namun harapan kasih agar berlanjutan di Syurga. Terasa syahdu apabila membaca kisah ini. Sedikit tersentak lalu dibawakan bersama untuk berkongsi rasa dan jiwa.

Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga.

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa2 itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar2 dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang. Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan.

Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba2 tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi. Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu, menyusukan anak di saat2 akhir hidupnya. Subhanallah...

surah Luqman, susunan surah ke-31, ayat 14 berikut:
"Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orangtuanya.Ibunya telah mengandungnya dalam keada
an lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam usia dua tahun.Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orangtuamu. Hanya kepada Aku kembalimu."

p/s: kasihnya ibu membawa ke syurga....kasihnya saudara masa berada...kasihnya ayah sanggupkah berpisah...dan kasih anaknya berkorban nyawa....(semoga kasihku hingga ke syurga...Amin Ya Rabbal Alamin...)


Monday, May 16, 2011

Enaknya Mi Udang & Laksa Utara !!


Mai penang....pi cari jeruk..!!

SJ bersiaran semula setelah berhari2 tidak berblogging. Setiap minggu penuh dengan aktiviti. Plan nak balik kampung rumah ibubapa sendiri hanya tinggal perancangan. Bila wajah mereka terbayang, rindu menggamit pula. Macam jauh aje !! Namun berazam untuk menikmati malam2 di kampung nanti. Menikmati bunyi2 ayam...mendengar bunyi2 hujan yang menimpa bumbung zink. Diiringi pula irama2 sang katak. Fuhh !! selimut pasti menemani kesejukan malam. Rasa rindu pula dengan cengkerik malam. Sarapan pagi dengan lempeng panas bercicahkan sambal tumis. Ataupun ubi rebus. Paling tidak cekodok ikan bilis kegemaran SJ. Hish...!! terbayang masakan ibu.

Sesekali merasa seronok juga bila berada di halaman orang lain. Mengenali budaya dan makanan masyarakat negeri yang berbeza2. Itulah Malaysia. Indah. Selepas berkampung di Ipoh, Perak...menikmati juadah2 tradisional oghang2 Perak, SJ ke Penang. Sambal tempoyak cicah ulam pucuk muda. Ada pula sambal tumis petai. Kemudian menjamah nasi minyak dengan rendang tok. Alahai....Tidak cukup pula penangan Mee Udang, Sg Dua di Penang, SJ menjelajah pula ke Kuantan, Pahang. Tanjung Lumpur dengan makanan lautnya. Semuanya memenuhi jadual sehingga assignment terbengkalai. Ohh !! tidakk.....

Mee Udang Selera Sri Tambang, Sg Dua, Penang

Perghh !! nampak udang jew...

Perlis Indera Kayangan SJ terjah. Bersama sahabat2 memeriahkan suasana, Padang Besar menjadi tempat tujuan. Seronok bila pergi beramai2 dalam satu bas. Adapun movie yang di pasang di tv sepanjang perjalanan tidak berjaya menarik minat. Kiri dan kanan kalau diperhati, masing2 dah melentokkan kepala. Tidak terkecuali SJ. Enaknya.....apatahlagi cuaca mendung dan hujan yang mengiringi sepanjang perjalanan sebaik sahaja keluar dari bumi Kuala Lumpur. Lupa segala keletihan. Dalam hati masih teringat si Izryn yang terkena Chicken Pox. Terpaksa SJ tinggalkan. Sesekali telefon Izryn untuk pastikan dia tidak lupa makan ubat. Sesekali tidur pula.

6 jam kemudian kami tiba di Padang Besar. Semangat shopping membuatkan kami berhenti untuk sekali sahaja dalam perjalanan. Betul2 untuk melepaskan lelah dan menghirup udara segar. Mungkin semua orang telah tahu tentang lokasi Padang Besar ini. Padang Besar merupakan sebuah bandar yang terletak di sempadan wilayah Sonkhla, 70 km barat daya Hatyai, Thailand dan 35 kilometer ke timur laut Kangar, Perlis. Ia lebih di kenali sebagai pekan Siam yang merupakan destinasi popular kerana terdapat pasar terbuka `syurga membeli belah' bebas cukai yang bebas beroperasi di antara dua negara. Maka tidak hairanlah, jika kedai2 di sini di miliki oleh ramai penduduk Thailand. Kenderaan di sini juga banyak yang berplatkan nombor2 Thailand. Begitu juga dengan menu hidangan yang memang berasaskan makanan Thai.




Pulut mangga....terliur beb !! maniss...(tapau bagi lepas kempunan)

Sudah puas bershopping di Padang Besar, Kuala perlis menjadi tumpuan. Sotong goreng tepung yang enak dan paling best...Laksa Kuala Perlis. Kuala Perlis terkenal kerana ia menjadi laluan utama untuk ke Pulau Langkawi. Perjalanan jauh lebih singkat berbanding jika kita menggunakan jeti Kuala Kedah. Nampaknya driver begitu arif untuk membawa kami ke lokasi yang terbaik. Di sinilah antara laksa Kuala Pelris yang terkenal. Semangkuk RM3.00, Special RM 3.50 (specialnya, isi lebih sikit jer...)



Menyinggah perjalanan sepanjang berada di Gurun, Kedah, Tanjung Dawai tempat kami menikmati supper walaupun seusai menikmati makan malam di Seri Jerai. Sotong Goreng Tepung, Otak2 dan Kerang Bakar menjadi habuan. Kedai yang kami lepak ini antara kedai yang menyajikan makanan laut terbaik dan ter`enak'. Tak hairanlah ramai pengunjung yang memenuhi setiap ceruk kedai apatahlagi dengan rekabentuk yang menarik pandangan. Sesekali kedengaran deburan ombak Kuala Muda bersebelahan. Makanan laut memang fresh hasil tangkapan nelayan berdekatan. Sesuai......!!

Terimakasih buat para sahabat yang sudi meraikan beday SJ kali ini di Tanjung Dawai. Alamak !! terharunya, bila ramai2 menyanyikan lagu hepi beday. Walau tanpa kek, namun air batu campur yang enak itu memang seronok apatahlagi bila dikongsi beramai2. Pasti mnjadi kenangan manis yang tidak akan dilupakan sampai bila2. Thanx a lot to all my dear frens....You're d'bes....!!


Thanx wani... for this ABC (pengganti kek)...sedapp !! diet?? lupakan....hehe



Hanya tinggal beberapa module sahaja, maka pengajian ini tamat. Terpisahlah kita. Hanya kenangan yang pasti menggamit perasaan. Semoga yang terindah sahaja pasti di dalam hati. Silaturrahim pasti terus bersemadi...Insyaallah...



Thanx Mr H C Lim

p/s : Apapun hidangan Laksa Utara di Seri Jerai ada ummphh !! nampak gaya asik dok pekena laksa utara ja kali nihh..!!


Friday, May 6, 2011

Sajian Peramping Perut


Bila melihat tajuknya sahaja dah buat tertarik hati. Maka pastikan terus membaca entri ini sehingga tamat. Kegemukan? Ia pasti merisaukan namun perkara perut buncit atau boroi terasa juga bagai di rundung masalah. Kalau bagi wanita, perkara ini sering berlaku terutama setelah beberapa kali mengalami proses kelahiran. Penjagaan dan pemakanan yang kurang rapi selepas kelahiran, tidak bersenam atau pengabaian terhadap bentuk badan selalu membuat kita rasa putus asa. Maka wujudlah produk2 seperti bengkung ataupun sapuan krim, apatahlagi tablet2 yang menjadi sasaran utama bagi mereka yang ingin kurus dengan pantas. Tetapi bagaimana pula lelaki ??

Bawang putih, kayu manis, cabai dan cengkih mampu membakar tenaga dua kali ganda lebih cepat beberapa jam setelah makan. Pakar pemakanan mendapati bahawa ada beberapa jenis makanan yang perlukan tenaga ekstra untuk dapat dicerna. Ini bermakna, pembakaran kalori sebenarnya tidak berlaku setelah makanan yang kita makan itu sampai di perut sebaliknya sebaik sahaja ketika kita mengunyahnya. Ini bermakna peranan mengunyah makanan itu juga satu gerakerja merampingkan perut secara tidak langsung.

Beberapa ujian telah dilakukan di Jepun dan pakar telah mendapatkan jawapan bahawa perempuan yang memakan makanan jenis2 ini biasanya memiliki ukuran pinggang yang lebih kecil berbanding dengan mereka yang makan makanan dari jenis yang mudah dikunyah. Rahsianya, terletak pada jenis makanan yang kandungannya tinggi dengan serat dan protein. Selain itu juga, ada beberapa jenis bumbu dan zat lain yang ternyata dapat membantu meningkatkan sistem kerja saraf dan metabolisme sehingga 12 peratus.

Melalui buku 'The Active Calorie Diet' yang di tulis oleh Leslie Bonci, RD, ahli nutrisi dari UPMC Center for Sports Medicine di Pittsburgh, beliau telah membahagikan jenis2 makanan kepada beberapa kumpulan iaitu :

1. Chewy foods (daging tanpa lemak, sumber kekacang, buah2an dan sayur2an)
Jenis makanan ini akan membuatkan tubuh badan bekerja secara langsung ketika mengunyah makanan. Pilihan makanan yang utuh seperti daging ikan tuna yang dipanggang mampu membuatkan kunyahan kita lebih berada di tahap maksima. Pastinya kita bekerja lebih keras lagi untuk memastikan makanan benar2 hancur, hadam sebelum di telan dan masuk ke dalam perut.

2. Hearty foods (buah2an, sayur2an, beras merah, gandum dan cereal)
Makanan tersebut mempunyai kandungan serat yang tinggi dan kita lebih kerap mengunyah kerana sifatnya yang berbentuk bijirin. Oleh yang demikian, makanan ini akan membuatkan perut kita merasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama.

3. Energizing foods (kopi, teh hitam atau hijau, dark chocolate)
Jenis makanan ini dapat meningkatkan metabolisme dalam badan. Namun awas, kerana kita tidak boleh mencampurnya dengan susu, krim ataupun gula. Teh hijau tidak mengandungi banyak kafein tetapi di dalamnya terdapat katekin. Jenis antioksidan ini boleh meningkatkan metabolisme sehingga 4 peratus. Manakala dark chocolate pula mengandung katekin dan juga bahan kafein. Oleh itu, kita hanya perlu mengambilnya sekitar 28 gm sahaja dalam sehari. Itu sudah cukup memadai.

4. Warming foods (paprika, cabai, kayu manis, bawang putih, halia, cuka, mustard dan cengkih)
Menurut ujiakaji terbaru dari UCLA, kandungan capsaicin dalam cabai boleh membuat tubuh membakar tenaga dua kali ganda lebih cepat sekitar beberapa jam setelah makan. Cabai yang tidak terlalu pedas juga boleh membantu mengikis 100 kalori sehari. Begitu juga jika tidak suka rasa pedas, cuba tambahkan kayu manis, cengkih, daun salam dan bawang putih ke menu setiap hari.

P/s : selain dari pemakanan seimbang dan exercise, pemilihan makanan seperti berikut salah satu perkara yang boleh dipraktikkan terutama bagi kita yang teringin sangat merampingkan pinggang.....


Wednesday, May 4, 2011

Disebalik Kejayaan Pengasas Secret Recipe


Sebut tentang Secret Recipe, pasti mengingatkan kita tentang keenakan koleksi kek yang terus menjadi kegilaan ketika bersantai. Hidangan berat seperti nasi, mee dan spagheti begitu memenuhi selera. Malah pasti ada menu baru yang dipromosikan. Tapi tiada siapa yang tahu, siapa pengasasnya dan dari manakah asalnya Secret Recipe itu.

MENAUNGI kira2 3000 pekerja di seluruh negara, 95% rakyat tempatan, selebihnya dari negara jiran. Lebih menarik lagi 98% daripada keseluruhan pekerjanya, Melayu beragama Islam. Angka itu membuatkan keterujaan mahu menyelongkar di sebalik nama Datuk Steven Sim meluap2.

Tidak banyak tulisan mengenainya sedangkan jenama Secret Recipe yang diasaskan beliau membina nama ke peringkat antarabangsa. Secret Recipe lebih menonjol daripada tuannya. Anak kelahiran Kota Baharu, Kelantan itu hakikatnya amat merendah diri. Prinsip hidupnya antara lain jangan tamak. ''Kita dilahirkan kosong, bila mati pun tak bawa apa-apa,'' kata anak bongsu lapan beradik yang mengkategorikan kehidupan masa kecilnya susah.

Suasana kampung sarat dengan kekurangan menjadikan Steven manusia kreatif. Semua permainan dibuat sendiri. Jika budak2 lain membuat wau biasa, Steven menambah nilai misalnya memastikan wau hasil tangannya mempunyai bunyi berdengung. Untuk bermain hoki pelepah kelapa 'dikemaskan' manakala biji getah digosok hingga licin sehingga ada rakan tertarik lalu membelinya, selain aktiviti menangkap ikan yang kemudiannya juga menjadi hasil jualan. Majoriti rakan Steven berbangsa Melayu, sementelah dia sendiri membesar di perkampungan Melayu.

Hubungan dengan jiran biar berbeza bangsa namun sangat rapat, manakala di kalangan rakan2 tidak pernah berbangkit soal tidak boleh bermain bersama semata2 kerana 'aku Melayu dan engkau Cina'. Mengakui dilahirkan dengan bakat berniaga, bagi Steven jiwa keusahawanan bukanlah sesuatu yang boleh dipelajari atau boleh dibuat2. Sebagai anak bongsu dia sering mempertahankan haknya, lantang meluahkan perasaan. ''Anak bongsu biasalah abang2 suka mengusik, buli. Tetapi saya ada keberanian untuk bersuara,'' katanya.

Pernah bercita-cita mahu menjadi Pereka Hiasan Dalaman, namun siapa sangka rezeki Steven melimpah-ruah dalam bidang perniagaan makanan. Itu pun bukan pekerjaan pertamanya. Dia pernah berkhidmat dengan syarikat antarabangsa dalam bidang pemasaran dan jenama khusus menyelia rangkaian pejabat di negara2 Asia Pasifik. Banyak yang dipelajari terutamanya apabila berpeluang melawat pelbagai negara sepanjang kariernya itu. Steven gemar melancong namun dia tidak mahu pulang kosong. Dia menjadi pemerhati kepada gaya hidup masyarakat di negara yang dilawatinya.

Setiap persoalan seperti mengapa penduduk Dubai makan lewat malam, penduduk Australia cepat menghabiskan kerja dianalisis dan dicari jawapan. Ditanya bagaimana Secret Recipe bermula, Steven mengimbas kenangan kira2 14 tahun lalu di mana dia dan tiga anak saudaranya memulakan perniagaan kek dan kopi menggunakan konsep baru. Ketika itu dia merasakan ada sesuatu yang kurang dalam perniagaan makanan di Malaysia. "Kita ada fine dining di hotel2, manakala kedai makan biasa selalunya serba ringkas dan kurang menjaga kebersihan. Tidak ada casual dining di mana kita boleh menikmati hidangan sambil bersantai dalam suasana yang menarik dengan harga makanan tidak terlalu mahal."

Dari situ bermulalah premis pertama Secret Recipe di SS2 Petaling Jaya. Anak tangga pertama tidak mudah didaki lantaran tiada siapa tahu tentang jenama itu. Oleh kerana tidak cukup modal untuk mengiklankan tentang outlet pertama, Steven melakukan pemasaran sendiri menawarkan kopi percuma. Ternyata ada perkembangan positif, daripada menikmati kopi percuma pelanggan mencuba pula kek2 yang dijual di situ. Steven tidak lupa pengalaman yang mendedahkan Secret Recipe kepada dunia sebenar. Seorang wartawan dari majalah KL Vision mencuba kek kejunya dan mencadangkan supaya dia menyertai pertandingan kek keju tahunan. Apabila tiba hari pertandingan Steven langsung tidak membuat persiapan kerana terlupa tarikh yang dimaklumkan kepadanya. Dia cuma menghantar kek keju biasa dan tidak menaruh harapan untuk menang.

"Semasa itu peserta terdiri daripada chef2 hotel terkenal, sedangkan Secret Recipe tak ada siapa pun yang kenal, hakim2 pun tak tahu tentang kami,'' katanya tidak menyangka ketika itu kek keju Secret Recipe memenangi Grand Champion. Selepas itu anugerah yang diterima Secret Recipe tidak terhitung. Terlalu banyak dan pelbagai sehingga memupuk kepercayaan dan keyakinan pengguna terhadap jenama tersebut. Ditanya tentang nama Secret Recipe, Steven berkongsi cerita. Katanya, dia sememangnya seorang yang suka bekerja. Otaknya juga tidak berhenti bekerja walaupun ketika tidur. Lebih menarik lagi, di sisi katilnya mesti ada kertas dan pen. Tangannya akan menulis apa yang tercetus semasa tidur. Itu keistimewaan bapa kepada lima anak itu.

Dia memberitahu nama Secret Recipe diperoleh semasa di Hong Kong. Seperti biasa bangkit daripada tidur dia membelek kertas kecil di meja sisi dan perkataan Secret Recipe tertera di situ. Perkembangan Secret Recipe yang memberangsangkan memberi idea kepada Steven untuk memfrancaiskan jenama tersebut. Bermula dengan saudara mara dan rakan2 rapat, Steven secara perlahan2 menyerahkan kepercayaan kepada sesiapa saja yang memenuhi kriteria untuk menyertai francais Secret Recipe. Kini terdapat kira-kira 200 outlet di seluruh negara. Dia yang masih belum berpuas hati mahu mengembangkan jenama makanan Malaysia ke luar negara.

''Kita lihat masyarakat antarabangsa mudah mengenali makanan Thai, Jepun, Vietnam, China dan sebagainya tetapi makanan Malaysia sukar menembusi imej antarabangsa. Dari situ lahir keinginan saya untuk meneroka pasaran luar biar pun saya telah menjangkakan cabaran yang dihadapi bukan sedikit,'' katanya. Steven berkongsi pengalaman memperkenalkan Secret Recipe di negara jiran, Singapura. Hasrat membuka outlet di Orchard Road kecundang lantaran jenama Malaysia dipandang rendah. Tidak berputus asa dia mencuba di kawasan lain di republik itu ternyata sambutan yang diterima amat menggalakkan. Tatkala berjaya mencipta nama di situ, Steven ditawarkan ruang perniagaan di Orchard Road.

Tidak terhenti di situ, dua kali dia didatangi pihak pelaburan Singapura mencadangkan supaya ibu pejabat Secret Recipe dipindahkan ke negara itu. Pelbagai tawaran menarik turut mengiringi jemputan tersebut. Namun jati diri anak Kelantan itu ternyata kukuh, tidak mudah terpesona dengan tawaran yang sememangnya tidak diperoleh di negara sendiri. Kini dengan pasaran menjangkau ke China, Australia, Filipina, Thailand, Brunei, Indonesia dan beberapa negara lagi, percaturan Steven bersama tiga anak saudaranya pada tahun 1997 untuk mengangkat jenama Malaysia ternyata tidak silap. Dia juga bersungguh-sungguh memastikan jenama Malaysia itu membawa sijil Halal biar di mana saja ia dibuka lantaran percaya industri makanan halal amat luas untuk diteroka. Umat Islam ada di mana saja untuk menikmatinya selain orang bukan Islam yang juga percaya kepada kebersihan produk Secret Recipe selain kualiti hidangan yang disajikan.

p/s : tiba2 teringin menikmati salad yg ditabur dengan potongan keju2 kecil...dan sesekali menjamah kek chocolate yg lembab dan enak....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sahabat2 Setia

izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.