Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Tuesday, May 11, 2010

Jeragat dan anda



Anda mengalami jeragat di muka? Tahukah anda bahawa Jeragat adalah sejenis penyakit kulit yang tidak berbahaya tetapi
kehadirannya menyebabkan kulit wajah seseorang kelihatan tidak sihat,
selain menjejaskan penampilan individu.

Jeragat bagi pemahaman masyarakat tergolong kepada dua jenis iaitu
pigmentasi (tompok hitam yang leper di dalam ...lapisan kulit atau biji
seperti ketumbuhan kecil pada kulit). Masalah pigmentasi adalah seperti melasme, freckles atau solar lentigenes.

Terdapat beberapa faktor menyebabkan kulit ditumbuhi jeragat iaitu kesan
cahaya matahari dan faktor genetik. Bagi pengambilan ubat-ubatan
seperti pil perancang pula boleh menyebabkan potensi kulit berjeragat
terhadap individu lebih tinggi.

Kebiasaannya jeragat menyerang
wanita pertengahan umur seperti 40 tahun ke atas. Tetapi tidak mustahil
golongan awal 20-an juga berdepan dengan masalah ini berikutan jeragat
juga berpunca daripada faktor genetik. Bagi wanita yang terdedah dengan cahaya matahari, risiko berdepan kulit berjeragat lebih besar.

Malah,
masalah pigmentasi juga dikesan daripada pengambilan ubat seperti pil
perancang, amiodarone, bleomycine, chloroquine, antibiotic seperti
minocydine dan lain-lain lagi. Bagi mengatasi masalah jeragat, wanita disarankan lebih peka terhadap
penjagaan kulit termasuk mengambil langkah pencegahan dengan
menggunakan krim pelindung matahari sekiranya melakukan aktiviti luar
selain mendapat rujukan doktor untuk mengenalpasti penyebab dan rawatan
sesuai.

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sahabat2 Setia

izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.