Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Friday, May 6, 2011

Sajian Peramping Perut


Bila melihat tajuknya sahaja dah buat tertarik hati. Maka pastikan terus membaca entri ini sehingga tamat. Kegemukan? Ia pasti merisaukan namun perkara perut buncit atau boroi terasa juga bagai di rundung masalah. Kalau bagi wanita, perkara ini sering berlaku terutama setelah beberapa kali mengalami proses kelahiran. Penjagaan dan pemakanan yang kurang rapi selepas kelahiran, tidak bersenam atau pengabaian terhadap bentuk badan selalu membuat kita rasa putus asa. Maka wujudlah produk2 seperti bengkung ataupun sapuan krim, apatahlagi tablet2 yang menjadi sasaran utama bagi mereka yang ingin kurus dengan pantas. Tetapi bagaimana pula lelaki ??

Bawang putih, kayu manis, cabai dan cengkih mampu membakar tenaga dua kali ganda lebih cepat beberapa jam setelah makan. Pakar pemakanan mendapati bahawa ada beberapa jenis makanan yang perlukan tenaga ekstra untuk dapat dicerna. Ini bermakna, pembakaran kalori sebenarnya tidak berlaku setelah makanan yang kita makan itu sampai di perut sebaliknya sebaik sahaja ketika kita mengunyahnya. Ini bermakna peranan mengunyah makanan itu juga satu gerakerja merampingkan perut secara tidak langsung.

Beberapa ujian telah dilakukan di Jepun dan pakar telah mendapatkan jawapan bahawa perempuan yang memakan makanan jenis2 ini biasanya memiliki ukuran pinggang yang lebih kecil berbanding dengan mereka yang makan makanan dari jenis yang mudah dikunyah. Rahsianya, terletak pada jenis makanan yang kandungannya tinggi dengan serat dan protein. Selain itu juga, ada beberapa jenis bumbu dan zat lain yang ternyata dapat membantu meningkatkan sistem kerja saraf dan metabolisme sehingga 12 peratus.

Melalui buku 'The Active Calorie Diet' yang di tulis oleh Leslie Bonci, RD, ahli nutrisi dari UPMC Center for Sports Medicine di Pittsburgh, beliau telah membahagikan jenis2 makanan kepada beberapa kumpulan iaitu :

1. Chewy foods (daging tanpa lemak, sumber kekacang, buah2an dan sayur2an)
Jenis makanan ini akan membuatkan tubuh badan bekerja secara langsung ketika mengunyah makanan. Pilihan makanan yang utuh seperti daging ikan tuna yang dipanggang mampu membuatkan kunyahan kita lebih berada di tahap maksima. Pastinya kita bekerja lebih keras lagi untuk memastikan makanan benar2 hancur, hadam sebelum di telan dan masuk ke dalam perut.

2. Hearty foods (buah2an, sayur2an, beras merah, gandum dan cereal)
Makanan tersebut mempunyai kandungan serat yang tinggi dan kita lebih kerap mengunyah kerana sifatnya yang berbentuk bijirin. Oleh yang demikian, makanan ini akan membuatkan perut kita merasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama.

3. Energizing foods (kopi, teh hitam atau hijau, dark chocolate)
Jenis makanan ini dapat meningkatkan metabolisme dalam badan. Namun awas, kerana kita tidak boleh mencampurnya dengan susu, krim ataupun gula. Teh hijau tidak mengandungi banyak kafein tetapi di dalamnya terdapat katekin. Jenis antioksidan ini boleh meningkatkan metabolisme sehingga 4 peratus. Manakala dark chocolate pula mengandung katekin dan juga bahan kafein. Oleh itu, kita hanya perlu mengambilnya sekitar 28 gm sahaja dalam sehari. Itu sudah cukup memadai.

4. Warming foods (paprika, cabai, kayu manis, bawang putih, halia, cuka, mustard dan cengkih)
Menurut ujiakaji terbaru dari UCLA, kandungan capsaicin dalam cabai boleh membuat tubuh membakar tenaga dua kali ganda lebih cepat sekitar beberapa jam setelah makan. Cabai yang tidak terlalu pedas juga boleh membantu mengikis 100 kalori sehari. Begitu juga jika tidak suka rasa pedas, cuba tambahkan kayu manis, cengkih, daun salam dan bawang putih ke menu setiap hari.

P/s : selain dari pemakanan seimbang dan exercise, pemilihan makanan seperti berikut salah satu perkara yang boleh dipraktikkan terutama bagi kita yang teringin sangat merampingkan pinggang.....

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sahabat2 Setia

izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.