Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Thursday, May 13, 2010

Fakta mengenai selulit



Faktor terjadinya selulit

1.Etnik

2.Habit pengambilan nutrisi ketika kanak-kanak

3.Hormon

4.Baka

Selulit juga dikaitkan dengan pertambahan berat badan dan fungsi metabolik seperti, banyak makan, tidak bersenam, hormon tiroid yang tidak aktif dan alahan pada makanan.

Pertambahan berat pada bahagian bawah tubuh disebabkan oleh kelemahan kitaran darah. Masalah kitaran darah sangat biasa di kalangan wanita dan ditandai dengan rasa sejuk tangan dan sejuk kaki. Ia terjadi kerana merokok, keturunan, tekanan dan pengambilan kaffein.

Sistem penyaliran dari pembuluh darah dan sistem limfa yang tidak elok. Biasanya keadaan ini terjadi kerana masalah sembab air. Kaki dan buku lali yang bengkak terutamanya ketika panas atau selepas berdiri adalah simptom biasa sembab air. Ia terjadi kerana sistem penyaliran pembuluh darah atau limfa yang lemah atau bengkak (varicose veins), masalah pembuluh darah yang lemah yang diwarisi, sistem limfa rosak atau penyakit yang menyebabkan saluran limfa halus, kelemahan sistem limfa yang diwarisi atau tekanan.

Memakan makanan berkalori secara berlebihan adalah penyebab utama pembentukan selulit.

Dua sebab selulit terjadi pada wanita

- Wanita menyimpan lemak pada bahagian bawah badan, kaki, perut dan punggung

- Wanita lebih kerap mengalami masalah kitaran dan sembap air (fluid retention)

Anda perlu tahu

Di sesetengah bahagian selulit terbentuk, ia seakan ‘tersumbat’ (blockage). Misalnya di kawasan pinggul. Senaman memiliki impak kecil untuk menyingkirkan lebihan lemak itu. Diet pula membuat berat badan seseorang susut tetapi tidak untuk bahagian tersumbat itu.

Susut berat badan membuatkan pipi kelihatan cengkung, payudara mengendur dan bahagian atas tubuh seakan mengecil tetapi bahagian pinggul masih kekal begitu. ia penanda bermulanya ‘lingkaran sebab akibat’ (vicious cycle).

Lingkaran sebab akibat bermaksud, kerana merasa tiada perubahan, wanita kembali makan mengikut sesuka hati dan berat mereka bertambah berganda berbanding sebelum berdiet. Cubaan menurunkan berat badan yang bersifat ‘on-again’ dan ‘off-again’ sebenarnya meningkatkan lagi beratnya. Penambahan berat menyebabkan risiko terhadap penyakit kardiovaskular terjadi, tekanan darah tinggi, sakit jantung dan diabetes.


Taburan lemak pada tubuh wanita dan lelaki juga berbeza-beza (sex-specific fat distribution). Secara purata, perempuan lebih banyak lemak dan ia ditunjukkan menerusi “gynoid pattern collection”, iaitu tertumpu di paha, punggung, pinggul dan dada. Lelaki pula, lemak terbentuk di “android pattern collection” yang tertumpu di perut dan dada.

Kaedah sedut lemak mungkin prosedur kecantikan paling popular selepas botox. Walaupun diakui boleh mengecilkan, merampingkan dan membetulkan masalah kontor tubuh di perut, dalam dan luar paha (saddle bags), lengan, pinggang tetapi ia dianggap oleh beberapa pihak sebagai bukan rawatan terbaik untuk selulit.

Kalori yang bertukar menjadi lemak dan berada dalam lapisan dalam kulit sukar tidak boleh dibuang sepenuhnya menerusi pembedahan. Sedut lemak juga menelan belanja yang besar dan ia hanya untuk mereka yang sihat. Bagaimanapun, jika anda mahu cantik, sanggup berbelanja besar dan mahu mencuba, tepuk dada tanyalah selera.

Cara terbaik menyingkirkan selulit, kurangkan pengambilan makanan berkalori. Amalkan diet bersesuaian dengan gaya hidup dan pastikan mempunyai berat ideal. Lakukan senaman, aerobik misalnya. Ada nutrisi tertentu yang boleh anda ambil untuk menentang selulit dengan menstimulasikan pengeluaran lemak, kitaran darah dan saliran limfa. Atau anda mungkin boleh mencuba krim anti selulit. Paling penting, mulakan sebelum selulit mula mengganggu penampilan diri.

Lapisan lemak

ADA dua lapisan lemak berbeza iaitu lemak luaran dan lemak simpanan dalaman. Lemak luaran adalah normal dan tidak boleh disingkirkan manakala lemak simpanan dalaman adalah lemak berlebihan.

Justeru, selulit adalah gangguan tisu lemak yang berada di bawah kulit di bahagian bawah tubuh. Semua orang memiliki lapisan tisu lemak di bawah kulit yang bertindak seperti kusyen melindung dari tumbukan dan pelanggaran (bumps), memberi rasa selesa dan memberi kita ‘kelembutan’ yang berkaitan dengan sifat kewanitaan.

Tetapi terlebih makan makanan berkalori adalah punca utama pembentukan selulit. Diet dan senaman boleh membuang lemak lebihan di permukaan lapisan lemak tetapi bukan lemak yang tersimpan dalam lapisan dalam.

sumber : Kelab wanita cantik dan sihat

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sahabat2 Setia

izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.