Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Tuesday, April 10, 2012

Sejarah Awal Bola Sepak




Bola Pasukan Argentina - digunakan pada separuh masa pertama Piala Dunia 1930


Bola Pasukan Uruguay - digunakan pada separuh masa kedua Piala Dunia 1930

Manusia bermain bola sejak beribu2 tahun dahulu, dipercayai bahawa orang2 Indian Amerika Selatan telah mencipta bola elastik yang pertama pada ribuan tahun dahulu.


Berdasarkan sejarah, bola dahulu diperbuat daripada kulit haiwan, pundi haiwan ataupun tengkorak manusia. Menurut legenda pada zaman pertengahan dahulu sebilangan penduduk kampung akan menendang tengkorak disepanjang laluan ke kampung yang bersebelahan kemudian menendang masuk ke dalam kotak di kampung berkenan, tindakan itu akan dibalas dengan cara yang sama oleh kampung yang bersebelahan.


Semasa dinasti Ts'in dan Han Dynasties (255 BC-220 AD), orang2 cina bermain 'tsu chu' iaitu permainan bola yang mana bola diperbuat dari kulit haiwan. Mereka menjaringkan gol melalui jaring yang diikat antara dua tiang.

Orang Greek dan Roman juga bermain bola sejak ribuan tahun dahulu. Mereka menggunakan kaki atau membawa dengan tangan.



Pada tahun 1855 Charles Goodyear mencipta bola getah pertama yang boleh dikembungkan. Gambar menunjukkan bola ciptaan beliau di National Soccer Hall of Fame, Oneonta, NY, USA.

Pada tahun 1862 pula H.J Lindon membangunkan salah satu ciptaan bola getah yang boleh dikembungkan selepas isterinya mati akibat jangkitan paru2 yang disebabkan oleh pekerjaan meniup pundi **** untuk dijadikan bola. Lindon juga mendakwa dia juga mencipta bola rugby tapi dia tidak mematenkan ciptaan itu.


Gambar menunjukkan "Tiento" salah satu daripada dua bola yang digunakan pada final piala dunia yang pertama. Bola ini diambil dari pasukan Uruguay. Perlawanan akhir piala dunia 1930 menemukan Argentina dan Uruguay. Pada mulanya mereka tidak dapat memutuskan untuk mengunakan bola siapa terlebih dahulu. Jadi mereka bersepakat untuk mengunakan bola dari pasukan Argentina pada separuh masa pertama dan seterusnya mengunakan bola dari pasukan Uruguay pada separuh masa kedua. Argentina mendahului dengan 2-1 pada separuh masa pertama tapi pada separuh masa kedua kemenangan berpihak kepada Uruguay 4-2 dengan mengunakan bola mereka.



Uruguay menjadi tuan rumah piala dunia yang pertama dan juga menjadi juara pada piala dunia yang pertama. Bola berkenaan masih berada dalam keadaan baik ketika gambar ini diambil.




Jabulani - Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan

p/s : kini bola sepak bukan sahaja sukan riadah untuk lelaki malah wanita juga terlibat sama lebih2 lagi dengan wujudnya futsal sekarang ini.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sahabat2 Setia

izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.