Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Sunday, May 30, 2010

Set Bumper Citra untuk di jual


Subjek : Used Set Bumper Naza Citra (Front and Rear Bumper)

Condition : Good condition

Colour : Red

Year : 2005

Price : RM 500 (negotiable)

Interested? Please contact me..

SOLD OUT !!


Erti Sebuah Persahabatan


28052010. Sememangnya sibuk pagi itu. Menyidai pakaian. Menyediakan sarapan. Menyiapkan si kecil. Sesekali melayani sms yang berbunyi2 dari telefon bimbitku. Macam sibuk. Hari ini penuh dengan agenda. Dan masing2 juga ada agenda. Suamiku melayani aktiviti memancingnya. Anakku, Amirul pula awal2 lagi sudah berpesan agar menghantarnya ke rumah pengasuh selepas selesai menonton movie Shrek 4. Aku? hurm...dah tak sabar nak bertemu dengan kawan2 lama yang semakin bertakhta di sanubariku.

Pukul 10.00 pg aku meninggalkan kediamanku menuju k TGV. Wah ! seperti jangkaanku..begitu ramai pengunjung yang berbaris utk memiliki tiket masing2 dan menonton movie pilihan mereka. Tidak hairanlah kerana hari ini juga merupakan hari cuti umum sempena Wesak Day bagi negeri kesayanganku, Selangor dan Kuala Lumpur. Sudah pastinya, Jusco Bukit Tinggi paling mndapat rating terbaik antara pengunjung tertggi dia daerah Klang. Mudah untuk parking. Mudah untuk shopping. Segala2nya ada di sini. Tapi sayang, bowling tiada dalam senarai. Kenapa yer? itulah kekurangannya. Jika ada pasti meningkatkan lagi jumlah rating pengunjung di sini. Dan bertmbahlah kesetiaan aku pada Jusco. Agak2 ada tak dalam fikiran pengurusan Jusco Bukit Tinggi untuk mewujudkn bowling??

Kita tinggalkan persoalan tentang itu. Dan aku pun sudah pasti turut berbaris utk dapatkan tiket. Alhamdulillah. Dapat juga 2 tiket untuk Shrek 4 tayangan pukul 11.00 pagi. Dan aku mengira masa. Memang tidak terlalu rushing untuk mengejar masa bertemu dengan kawan2 lama. Sempat juga aku masuk ke Polohaus dan Padini Store. Beli apa yang boleh di beli. Impian di hati nak sambar satu baju German Polohaus, sempena World Cup 2010 ni, tapi sayang tiada yang berwarna putih. Teringat plak kat Ballack. Kenapa Ballack? Lupakan. Lagi 5 minit ke angka 11.00 aku sudah berada di kaunter minuman dan set popcorn yang sudah pasti sebagai kudapan di waktu menonton nanti. Terus mendapatkan seat bernombor D9 dan D10. Okey juga. Taklah sakit kepala akibat terlalu mendongak.

Sepnjang menonton Shrek memang tidak membosankan. Cukup buat anakku gembira sudah memadai bagiku. Aku turut ketawa sekuat hati bila semua orang ketawa. Salah satu dunia tempat aku melepaskan perasaan. Satu jam kemudian, setelah tamat, aku terus membawa anakku ke rumah pengasuh yang tidak jauh dari situ. Amirul, seperti biasa, terus melupakan aku bila dah bertemu dengan kawan2 baiknya yang seperti kembarnya juga. Aku stat enjin, tarik gear, tekan minyak dan terus menghala ke Banting untuk bersua dengan kawan2 lama seperti yang di janjikan. Bila dah memandu, fikiran entah melayang ke mana. Bersimpang siur macam laluan2 jalan di depanku. Bahaya !

Gementar juga. Maklumlah bukan senang nak berjumpa dengan mereka. Seorang dari Segamat dan seorang lagi memang setia dengan Banting. Tapi memang aku seorang yang menepati janji. Walaupun perjalanan agak perlahan dek kerana lori2 yang memenuhi sepanjang jalan, 2.30 petang aku smpai di tempat yang nak di tuju. Sebenarnya inilah kali pertama aku ke Tesco, Banting dan aku berjaya lakukannya. Tahniah kepada diri sendiri.

Pada mulanya 5 orang yang ingin membuat janji temu ini. Disebabkan oleh aral yang melintang yang tidak terduga, maka tinggallah 3 orang. Dalam restoran Marrybrown kami bersendaloka..tapi betul apa yang Ija katakan. Mengapa bila bersua kelu lidah untuk berkata, tidak seperti bila berfacebook, meriah tidak terkira. Detik yang berlalu, pntas masa berlari. Sempat mengisi ruang yang ada, mengunjungi taman yang berhadapan dengan IPD Banting yang tersergam indah di hadapannya. Buat ku terpegun seketika. Sudah jauh berbeza. Tidak sepertimana yang aku tinggalkan berbelas2 tahun dulu. Walaupun sering berulang-alik pulang ke rumah ibubapaku, namun tidak pernah sesekali aku meninjau apalagi untuk berpusing2 di kawasan Pekan Banting ini. Segalanya menggamit kenangan. Saat berjalan kaki. Saat bersama kawan2. Segalanya terimbau kembali. Terimakasih Lela, kerana membawa aku dan kenanganku semula. Satu pertemuan tidak di sangka dan tidak juga di rancang. Aku sampai di kedai makan Suzi di kpg Sg Lang, yang suatu ketika pernah mnjadi sahabat karibku ketika berada di SAMUSKD. Berjaya dalam hidup sebagai seorang guru dan juga mempunyai bisnes yang pelbagai cabang. Tahniah kuucapkan. Kejayaan yang dikecapi tidak membuat dia lupa siap dirinya. Dan dia masih seperti yang aku kenali dulu. Begitu juga suaminya, yang mengingatkan aku bagaimana aku boleh jadi pengapit bidan terjun semasa di hari persandingan mereka. Pertama dan terakhir, itu yang ku harapkan. Memang cukup manis Suzi di waktu itu, kerana habis seri mukaku hinggap ke wajah pengantin perempuan. Tapi sayang, gambar kenangan itu tiada dalam simpanan Suzi. Musnah dan tak dapat diselamatkan. Rindu waktu itu. Ke`nervous'an ku.

Seiring dengan waktu. Perubahan demi perubahan yang tidak pernah aku sedar. Waktulah yang sebenarnya mngajar kita tentang hidup. Bagaimana cara kita mengisi waktu2 itu.

Demi masa....sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang2 yang percaya dan membuat kerja2 kebaikan dan saling berwasiat pada yang benar dan saling berwasiat untuk bersabar. Dia menjadikan malam memasuki ke dalam siang, dan menjadikan siang memasuki ke dalam malam. Dia mengetahui apa yang di dalam dada...

Waktu boleh mngubah segalanya. Sekeliling yang merubah kita. Adakah kita masih yang dulu atau mungkin kita telah alpa dengan kejayaan yang telah Tuhan kurniakan. Dalam usia sebegini, keinsafan sering menjenguk akal fikiranku. Silaturrahim menjadi keutamaan. Kedewasaan yang kini kulalui adalah hadiah dari sebuah pengalaman yang Allah berikan. Tanpa panduan dan pegangan, berpaksi pada ajaran Islam, pasti aku tewas kerana aku insan yang lemah. Perjalanan masa buat aku lebih menghargai apa yang ada di hadapanku, dan apa yang aku miliki kini. Menjadi telinga yang baik dan mata yang jujur untuk sahabatku. Seikhlas hati dan sejujur2 amanah, itulah nilai persahabatan. Terlalu mahal harganya bagi yang tahu menilai. Sedikit kasih sayang dan sejernih air mata bukti segalanya. Seikhlas budi kusemaikan.

Sebagai hambanya aku jua lemah. Tidak dapat lari dari melakukan kesilapan. Dan saling memaafkan adalah sebaik2 hambanya kerana kita tidak tahu siapa diri kita bila di sana nanti. Dari sekecil2 usia sehinggalah memanjat hujung waktu, bermacam2 kawan telah ditemui. Bersilih ganti. Akan datang pasti dipertemukan lagi dengan kawan yang baru. Umpama putaran roda, hidup ini sentiasa berputar. Cuma bezanya, roda itu adakalanya, kita di atas dan adakalanya kita di bawah. Bergantung kepada diri kita dan sikap kita. Itulah yang sering kuingatkan diriku sendiri. Manusia biasa yang mudah leka dan alpa.

Bila mnjadi seorang kawan, aku ingin jadi yang terbaik. Sebagaimana impian aku ingin mnjadi insan yang terbaik dari yang terbaik. Itu janji dan amanahku. Bila dipertemukan dengan sahabat yang memahami itu sudah cukup terbaik buat aku. Ku panjatkan syukur ke hadrat Ilahi. Ada hikmah dari setiap perkara yang terjadi. Adapun keserasian dan kesepakatan menjadi tunggak utama sesebuah persahabatan. Tiada maksud tersembunyi. Tiada helah demi kepentingan peribadi. Ikhlas. Apabila datang kesusahan dan kepayahan , disitulah nyata kawan dan lawan.

Buat sahabat2ku yang pernah bertakhta dalam ikatan sahabat ini, khususnya buat Norlela dan Faizah...inginku ku dedikasikan memori ini buat kalian. Terharu dan berbangga kerana sudi menerima aku sebagai sahabat dan berkongsi dalam erti kata sebuah persahabatan. Sebenarnya aku rasa berterima kasih kerana dalam hidup ini masih ada insan yang ikhlas dalam perjuangan hidup. Saling mengambil berat. Walau berat sesebuah dugaan tapi percayalah kalian, Allah memberi dugaan ke atas hambanya mengikut tahap kemampuannya. Andai air mata itu terlalu mahal, tak salah untuk dibuang jika itu erti kasih kepada Allah. Allah sayang pada insan yang sering berdoa dan mngadu nasib padaNya. Apa yang boleh kukatakan dalam kehidupan ini, kita saling memerlukan. Perlu keluarga yang bahagia. Perlu sahabat yang setia. Dan perlu kehidupan yang sempurna. Pasti Islamlah sebaik2 dan sesempurna agama. Allah Maha Berkuasa. Maha Penyayang. Maha Pengampun. Di mana ada kita..disitulah ada sahabat yang penuh dgn kasih sayang...Moga berkekalan.

Buat Suziana, kutitipkan salam kasih yang berpanjangan agar persahabatan antara kita kekal dan segar selamanya. Dan pastinya, akan ada lagi pertemuan selepas ini.

Terimalah lagu ini, hasil terjemahan dari sudut hatiku sebagai hadiah dari kasih sayangku..selamanya.....

Selama ini..kumencari2...teman yang sejati...buat menemani..perjuangan suci
Bersyukur kini padamu Ilahi...Teman yang di cari..selama ini telah kutemui......
Dengannya di sisi..perjuangan ini...senang di harungi...bertambah murni...kasih Ilahi
Kepadamu Allah...kupanjatkan doa..agar berkekalan..kasih sayang kita...
Kepadamu teman..kupohon sokongan..pengorbanan dan pengertian...
telah kuungkapkan segala2nya...
Kepada Allah...kupohon restu...agar kita kekal bersatu...
Kepadamu teman..teruskan perjuangan...pengorbanan dan kesetiaan...
telah kuungkapkan segala2nya...itulah tandanya kejujuran kita....


Saturday, May 29, 2010

Shrek 4 The Final Chapter


Berkesempatan menonton movie merupakan sesuatu yang tak mudah ku lepaskan. Lagi2 bila membawa si kecil ke TGV. Tayangan pertama Shrek Forever After dari Dreamwork Animation ini, begitu cepat berlalu walaupun tempoh masa dalam 103 minit. Tak terasa waktu yang pergi, aku harus meninggalkan kerusi dan kesejukan penghawa dingin di dalam bilik gelap itu. Popcorn dan air pun tak sempat habis lagi. Mgkn terlalu menghayati kisah yang nmpak komedi namun bnyak mesej yang cuba ingin disampaikan. Jika sesiapa yang telah mengikuti Shrek series filem ini pasti takkan ketinggalan untuk melihat bahagian terakhir siri Shrek ini. Dan pastinya cd koleksinya akan mnjadi sebahagian milik perribadiku nanti. Pasti.

Apa kata kita cuba selongkar sedikit sebnyak rentetan kisah Shrek ini dari mula. Shrek 1 pada 2001 yang merupakan arahan Andrew Adamson, box office dgn kejayaan mencecah USD 484,409,218 dan tayangan selama 91 minit mula menarik minat penonton terutama dari golongan kanak2. Kisah pengenalan mengenai Shrek (Mike Myers) yang merupakan seekor gergasi (ogre) yang tinggal bersendirian di kawasan paya. Turut muncul watak2 dongeng yang mencuit hati. Shrek bersahabat dengan Donkey (Eddie Murphy) memenuhi tawaran Lord farquaad (John Lithgow) bg menyelamatkan Puteri Fiona (Cameron Diaz) dan perlu mengahwini Puteri Fiona agar dapat bergelar raja. Puteri Fiona telah di makan sumpah di mana dia akan menjadi puteri yang cantik pada waktu siang dan mnjadi seekor gergasi (ogre) apabila waktu malam. Fiona juga tinggal di istana lama di bawah kawalan seekor naga. Dengan hanya satu ciuman pertama cinta sejati, maka sumpahan itu akan berakhir. Ketika dalam perjalanan ke istana, Shrek dan Fiona saling jatuh cinta. Kisah ini diakhiri dgn kegagalan perkahwinan antara Fiona dan Long farquaad setelah Shrek mnyatakan cintanya terhadap Fiona dengan di bantu oleh Donkey dan Dragon. Dan ciuman pertama cinta sejati itu menyebabkan Fiona kekal mengikut bentuk rupa cinta sejati itu sendiri. Gergasi (Ogre).

Shrek 2 pada 2004, turut di arah oleh Andrew Adamson mengutip jumlah box office sebnyak USD919,838,758 utk tayangan masa selama 93 minit. Prince Charming (Rupert Everett) turut ingin menyelamatkan Fiona dan bergelar raja. Ketika itu Fiona dan Shrek telah pun berkahwin dan selamat berbulan madu. Ibu (Queen Lillian) dan bapa (King Harold) Fiona dari kerajaan Far Far Away, mnjemput Shrek dan Fiona untuk merestui perkahwinan mereka. Namun Prince Charming dan ibunya, kebayan cuba untuk menghancurkan perkahwinan Shrek dan Fiona agar Fiona mengahwini Prince Charming, atas bantuan King Harold sendiri. Dalam pencarian ubat pengasih di kediaman kebayan, Shrek dan Donkey mngenali Puss In Boots (Antonio Banderas). Mereka bergandingan dgn bantuan Gingerbread Man untuk mnyelamatkan Fiona dan Shrek agar terus bersama. Akhir cerita, King Harold telah bertukar menjadi seekor katak ketika Harold korbankan dirinya utk menyelamatkan Shrek dari terkena tongkat sakti kebayan. Dan Queen berjaya mengembalikan King Harold kepada manusia semula.

Shrek The Third yang di tayangkan pada 2007 pula, di arah oleh Chris Miller. Kisah pemerintahan Shrek dan Fiona dalam kerajaan Far Far Away ketika King Harold gering. Shrek agak keberatan utk memerintah dan bersetuju dgn wasiat King Harold untuk mencari sepupu Fiona, Arthur Pendragon (Justin Timberlake). Dalam masa yang sama, Fiona turut di hantui mimpi2 ngeri apabila dia disahkan mengandung. Dan Prince Charming cuba membalas dendam dengan bergabung dgn semua sihir2 utk memusnahkan kerajaan Far Far Away. Akhirnya Prince Charming mati dan Shrek menyerahkan kerajaan Far Far Away kepada Arthur.

Pada Mei 2010, mula di tayangkan di seluruh pawagam untuk movie Shrek Forever After. Arahan oleh Mike Mitchell masih mengekalkan pelakon yang sama. Dalam siri kali ini, Shrek terlalu bosan dgn rutin hariannya bersama keluarga dan anak kembarnya. Akibat kebosanannya, Shrek telah terpedaya dan menandatangani satu perjanjian dengan Rumpelstilskin yang akhirnya menjerat dirinya sendiri. Walaupun dia telah mnjadi gergasi sebenar yang dia mahukan, namun dia merasakan kehilangan sesuatu dari hidupnya. Fiona juga tidak mengenali dirinya, malah kehidupan yang Shrek alami selama ini hilang sekelip mata. Kawan baiknya seperti Donkey dan Puss in Boot juga tidak mengetahui tentang siapa Shrek. Kehidupan jauh berbeza. Kerajaan Far Far Away juga musnah di tangan Rumpelstilskin dan ahli2 sihirnya yang kejam, turut dibantu dengan peniup seruling. Dalam tempoh satu hari, hidup mereka akan kekal selamanya kecuali dengan ciuman pertama cinta sejati Shrek dan Fiona. Seperti biasa, happy ending pasti menghiasi kisah seperti ini. Ciuman pertama mereka telah menyelamatkan kehidupan mereka dan mereka dapat semula kehidupan mereka yang telah hilang.

Paling menarik juga apabila komedi yang di tonjolkan oleh aksi Puss in Boots yang begitu comel dan montel dalam Shrek 4 kali ini. Semua penonton ketawa tidak kering gusi apatahlagi bila melihat mata bulat yang layu dan meruntun hati....ketika meminta bantuan dari Donkey. Dan aku pasti tak boleh lupakan mata itu. Anakku juga tidak henti ketawa. Terhibur kelihatannya.

Apa yang paling aku tidak lupakan bila Fiona menuturkan kata kepada Shrek `Dimanakah engkau ketika saat aku terlalu memerlukan engkau' dan Shrek begitu sedih dan sayu. Mungkin agak touching tapi itulah suatu kenyataan di mana kita akan merasa kehilangan apabila kita telah tiada lagi bersama dengan orang yang tersayang. Dan paling kita bimbang seandainya semua itu tidak boleh diperbetulkan semula hnya dengan sedikit kesilapan. Mungkin itu salah satu dari morale of the story. Filem Amerika animated fantasy-family ini bergenre aksi, komedi dan emosional dan di produksikan dalam bentuk 3-D, juga merupakan sekuel terakhir dari tokoh Shrek seekor gergasi (ogre) atau raksasa.

Adakah filem Shrek ke-4 ini yang terakhir? Namun mgkn ada siri lain yang bakal menemui penonton2 setianya kerana pulangan dan rating yang menguntungkan. Puss in Boots: Story of an Ogre Killer arahan Chris Miller ini akan menemui peminatnya pada 2011. Mungkin bnyak berkisar kepada kucing yang comel dgn mata yang bisa meruntun hati itu. Semuanya kita nantikan pada 2011 nanti. Jangan ketinggalan?


Thursday, May 27, 2010

DIET




Anda sedang berdiet??

Bercerita mengenai diet, pakar nutrisi, Kevin Zahri menyatakan sejauh mana sekalipun amalan berdiet, sesi pelangsingan mahupun aktiviti fitness, amalan pemakanan haruslah seiring dan seimbang. Malah, beliau sentiasa menyebut faktor kualiti berbanding kuantiti.

Bagi pakar nutrisi itu, tidak guna ber...diet serta mengambil sesuatu kandungan pemakanan jika anda tidak peka kandungan makanan yang diambil. “Tidak bermakna mengamalkan diet sekiranya tidak tahu kandungan makanan yang diambil. Penting untuk kita tahu makanan yang wajar diambil atau dielak,” katanya.

Mengambil contoh dirinya, amalan pemakanan seimbang sentiasa dititikberatkan di sebalik aktiviti sihat serta rutin senaman. Tidak hairan, ramai jejaka cemburu melihat bentuk badan tegap dan ideal miliknya. Bagi Kevin, beliau sentiasa mengamalkan faktor kualiti berbanding kuantiti. Sambil menambah, dia juga menikmati sesi teh tarik dan menjamu selera seperti orang lain.

Apa yang penting, beliau tahu kandungan makanan yang diambil serta kesesuaian pola pemakanan harian. Selain itu, Kevin tidak berenggang dengan air mineral untuk memastikan kandungan air dalam badan seimbang. Impian memiliki bentuk badan ideal dapat digapai melalui teknik serta amalan yang bijak dan praktikal. Sekiranya bijak meneliti isi kandungan pemakanan selain memilih senaman ideal, apa yang dicita-citakan selama ini akan berhasil.

Janganlah pula semangat berdiet sekadar sekerat jalan! Persediaan sebelum memulakan diet adalah sesuatu yang amat penting.

8 kaedah miliki tubuh sempurna:

1. Pastikan anda tahu kandungan makanan yang diambil

2. Elak menahan lapar semata-mata tidak mahu gemuk.

3. Kurangkan kadar sajian makanan yang selama ini menjadi menu tetap.

4. Makan banyak produk bijirin, kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran.

5. Kurangkan penggunaan garam dan gula.

6. Lakukan aktiviti senaman secara berkala.

7. Nikmati gaya hidup sihat seperti beriadah bersama keluarga atau pasangan.

8. Minumlah banyak air terutama air masak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

Langkah penjagaan diet :

1. Bagi mengelak berat badan berlebihan, kurangkan pengambilan tenaga dan lemak yang banyak.

2. Kurangkan pengambilan gula yang diproses daripada 45 peratus kepada 10 peratus daripada keseluruhan jumlah tenaga.

3. Jumlah lemak tidak melebihi jumlah tenaga. Lemak polyunsaturated tidak lebih 10 peratus dan lemak monounsaturated pada kadar 10 peratus hingga 15 peratus.

4. Kurangkan pengambilan kolesterol tidak lebih dari 30mg sehari.

Daripada apa yang telah diperkatakan di atas jelaslah bahawa informasi adalah sesuatu yang amat penting terutamanya dalam proses anda untuk menurunkan berat badan. Tidak guna berhabis ratusan ringgit setiap bulan sekiranya amalan pemakanan kita salah.


Rumahtangga Bahagia Perlukan Diri Yang Bahagia



Bahagiakan Dirimu
Oleh
Ustazah Noraslina Jusin ( Isteri UZAR)
www.ummuhusna99blogspot.com
atau lawati FB isteri UZAR di http://en-gb.facebook.com/people/Noraslina-Jusin/1695795105

Saya mengenali seorang wanita yang kerap menjalin hubungan istimewa bersama lelaki. Sebaik hubungan sedia ada menemui titik buntu, dia pasti mencari cinta yang baru. Hidup bersendirian bukanlah pilihan kerana baginya kesunyian bermakna tiada kebahagiaan. Dia sentiasa ingin menyintai dan dicintai, menyayangi dan disayangi.

Suatu ketika, dia bersama seorang lelaki yang dilihat sangat sesuai untuk dirinya. Cuma sayangnya, lelaki itu tidak memberikan sepenuh cinta yang didambakannya. Namun dia membiarkan sahaja perkara itu terjadi tanpa mahu memutuskan ikatan yang terjalin.

Apabila ditanya, mengapa? Jawapannya, dia tidak punya pilihan lain, kerana padanya bersendirian bukanlah sesuatu yang diinginkan. Bersendirian bagai suatu penanggungan yang amat memeritkan berbanding kurangnya kasih dari kekasih. Walau itu tidak sebagaimana yang diimpikan.

Sampai saatnya, hubungan itu menjadi bertambah buruk. Perpisahan terjadi jua. Di ketika itu, dia bersedia menghadapi kemungkinan yang berlaku dan terpaksa juga hidup tanpa teman. Sungguhpun dia amat benci hidup sendiri, namun akhirnya dia kelihatan boleh menjalani saat-saat getir itu tanpa kekecewaan yang memusnahkan. Dia bagaikan baru sedar bahawa sebenarnya dia mampu hidup sendirian.

Sembilan bulan berlalu, sehinggalah dia menemui seorang jejaka yang amat baik budi. Kali ini, lelaki tersebut mahu menjalin ikatan lebih serius dan tinggal bersamanya, dan itulah yang sering diharapkan dari semua kekasihnya sebelum ini. Akan tetapi, entah mengapa, kali ini dia menolak. Dia menyedari, terlalu banyak keseronokan dapat dinikmati walau hanya hidup bersendiri.

THE RULES OF LOVE
Kisah di atas adalah cerita benar yang diberitahu oleh seorang wanita kepada Richard Templar, penulis buku The rules of love. Buku ini, buat kesekian kalinya merupakan hadiah dari suami yang saya kasihi.

Saya tertarik dengan kesimpulan Templar pada akhir pengkisahan wanita berkenaan. Menurut Templar, sungguhpun pada awalnya wanita itu bagaikan tenggelam dalam hubungan yang tidak kesampaian, namun dia hanya membiarkan dirinya lemas lantaran takut hidup bersendirian.

Akan tetapi, saat menyedari bahawa dia mampu hidup lebih gembira dan bahagia walau tanpa seseorang di sisi, dia mula meletakkan standard yang jauh lebih tinggi.

Andai nantinya, dia hidup berpasangan, kehidupan itu harus lebih membahagia dan menyeronokkan berbanding ketika dia bersendirian. Jika hidup berdua lebih menjamin itu, barulah dia sanggup menggadaikan kehidupan bersendiriannya.

Seterusnya, Templar merumuskan, untuk beroleh bahagia seseorang itu perlu belajar untuk merasa bahagia dan gembira dengan dirinya sendiri, tanpa campur tangan pihak lain. Dengan itu, barulah seseorang itu dapat mengatasi dan menghadapi rasa takut apabila tiba saatnya dia ditinggalkan berseorangan.

SITUASI BERBEZA
Kisah dan rumusan dari Templar itu amat menguja dan membantu. Saya sebenarnya pernah menerima satu emel dari seorang wanita yang menghadapi situasi berbeza dari kisah wanita di atas. Saya petik sebahagian isi emel dengan sedikit pengubahsuaian ayat tanpa mengubah maksud asal pengirimnya. Beliau menulis :

Dan ketika ini saya baru membaca artikel kakak bertajuk SELAMA HAYAT INI. Saya masih tidak faham kenapa seseorang perlu berkahwin.

Jujurnya, dari umur 13 tahun, saya telah membuat keputusan untuk tidak /mahu berkhwin. Tahun ini saya sudah berusia 25 tahun, dan orang yangg paling tidak senang duduk ialah ibu saya.

Saya masih tidak percaya dengan sebuah ‘perhubungan’( relationship ).

Saya ada bertanya kawan-kawan, kenapa mereka ingin sangat berkahwin? Kebanyakan jawapan yang saya dapat, kerana mahukan anak. Dan saya bagai tak percaya, apa? Sekadar itu? Kemudian, setelah itu, apa pula ?

Berpandukan ayat-ayat yang kakak nyatakan pada artikel tersebut, saya masih juga tidak mengerti,

WHY we need to get marry?

Dua kisah berbeza dari dua wanita muda. Yang pertama tidak boleh hidup sendiri dan sentiasa cuba untuk memiliki seseorang bagi mencurahkan kasih mesra, manakala yang kedua pula merasa cukup dengan bersendiri, tidak memerlukan seseorang untuk didampingi.

Seorang percaya bahawa bahagia hanya apabila ada seseorang untuk berkongsi suka duka, manakala seorang lagi tidak percaya bahagia hanya bila ada perhubungan dan cinta.

Saya cuba memahami erti bahagia dari perspektif kedua-duanya, dan di sinilah saya menemukan dua titik penting yang dapat saya ketengahkan dari kisah wanita di atas dan rumusan yang dibuat oleh penulis untuk membantu menjawab persoalan dari emel yang saya terima.

APAKAH ITU BAHAGIA?
Berapa ramai manusia hari ini yang kelihatan bahagia, namun realitinya mereka masih mencari-cari kebahagiaan yang hakiki.

Mereka mengandaikan kebahagiaan boleh diperolehi dengan menikahi wanita kerana parasnya yang cantik rupawan atau jejaka dek wajah yang tampan, atau kerana harta yang melimpah ruah, keturunan yang baik-baik, yang punya pendidikan tinggi, bekerjaya cemerlang dan seumpamanya, namun setelah bergelar suami isteri, terasa masih ada kekurangan.

Berapa ramai pula yang mengandaikan kebahagiaan akan terbit dari kehadiran anak yang ramai. Anak-anak yang sewaktu kecilnya, mulus, comel, bijak dan menghiburkan. Akan tetapi, setelah dewasa, dengan pelbagai masalah yang melanda, rasa bahagia semakin hilang dan sirna.

Ketika itu, mereka bagaikan tersedar, kecantikan dan ketampanan pasangan bukan lagi kebahagiaan. Harta yang melimpah bagaikan tiada gunanya, keturunan yang baik, pangkat dan kerjaya, pun tidak menjamin rasa gembira. Dan ketika itu juga, mereka bagaikan tersedar, anak-anak yang ramai tidak semestinya boleh menjadi punca tenang dan damai.

Semua itu tidak mencerminkan kebahagiaan !

Jiwa mulai runsing, resah dan gelisah. Duduk tak senang, berdiri tak tenang, makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena. Pendek kata serba serbi rasa tak kena.

ERTI BAHAGIA
Justeru itu, saya agak bersetuju dengan rumusan dari Templar tentang bahagia. Penilaiannya itu walau tidak sepenuhnya bertepatan dengan nilai agama, namun ia boleh diubahsuai bagi memenuhi kehendak dan ‘ruh’ dari didikan Islam, bahawa untuk mencapai kebahagiaan di dalam hidup, seseorang itu perlu terlebih dahulu bahagia dengan dirinya.

Namun, perlu diingat, bahagia dengan diri bukan bermakna keseronokan dan kegembiraan dikelilingi perkara-perkara berbentuk material dan kebendaan, akan tetapi bahagia dengan diri ialah tenang dan bahagia yang lahir dari rasa ‘bertuhan’.

Inilah peraturan cinta Islami.

Bahagia atas setiap perintah Allah. Gembira dengan menjauhi semua larangan-Nya. Baik susah atau senang, tawa atau tangis hiba, ketenangan dan kebahagiaan itu sentiasa mengiringi kerana keyakinan dan kefahamannya bahawa dirinya ‘ada’ DIA Yang Maha Mengasihi, Maha Mendengar, Maha Melihat dan Maha segala-galanya untuk dia mengadu untung nasib diri.

Firman Allah SWT :

الَّذِينَ آمَنُواْ وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللّهِ أَلاَ بِذِكْرِ اللّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

Maksudnya : “(Iaitu ) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenang.” ( Surah Ar Ra’du ayat 28 )

Inilah manfaat yang paling agung. Mentaati Allah SWT dengan melakukan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan. Mengenali Pencipta yang setiap perbuatan-Nya amat berbeza dari makhluk yang ada. Memahami setiap kebaikan dan keburukan yang diberi-Nya adalah ujian keimanan. Menginsafi betapa hikmah yang tersurat dan tersirat dari segala yang berlaku dalam hidupnya adalah di dalam pengetahuan dan kehendak Tuhan. Semua ini menjadi pendorong dan motivasi untuk dia tampil tenang. Inilah ‘rasa’ kebahagiaan yang berkekalan.

Ringkasnya, ketenangan dan kebahagiaan yang diperolehi adalah hasil dari ingatan yang berterusan kepada Allah ar Rahman.

BERKAHWIN UNTUK BERKONGSI
Jika dari kisah wanita pertama, setelah menemui rasa bahagia dengan bersendirian, dia menolak hidup berpasangan, maka di dalam Islam, perkara sebaliknya pula yang dianjurkan.

Berkahwinlah untuk berkongsi kebahagiaan.

Tujuan dari perkahwinan di dalam Islam, bukan semata-mata untuk menghalalkan kasih cinta si Uda dan Dara, atau untuk beroleh cahaya mata dan zuriat penyambung warisan keluarga. Tetapi lebih dari itu ia adalah manifestasi kesyukuran yang terbit dari kebahagiaan dan ketenangan diri untuk sama-sama dinikmati oleh orang lain sebagai menyahut seruan Allah dan Rasul yang dicintai.

Berkahwin demi mengambil manfaat dari janji Allah SWT bahawa sakinah, mawaddah dan rahmah, semua itu tersedia di dalam sebuah ikatan yang sah.

Firman-Nya :

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Maksudnya : “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir.” ( Surah ar Rum ayat 21 )

Berkahwin juga sebagai mengikut satu jalan ( sunnah ) dari jalan-jalan yang dianjurkan oleh Rasul-Nya sebagaimana sabda Baginda yang bermaksud :

“Daripada Anas r.a, katanya telah bersabda nabi S.A.W bahawa perkahwinan adalah sunnahku, sesiapa yang membenci sunnahku, maka dia bukan dari golonganku.”

Bila peraturan ini difahami sebaiknya, maka seorang wanita yang bahagia akan menjadi isteri yang membahagiakan suami dan anak-anaknya. Begitu juga, seorang lelaki yang bahagia, akan melebarkan kebahagiaan itu kepada isteri dan cahaya hatinya.

Keluarga yang bahagia melahirkan masyarakat yang bahagia. Masyarakat yang bahagia mewujudkan sebuah negara yang bahagia. Bahagia bernaungkan rahmat dan berkat dari Tuhan Yang Maha Esa.

Alangkah besar kesan yang lahir dari individu yang bahagia dengan dirinya! Maha Suci-Mu, Ya Allah !

BAHAGIAKAN DIRIMU…
Akhirnya, insafilah, bahawa insan yang disayangi, baik pasangan ( suami atau isteri ), anak-anak, saudara mara dan sahabat handai, bukanlah punca dan sumber bahagia. Mereka hanya lah satu juzuk dari kebahagiaan di dunia.

Being alone is great, but being with them is even better!

Begitu juga harta, pangkat dan kesenangan yang ada. Ambillah manfaat yang tersedia darinya tanpa melupakan akhirat yang lebih kekal di sana, sebagaimana Allah SWT berfirman :

وَابْتَغِ فِيمَا آتَاكَ اللَّهُ الدَّارَ الْآخِرَةَ وَلَا تَنسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا وَأَحْسِن كَمَا أَحْسَنَ اللَّهُ إِلَيْكَ وَلَا تَبْغِ الْفَسَادَ فِي الْأَرْضِ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ

Maksudnya : “Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan.” ( Surah Al-Qashas ayat 77 )

Ingatlah dua perkara ini : 1) Bahagiakan dirimu dan 2) Berkongsilah rasa bahagia itu.

InsyaAllah, kebahagiaan dan ketenangan akan sentiasa memayungi, kerana bahagia sebenar adalah dari ‘jiwa kehambaan’ yang sejati.

Hidup bahagia bersama-Nya, walau tanpa atau bersama mereka yang tercinta.

Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.

Jumpa lagi, InsyaAllah.

Noraslina Jusin


Tanda Istikharah Untuk Kahwin & Persoalan


Perlu difahami bahawa tanda istikharah lelaki A (sebagai contoh) berkemungkinan menunjukkan wanita B adalah sesuai dan baik untuknya. Namun istikharah wanita B, menunjukkan lelaki A tidak sesuai untuknya. Ia kerap dan boleh berlaku. Justeru, jangan merasa pelik, jika anda mendapat tanda yang baik, tetapi bakal pasangan anda mendapat tanda sebaliknya, kesimpulan jika mendapat tanda sedemikian adalah, anda berdua tidak sesuai.

Soalan

Salam ustaz. Dulu saya pernah berkawan dengan seorang lelaki dan akhirnya putus, walaubagaimanapun, lelaki tersebut tidak berpuas hati dan mengatakan dia telah melakukan istikharah dan dia pasti saya adalah teman hidupnya dan mengatakan sekiranya saya berkahwin saya mungkin akan bercerai atau suami saya akan mati dan akhirnya saya tetap berkahwin dengan dia (adakah lelaki ini berdosa cakap macam tu).

Saya agak risau pada mulanya kerana bila saya istikharah saya tak nampak apa-apa (mungkin tidak khusy' atau tak tau laa) sehingga saya jadi ragu-ragu.

Sekarang saya telah berkahwin dengan lelaki lain (suami saya sekarang) dan saya berharap hubungan kami berkekalan hingga akhir hayat.

Minta pandangan ustaz, adakah lelaki itu "jahat" kerana menggunakan alasan istikharah untuk memaksa orang mengahwininya.

- melalui ruangan komentar-

JAWAPAN UZAR


1) Perlu fahami konsep istikharah terlebih dahulu. Boleh baca juga jawapan saya berkenaan istikharah di sini (http://www.zaharuddin.net/content/view/103/95/) . Antara yang perlu difahami adalah, bagi mendapat tanda yang benar, setiap individu yang ingin melakukan istikharah ini mestilah membersihkan niat dan hatinya dari sebarang pilihannya SEBELUM melakukan istikharah. Mestilah juga benar-benar berniat bahawa ia akan menerima apa sahaja pilihan yang akan didapatinya dari istikharah tadi. Demikian pendapat majoriti ulama.

Ringkasnya, dalam sebuah hadis sohih menyebut :-

كان رسول اللَّهِ يُعَلِّمُنَا الِاسْتِخَارَةَ في الْأُمُورِ كما يُعَلِّمُنَا السُّورَةَ من الْقُرْآنِ يقول إذا هَمَّ أحدكم بِالْأَمْرِ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ من غَيْرِ الْفَرِيضَةِ ثُمَّ لِيَقُلْ اللهم إني أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ وَأَسْأَلُكَ من فَضْلِكَ الْعَظِيمِ فَإِنَّكَ تَقْدِرُ ولا أَقْدِرُ وَتَعْلَمُ ولا أَعْلَمُ وَأَنْتَ عَلَّامُ الْغُيُوبِ اللهم إن كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هذا الْأَمْرَ خَيْرٌ لي في دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أو قال عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ فَاقْدُرْهُ لي وَيَسِّرْهُ لي ثُمَّ بَارِكْ لي فيه وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هذا الْأَمْرَ شَرٌّ لي في دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أو قال في عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عنه وَاقْدُرْ لي الْخَيْرَ حَيْثُ كان ثُمَّ أَرْضِنِي به قال وَيُسَمِّي حَاجَتَهُ

Ertinya : Adalah Rasulullah s.a.w mengajar kami melakukan istikharah (meminta petunjuk) sama sepertimana mengajar kami surah-surah Al-Quran. Apabila seseorang kamu mempunyai sesuatu hajat hendaklah dia solat solat dua raka'at dan kemudian berdoa ( dengan doa yang diwarnakan merah di atas)" ( Riwayat Al-Bukhari, no 1109, 1/391)

2) Ugutan si lelaki adalah salah dan mendedahkan kelemahannya. Ia juga tergolong dalam hal yang ditegah oleh Islam. Dimana Islam menegah umatnya untuk menakutkan dan mengugut yang lain.

Dalam sebuah hadis menyatakan :

كَانُوا يَسِيرُونَ مع النبي فَنَامَ رَجُلٌ منهم فَانْطَلَقَ بَعْضُهُمْ إلى حَبْلٍ معه فَأَخَذَهُ فَفَزِعَ فقال رسول اللَّهِ لَا يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يُرَوِّعَ مُسْلِمًا

Ertinya : Para sahabat Nabi berjalan (jauh) bersama Nabi saw, lalu seorang dari mereka tidur, sebahagian mereka mula mengambil tali (lalu mengikatnya) dan mengejutkannya (menakutkannya), baginda mendengarnya lalu berkata : "Tidak halal seorang Muslim untuk menakutkan seorang Muslim yang lain" (terjemahan berdasarkan huraian kitab Mirqat Al-Mafatih, 7/103)

Di dalam kitab 'Aunul Ma'bud syarah Sunan Abu Daud, dalam menghuraikan hadis di atas mengatakan tidak halal seseorang mempermainkan rakan yang lain samada dengan niat gurauan, menakutkan dan lain-lain. Al-Munziri pula tidak memberikan sebarang komen tentang taraf hadis ini ('Aunul Ma'bud, 13/236)

Kesimpulannya, perkataan-perkataan yag digunakan oleh lelaki tadi pada hemat saya adalah tergolong dalam kategori ini. Selain itu, ia juga salah kerana berbentuk ramalan berdasarkan tanda istikharahnya semata-mata, malah tanda ini juga mungkin boleh disilapfahamkan jika hati sudah berat sebelah.

3) Ye semoga rumahtangga anda bahagia dan jangan terpengaruh dengan ‘ugutan' tidak langsung lelaki tersebut.

4) Perlu difahami bahawa tanda istikharah lelaki A (sebagai contoh) berkemungkinan menunjukkan wanita B adalah sesuai dan baik untuknya. Namun istikharah wanita B, menunjukkan lelaki A tidak sesuai untuknya. Ia kerap dan boleh berlaku. Justeru, jangan merasa pelik, jika anda mendapat tanda yang baik, tetapi bakal pasangan anda mendapat tanda sebaliknya, kesimpulan jika mendapat tanda sedemikian adalah, anda berdua tidak sesuai.

Akhirnya

Dinasihatkan dalam sebuah athar :

ما خاب من استخار ولا ندم من استشار

Ertinya : Tidaklah rugi sesiapa yang beristikharah ( meminta petunjuk) dan tidak menyesal mereka yang bermesyuarat ( Al-Awsat, At-Tabrani, 6/365)

Ibn Taimiyah ketika menghuraikan athar di atas menyatakan

ما ندم من استخار الخالق، وشاور المخلوقين، فقد قال تعالي: وَشَاوِرْهُمْ فِي الأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ

Ertinya : Tidak menyesal barangsiapa yang beristikharah kepada penciptanya ( Allah), dan bermesyuarat ( meminta pendapat) dari makhluk ( rakan-rakan dan mereka yang berpengalaman), dan Allah telah berfirman ertinya : Dan dalam urusan mereka itu mereka bermesyuaarat, dan apabil akmu telah berusaha, bertawakkal ( berserah) kepada Allah swt"

Justeru, amat elok untuk mengabungkan istikharah dengan berbincang dengan mereka yang lebih berpengalaman, pendapat mereka yang berpengalaman itu sebenarnya adalah salah satu dari tanda istikharah. Seorang ulama salaf berkata :-

من حق العاقل أن يضيف إلى رأيه آراء العلماء، ويجمع إلى عقله عقول الحكماء، فالرأي الفذّ ربما زلّ، والعقل الفرد ربما ضلّ

Ertinya : dari hak seorang yang beraqal lagi bijak itu adalah menambahkan nilai pendapatnya dengan pendapat para ulama, sehingga bergabung pendapatnya dengan aqal (minda) para ahli cerdik pandai, maka pendapat secara berseorangan berkemungkinan tergelincir, dan minda berseorangan mungkin akan tersesat" ( Al-Madkhal, 4/41)

Sekian,

Zaharuddin Abd Rahman


Mengapa Perlu Sangka Buruk?


Hidup kita tidak lekang dari disangka buruk dan menyangka buruk. Jika diri terlibat, kunci menanganinya adalah beristighfar dan taubat. Nabi s.a.w bersabda :-

كُلُّ بن آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ

Ertinya : "Setiap anak Adam itu ada kesilapan ( dosa) dan orang berdosa yang terbaik adalah mereka yang bertaubat" (Riwayat At-Tirmidzi, no 2499, 4/659)

Sangka buruk ini sering berkait rapat dengan rasa hasad, dengki atau cemburu. Ia amat-amat sukar dibuang namun wajiblah ia dimasukkan dalam senarai utama yang perlu kita usaha hindarinya sedaya upaya. Saya sendiri tidak bebas darinya. Namun atas dasar nasihat menasihati saya tuliskan artikel ini agar kita sama-sama mampu berusaha menjauhinya agar kehidupan kita akan lebih diredhai oleh Allah.

Ia bertepatan dengan apa yang disebut di dalam sebuah hadis

ثلاث لازمات لأمتي : الطيرة ، والحسد ، وسوء الظن " . فقال رجل : ما يذهبهن يا رسول الله ! ممن هو فيه ؟ قال : " إذا حسدت فاستغفر الله ، وإذا ظننت فلا تحقق ، وإذا تطيرت فامضه

Ertinya : Tiga perkara lazim yang sukar dibuang oleh umatku : mengganggap sial, hasad dengki dan bersangka buruk" lalu seorang lelaki bertanya : "apakah yang boleh menghilangkannya wahai Rasulullah ?"

Jawab Nabi : Jika kamu datang perasaan hasad dengki beristighfar lah kamu kepada Allah, apabila kamu bersangka buruk, janganlah kamu membenarkan sangkaan itu, dan apabila kamu menganggap sial belaku, abaikan dan jangan endahkannya" ( At-Tabrani, no 3227, 3/228 ; Al-Haithami : Dhoif kerana perawi bernama Ismail Bin Qais)

Terdapat sebuah lagi hadis yang mempunyai erti yang sama dengannya iaitu :-

ثلاثة لا يسلم منهن أحد : الطيرة ، والظن ، والحسد ، فإذا تطيرت فلا ترجع ، وإذا حسدت فلا تبغ ، وإذا ظننت فلا تحقق

Ertinya : Tiga perkara yang tidak seorang Muslim pun dapat melepaskan diri darinya; sial menyial, sangka buruk, hasad dengki; maka apabila kamu berasa ada sial, jangan kamu pulang dan mengendahkannya, bila kamu hasad, jangan melampau (hingga bertindak) , dan bila kamu bersangka jangan kamu membenarkannya" ( Musannaf Abd Razzak : Ibn Hajar : hadis mursal, Albani : Dhoif)

Al-Qaradawi menerangkan maksud jangan kamu membenarkan sangkaan buruk itu adalah dengan tidak berubahnya sikap dan pandangan kamu terhadap orang yang disangka buruk itu. Jika itu tidak dikawal, bermakna kamu sudah membenarkannya

SANGKA BURUK YANG HARUS

Tidak dinafikan ada beberapa jenis sangka buruk yang diperlukan demi keselamatan diri. Ia juga dinamakan berhati-hati atau ‘hazar'. Mudahnya, seperti pemandu kereta dikehendaki ‘bersangka buruk' apabila melihat sebuah bas dan teksi di depan mereka akan bersangka buruk ada kemungkinan kenderaan itu berhenti mengejut kerana ingin mengambil penumpang atau menurunkan penumpang. Ia jelas sangka buruk yang tidak berdosa.

Demikian juga dalam proses majikan ingin mengambil kakitangan baru. Biasanya pihak majikan akan membuat survey rambang dengan menghubungi beberapa orang yang yang mengenali calon, bagi mendapatkan pandangan mereka berkenaan kemampuan dan lain-lain informasi berguna berkaitan calon. Saya masih ingat, saya pernah menerima Curriculum Vitae (CV) sewaktu bertugas di institusi kewangan dahulu, CV calon ini cukup menarik sekali.

Namun mengikut prosedur, sebelum pihak kami memanggil interview, saya perlu menghubungi seseorang yang diyakini mengenali si calon untuk mendapatkan komen beliau, akhirnya kami tidak jadi memanggilnya interview kerana rupanya calon tersebut mempunyai masalah mental. Kami daptkan komen beberapa orang lagi demi memastikan info yang diberi benar serta tidak berniat jahat. Namun info yang sam a diperolehi.

SANGKA BURUK YANG HARAM

Sangka buruk jenis haram dan berdosa ini biasanya didasari oleh perasaan cemburu, hasad, dengki dan berniat ingin menjatuhkan individu yang dijadikan sasarannya.

Sangka buruk jenis ini juga hakikatnya lahir dari jiwa dan minda seseorang yang kotor. Ia adalah refleski dirinya yang kerap bergelumang dengan kejahatan dan dosa. Atau dari jiwa yang tiada ikhlas dalam membuat sesuatu perkara.

Justeru, dalam mindanya kerap tergambar mustahil ada seseorang boleh berbuat atau bercakap baik kecuali mesti ada helah, agenda kepentingan diri dan muslihat di sebalik. Ia berfikiran demikian kerana demikianlah dirinya. Ia melihat orang lain sepertinya.

JENIS PERTAMA : KERANA ALIRAN POLITIK

Sangka buruk jenis pertama ini didasari oleh permusuhan politik kepartian. Sangka buruk ini juga sangat popular di masa ini terutamanya di zaman isu politik sentiasa hangat.

Memang benar, setiap orang politik kerap mempunyai agenda disebalik segala tindakannya, biasanya adalah untuk kepentingan masa depan politiknya. Namun tidak wajar dinafikan ada antara mereka yang benar-benar berniat membantu dalam sesuatu tindakannya.

Hasilnya, apabila ada saja seorang ahli politik PAS melakukan satu tindakan yang patut dipuji pada zahirnya, akan wujud sebahagian kumpulan dalam UMNO yang mentakwil apa yang tersirat dan tujuan sebenar dari setiap tindakan baik yang dibuat, sehinggalah ia AKAN dilihat jahat dan tidak layak mendapat pujian, penghargaan dan terima kasih.

Demikian juga sebaliknya, apa sahaja tindakan politik yang baik dibuat oleh pemimpin UMNO, akan sentiasa dilihat jahat oleh sebahagian pihak pembangkang. Saya tidak kata semua, namun saya kata ada sebahagian mereka.

Sebagai contoh apabila kerajaan Pak Lah mengumumkan pembayaran Ex-Gratia kepada bekas-bekas hakim yang terlibat dalam kes 20 tahun lepas, maka ada yang tetap tidak mahu menghargai tindakan itu lantas berkata :-

"Mengapa baru sekarang? Nampak sangat ia dibuat dengan agenda tertentu"

Individu dalam kategori ini biasanya akan merasakan diri mereka bijak, sukar diperdaya serta mampu melihat dari dimensi yang luar biasa (kononnya).

Namun jika ada pimpinan mereka atau rakan mereka yang melakukan kesilapan yang terang-terang tersalah dan tidak boleh ditakwil lagi, mereka akan bersangka baik pula demi membela segala tindakan tersebut atas dasar maslahat katanya. Bagus, ia memang satu sifat yang baik, tetapi boleh menjadi buruk jika tidak betul cara kendaliannya.

Keadaan ini amat membimbangkan kerana ia seolah-olah menjadikan sangka buruk sebagai satu keperluan politik. Tatkala itu, dosa menjadi mainan diri. Sangka baik pula adakalanya digunakan bukan pada tempat yang sepatutnya sehingga menjadikan diri taksub kepada team mereka.

JENIS KEDUA : KERANA ALIRAN PEMIKIRAN DAN ANUTAN

Kali ini ia didasari oleh aliran pemikiran pula. Manusia tidak boleh lari dari perbezaan aliran pemikiran. Tidak perlulah dikesali hal ini kerana ia satu hal yang normal. Namun yang dikesali adalah permusuhan dahsyat antara satu kumpulan dengan yang lain.

Sebagai contohnya aliran Salafi, Wahabi, Khalafi, Pondok, Sufi, Syiah Malaysia, Hizb Tahrir, Ahbash, Liberal, Hadari dan lain-lain. Masing-masing kelihatan suka kalau pihak yang lain dibenci sehabis mungkin, malah mungkin wujud mereka yang akan sujud syukur jika pimpinan kumpulan sebelah sana meninggal dunia.

Tatkala itu sangka buruk sentiasa menjadi idaman dan ruh perjuangan masing-masing. Jika ada sahaja tindakan yang baik dilakukan oleh pimpinan atau ahli aliran yang bertentangan dengan mereka. Akan ditakwilkan sejahatnya.

Sebagai contoh yang saya kira paling nyata adalah apa yang berlaku kepada Mufti Perlis. Tiba-tiba Mufti Perlis semakin berterus terang mengkritik beberapa dasar kerajaan yang kurang tepat sebagai contohnya ISA. Akhirnya, pelbagai sangka buruk timbul antaranya,

*
Kononnya ia bersifat demikian hanya selepas pilihanraya 8 Mac, iaitu setelah dilihat kerajaan lemah dan pakatan rakyat kuat, lalu barulah dia bersuara untuk ‘membodek' kerajaan pakatan rakyat untuk melantiknya pula.
*
Kononnya beliau berani kerana ingin memenangi hati pemimpin pakatan rakyat kerana tempoh sebagai mufti di Perlis sudah di penghujung.
*
"Mengapa sekarang baru nak kritik, mengapa tidak dari dulu lagi, nampak sangat ada udang di sebalik batu.?!!" Tempelak mereka.

Dan macam-macam lagi.

Saya kerap dengar komen "mengapa baru sekarang!!?" sebagai hujjah untuk membidas segala kebaikan orang lain. Wajarkah komen sebegini?

Saya dan rakan-rakan pembaca juga tentu ada penglaman masing-masing dalam hal ini.

Bila saya sebut masalah hukum di dalam ASB, syubhat dan keraguan aqad dalam MLM, pelaburan haram cepat kaya.. muncul orang marah lalu berkata:-

"Mengapa baru sekarang ustaz sibuk-sibuk, mengapa tak beritahu awal-awal dulu, ni kami dah join lama dan untung ribu-ribu baru nak sibuk kata haram, jangan dengki la ustaz. Mesti sebab ustaz ni ada join skim lain dan sekarang dah rugi kot" Katanya.

Saya menjadi pelik pula. Apa yang perlu dipertikaikan dengan sekarang atau dulu, bukankah kekuatan, hidayah, ilmu dan kemampuan itu baru tiba kini dan bukan dahulu. Justeru apa yang perlu dipertikaikan.?

Bersyukur sahajalah jika ia membawa kebaikan. Sama juga dengan keadaan kesihatan, dulu sihat, sekarang sakit, dulu kanak-kanak sekarang dewasa dan lain-lain. Jadi apakah wajar kita beteriak memarahi virus yang menghinggapi kita lalu berkata

"hei virus, mengapa sekarang mahu kacau, mengapa tidak dulu!!. Lucu juga memikirkannya.

Jawapan mengapa sekarang itu mudah saja, mungkin dahulu belum cukup kajian dan ilmu, sekarang sudah..kerana itu baru bersuara sekarang.

Mungkin dahulu ada gangguan, sekarang sudah berjaya diketepikan lalu kerana itu baru bersuara sekarang.

Dulu, mungkin belum terperasan kesilapan itu, sekarang baru sedar, kerana itu baru tegur.

Justeru, mengapa masih ada juga ingin sangka buruk dalam hal seperti ini?.

JENIS KETIGA : PERTIKAI KEBAIKAN & KEIKHLASAN ORANG LAIN

Jenis yang ketiga adalah hasil dari kesemua jenis di atas. Akibat sudah mendarah dagingnya perangai dan tabiat itu menyebabkan kehidupan seharian akan dipenuhi dengan sangka buruk dosa ini.

Saya masih ingat di waktu heboh isu pelaburan internet skim cepat kaya dahulu (Ketika itu, Majlis Fatwa Kebangsaan masih belum memfatwakan haramnya skim ini). Ada individu menghantar link satu forum kepada saya, forum itu membicarakan artikel saya yang menyebut hukum skim haram.

Tiba-tiba mucul seorang former yang berkata :"puas aku fikir dan cari di web zaharuddin ini, apakah niat sebenar si zaharuddin ini sibuk-sibuk menulis isu ini dan menyusahkan kitorang, apa yang dia hendak sebenarnya?"

"akhirnya aku jumpa, rupanya dia nak jual vcd dia!!, hem tak respeklah aku ust nak jual barang dia ni"

Begitulah lebih kurang ayatnya, demikian dahsyatnya manusia di zaman ini. Otak dan mindanya sentiasa memikirkan kejahatan dan muslihat di sebalik segala jenis kebaikan, baginya mustahil ada orang sanggup bersusah payah tanpa ganjaran dan agenda DUNIA.

Ini bolehlah saya kelaskan sebagai kumpulan orang sangka buruk jenis ketiga yang wujud di dalam masyarakat kita.

Sebagai contoh lain.

Ada yang menghantar sms dan email bertanya sambil bersangka buruk berkenaan orang di sekitarnya:-

a- "Ustaz ada dengar tak slot Dr ..xxxxx pengasas ayam organik di radio ikim. Cara cakapnya macam dia sorang yang halal, dan semua yang tanda halal JAKIM tidak boleh pakai. Apa pandangan ustaz tentang dakwaan Dr ini dan perjuangannya memartabatkan makanan yang betul-betul halal kononnya tu?.. boleh caya ke. Nampak macam nak perkayakan diri sendiri jer"

b- "Ustaz ni dah buat tebiat apa? Dalam banyak-banyak urusan umat yang begitu kritikal, sempat pula dia menulis buku cinta(n)!", simpul seorang pemerhati jarak jauh. (petikan dari web saifulislam.com)

c- "eleh ustaz-ustaz TV ni, hanya layak mendapat gelaran ‘pelawak' dari penceramah, asyik buat lawak aja. Depa ni sebenarnya sedang jual agamanya untuk popular di televisyen"

d- "Saya benci dengan ustaz yang tak jelas parti apa ni, bagi saya mereka ni munafiq dan hanya pentingkan perut mereka saja, kerana itu tidak berani berterus terang"

e- "Kecewa dengan ustaz. Mengapa ustaz tak aktif lagi dalam perjuangan jemaah Islam, ustaz dah futur dan tergelincir dari perjuangan dakwah ke?" Tanya seorang bersangka buruk kepada saya melalui ruang komentar.

f- Seorang isteri dinasihatkan oleh seorang penulis artikel bahawa : "jika suami anda tiba-tiba baik, spoting, romantik, ketahuilah sebenarnya ia ada benda jahat yang sedang disorokkan"

Banyak lagi contoh-contoh yang tidak larat saya kumpulkan, ia cuma beberapa contoh betapa budaya sangka buruk berbaur dengki dan hasad begitu meriah dalam masyarakat kita hari ini. Tidak bolehkah kita bersangka baik terlebih dahulu. Semua punyai peranannya, samada seseorang itu ikhlas atau tidak, itu bukan urusan kita untuk bersangka buruuk mereka tidak ikhlas atau punyai agenda lain.

Ada tersirat ke?

Malah jika mereka memang punyai agenda tetapi agenda yang halal, maka TIADA salahnya. Selagi mana zahir tindakan mereka tadi adalah baik SERTA menghasilkan kesan yang baik kepada masyarakat umum. Kita wajar bersangka baik dan menyokongnya tanpa perlu menghentam sambil menambah dosa dan menyubur kebencian di hati.

Allah swt mengingatkan :-

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ

Ertinya : Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak tergelincir ke dalam sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa..." [Surah al-Hujurat, ayat 12]

Imam Fakhruddin Ar-Razi menghuraikan :

الظن ينبغي بعد اجتهاد تام ووثوق بالغ

Ertinya : "Sangkaan ini mestilah disokong oleh ijtihad ( usaha bersungguh memastikan kebenarannya, dan penyelidikan yang dalam" ( Tafsir Ar-Razi, 28/115 )

Justeru, dalam hal mencari keikhlasan seseorang dalam sesuatu teguran dan usaha baikknya, Islam tidak menyuruh kita menyelidik hati seseorang. Hanya hal berkaitan zahir seperti jenayah, kesalahan fizikal dan yang sepertinya sahaja memerlukan penyelidikan yang disebutkan oleh imam Ar-Razi tadi.

Namun begitu, kepada para pendakwah, teruskan usaha anda dengan cara anda yang tersendiri.

Jangan dipedulikan hasad dan sangka buruk manusia lain yang berhati busuk. Malah Nabi s.a.w sendiri juga pernah terkena sangka buruk seorang lelaki sebagaimana dicatatkan dalam hadis sohih berikut :-
قال فَقَامَ رَجُلٌ غَائِرُ الْعَيْنَيْنِ مُشْرِفُ الْوَجْنَتَيْنِ نَاشِزُ الْجَبْهَةِ كَثُّ اللِّحْيَةِ مَحْلُوقُ الرَّأْسِ مُشَمَّرُ الْإِزَارِ فقال يا رَسُولَ اللَّهِ اتَّقِ اللَّهَ قال وَيْلَكَ أو لست أَحَقَّ أَهْلِ الأرض أَنْ يَتَّقِيَ اللَّهَ قال ثُمَّ وَلَّى الرَّجُلُ قال خَالِدُ بن الْوَلِيدِ يا رَسُولَ اللَّهِ ألا أَضْرِبُ عُنُقَهُ قال لَا لَعَلَّهُ أَنْ يَكُونَ يُصَلِّي فقال خَالِدٌ وَكَمْ من مُصَلٍّ يقول بِلِسَانِهِ ما ليس في قَلْبِهِ قال رسول اللَّهِ إني لم أُومَرْ أَنْ أَنْقُبَ قُلُوبِ الناس ولا أَشُقَّ بُطُونَهُمْ

Ertinya : Berdiri seorang lelaki yang matanya ke dalam, lebat janggutnya, kepalanya tercukur lalu berkata :

"Wahai Rasulullah bersikap takutlah kepada Allah" ( Sebagai tanda tidak puas hati terhadap pembahagian yang dilakukan oleh Nabi),

Baginda menjawab : "Bukankah aku sepatutnya ( sebagai Rasulullah ) orang yang paling takut kepada Allah."

Lelaki itu terus beredar dan Khalid Ibn Walid berkata

"Adakah perlu aku memenggal kepalanya (kerana tidak taat kepada pembahagian yang dilakukan oleh Nabi dan seolah-olah telah murtad) :

Baginda menjawab : "Tidak, mungkin ia orang yang masih menunaikan solat".

Khalid berkata : "Berapa ramaikah yang menunaikan solat dan lidahnya berkata seusatu yangtidak sama dengan apa yang di dalam hatinya (merujuk kepada orang munafiq)"

Baginda membalas :-

إني لم أُومَرْ أَنْ أَنْقُبَ قُلُوبِ الناس ولا أَشُقَّ بُطُونَهُمْ

Ertinya : "Aku tidak diperintahkan untuk meninjau hati manusia (menjangkakan niat manusia lain) dan mengorek perut mereka" ( Riwayat Al-Bukhari, no 4094, 4/1581 : Muslim, 2/742 )

Imam An-Nawawi dan Ibn Hajar mentafsirkan kata-kata baginda ini sebagai :-

إنما أمرت أن آخذ بظواهر أمورهم والله يتولى السرائر

Ertinya : Aku hanya diperintahkan untuk mengambil kira luaran urusan mereka sahaja manakala niat dan apa yang terselindung adalah urusannya dengan Allah) (Syarah Sohih Muslim, 7/163; Fath Al-Bari, 8/69 )

KESIMPULANNYA

Akhirnya, jauhilah sangka buruk yang sebahagiannya membawa dosa. Dahulukan sangka baik di kalangan umat Islam selaras dengan arahan Allah.

لَوْلَا إِذْ سَمِعْتُمُوهُ ظَنَّ الْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بِأَنفُسِهِمْ خَيْرًا وَقَالُوا هَذَا إِفْكٌ مُّبِينٌ

Ertinya : Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: ""Ini adalah suatu berita bohong yang nyata. ( An-Nur : 12 )

Banyakkanlah bersangka baik. Sebenarnya masih ada ramai orang baik yang berbuat baik hanya kerana agenda akhirat semata-mata. Janganlah dirasakan dunia ini sudah tiada yang ikhlas kerana Allah. Mulakan dengan diri sendiri lalu anda akan mampu mencari orang sepertinya.

Namun, apa yang menyedihkan mereka yang kerap bersangka buruk kepada kebaikkan ini suka pula bersangka baik kepada penganjur skim-skim cepat kaya yang tumbuh dengan pelbagai nama dan lesen hari ini. Sepatutnya anda perlu bersangka buruk lebih sedikit dengan skim-skim sebegini. Ia dinamakan berhati-hati yang sebenar.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman


Inikah kita di hadapan Allah?


"Ustaz, saya kerap tak khusyu' dalam solat saya, walaupun saya faham ketika solat saya berhadapan dengan Allah SWT"

"Cuba ustaz beri sebab yang paling jelas agar saya dapat faham" Demikian permintaan seorang peserta Kursus Penghayatan Solat kepada saya.

Agak sukar juga untuk memberikan satu jawapan memuaskan, mungkin bagi saya ia sememangnya memuaskan hati, tetapi tidak bagi orang lain. Ini kerana asas ilmu seseroang memainkan peranan penting dalam sebarang jenis kefahaman.

Inilah cabaran dalam menyampaikan risalah Islam, jawapan bagi sesuatu isu itu mungkin ‘straight forward' boleh diperolehi di dalam al-Quran, bagaimanapun cara menyampaikannya perlu dipelbagaikan. Terutamanya Allah SWT menyebut bahawa :

وكان الإنسان أكثر شيئ جدلا

Ertinya : Dan sesungguhnya manusia itu adalah yang paling banyak memperdebatkan ( arahan dan larangan Allah SWT )

Cubaan Saya Menjawab

"Apa pandangan anta jika ada seorang kanak-kanak berumur 1 tahun dibiarkan berada di hujung cerun bangunan 20 tingkat, apa agaknya perasaan kanak-kanak itu?, agaknya dia rasa takut atau tidak berada di situ ?" Tanya saya.

"Sudah tentu dia tak berapa takut ustaz, kita pulak yang takut biasanya" jawabnya dengan yakin.

"Ok, saya nak tanya lagi, apa pula perasaan kanak-kanak tersebut jika dibawa di hadapan seekor harimau yang sedang lapar agaknya?" uji saya lagi.

"sama je ustaz, dia tak endah pun, silap haribulan...mungkin budak tu peluk je harimau tu" sambil ketawa kecil dijawabnya kali ini.

"tepat sekali, bagaimana pula jika anta berada depan harimau yang sama? Takut tak agaknya?"

"mestilah ustaz.." balasnya.

"anta minat durian tak?" saya bertanya.

"uii suka sangat tu, favorite saya" tersengeh pemuda itu, nampak lapar terus dia bila sebut nama durian

"macam mana respond kanak-kanak umur setahun jika letak durian yang tajam kulitnya itu depan mata dia, dia suka macam anta tak?"

"tak la ustaz, mana budak macam tu tahu durian tu sedap..susu je yang dia tahu sedap" jawabnya.

Itulah Jawapan

Itulah jawapan bagi soalan anta tadi, anta tanya saya kenapa anta tak khusyuk dalam solat sedangkan anta tahu sedang berada di hadapan Allah SWT...

"Macam mana tu ustaz" berkerut pemuda ini cuba memahamkan dirinya.

Begini..

Kanak-kanak tadi tidak merasa gerun atau takut berada di hujung cerun bangunan tinggi mahupun di hadapan harimau lapar dan juga tidak bergembira sangat bila diberikan durian yang sedap itu.

Berbanding orang dewasa yang apabila diletakkan di cerun bangunan dan di depan harimau lapar, sudah tentu kita berasa takut dan berlari pecut !. Ini kerana ILMU dan KEYAKINAN kita tentang bahayanya keadaan itu. Malah suasana itu sudah cukup menaikkan hormon Adrenaline kita kita untuk bertindak dengan pantas menjauhkan diri dari suasana bahaya itu.

Berbeza kanak-kanak umur setahun tadi kerana dia masih belum cukup ILMU dan TIADA SEBARANG KEYAKINAN tentang erti bahaya di cerun dan depan harimau, malah dia tiada juga ilmu tentang sedapnya durian itu.

Itulah jawapannya, bila kita mengucapkan di dalam doa iftitah kita

إني وجهتُ وجهي للذي فطر السموات والأرض حنيفاً مسلماً

Ertinya : "Sesungguhnya aku menghadapkan wajahku di hadapan pemilik langit dan bumi dalam keadaan sebagai seorang muslim yang suci"

Tidakkah kita merasai kehebatan dan kebesaran Allah SWT, yang merupakan pemilik langit, bumi dan segala isinya. Tidakkah kita dapat merasakan kerasnya bentuk 'azab yang boleh diturunkan oleh Allah SWT kepada manusia dan lemahnya kita untuk menghadapi sebarang bencana tersebut..tetapi mengapa masih lagi kita tidak khusyu dan hormat serta gerun berada di hadapan Yang Maha Berkuasa seperti ini?

Ia tidak lain, tidak bukan..kerana ilmu umat Islam kini tentang kekuasaan Allah SWT dan keyakinannya terhadap dahsyatnya bentuk azab Allah SWT adalah amat cetek, secetek kanak-kanak berumur 1 tahun tadi.

Justeru, bilakah kita ingin menaikkan ilmu kita ke paras ilmu orang dewasa apabila berhadapan Allah SWT?

Kita kerap bersifat orang dewasa dengan menjaga segala macam pergerakkan, protokol dan segala adab bila berhadapan dengan inidividu berpangkat di dunia. Apakah kerana kita beriILMU dan YAKIN bahawa rezeki kita di pegang oleh orang sebegini?.

Benar, Islam amat menggalakkan menghormati orang lebih tua serta ketua kita. Masalahnya bukan disitu; tetapi ilmu, keyakinan dan hormat kita yang sepatutnya diserlahkan apabila berhadapan dengan Allah SWT kelihatan diserap hebat oleh penghuni dunia dan isinya, sehingga yang berbaki untuk Allah SWT adalah sisa-sisa perasaan hati sahaja.

Padahal, seluruh milik mereka adalah sementara dan semua kita adalah amat amat lemah.

Cita-cita mendewasakan iman dan ilmu terhadap Allah SWT ini tidak akan dapat sama sekali dicapai dengan perangai malas membaca dan menghadiri kuliah agama.

Konsert dan akademi di banjiri, web melalaikan ditumpui tetapi kuliah dijauhi. Inikah inidividu yang mendakwa ingin berada di syurga Allah bersama para Nabi dan menikmati nikmat yang tiada tamanya..

Inikah usaha kita untuk memperolehi nikmat berpanjangan akhirat?.

Inikah kita?

Inikah kita bila berhadapan dengan hukuman larangan Allah dari dosa riba yang maha besar serta seluruh larangan Islam yang lain..masih ingin berdebat walaupun sedar, ia hanyalah untuk menegakkan benang basah dan meneruskan bisnes diri.

Sekian

Ust Zaharuddin Abd Rahman


Bagaimana ingin wujudkan ketenangan dalam rumahtangga


Keadaan ini akan bertambah teruk apabila isteri merasa terpisah dengan kejayaan dan sasaran suami. Sepatutnya sikap suami yang menumpu kepada tugasannya sehingga KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN kepada isteri sama sekali tidak boleh dianggap sebagai ’pentingkan diri sendiri’. Sebaliknya, kejayaan suami adalah juga kejayaan isteri, dan senyap sunyi seorang suami ketika memikirkan ’dunia’ tugas dan kerjayanya, perlu dirasakan seumpama dia memikir dan memberi tumpuan untuk kebahagian isteri dan keluarga.

Selamat Hayat Ini

Oleh Noraslina Jusin

(TULISAN INI ADALAH TULISAN ISTERI SAYA DI BLOG BELIAU, ia boleh dilawati di http://www.ummuhusna99.blogspot.com/)


“Barakallahu lakuma....wabaraka ‘alaikuma..wajama’a bainakuma fikhair..” Meriah berkumandang lagu daripada Maher Zain,mengingatkan saya kepada kemeriahan majlis pernikahan sebelas tahun yang lalu. Kenangan indah penyatuan hati antara saya dan suami.

Masih terbayang saat-saat manis ketika baru bergelar seorang isteri. Bagai terasa kekalutan dan rasa bimbang yang menyelubungi diri bila memikirkan tugas dan peranan seorang suri, sedang dalam masa yang sama tanggungjawab dan amanah sebagai seorang penuntut universiti masih tergalas di bahu ini.

Andai semasa belum berpunya, saya bebas ke sana sini bersama sahabat-sahabat Muslimah mengisi masa dengan kegiatan dan aktiviti kampus, namun setelah bergelar isteri, semua itu kian terbatas dan memerlukan keizinan suami. Dalam banyak keadaan, keakraban bersama teman-teman yang masih bujang tidak lagi seperti dulu. Saya memahami dan mereka mengerti. Saya kini telah dimiliki.

Walaupun perubahan itu telah saya maklumi dan sematkan ke dalam akal dan sanubari, namun melalui detik-detik sebagai pasangan berkahwin ketika masih bergelumang buku-buku dan kuliah agak menekan kehidupan sehari-hari. Syukur, suami banyak memberi dorongan dan kekuatan sehingga peperiksaan akhir berjaya saya lepasi walau dalam letih dan lesu kerana ‘berbadan dua’.

SUATU ANUGERAH

Sesungguhnya perkahwinan dan kehidupan berumah tangga merupakan suatu anugerah dari Yang Maha Esa. Setiap manusia mahu disayangi dan menyayangi, ingin menyintai dan dicintai. Itulah fitrah yang tidak dapat dinafi. Kerana itu, jalan pernikahan menyediakan ruang seluasnya untuk merealisasi apa yang diiimpi.

Di dalamnya ada pertemuan antara dua jiwa, mencipta rasa aman dan tenteram, cinta, sayang dan kasih mesra. Telah ramai yang yang memperolehinya, tidak kurang juga masih ramai yang sedang berusaha untuk mendapatkannya. Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” ( Surah ar Rum ayat 21 )

Dari ayat di atas, dapat difahami bahawa sesebuah pernikahan itu dasarnya adalah ketenangan. Darinya, hubungan yang diharamkan di antara lelaki dan perempuan menjadi halal selepas akad pernikahan. Ia menghubungkan dua keluarga berbeza dengan tali persaudaraan dan persahabatan, terutama kepada suami dan isteri yang baru memasuki mahligai perkahwinan.

Andai ada syurga di dunia, maka rumahtangga yang dihiasi sakinah, mawaddah dan rahmah di itulah syurga dunia. Namun, jika wujud neraka di dunia, maka rumahtangga yang porak peranda dengan berencam masalah di dalamnya itulah neraka dunia. Justeru, untuk menjayakannya, Islam menjelaskan ada hak-hak isteri yang harus dipenuhi oleh suami sebagai suatu bentuk kewajipan dan tanggungjawabnya, dan ada pula hak-hak suami yang harus dipenuhi sebagai kewajipan ke atas isteri. Allah SWT menegaskan hal ini melalui firman-Nya yang bermaksud :

“Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang ma’ruf. akan tetapi para suami, mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana” ( Surah al Baqarah ayat 228 )

MASALAH
“Banyak betul kes cerai, minta cerai dan krisis rumahtangga di Malaysia sekarang ni. Tak henti-henti kita menerima soalan” Pernah suatu ketika suami meluah rasa. Suatu keluhan berbaur kebimbangan. Saya turut berkongsi rasa yang sama terutama bila menerima banyak emel mengenai pelbagai masalah rumahtangga. Dan tidak kurang juga beberapa komen di dalam blog menceritakan perkara yang sama. Saya bersimpati dan cuba memahami gelodak jiwa yang melanda.

Tidak ada sesiapa pun yang bergembira apabila berhadapan dengan konflik di dalam hidupnya. Apatah lagi bagi pasangan suami isteri yang memang sudah berikrar akan sehidup semati, ingin bercinta hingga ke akhir usia dan jauh dari itu mahukan kebahagiaan kekal hingga ke syurga. Akan tetapi, untuk menzahirkan sebuah ikatan yang harmoni, aman dan sejahtera tidak semudah menutup dan membuka mata. Dengan pelbagai perbezaan yang wujud, jika tidak ditangani sebaiknya, boleh saja menjadi punca perbalahan yang menjarakkan keintiman kedua-duanya.

Perbezaan selera makanan, latar belakang pendidikan, cara berfikir, sikap dan kebiasaan, bahkan corak asuhan keluarga saja sudah cukup meledakkan konflik di dalam keluarga.

”Pinggirkan angan-angan dan tanggapan bahawa pasangan suami isteri yang sakinah adalah pasangan yang tidak memiliki masalah, tetapi semaikan keyakinanan bahawa keutuhan ikatan yang terjalin akan dapat diteruskan melalui cara bagaimana pasangan suami isteri tersebut mengupayakan kemampuan dan ruang yang ada sebaiknya untuk mengelola masalah yang terjadi di dalam rumahtangga.”
Begitu nasihat ringkas saya kepada seorang isteri yang meluahkan masalahnya.

TANGANI MASALAH
Cukup kerap didengari keadaan seperti berikut:

”Bagusnya kalau abang macam suami si K tu. Rajin tolong isterinya di rumah. Ini tidak..saya berperang di dapur, abang sedap-sedap duduk di sofa sambil minta minuman,” leter seorang isteri yang kepenatan. Sebaik sampai di rumah, rutin rumahtangga sudah setia menunggu untuk dilaksana. Memasak, membasuh, memandikan anak dan tugas-tugas lain yang turut mengerah tenaga.

Si suami membisu, buat-buat membaca buku. Kerutan pada wajahnya cukup membayangkan fikiran yang terbeban.

”Aku tengah serabut fikir bagaimana nak menyelesaikan masalah kerjaya ini, dia pula bising-bising membingitkan telinga. Bukan cuba nak memahami,” mungkin begitu rungutan dan bisikan si suami.

”Abang...saya bercakap dengan awak ni. Saya pun bekerja juga, nak tambah pendapatan keluarga. Letih, sengal, semua ada..Takkan bantu sikit pun tak boleh,” tambah si isteri semakin geram melihat suami hanya diam.

Suasana di atas mungkin hanya sebahagian kecil krisis yang kerap berlaku di dalam rumahtangga, terlalu banyak lagi yang mungkin tidak termampu untuk dicoretkan semuanya di sini.

Saya pasti, dalam menangani kehidupan yang mencabar pada hari ini, di mana rata-rata pasangan suami isteri bekerja dan memiliki kerjaya, tekanan pastinya akan memberi kesan kepada hubungan kedua-duanya. Isteri yang keletihan setelah penat menjalankan tugas di pejabat mengharapkan bantuan suami untuk melangsaikan tugasan di rumah. Manakala suami, sebagai ketua dan pemimpin keluarga pula, sentiasa berfikir keras bagaimana untuk menjana pendapatan yang lebih buat menampung perbelanjaan rumahtangga.

”ACT LIKE A LADY, THINK LIKE A MAN”

Demikian tajuk sebuah buku hadiah dari suami sewaktu kepulangannya ke Malaysia baru-baru ini. Buku ini dibeli oleh beliau ketika transit beberapa jam di Dubai.

Sememangnya antara lelaki dan perempuan, ada perbezaan yang ketara di antara kedua-duanya. Lelaki kelihatannya lebih ’simple’ berbanding wanita yang lebih teliti dalam banyak perkara.

Saya tertarik kepada suatu ’pengakuan’ oleh penulis buku tersebut, Steve Harvey. Beliau menjelaskan secara santai dan agak humor mengenai cinta, hubungan, intimasi dan komitmen seorang lelaki di dalam kehidupan. Bagaimana dengan memahami corak dan pola fikir seorang lelaki akan banyak membantu wanita menangani permasalahan yang timbul di dalam perhubungan mereka.

Menurut Steve, lelaki akan sentiasa dipacu oleh tiga perkara penting di dalam hidupnya, iaitu :

1) Siapa mereka ( who they are )
2) Apa yang mereka lakukan ( what they do )
3) Berapa banyak yang mereka capai ( how much they make )

Walau siapa pun seseorang lelaki itu, dia akan sentiasa dibayangi oleh gelarannya ( WHO HE IS ), bagaimana dia dapat mencapai gelaran itu ( WHAT HE DOES ) dan senarai anugerah atau pencapaian yang diperolehi dari gelaran tersebut ( HOW MUCH HE MAKES ). Selama mana ketiga-tiga perkara ini belum dipenuhi sebaiknya, selagi itulah seorang lelaki kelihatan terlalu sibuk dan sukar untuk menumpahkan sepenuh perhatian kepada pasangan.

Dan keadaan inilah yang amat perlu dimengerti dan difahami oleh wanita atau isteri. Memahami apa yang menjadi motivasi seorang suami di setiap detik hidupnya sebagai seorang lelaki, yang mana kerana motivasi tersebut dia kurang ’berada’ di rumah bersama anak isteri, atau pun dia lebih banyak menyediakan masa untuk menelaah dan membaca berbanding saat bergembira bersama keluarga dan lain-lainnya.

Justeru, jika seorang isteri kurang memahami kenyataan ini, jiwanya akan sentiasa dibelenggu rasa tidak puas hati dan kecewa. Suami yang didambakan selama ini, iaitu seorang yang penyayang, penuh perhatian, sentiasa menghulurkan bantuan dan sebagainya hanya terjelma di alam fantasi semata-mata. Yang berada di depan mata, hanyalah seorang suami yang bagai mementingkan diri sendiri dan tidak bersimpati dengan keresahan seorang isteri.

IRONINYA

”Keadaan ini akan bertambah teruk apabila isteri merasa terpisah dengan kejayaan dan sasaran suami. Sepatutnya sikap suami yang menumpu kepada tugasannya sehingga KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN kepada isteri sama sekali tidak boleh dianggap sebagai ’pentingkan diri sendiri’. Sebaliknya, kejayaan suami adalah juga kejayaan isteri, dan senyap sunyi seorang suami ketika memikirkan ’dunia’ tugas dan kerjayanya, perlu dirasakan seumpama dia memikir dan memberi tumpuan untuk kebahagian isteri dan keluarga.

Malangnya hari ini, kelihatan semakin ramai isteri yang mencebik bibir apabila diungkapkan harapan ini, ramai yang semakin tidak percaya dengan suami masing-masing dan diam si suami kerap dilihat sebagai negatif dan berfikir sesuatu yang negatif,” demikian komen dan ulasan suami tercinta.

Memang benar, ia juga merupakan kelemahan suami yang gagal memahat dan membentuk keyakinan isteri terhadap dirinya. Oleh itu, kedua-dua pihak perlu berubah di dalam hal ini. Sebelum suami ’bertapa’ dalam dunianya yang tersendiri bagi mencapai objektif yang disasarkan, perlu baginya meyakinkan si isteri bahawa dia boleh dipercayai dan tidak lupa kepada perasaan isteri yang ingin dibelai dan dirai.

APA LANGKAH PENYELESAIAN?

Oleh itu, pada saya, perkara pertama dan utama yang menjadi titik awal kepada penyelesaian konflik rumahtangga ialah tidak membandingkan pasangan dengan orang lain di luar perkahwinan. Lebih-lebih lagi jika individu yang dijadikan perbandingan itu dikenali oleh pasangan, baik suami mahupun isteri. Ia pada saya merupakan satu sikap yang mesti dilaksana terutama apabila berlaku masalah berkisar peranan dan tugas kedua-duanya. Kalaupun mahu memberikan contoh, cukuplah dengan menyatakan secara umum tanpa merujuk kepada individu tertentu.

Buat permulaan, sangat penting kepada suami dan isteri untuk mengawal emosi diri dan cuba bertanya pada diri sendiri. Berfikir tentang masalah yang dihadapi, adakah ia benar-benar perlu dipersoalkan atau mungkin, masalah yang dirasakan sangat berat itu hanya sekadar luapan emosi. Saat tekanan memuncak, memang mudah emosi mengungguli akal dan mata hati. Sabar menjadi cair dek kemarahan yang menjulang bagai api. Justeru, belajar mengawal tekanan amat penting untuk memelihara dan mengekalkan rumahtangga yang harmoni.

Selain itu, satu prinsip yang tidak kurang pentingnya di dalam hubungan suami isteri adalah tidak boleh mengesampingkan pasangan. Ramai orang pada hari ini,melakukan kesilapan dengan menganggap bahawa pasangan hidupnya tidak mampu menampung perasaannya. Akibat dari itu, ia mulai mencurah semua yang dirasa kepada orang lain. Lebih menyedihkan, jika teman curahan masalahnya itu bukan dari jantina yang sama, lalu tidak hairan seiring berlalunya masa, akan muncul benih-benih asmara antara keduanya, tanpa dipinta, tanpa perlu dipaksa.

Kerana itu, setelah suami mahu pun isteri dapat menenangkan emosi, usahakan ruang berbicara dari hati ke hati, kerana tidak ada insan yang dapat menebak dan meneka fikiran orang lain. Lalu, komunikasi adalah jalan keluar agar pasangan mengerti. Komunikasi bukan sekadar untuk memberitahu, tetapi lebih dari itu, ia berlaku menerusi dua arah iaitu meluah dan mendengarkan, lantas mencari titik pertemuan yang kembali menyatukan.

Namun apa yang kerap menjadi masalah dan kegagalan dalam komunikasi adalah apabila ruang berbincang bertukar menjadi ruang sangka buruk, pasangan membuat konklusi separa matang, dihiasi dengan desakan meminta cerai, tuduhan itu dan ini dan membongkar kesalahan pasangan. Akhirnya, komunikasi bukan lagi sebuah penyelesaian malah ia adalah umpama minyak yang semakin memarakkan nyalaan ’api’.

MENGHARGAI

Seterusnya, belajarlah menghargai dan menghormati pasangan. Namun, perlu diingat, kemahuan untuk menghargai bermula dari sikap besar hati dan merendah diri. Jika tiada, pasti sulit bagi seseorang untuk menyatakan penghargaan. Dengan kebesaran dan kerendahan hati, suami atau isteri bersedia menerima pasangan seadanya.

Isteri akan cuba memahami situasi suami yang sedang berkerut dahi manakala suami memberi reaksi dan luahan simpati agar isteri rasa dihargai. Pendekatan psikologi seperti suami memujuk dengan kata-kata pujian, membelai dan melakukan sentuhan fizikal, mampu menenangkan hati ketika isteri sedang menjeruk perasaan, sekaligus menimbulkan rasa hormat antara pasangan. Sifat memaaf dan bersedia mengakui kesilapan adalah sesuatu yang mudah dilafaz.

Itulah yang didambakan oleh seorang wanita. Namun amat ramai lelaki yang terasa amat payah untuk melaksanakan malah dikatakan bertentangan dengan naluri mereka. Justeru, kedua-dua pihak perlu mengorbankan keinginan, kebiasaan dan ketidakbiasaan masing-masing. Hanya dengannya, kedamaian dan ketenangan mampu dijelma.

TEMPATKAN AL QURAN DAN SUNNAH

Ingatlah sebagai seorang yang mengakui Allah sebagai Tuhan sekelian alam, dan Rasulullah SAW sebagai utusan akhir zaman, tiada panduan yang terbaik dalam melayari bantera kehidupan melainkan panduan al Quran dan Sunnah Rasul Junjungan. Tempatkan kedua-duanya di dalam rumahtangga, nescaya setinggi mana pun badai yang melanda, semuanya akan dapat ditangani dengan saksama, berkat rahmat dan bantuan Yang Maha Esa.

Saya pernah bertanya kepada suami akan jalan penyelesaian ini, dari banyak-banyak jawapan yang diberikannya, ada satu yang boleh dikongsikan di sini.

“Memahami tugasan dakwah dan islah yang ditanggung adalah satu lagi formula untuk mengecil dan mengurangkan tekanan dan segala masalah dalam rumahtangga, kerana apabila tugasan dakwah dan islah itu mampu menjadi agenda utama bagi pasangan, isu-isu seperti kurang menerima pujian pasangan, masakan kurang sedap, kurang bantu mengemas baju, angkat baju, lipat baju, kurang itu dan ini akan terasa amat remeh dan kecil berbanding agenda memulihkan pegangan umat Islam yang kian terhakis. Semua isu tersebut akan terasa ‘tidak padan’ untuk menggoyahkan sebuah rumahtangga” demikian tegas suami tanpa menafikan semua itu masih perlu diperbaiki namun beliau meyakini gugatan dan tekanan perasan akan dapat ditangani dengan lebih baik dan lebih berhati-hati

SELAMA HAYAT INI...

Akhirnya, insafilah..kurniaan seorang suami atau isteri melalui perkahwinan hanyalah satu jalan dari jalan-jalan menuju redha Tuhan. Sesungguhnya kehidupan ini tidak lain hanyalah pengabdian kepada DIA yang memiliki segala-galanya.

Selama hayat ini, curahkanlah ketaatan kepada Allah melalui khidmat bakti kepada pasangan. Cinta kepada suami atau isteri akan sentiasa mekar mewangi dengan berpaksikan cinta kepada-Nya.

Buat isteri-isteri yang terus berusaha menabur wangian bahagia di dalam rumahtangga mereka, saya dedikasikan lagu ini. Dan tidak dilupa, buat suami tercinta yang sentiasa memahami dan seiring bersama untus terus mengecap nikmat pernikahan ini.

Terima kasih atas segalanya.

Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.

Jumpa lagi, InsyaAllah.


Ibu & Ayah : Begitukah Akhirnya?


Ruang yang tadi terang benderang, tiba-tiba menjadi gelap. Hajat di hati ingin membaca sebelum melelapkan mata terpadam dek kegelapan malam.Aku bingkas bangun dari katil, menuju ke pintu. Tujuan di hati ingin meninjau ke bilik anak-anak.


" Tentu mereka sedang tidur lena.." getus hati sambil tangan meraba mencari tombol. Namun...

" Ummi, Kak Long dan Kak Ngah tak boleh tidur.. ada nyamuk..panas pula tu." Belum sempat pintu bilik dibuka, anak-anak lebih dulu menyua muka. Terpisat-pisat mereka mengesat mata. Dalam kesuraman cahaya bulan purnama yang masuk menembusi tingkap bilik, aku mendorong mereka ke katil. Suamiku kebetulan tiada di rumah kerana berprogram di luar kawasan.

" Kak Long dan Kak Ngah tidur dengan Ummi ye...elektrik tak ada malam ni ."

Oleh kerana masih mengantuk, mereka menurut sahaja tanpa banyak bicara. Aku mengambil majalah yang tadi ingin dibaca, kujadikan kipas untuk menyejukkan sedikit pusaran udara sekitar bilik kecilku.

" Kak Long dan Kak Ngah tidur ye, Ummi tolong kipas. Nanti sejuk sikit.." Aku berkata. Sempat telinga mendengar dengungan si nyamuk. Sambil mengipas, aku membuka mata luas, kalau-kalau ada nyamuk yang datang hinggap di tubuh anak-anakku..kasihan mereka. Terpaksa melelapkan mata dalam keadan tidak selesa begitu.


Itu di dunia...Entah mengapa sambil mengipas dan menampar nyamuk yang hinggap seekor dua, fikiran melayang mengenang keadaan di akhirat sana.


Di sini, aku masih boleh menjadi 'penyelamat' anak-anak dari situasi yang tidak menyenangkan. Mereka juga tetap mencari Ummi mereka ini untuk mengadu nasib diri. Bagaiman di sana nanti ? Mampukah lagi aku menjadi penyelamat mereka dari terjunam ke lembah neraka...Na'uzubillah. Dan, adakah anak-anakku mencari Ummi ini sekadar untuk menagih janji..


" Dulu di dunia, Ummi kata Ummi sayang kami. Sekarang ini kami minta bukti ".. mungkin itu jerit mereka. Di depan titian Sirat menanti..di bawahnya jurang neraka berapi.

" Kami tak bersalah, Ummi kami yang menjadikan kami tidak solehah..Salah kami tidak ditegur, silap kami tidak diperbetul. Lantas, kami terus dengan diri sendiri..Pakaian kami tidak ikut syariat. Ummi kata, tak mengapa kerana kami masih belum dewasa. Solat kami culas, Ummi kata tak mengapa. Dah baligh kelak, baru Ummi galak. Gelak tawa kami berdekah-dekah. Ummi buat tak endah. Ummi kata, tak mengapa. Dah besar nanti, baru Ummi menyapa..jangan begitu bila ketawa."

" Namun belum sempat Ummi menegah, Ummi lebih dulu meninggalkan alam ini. Kami dah biasa begini, terus dewasa tanpa panduan ilahi. Mari Ummi, terjun bersama kami..selayaknya kita di sini " kata mereka lagi, lantas pantas mencapai tanganku ke tepian api..


Astaghfirullah..Aku terjaga dari lena. Tertidur rupanya. Ku toleh ke sisi, anak-anak masih dibuai mimpi. Bilik yang tadi suram, telah kembali terang. Terngiang-ngiang lagi 'jeritan' anak-anak dalam mimpiku tadi. Perlahan-lahan aku bangun. Sementelah, belum masuk Subuh, aku ingin munajat pada Ilahi, mohon kekuatan dan petunjuk. Jangan 'peristiwa' dalam mimpi menjadi realiti.

' Ya Allah, dalam hening malam aku sujud pada Mu. Kumohon jangan pernah berpaling dariku. Aku tak punya siapa-siapa untuk menolong. Aku menagih rahmat kasih sayang Mu, Ya Allah. Bantulah aku, dalam mendidik anak-anakku. Kurniakan aku kekuatan menegur dan membetulkan salah silap mereka. Dengan baki usia yang masih bersisa ini, ya Allah. Aku akan bersama suami menunjukkan jalan yang benar kepada mereka. Pandulah kami, bimbinglah kami. Kami ingin mati dalam redha Mu. Kami ingin menuju akhirat Mu tanpa beban yang masih berbaki.
Alam kini penuh fitnah, dinding kami dari fasad dan jahat dunia. Kami tak daya menolak tanpa bimbingan dan hidayah Mu.
Kurniakan kami anak-anak yang soleh dan solehah agar di sana kelak kami tidak saling menyalak.
Kami akan mendidik mereka berlandas syari'at, Al Quran dan Sunnah sebagai pengikat. Ya Allah, hadiahkan kami redhamu, izinkan kami bernaung di bawah cinta Mu, walau kami sedar kami banyak dosa tapi kami tak akan pernah berputus asa'.


Untuk renungan wanita bergelar ibu,

Kita sekian lama berbangga kerana syurga di bawah telapak kaki kita, namun sepatutnya kita lebih dulu insaf, kerana syurga atau neraka seorang anak, kitalah pencorak pertamanya. Semoga beroleh manfaat.

Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.

NOTE : ini adalah karya Isteri Ust Zaharuddin Abd Rahman


Bagaimana & Apa Tanda Jika Anda Gagal?



Tidak dapat dinafikan, kegagalan merupakan sesuatu yang amat pahit untuk ditelan. Kesakitan hasil darinya boleh menyebabkan seseorang amat terganggu dari sudut fizikal , mental, malah juga spritualnya.

Dari sudut mental, selain dari menjadi seseorang dan sesuatu yang boleh dipersalahkan, adakalanya ramai juga yang akan mengutuk diri sendiri, atas kegagalan yang menimpanya. Kutukan demi kutukan terhadap diri sendiri akhirnya bakal memakan dan membarahkan lebih banyak kekecewaan hingga membawa putus asa.

Menerima diri sebagai terus gagal dan akan terus terbuang. Diri akan terus menjauh dari masyarakat kerana terasa kerdil dan malu atas kegagalannya.

Dari sudut fizikal, bagi sesetengah individu, selera menjadi menurun hingga membawa implikasi kesihatan tubuh. Manakala yang lain pula sebaliknya bertambah selera makan akibat kegagalan, juga membawa kesan negative kepada kesihatan fizikalnya.

Akhirnya tanpa kesihatan fizikal, mental dan minda turut merosot, akhirnya kedua-duanya rebah dan sukar untuk bangkit kembali.

Dari sudut spiritual, kegagalan boleh mendatangkan dosa, ia juga boleh menambah pahala dan iman seseorang. Saya pernah bertemu seseorang yang gagal dalam PhD, terhakis keyakinannya terhadap konsep qada' dan qadar Allah. Imannya tergoncang.

Tidak kurang ada yang menyalahkan Allah ta'ala sewaktu menghadapi sebuah kegagalan. Akhirnya, dia terus jatuh dari sudut spiritualnya, kejatuhan bersama mental dan fizikal. Sukar dirawati.

Namun begitu, ada juga kegagalan yang berjaya menjadi asbab seseorang mendekatkan diri kepada Allah ta'ala. Kembali kepada jalan lurus setelah bengkok. Lalu dia kembali bangkit dengan azam, plan dan laluan yang baru, lalu dia berjaya.

KEGAGALAN DAN SAYA

Saya sendiri pernah gagal dalam banyak perkara, namun Alhamdulillah, ia tanda kita perlu membuat perubahaan yang agak besar bagi memperbetulkannya. Tanpa usaha tersebut, kegagalan akan terus bernanah dan membunuh. Biasanya sebuah perubahan itu amat perit dan berat, lagi kurang selesa. Walau sukar dan berat, ia sebuah kemestian. Hasilnya apabila tepat cara pengendalikan kegagalan dan perubahan yang diperlukan, ia akan membuahkan hasil yang lebih baik.

Tatkala itu baru kita sedari, rupanya kegagalan itu adalah sebuah titik kepada penyambungan titik yang lain dalam kehidupan kita. Ia seperti sebuah simpang yang menjauhkan kita dari kesesatan atau melorongkan kita kepada satu laluan yang lebih baik untuk masa hadapan.

Saya teringat betapa kecewanya saya apabila tidak berjaya menyambung pelajaran di peringkat bachelor di Timur Tengah. Sekarang saya sedar dan tahu betapa besar hikmah untuk saya belajar di dalam Universiti Malaya, segala pengalaman yang diperoleh itu amat banyak mencorak kehidupan saya selepas itu. Akhirnya selepas tiga tahun menamatkan pengajian di UM, saya berjaya ke Jordan, bukan untuk peringkat Bachelor, tetapi Masters (Sarjana).

Banyak perkara dan jenis kegagalan dan saya kini sedar, hikmah dan kebaikan darinya, namun ia agak personel untuk dikongsikan. Apapun, semua jenis kegagalan yang menimpa, memerlukan satu proses perit yang lain. Bukankah Allah ta'ala telah mengingatkan "Sessunguhnya dengan kesukaran itu adalah kesenangan"

Apa yang mesti dan pasti, kita mesti meyakini bahawa kegagalan itu adalah sebuah proses yang amat perlu ditangani secara positif. Ia ibarat sebuah konflik yang mendesak minda dan aqal kita untuk lebih agresif dan kreatif untuk mencari jalan keluar. Tanpa disedari rupanya tanpa kegagalan, kita mungkin akan berterusan di takuk lama dan kurang kreatif.

UCAPAN STEVE JOBS YANG ‘BRILLIANT'

Di ketika saya menulis ini, saya amat kagum dengan tips dan nasihat Steve Jobs, CEO syarikat ternama dunia, Apple dan PIXAR.

Beliau menceritakan bagaimana beliau gagal di university yang akhirnya membuahkan idea penciptaan perisian dan komputer Macintosh, sebuah revolusi dalam dunia komputer malah ia merupakan idea yang ditiru kemudiannya oleh Bill Gates, pengasas Microsoft, dengan sedikit perubahan.

Beliau menceritakan bagaimana pada umur 30 tahun, akibat kebuntuan syarikat yang diasaskannya iaitu Apple, lembaga pengarah syarikat telah menolaknya keluar dari syarikat tersebut. Hasil kegagalan itu, lahirlah revolusi kartun moden menggunakan animasi komputer. Lahirlah animasi Toy Story yang amat popular. Jika tidak kerana kegagalan pertama, revolusi animasi seperti Toy Story mungkin belum pasti bila akan wujud.

Selain itu, pelbagai nasihat lain turut diberikan oleh Steve Job dalam ucapannya, termasuklah memastikan kita sudah menjumpai kerja dan bidang yang kita cinta dan minat, tanpa minat dan kecintaan kepada tugasan kita, setiap kerja akan menjadi beban. Namun bagi Muslim, minat tersebut mestilah dipastikan TIDAK BERLANGGAR dengan Hukum Islam. Apabila haram, ia wajib diubah kepada yang halal.

Ucapan beliau semakin menarik apabila mendedahkan bagaimana perana ‘merasa akan mati' memotivasikan diri untuk membuat keputusan tepat dalam kehidupan. Jobs berkata

"Remembering that I'll be dead soon is the most important tool I've ever encountered to help me make the big choices in life. Because almost everything - all external expectations, all pride, all fear of embarrassment or failure - these things just fall away in the face of death, leaving only what is truly important. Remembering that you are going to die is the best way I know to avoid the trap of thinking you have something to lose"

Dalam Islam, kematian memang sudah lama dijadikan prinsip oleh Rasulullah saw untuk diterapkan kepada umatnya agar berusaha berfikri sesuatu yang lebih penting dan meninggalkan yang penting dan kurang penting. Bagi umat Islam, apa yang paling penting adalah apa yang akan kita bawa selepas mati. Justeru, fikirkan dan berubahlah. Janganlah menganggap kegagalan itu sesuatu yang terlalu besar, jadikan ia kunci untuk kejayaan seterusnya.

Benar, apa sahaja kegagalan boleh diatasi kesan buruknya, sehingga dilihat kerdil dan kecil serta boleh diatasi JIKA KITA MENYEDARI, kematian itu pasti dan sesuatu perlu dilakuakn segera untuk mempersiapkan diri kepadanya.

Dengarkan ucapan Steve Job, pengasas computer Apple, Animasi PIXAR, salah seorang billionaire di planet bumi. Pada hemat saya, ucapan beliau ini amat cemerlang. Sayangnya beliau belum mendapat hidayah kepada Islam.

Akhirnya, kegagalan jangan dicari, tetapi apabila ia datang, Ia tanda bahawa satu perubahan drastik diperlukan dalam rutin harian, mengubah zon selesa yang lapuk kepada sebuah zon baru yang tidak lagi gagal.

Jadikankegagalan sebagai ubat penawar yang maha pahit tetapi menyembuh luka yang dalam, terlihat dan tidak terlihat.

Sesungguhnya orang mukmin itu tidak sedih dan tidak takut kecuali Allah.


http://www.youtube.com/watch?v=UF8uR6Z6KLc

VIDEO : UCAPAN STEVE JOBS


Zaharuddin Abd Rahman


Ulama & Penjenayah Dibentuk Dari Rumah, Fikirkan ..


Minggu lalu, ketika menjamah makanan makan malam di sebuah restoran semasa dalam perjalanan ke airport, rakan-rakan yang bersama menghantar saya berbicara berkenaan pelbagai isu. Hj Rosman kemudian menzahirkan kebimbangan beliau berkenaan kes jenayah yang wujud di Malaysia. Kes-kes sedemikian agak kurang berlaku di Bahrain.

Natijah dari kebimbangan tersebut, beliau bertanya

"pada pandangan ustaz, macam mana cara untuk selesaikan masalah ini"

Saya berfikir sejenak, sudah tentulah jawapan paling mudah bagi seorang ustaz adalah berkata

"kita kena kembali kepada Islam"

Tetapi disebabkan jawapan itu terlalu umum, maka saya mengambil keputusan untuk tidak memberikan idea itu.

"Ia perlukan penyelesaian secara kolektif, semua pihak perlu ada kesedaran untuk merubah keadaan" demikian jawapan permulaan saya.

"Namun yang paling utama perlu berperanan, adalah ibu bapa atau keluarga"

Saya mengulang kembali ingatan sedih dan pedih kita kepada kes Al-Marhumah Nurin Jazlin yang dibunuh kejam dan masih gagal diselesaikan oleh pihak berkuasa Malaysia sehingga kini.

"Bukankah Nurin dibunuh oleh seorang manusia?, sudah tentunya manusia ini dilahirkan ke dunia oleh seorang ibu dan pastinya dia punyai bapa dan keluarga"

"Namun apakah yang menjadikannya sebegitu kejam?" saya menerang sambil mengajak berfikir.

Memang benar, pelbagai faktor menyumbang, namun bagi saya ia bermula dari hasil didikan pertama ibubapa, sesuai dengan apa yang disabdakan oleh nabi s.a.w

"Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (tidak mempersekutukan Allah) tetapi orang tuanya lah yang menjadikan dia seorang yahudi atau nasrani atau majusi. Sebagaimana seekor binatang yang melahirkan seekor anak tanpa cacat, apakah kamu merasakan terdapat yang terpotong hidungnya? (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Sudah tentu juga ibubapa yang berperanan untuk mencorakkan seorang bayi sehingga menjadi seorang Muslim, mukmin yang bertaqwa.

Kita tidak nafikan faktor persekitaran yang sentiasa menghurungi anak-anak kita khususnya di sekolah, melalui internet, rakan-rakan, games, TV dan lainnya.

JANGAN DIDIK ANAK SECARA SPONTAN
Namun tidak boleh dinafikan, ibubapa mempunyai saham terbesar. Anak-anak adalah satu tugas terbesar buat ibubapa yang sering diabaikan. Sedangkan mereka semua adalah suatu aset dan ‘pelaburan' terpenting. Namun amat kerap mereka menjadi mangsa kurang teliti, kurang perhatian dan tiada perancangan jitu oleh sang ibubapa.

Akhirnya, sebuah aset yang ditangani secara lebih kurang akan menghasilkan hasil yang bukan lebih kurang juga, tetapi hasil lebih buruk malah membawa padah.

Memang benar, kegagalan merancang pendidikan anak-anak adalah sebuah kegagalan masa depan.

Ramai yang merasakan, pendidikan anak-anak boleh dibuat secara spontan, bergantung kepada hari dan masa. Dalam kata lain, bergantung kepada keadaan.

Hakikatnya, anak tidak boleh dididik secara spontan, ia memerlukan satu pelan perancangan khas untuk menjadikan lebih mudah dibentuk. Mendidik mereka seperti mengendalikan sebuah syarikat awam yang sentiasa memerlukan plan induk, teknik khas, contingency plan dan monitoring system.

Kerana itu kita perlukan seorang Chief Operating Officer (COO) untuk anak-anak. Menurut teori ideal Islam, COO yang paling ideal bagi pendidikan anak-anak adalah seorang IBU. Bapa bertindak sebagai Chief Executive Officer (CEO) yang mana,, ruang lingkup tugasan, peranan dan tanggungjawabnya lebih besar dan menyeluruh.

"Namun apabila hari ini kedua-dua ibubapa sibuk mencari nafkah, aset di rumah terabai dek kerana pendapatan RM 2,000 (purata) atau RM 5,000 sebulan si ibu"

Anak-anak diswastakan kepada nursery yang kurang pengalaman. Kurang penghayatan, kurang sensitiviti dan seumpamanya.

Kita boleh menghantar mereka ke pelbagai jenis kursus dan kem untuk menyuntik sesuatu, namun pokok pangkalnya tetap di atas bahu kita selaku ibubapa. Kalaupun anak telah berubah hasil tarbiyah di dalam kursus, mereka akan tetap melupakan nilai baik tersebut jika ibu bapa masih di takuk lama.

WAHAI IBUBAPA, HORMATI ANAKMU NESCAYA KAMU DIHORMATINYA
"Treat your child with respect" itu saranan Richard Templer, penulis buku parenting yang popular.

Saya amat selesa dengan saranan tersebut, seorang ibubapa yang bijak perlu mengendalikan dan melayan anak-anak mereka dengan penuh penghormatan. Kelak anak-anak akan mencontohi tatacara yang sama.

Biasanya apabila orang dewasa meminta bantuan seorang dewasa yang lain, mereka akan menggunakan bahasa yang sopan. Itu adalah kerana mereka sedar, yang diminta itu tidak mesti untuk membantu, kita perlukan ihsan mereka untuk membantu. Atas sebab itu, kata-kata sopan digunakan, demi memujuk dan mearih ihsan.

Bukankah elok jika cara yang sama untuk anak-anak kita, cuba kita jangan merasakan si anak sentiasa WAJIB untuk mematuhi arahan kita. Kelak nanti si anak apabila meminta kepada ibubapanya atau orang lain, dirasakan mereka semua wajib menurut arahannya.

Si anak juga kerap meminta ibubapanya, mainan itu dan ini. Namun sedikit yang diperolehi.

Maka si anak akan menghadapi kekeliruan.

"ibubapa minta, semua aku kena buat, aku minta, ibubapa tak buat semua pulak"

Lebih teruk dari itu, arahan dari ibubapa kerap dihamburkan dengan kata-kata perintah tanpa hormat dan pujukan serta ihsan. Contohnya:

"makan tu"

"Habiskan ini!"

"Pergi mandi!"

"Cepat masuk kereta!"

"Gosok gigi!"

"Kenapa sepah sangat ni, cepat bersihkan!"

"Heiii, kenapa buat macam tu!"

Itulah yang kerap dilaungkan oleh ibubapa, memekik melolong setiap pagi dan petang serta malam.

Setiap hari anak akan mendengar lolongan kuat menerjah telinga dan hatinya. Kalimah-kaalimah arahan dan larangan sebegitu sudah terlalu biasa, lali hingga ia menjadi masak dan sebati dek pemikiran dan hatinya.

Pada masa yang sama, kita akan dengar kedapatan ibubapa yang mengeluh kerana anaknya kurang beradab ketika remaja dan dewasa. Sedarkah bahawa si anak sebenarnya telah ‘berjaya'. Ya berjaya dalam mencontohi model yang diterapkan oleh ibubapanya sendiri. Namun kini ibubapa merasa sedih dan tidak selesa. Sedarkah ibubapa bahawa si anak yang dibesarkan sedemikian rupa menyangka itulah cara arahan dan permintaan yang terbaik. Bukankah itu yang ditunjukkan oleh ibubapa mereka?.

Justeru, lebih kasar sang ibubapa terhadap anaknya, akan kasar jualah anak terhadap ibubapanya dan orang lain, khususnya di ketika remaja dan dewasa. Malah lebih mendukacitakan, itulah cara yang akan dibawa ke sekolah, mempengaruhi kawan-kawan dan akhirnya menjadi penjenayah yang merasakan tindakannya ‘ok' atau tidak bersalah. Puncanya dari cara didikan dan layanan ibubapa yang kasar.

Patut kita sedari di awal bulan hijrah 1431 ini, bahwa anak layak mendapat sebuah penghormatan, semudah-mudah penghormatan adalah dengan memilih ayat dan kata-kata yang manis didengari, intonasi yang sedap didengar. Cuba tambah sikit sahaja sebagai contoh

"boleh tolong ibu ambilkan barang itu"

"Adik baikkan, tolong ummi kemaskan meja ini boleh?"

Dan pelbagai lagi bentuk ayat yang serupa dengannya.

Di samping itu, jangan sesekali memungkiri janji,, membohongi anak dan lain-lain kelakuan negaitf. Selain anak akan mengambil contoh, mereka juga akan merasa kurang penting berbanding yang lain.

TUNJUKKAN PERHARGAAN TERHADAPNYA
Juga menjadi kebiasaan ibubapa hari ini. Bangun sahaja anak dari tidur dan terus dia menghala ke dapur.

Ibu yang terlihat anak, ayat pertamanya :

"hah apa lagi tu, dah gosok gigi, pergi basuh muka dan gosok gigi!"

"Lepas tu pergi buat itu ini bla la bla"

"Mak boleh tolong angah buat kerja ini tak" pinta si anak lembut

"Ehhh nanti-nanti!, mak tengah sibuk goreng ayam ini" mungkin itu jawapan si ibu.

Terasa dalam hati si anak, dirinya ibarat tidak berharga, kemunculannya hanya bersedia untuk diarah dan ditengking.

Permintaan tidak banyak erti buat si ibu, ‘gorengan ayam lebih utama dari perminataannya.

Malah ketika pulang dari sekolah juga, ibubapa tidak menyambut tetapi dibiarkan anak begitu sahaja.

Tahap si anak ibarat sebuah perabot buruk dan pekakas rumah sahaja. Wujudnya tidak disedari, hilangnya tidak diendah.

Pastinya, anak akan menyimpan itu sebagai standard kehidupan. Nanti kelak itu jugalah yang diperlakukan di masa hadapan.

Kalau ada perhatian dari ibubapa, mungkin hanya perintah demi perintah, larangan demi larangan sahaja.

Justeru, sudah sampai masa kita mengubahnya, kita berhijrah.

Sedarilah bahawa, tatkala kita sedang melakukan tugasan harian di rumah, mengemas baju, memasak dan sebagainya, tatkala anak muncul, anak punyai priority yang lebih tinggi. Jangan dijadikan alasan, tengah buat kerja, basuh baju, gosok baju, jahit baju dan lainnya, kerana tatkala anak muncul, itulah kerja yang paling besar keutamaannya untuk dipenuhi.

Tunjukkan rasa seronok dan gembira kita selaku ibubapa ketika melihatnya, sewaktu pulang dari sekolah (atau sewaktu kita pulang dari kerja), melihatnya di awal pagi dan berpisah dengannya ketika waktu malam untuk tidur. Ia boleh dilakukan dengan ucapan-ucapan yang baik, atau sedikit pelukan dan sentuhan tanda mereka penting buat kita.

KESIMPULAN
Semoga dengan sedikit peringatan untuk diri ini, kita semua mampu berubah menjadi ibubapa yang berperancangan dan memperbaiki pendidikan anak-anak.

Kerana anak-anak itulah kelak bakal menjadi sama ada Imam besar, Pemimpin Negara, Ulama Besar, atau sebaliknya menjadi perompak terulung, penjenayah bersiri dan pengkorup unggul. Nauzubillah.

Perbaikilah masyarakat kita melalui kesedaran peranan ibubapa. Jenayah hakikatnya bermula dari rumah dan perlu ditangani bermula di rumah juga.

Saya TIDAK menafikan bahawa suasana persekitaran, sekoalh dan rakan juga turut memain perana dalam membentuk sikap anak-anak, namun jangan dijadikan itu semua sebagai alasan untuk kita tidak menjalankan tugas keibubapan dengan sebaiknya.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sahabat2 Setia

izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.