Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Sunday, May 23, 2010

Percutian di minit2 terakhir




Sesekali terpaksa membuat keputusan. Cuba mengubah arah angin. Bukan bermakna mengubah kuasa Allah. Tapi beralih ke suasana yang berbeza. Ambil angin ataupun makan angin.

Tatkala masing2 dilanda kecelaruan fikiran, keletihan minda dan mgkn tubuh yang perlukan saat2 kerehatan, aku dan keluarga mengambil keputusan meninggalkan bumi bertuah Merah Kuning ini menuju ke selatan tanahair pada pagi Sabtu, 22 mei 2010. Tak lah selatan sangat. Hanya sedikit selatan. Dengan sedikit pakaian, aku juga hidup seharian kali ini tanpa lappy. Tiada facebook. Tiada Blog.

Sudah agak lama juga aku tidak bercuti di pantai Port Dickson. Itu ajelah pantai yang paling dekat dengan KL. Kalau nak dibandingkan keindahan alam dan panorama yang semulajadi, pastinya bumi Terengganu tetap menjadi pilihan. Namun rancangan jangka pendek sudah pastinya, Port Dickson, Negeri Sembilan mnjadi tumpuan. Aku rasa mgkn 2 tahun lamanya aku tidak berkunjung di sini. Tahun 2009 merupakan tahun yang sibuk dalam hidupku. Ada percutian pun semuanya di lokasi yang berbeza dan biasanya kerana mengunjungi majlis perkahwinan sahabat handai mahupun saudara mara, lalu sambil2 itu terus mencari tempat utk bermalam buat sehari dua. Andainya itu boleh dianggap satu percutian.

Tiada reservation. Terjah. Itulah cara aku dan keluarga setiap kali mengunjungi PD. Tidak perlu risau. Nak yang macamana? Budget? Under Budget? Ataupun Over Budget..haha...semua di tangan anda. Kiralah, berapa bintang yang ada mahukan. Hotel mana yang belum aku diami? Seri Malaysia selalu mnjadi tumpuan. Budget yang biasa dan siap dgn sarapan pagi. Lokasinya yang berdekatan dengan pasar malam turut mnjadi alasan kenapa Seri Malaysia mnjadi pilihan. Guoman? Bagiku, itulah hotel yang paling mahal pernah aku bermalam. Seaview yang amat menarik sambil menikmati panorama senja, menyaksikan matahari tenggelam dari balkoni bilik hotel, amatlah mngasyikkan. Itu belum lagi dengan kolam mandi yang sesuai untuk pelbagai lapisan usia. Kebersihan pantai milik hotel turut mnjadi pilihan utk berendam atau setakat bermain2 air. Selain itu, Tanjung Tuan Beach Resort, Chorus Paradise dan rumah peranginan TNB, juga beberapa lagi yang aku pun dah hampir lupa untuk mengingatinya.

Bertolak seawal pukul 10.30 pagi, aku memandu menuju ke destinasi. Memandangkan hentian rehat Dengkil masih ditutup untuk proses penambahbaikan, maka aku berhenti rehat di hentian Seremban. Memang penuh ketika itu. Namun makanan yang disediakan agak memberangsangkan perut juga. Perjalanan diteruskan dan sebenarnya memang tak tahu ke mana haluan nak di tuju memandangkan aku tidak membuat tempahan mana2 pun bilik hotel. Tiba2 terpandang sebuah hotel, Hotel Mesra yang kedudukannya juga agak strategik antara pasar malam dan ke Teluk Kemang. Terus masuk ke receptionist dan bertnyakan jika ada kekosongan bilik utk bermalam buat semalaman. Alhamdulillah. Rezeki. Dan tercatat satu lagi hotel dalam senarai percutian aku di PD.

Letih benar agaknya. Amirul masih khusyuk dengan PSP. Aku dah terlena di atas peraduan. Bilik yang walaupun kelihatan agak sederhana itu, namun ia cukup selesa untuk aku tiga sekeluarga. Berpatutan dengan harganya. Bila dah tidur, memang langsung tak ingat ape2. Segala yang kalut di fikiran pun hilang bersama angin2 yang ditinggalkan, ketika menuju ke PD ini. Asyiknya.

Selepas Asar, aku turun dari hotel dan berpusing dia kawasan hotel tersebut. Kelihatan ada bilik khas untuk perkhidmatan komputer atau seakan2 cyber cafe dan di ruang tamu itu pula disediakan tempat untuk menonton tv sambil bersantai2. Tapi sayang, hotel ini masih belum lagi menyediakan wifi untuk pengunjung. Tapi bagus jugak. Kalau tak, pasti aku dah melekat mengadap komputer di situ. Itu bukan percutian namanya. No..no..no..no....eheh ! teringat aku pada rakan karibku yang suka dengan trademark seperti itu. Di mana dia sekarang yer? Dengar katanya tempoh hari, nak ke Phuket. Pasti sedang berlibur keasyikan menikmati keindahan alam di Phuket ketika ini. Aku? Insyaallah, ada rezeki nanti pasti akan tiba di pulau syurga dunia itu.

Berbalik kepada hotel penginapan ku ini, dibawahnya terdapat satu cafe khas untuk pengunjung menikmati makan tengahari, makan malam dan sarapan pagi. Dan ada disediakan steambot dengan hanya perlu membayar sebnyak RM24.00/seorang. Ada sebuah pasaraya yang agak besar dikenali dengan pasaraya mesra. Segala2nya ada di sini. Dan disebelah pasaraya itu terdapat sebuah klinik dan kedai makan yang berdekorasi seperti restoran Thai. Semuanya ini, berada di dalam satu bangunan.

Sementelah itu, kami terus ke Telok Kemang, pantai yang tidak dapat disangkal lagi popularitinya.Memang ada perubahan. Pengunjung yang hadir, tak usah nak di perkatakan. Tambahan lagi di hujung2 minggu ni.Di tepi pantai penuh dgn kerusi yang siap dengan payung utk berlindung dari panas dan hujan. Memang ramai yang sedang bermain air, berendam dan berenang2. Tak mengira panas terik mentari, semuanya demi kepuasan. Terdapat beberapa permainan pantai seperti jet ski dan banana boat yang tak putus2 menjadi tumpuan pengunjung. Deretan gerai2 makanan dan pakaian bersilih ganti menghiasi setiap langkah perjalananku. Minum seteguk air kelapa sudah cukup menghilangkan dahaga. Berhenti rehat melepaskan lelah sambil menikmati tiupan angin Selat Melaka.

Dan malamnya aku tak melepaskan peluang singgah di pasar malam PD. Apa yang ada di pasar malam? Pastinya ada banyak pilihan juadah makanan dengan harga yang amat berpatutan. Pilih sahaja ikut suka. Akhirnya, beberapa makanan telah pun ku jinjing utk di bawa pulang ke hotel. Dan itulah makanan malamku. Simple kan? Sambil makan sambil melayan Liga Super antara Selangor menentang KL plus. Keseronokan berganda kerana Selangor masih gah di persada liga walaupun tanpa kehadiran pengurus/jurulatih (K.Devan) dan dua pemain utama, Hardi Jaafar dan Safee Sali. KL plus kecundang 1-2 di tangan Selangor.

Kemudian, sengaja mengambil angin malam di sekitar PD. Namun sayang, bandar PD sunyi dan sepi seperti tidak berpenghuni. Berbeza dengan KL mahupun bumi Selangor yang sentiasa hidup di malam hari, akhirnya membawa aku pulang semula ke hotel. Teruskan berehat. Nama pun percutian kan...hurm

Tidak perlu merungut, tapi bersyukur kerana pihak hotel menyediakan sarapan pagi. Dan aku sekeluarga check out pukul 11.30 pagi itu dan menuju ke Teluk Kemang sekali lagi, buat kesekian kalinya. Sekadar melepaskan lelah dan merehatkan mata. Dan akhirnya, kami terus pulang ke Klang. Walaupun terlalu singkat namun percutian ini cukup berarti bagiku. Sesuatu yang pasti, minda dan akalku dapat berehat dengan sempurna. Tubuhku segar bersama angin Selat Melaka yang aku tinggalkan dengan harapan pasti kembali lagi pada suatu hari nanti.

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

4 comments:

e_ja said...

lepas ni plan percutian ke segamat pulak ye na??,,,;-)

sarina izryn said...

no problem ija....i will...i will....tggu anak dara ina tu cuti sekolah yerk..pah tu leh le mendaki gunung ledang dan terjun di air terjun...heheh

ppkiskjugra said...

jangan lupakan aku ina...aku nak join jugak ke Segamat..

Anonymous said...

wokey...kite set date bes2 punyer...
Ija : muat yerk..nk tumpangkan kami sume....huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sahabat2 Setia

izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.