Al-Quran itu dihina kerana kita meninggalkan kefahaman dan bacaannya. Allah itu dihina kerana kita mengabaikan arahan dan larangannya. Benar, mempertahankan namanya semata-mata tidak mampu menyelamatkan kita di sisiNya dan mengolongkan kita dari kalangan hamba yang bersyukur.
Apabila Quran dihina dan dikondem oleh musuh Islam (melalui Fitna) dan lain-lain, kita dituntut untuk mempertahankan hak dan kesuciannya dengan pelbagai cara menurut kebijaksanaan dan perancangan masing-masing. Namun salah satu perkara yang tidak boleh luput dari pemikiran kita adalah di waktu Al-Quran dihina, sejauh manakah kita pula berdamping dengan Al-Quran dari sudut membacanya, memahami nasihat-nasihatnya, hukum hakamnya dan pengamalannya dalam kehidupan seharian.
Al-Quran
MasyaAllah cuba kita bayangkan kita sedang di dalam peperiksaan yang tiada peluang untuk mengulangi jika gagal. Peperiksaan SPM, STPM, PMR, UPSR, PTK, Final Exam Universiti dan lain-lain, semuanya mempunyai peluang untuk mengulanginya kembali malah hidup seseorang belum tentu menempuhi kegagalan jikapun mereka gagal dalam ujian-ujian yang disebut tadi.
Namun demikian, peperiksaan kehidupan kita ini, silibus utamanya terdapat dalam Al-Quran (Juga Al-Hadis), adakah ‘performance' kita hari ini diyakini boleh mencapai tahap lulus, cemerlang atau gagal...?
Jika peperiksaan yang lain, gagal pertama kali boleh dimasukkan dalam minda kita, tetapi peperiksaan dunia tidak sama sekali kita wajar berfikir untuk gagal. Namun kegagalan pasti akan datang jika kita jauh dari Al-Quran dan kandungannya. Kegagalan jenis ini tiada jalan 'U Turn' nya.
Selain kegagalan, ketidak pedulian kita dari Al-Quran itu adalah salah satu bentuk penghinaan Al-Quran, cuma bentuknya berlainan. Ia disebut oleh Allah swt :-
وَقَالَ الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَذَا الْقُرْآنَ مَهْجُورًا
Ertinya : Berkatalah Rasul: ""Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku menjadikan Al Qur'an ini suatu yang tidak diacuhkan"".(Al-Furqan : 30)
Demikian ditegaskan oleh Imam Ibn Kathir di dalam tafsirnya (tafsir Al-‘Azim, 3/318)
Satu lagi amaran yang disebut dalam sebuah hadis :-
الْقُرْآَنُ شَافِعٌ مُشَفَّعٌ وما حَلَّ مُصَدَّقٌ فَمَنْ جَعَلَهُ إِمَامَهُ قَادَهُ إلى الْجَنَّةِ وَمَنْ جَعَلَهُ خَلْفَهُ سَاقَهُ إلى النَّارِ
Ertinya : Al-Quran itu memberi syafaat dan sesiapa yang menjadikannya di depannya ( sebagai panduan hidup, nescaya ia akan membawamu ke syurga, dan siapa yang meletakkannya di belakangnya, Al-Quran itu akan mengheretnya ke neraka) (Riwayat Ibn Hibban, 1/332 ; Syuaib : sanadnya sohih dengan syarat Muslim , Al-Qaradawi : Hasan)
Selamat berfikir dan bertindak
www.zaharuddin.net
Thursday, May 27, 2010
Allah dan Quran Dihina Bila...
Labels: agama/kerohanian/tazkirah
Post a new comment
Comments by IntenseDebate
Allah dan Quran Dihina Bila...
2010-05-27T22:00:00+08:00
sarina izryn
agama/kerohanian/tazkirah|