Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Friday, May 21, 2010

Legenda Robin Hood






Tajuk Filem : Robin Hood
Pengarah : Ridley Scott (Pengarah filem `Gladiator')
Genre : Aksi
Pelakon : Russel Crowe, Cate Blanchett, Mathew Macfadyen, Mark Strong, Oscar Isaac,Kevidn Durand, Mark Addy, William Hurt, Danny Huston and Max von Sydow.
Klasifikasi : 18 PL
Mula Tayangan : 13 May 2010

Masih ingatkah dengan beberapa aksi menarik tentang filem Robin Hood yang pernah terkenal suatu ketika dahulu. Kini, filem Robin Hood kembali lagi dan pastinya dengan aksi yang lebih menarik lagi. Bagi peminat filem klasik dan berlatarbelakangkan sejarah, filem ini mula ditayangkan mulai 14 Mei 2010 dan merupakan antara filem yang wajib di tonton. Filem seperti ini biasanya berkaitan dengan sejarah dan perkembangan tamadun manusia selain daripada kostum, juga set lokasi, teknologi dan cara hidup ketika itu yang membawa kita seolah2 berada pada zaman abad yang ke-12.

Filem Robin Hood bukanlah kisah baru, namun setiap kali ia dipertontonkan di layar perak, kisah klasik ini tetap menjadi daya tarikan yang tersendiri. Siapa yang tidak kenal dengan Robin Hood? Walaupun tiada kaitan dengan sejarah melayu ataupun sejarah negara malaysia namun wira mitos yang berasal dari England ini cukup memberi kesan publisiti yang berterusan zaman berzaman. Mendengar nama Robin Hood pun sudah cukup kuat untuk mngajak orang ramai menonton filem ini. Malah sejak filem versi Robin Hood and His Merry Men diterbitkan pada 1908, berpuluh2 filem dan drama dihasilkan hingga kini.

Robin Hood digambarkan sebagai wira yang handal bermain pedang dan memanah dalam cerita rakyat inggeris yang melanggar undang2 semasa itu untuk membantu golongan miskin yang tertindas. Prinsipnya adalah merompak daripada golongan kaya dan membahagikan hasil rompakan itu kepada golongan miskin. Asalnya, seorang pemuda kampung yang hidup sebagai petani. Kehidupannya serba sederhana dan menjadi buangan di negara sendiri akibat sikap murninya yang sering di salah anggap oleh raja yang bongkak dan tidak bertanggungjawab. Sebahagian besar sifat wira ini pastinya diketengahkan dalam Robin Hood versi 2010 ini. Tapi tidak keterlaluan jika dikatakan sikap `pencuri' itu tidak begitu ketara, malah tidak wujud babak2 mencuri di rumah2 orang kaya. Dan ia ternyata lebih fokus kepada memberi `bantuan' berbanding `mencuri'.

Sebelum ini telah ada beberapa buah filem dan drama siri tv yang berkaitan dengan kisah Robin Hood seperti Robin Hood:Prince Of Thieves yang dilakonkan oleh Kevin Costner dan Mary Elizabeth pada tahun 1991. Namun ketika itu Kevin Costner enggan mengenakan kostum jenis ketat berwarna hijau yang digemari oleh Errol Fynn Robin Hood. Berlatarbelakangkan lagu `Everything I do I do it for you' oleh Bryan Adams, pasti menggamit kenangan bagaimana lajunya busur bergerak laju ke arah sasaran. Kemudian muncul pula Robin Hood TV series pada 2006 yang di siarkan oleh BBC dan tamat episodnya pada Disember 2007.

Robin Hood versi 2010 ini dirancang pada tahun 2007 dan penggambarannya bermula Mac 2009. Filem dengan tagline `The Untold Story of How The Man Become a Legend' pada Festival filem Cannes yang berlangsung pada 12 hingga 23 mei 2010 merupakan `Opening Film' di festival itu dan pastinya ia hebat dan mendapat sambutan di seluruh dunia. Russel Crowe yang pernah memegang watak utama dalam filem `Gladiator' juga filem dari arahan Ridley Scott telah di pilih utk membawa peranan sebagai Robin Hood. Dan Imagine Entertainment, Relativity Media dan Scott Free Productions membelanjakan sejumlah US130 juta untuk filem yang jumlah tayangannya selama 148 minit itu.

Filem ini berkisar pada abad ke-12 di England. Sir Robin of Loxley, Earl of Huntinton (Russel Crowe) kembali ke kampungnya di Utara England (Nottingham) selepas tamat peperangan (Perang salib ke-3). Berikutan kematian Raja Richard, Robin dan tenteranya berusaha mencari punca terjadinya peristiwa itu. Dalam perjalanan, mereka bertembung dgn askar British yang dibunuh oleh tali barut askar Perancis iaitu Godfrey. Namun barangan berharga berupa mahkota berjaya diselamatkan. Apabila sampai di kampungnya, penindasan telah berlaku terhadap golongan miskin dan orang kebnyakan yang dilakukan oleh Sheriff of Nottingham (Matthew Macfadyen)yang baru.

Robin Hood memasuki England dgn mnyamar sebagai askar British bernama Sir Robert Loxley dan mmbawa mahkota tersebut kepada pemerintah yang tidak bertggjawab, Raja John. Tatkala tentera Perancis datang utk menawan Britain, Robin Hood mengepalai tentera sehingga kemenangan berpihak kepada British. Inilah kemuncak filem di mana serangan ini berlaku di sebelah pantai selatan England. Robin Hood berjaya membunuh Godfrey dari jarak jauh. Namun Raja John yang bongkak dan kejam menuduh Robin Hood, perompak harta istana, penjenayah dan punca kecelaruan dalam negara. Robin Hood pun bergerak ke Sherwood Forest.

Bermarkas di tengah hutan Sherwood, Robin Hood menggunakan kebijaksanaan dan kemahiran memanahnya untuk mmbebaskan kampung dan kawasan sekitarnya dari kekejaman dan korupsi dengan cara merompak harta golongan kaya dan membahagikan hasil rompakan itu kepada golongan miskin.

Pada masa yang sama, Robin Hood telah tertarik dengan penampilan seorang wanita bernama Lady Marian (Cate Blanchett) dan mereka bersama2 berjuang utk mncapai matlamat perjuangan mereka.

Awal babak ketika menyaksikan filem Robin Hood, mungkin agak membosankan dengan plot2 yg agak mndatar. Namun aksi pertempuran di akhir cerita agak sedikit mncemaskan. Bagi penggemar filem2 klasik seperti ini, seharusnya tidak melepaskan peluang menyaksikannya di pentas2 layar perak. Ia akan menenggelamkan penonton ke dalam peperangan klasik antara dua koloni iaitu Perancis dan Inggeris, malah di hiasi dengan muzik klasik tradisional Inggeris.

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sahabat2 Setia

izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.