Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Tuesday, May 25, 2010

Demam Piala Dunia Kembali Lagi


Tidur bola. Makan Bola. Minum bola. Semuanya kerana bola. Ia kembali lagi. Kepada yang begitu meminati sukan bolasepak ini, pasti tidak akan melepaskan peluang menyaksikan Piala Dunia yang ke-19 di Afrika Selatan, yang akan berlangsung di kaca tv di seluruh dunia pada 11 Jun 2010 sehingga 11 Julai 2010 ini. Tidak ada acara sukan di dunia yang mampu memberi impak besar seperti yang dilakukan oleh Piala Dunia FIFA. Pada hari ini sebanyak 32 pasukan kebangsaan berbanding 16 dan 24 pasukan sebelum ini akan bertanding pada setiap 4 tahun untuk bergelar sebagai juara dunia. Dunia FIFA juga mampu menarik perhatian jutaan peminat bolasepak seantero dunia untuk sentiasa melekat di hadapan kaca tv untuk menyaksikan kehebatan aksi2 hero2 dari Brazil, Argentina, Itali, Jerman, England dan juga saingan2 hebat mereka.

FIFA ditubuhkan pada 1904. Piala Dunia FIFA di lancarkan buat kali pertama pada 1930 di Uruguay hasil inspirasi Presiden FIFA ketika itu, Jules Rimet. walaupun Uruguay pernah memenangi pingat emas bagi acara bola sepak di dua kejohanan Olimpik pada 1924 dan 1928, tapi ia tidak dianggap sebagai satu pencapaian mutlak dalam bidang bolasepak. Hanya 4 buah negara yg sanggup menghantar pasukan mereka merentasi Lautan Atlantik ke Montevideo untuk mengambil bahagian dalam Piala Dunia yang pertama.

Pemain Perancis, Lucient Laurent adalah penjaring pertama dalam sejarah piala dunia. Semenjak itu, Eropah berjaya menyamai rekod kejuaraan Piala Dunia dengan 9 kali juara sama dengan Amerika Selatan. Menjadi tuan rumah sebanyak 11 kali. Mengatasi benua Amerika Selatan 3 kali (Argentina 1978, Brazil 1950 dan Uruguay 1930), 3 kali di Amerika Tengah dan Amerika Utara (Mexico 1970 dan 1986, Amerika Syarikat 1994). kejohanan yang berprestij ini pernah diadakan sekali di benua Asia iaitu pada 2002 dia Jepun dan Korea Selatan.

Tahukah Anda?
1. Piala dunia akan diadakan di benua Afrika buat pertama kalinya pada 2010.
2. Berat Piala Dunia ialah 6.175 kg. FIFA telah memilih hasil rekaan dari Itali, Silvio Gazzaniga.
3. Jumlah penonton paling ramai ialah 450 juta di seantero dunia pada 2002 antara England menentang Argentina.
4. Stadium legenda Brazil (Stadium Maracana) akan mnjadi hos kali ke-2 Piala Dunia pada 2014.
5. Gol ke-2000 dalam sejarah piala dunia dijaringkan oleh Marcus Allback dari Sweden ketika menentang England pada 2006.
6. Kapten Itali, Fabio Cannavaro mmbuat penampilan ke-100 dgn Itali pada perlawanan akhir di Jerman tahun 2006.
7. Brazil menjuarai Piala Dunia 5 kali, diikuti Itali 4 kali dan England hanya sekali.
8. Sejenis alat muzik trompet iaitu `vuvuzela' dibenarkan di bawa masuk ke dalam stadium di mana ia boleh menghasilkan bunyi yang biasa di dengar pada perlawanan penting di Afrika Selatan.
9. Zakumi, karektor harimau bintang merupakan maskot rasmi Piala Dunia 2010. Berambut hijau dan memakai kemeja T South Afrika 2010. Hijau kuning mewakili warna rasmi pasukan kebangsaan Afrika Selatan. ZA berasal dari ISO 3166-1 alpha-2 iaitu kod negara Afrika Selatan. KUMI membawa maksud `sepuluh' (Afrika ada 10 jenis bahasa).
10. Bola rasmi yang bakal digunakan di namakan `Jabulani'. berasal dari bahasa isiZulu, salah satu daripada 11 bahasa rasmi Afrika Selatan yang digunakan oleh 25% warga negara itu, ”Jabulani” bermaksud “to celebrate” dalam bahasa Inggeris. Bola ini melambangkan penyatuan semua negara dalam kejohanan piala dunia. Kehebatan bola ini di akui oleh beberapa bintang ternama :

Michael Ballack : Fantastic, the ball does exactly what I want it to.
Petr Cech : You can feel the energy coming towards you, like a shot.
Frank Lampard: It very strong ball, true to hit.
Kaka: For me, contact with the ball is all-important, and that is just great with this ball


Mana pasukan kegemaran anda? Argentina? England? Brazil? Dan aku, pasukan kesayangan sudah pasti Jerman yang merupakan ranking ke-6 FIFA. Mari ikuti rekod Jerman di mana pada 2006 yang lepas, Piala Dunia diadakan di Jerman buat kali ke-2. Jerman hampir melayakkan diri ke perlawanan akhir namun dikecewakan Itali, jaringan Fabio Grosso dan Alessandro. Walaupun begitu, penyerang berbisa Jerman, Miroslav Klose berjaya merangkul kasut emas (penjaring terbanyak - 5 gol). Jerman pernah muncul dalam perlawanan akhir Piala Dunia sebanyak 7 kali. Jerman juga pernah muncul sebagai juara Euro sebanyak 3 kali (1972, 1980 dan 1996). Jerman antara pasukan yang paling popular dipersada bolasepak antarabangsa. Apalah ertinya Piala Dunia tanpa Jerman. Mereka juga muncul sebagai juara dunia 3 kali pada 1954, 1974 dan 1990.

Bintang2 seperti Michael Ballack (kapten), Miloslav Klose, Philip Lahm, Lukas Podoiski danMario Gomez sudah sedia menjadi sebutan kepada peminat2 bolasepak Jerman. Joachim Loew merupakan jurulatih Jerman yang diharapkan dapat membawa Jerman pulang sebagai juara Piala Dunia 2010. Perlawanan peringkat kumpulan, mungkin Jerman tidak melalui jalan yang sukar kerana akan menentang pasukan Serbia, Ghana dan Autralia dalam Kumpulan D. Perlawanan di mulai pada 13 Jun 2010, di mana Jerman akan bertemu dengan Australia.

Top 10 FIFA Ranking.
1. Brazil
2. Sepanyol
3. Portugal
4. Netherland
5. Itali
6. Germany
7. Argentina
8. England
9. France
10.Croatia

Agak menyedihkan, bila Jerman diumumkan, akan beraksi di Piala Dunia 2010 kali ini tanpa tunggak utama mereka, Michael Ballack, 33 tahun yang juga bintang bolasepak kegemaranku selain dari David Beckham yang juga tidak beraksi di padang. Selain dari berpengalaman, Ballack juga merupakan pemain senior harapan buat Jerman.

Hasil dari pemeriksaan doktor, Ballack mengalami kecederaan dipergelangan kaki dan perlukan rawatan yang agak lama dan berkemungkinan mengambil masa selama 8 minggu. "Saya merasa sangat kecewa. Ia suatu kenyataan yang pahit, jika menerima diagnosa seperti itu pada 2 atau 3 minggu sebelum Piala Dunia. Tapi itulah bolasepak," kata Michael Ballack setelah menerima keputusan hasil pemeriksaan sinar-x.

Ballack mengalami kecederaan tersebut pada perlawanan akhir Piala FA (Liga Inggeris) antara Chelsea dengan Portsmouth. Pemain Portsmouth, Kevin Prince Boateng (pemain Ghana kelahiran Jerman) melakukan sedikit kekerasan terhadap Ballack di minit ke-35. Malang buat Jerman apabila penjaga gol Jerman, Rene Adler, juga turut menarik diri.

Mengikut rekod Jerman juga, Jerman kalah pada perlawanan akhir 0-2 dengan Brazil pada Piala Dunia 2002. Kemudian pada 2006, Jerman menjadi juara tempat ke-3. Pada Piala Eropah 2008, Jerman hanya mampu menjadi naib juara setelah kalah dengan Sepanyol 0-1.

Masih ingat dengan Jurgen Klinsman yang merupakan insan paling berpengaruh di persada Piala Dunia sama ada sebagai pemain atupun jurulatih. Beliau menjaringkan 3 gol apabila Jerman menjulang Piala Dunia pada 1990, 5 gol pada 1994dan 3 gol pada Piala Dunia 1998. Beliau juga banyak membantu Jerman layak ke peringkat separuh akhir pada 2006.

Bagi pasukan Malaysia yang masih belum layak untuk ke Piala Dunia, kita masih tetap mampu untuk berbangga dengan kehadiran Mohd Subkhiddin atau Cikgu, iaitu salah seorang refree Msia akan bertugas mengadili perlawanan bola sepak yang berprestij itu di Afrika Selatan.

Bagaimana sukan bola sepak ini turut mnjadi kegilaanku? pelikkan? Tapi itulah satu perasaan yang mengagumkan, apabila pasukan yang kita sokong muncul mnjadi juara dan pastinya satu perkataan yang akan di jerit tnpa mengira bangsa, bahasa ataupun budaya di seluruh dunia dengan satu sebutan `GOLLLL...' Hurm.....unik kan??

Bagaimana dengan anda? Pasukan mana menjadi pilihan anda? Bagaimana minat sekalipun anda dengan bola, jangan abaikan rutin harian anda. Jangan lupakan tanggungjawab anda. Bola tetap mnjadi hobi dan kegilaan kepada semua penggemar. Jadi..apalagi??? JOM BOLA......

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sahabat2 Setia

izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.