Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Wednesday, May 19, 2010

Sepatu sekolah pertama anakku



Zaman kanak2 adalah zaman paling indah. Mgkn kelihatannya seperti tiada apa masalah yang perlu dipikul sebagai satu tanggungjawab. Bercerita tentang sepatu sekolah pasti mengingatkan aku pada saat2 kecilku. Kerana dari kalangan keluarga yang agak kurang berkemampuan, tak mungkinlah pada waktu sekolah rendah aku boleh bergaya dengan sepatu sekolah yang berjenama mahal. Pakai sekadar yang mampu sahaja. Itu dah buat aku bersyukur lantaran abang2 dan kakak2ku masing2 masih memerlukan jumlah pembiayaan yang lebih banyak utk persekolahan mereka.

Begitu juga secebis kenangan ketika aku membuat persiapan untuk membelikan kasut sekolah buat anak sulungku. Inginku kongsikan bersama sebagai satu kisah. Satu cerita antara cerita di dalam hidupku. Sesekali pasti terkenang saat itu, untuk tahun pertama persekolahan pra-sekolah (tabika) anak sulungku. Aku begitu teruja untuk menyiapkan segala peralatan mahupun kelengkapan sekolahnya dari hujung kaki hingga hujung rambutnya. Aku pasti, semua orang yang mempunyai anak sulung akan berperasaan seperti itu. Kalau boleh semua nak serba lengkap dan langsung tiada kekurangan walau seinci pun. Anak sulungku juga, tidak kurangnya, terlalu teruja untuk memulakan zaman persekolahan. Apatah lagi bila melihat segala kelengkapan berada di depannya. Malah aku juga sering memberi kata2 dorongan positif yg menunjukkan betapa suasana di sekolah itu cukup indah.

Perkara terakhir sekali yang aku dapatkan adalah kasut sekolah. Aku mengunjungi sebuah kedai Bata di Jusco Klang. Keterujaan di wajah anak sulungku begitu terserlah apabila ku ajukan kasut sekolah di hadapannya dan meminta dia mencuba menyarung kasut itu ke kakinya. Biasalah, kalau mencuba, sudah tentu hanya sebelah kaki sahaja, sudah cukup memadai. Bagi aku tidak perlu menyarung di kedua2 belah kaki. Bukan ape, macam menyusahkan sales girl tu pula untuk mengemasnya semula.

Setelah mencuba beberapa pasang kasut sekolah. Akhirnya, kasut yang di inginkan dan mnjadi pilihan anak sulungku telahpun aku bayar di kaunter pembayaran. Namun tiba2 wajah anak sulungku begitu sugul sekali. Hurm..agaknya, apakah yang telah mmbuat dia berduka? Baru sebentar tadi dia begitu teruja dan gembira apabila melihat aku membelikan kasut sekolah untuknya. Dia melangkahkan kaki dengan lemah longlai. Segaris wajah kecewa tergambar di bening matanya.

Aku bertanya apa punca dia bermuram dan berwajah duka ketika itu. Dengan rasa sedih dan sayu dia menerangkan kepada aku. Dia tidak berpuas hati kerana aku hanya membeli satu sahaja kasut sekolah untuknya. Aku terdiam. Bukan aku berkira untuk membelikan sepasang lagi kasut untuknya. Oleh kerana dia baru di peringkat pra-sekolah, maka tak perlu aku membelikannya lebih dari sepasang. Dan seandainya ada berlaku kerosakan, barulah aku berfikir untuk membelikannya yang baru. Sambil memujuk, aku tetap memberi kata perangsang supaya dia kembali ceria seperti ketika baru dapat kasut sekolah tadi. Walaupun sebenarnya aku tahu, mood dia telah berubah. Aku turut bersedih, sebenarnya.

Setiba di rumah, aku terus mengemaskan segala kelengkapan sekolahnya. Anak sulungku datang mengambil kotak kasut sekolah yang baru ku beli tadi. Dia membuka perlahan2 dengan wajah yang masih berduka. Aku membiarkan dia melayani perasaannya. Mudah2an hatinya akan terpujuk sebaik sahaja melihat kasut sekolahnya itu.

Tiba2 dia menjerit "ehh..kasut kakak ada dualah....." Dengan rasa gembira, dia terus mengeluarkan kedua2 kasut itu dari dalam kotak dan terus menyarungnya ke kiri dan kanan kakinya. Kemudian dia terus berjalan dan menggayakan kasut sekolah itu di depan cermin.

Mmm...aku terpaku. Suamiku juga turut terpaku. Kami terdiam sambil saling berpandangan. Kemudian mataku beralih kepada kotak kasut yang telahpun terburai isinya. Tanpa kami sedar, kami ketawa kecil dan tersenyum serentak. Aku lihat betapa cerah wajah anakku. Betapa riang dan gembiranya dia. Senyum tak lekang dari bibir comelnya. Hatiku kembali berbunga.

Baru kutahu. Baru kufahami. Dan baru kumengerti apa yang dimaksudkan dengan `mengapa mama beli satu je kasut kakak?'....

Kini, dia telah meningkat remaja. Kadang2 memori inilah yang menyebabkan kerinduan dan kasih sayangku terhadapnya tak pernah berubah. Malah aku semakin sayang padanya. Walaupun berjauhan, namun aku tetap berharap agar dia tahu betapa aku sentiasa menyayanginya dan ingin terus membelainya.

Kudedikasikan kisah ini buat anak sulungku, Nurul izrin, moga kenangan ini pasti akan mnjadi satu tnda bahawa dia cukup teristimewa di hati kami.

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sahabat2 Setia

izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.