
Dipetik dari jawapan UZAR di web www.zaharuddin.net
Bagi melindungi diri dari sihir, yang terbaik adalah anda sentiasa  menjaga solat lima waktu serta meningkatkan kualiti solat. Membaca  al-Quran dan zikir  secara berterusan dan komited. Ini ternyata dari  firman Allah ertinya :
" Sesungguhnya tidak ada kekuasaan bagimu (Syaitan) terhadap  hamba-hambaKu, kecuali (kamu punyai kuasa) ke atas mereka yang mengikut  kamu, iaitu orang-orang yang sesat" ( Al-Hijr: 42)
Juga satu lagi firman Allah SWT ertinya : "Sesungguhnya Syaitan itu  tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakkal  kepada Tuhannya" ( An-Nahl : 99)
Sebelum saya menyebut beberapa ayat yang boleh di amalkan bagi mengelak  sihir, sesorang itu perlulah jelas beberapa fakta terlebih dahulu :-
1) Kewujudan sihir telah diiktiraf oleh Allah SWT di dalam al-Quran dan  boleh datang dalam pelbagai bentuk.
2) Sihir boleh termasuk dalam perkara yang membawa sesuatu manfaat atau  kejahatan . Ia berdasar firman Allah : " ... Mereka mengamalkan apa yang  diajarkan oleh syaitan pada masa kerajaan Sulayman. Padahal Sulayman  itu bukanlah dari golongan orang yang ingkar. Mereka mengajarkan manusia  ilmu sihir, yang diturunkan kepada kedua malaikat di negeri Babel,  iaitu Harut dan Marut. Sedang keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada  seseorang pun sebelum mengatakan "sesungguhnya kami hanya cubaan dan  janganlah kamu kufur dan menyalah gunakan ". Tetapi manusia mempelajari  dari keduanya dan digunakan (mengikut ajaran syaitan) untuk mencerai  beraikan suami isteri.... Bahkan mereka yang ingkar akan merasakan yang  amalannya itu semata mata menyakitkan dan tidak memanfaatkan mereka pun"  ( Al-Baqarah : 102)
3) Sihir tidak boleh berfungsi dan memberi sebarang kesan kecuali dengan  izin Allah SWT , ia dari firman Allah SWT : "..Sesungguhnya mereka  tidak dapat membinasakan sesiapa pun tanpa keizinan Allah. " (  Al-Baqarah : 102 )
4) Amaran Allah dan RasulNya bagi pengamal ilmu sihir :-
Ertin firman Allah : " Oleh itu mereka akan ketahui dengan sepenuhnya  sesiapa yang mengamalkan ilmu sihir, tidak akan mendapatkan bahagian  yang baik di hari Akhirat kelak. ( Al-BAqarah : 102)
Sabda Nabi SAW tentang dosa besar sihir :
      
Ia berdasarkan hadith nabi SAW :  Ertinya : "Jauhilah tujuh dosa besar,  Syirik, Sihir, membunuh tanpa hak, makan harta anak yatim, makan riba,  lari dari medan peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan yang  suci dengan zina ( tanpa saksi adil) " ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Beberapa cara di bawah bolehlah di amalkan untuk mengelak sihir :-
1) Al-Fatihah.
2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.
Ia berdasarkan hadith :
قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين ,  حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود  والترمذي )
Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : "Bacalah Qul Huwa  Allahu Ahad" (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq)  sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari  segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur,  no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 (  Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih,  An-Nawawi : Sohih
3) Ayat al-Kursi selepas solat ( iaitu surah Al-Baqarah ayat 255)
Dalilnya :
من قرأ آية الكرسي دبر كل صلاة لم يمنعه من دخول الجنة إلا أن يموت ( رواه  النسائي )
Ertinya : "Sesiapa yang membaca ayat Kursi setiap kali selepas solat,  maka tiada siapa yang dapat menghalangnya dari memasuki syurga" (Riwayat  an-Nasaie dan at-Tabrani dengan sanad salah satu antaranya Sohih.  Antara yang mengatakan hadith ini sebagai SOHIH adalah Ibn Hibban, Abul  Hasan (guru Ibn Munzir), Az-Zahabi, Ibn Hajar, Al-Qaradawi (Rujuk  Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Selepas  Solat Fardhu, no 890, 1/426)
4)Membaca doa ini dengan setiap hari iaitu 3 kali : "Bismillahillazi La  Yadhurru Ma'asmihi Syai un Fil Ardi Wala Fisamaie, wa huwas Sami'ul  ‘Alim".
Dalilnya :-
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (( ما من عبد يقول في صباح كل يوم  ومساء كل ليلة : " بسم الله الذي لا يضرّ مع اسمه شيء في الأرض ولا في  السماء , وهو السميع العليم ",  ثلاث مرات , إلا لم يضره شيء )) : (رواه  ابو داود والترمذي )
Ertinya : Rasulullah S.A.W bersabda : ((Tiada seorang hamba pun yang  berkata setiap pagi dan petangnya : "Dengan nama Allah yang tiada siapa  mampu memudaratkan dengan namaNya samada di dunia mahupun di langit, dan  Dialah maha mendengar lagi maha mengetahui" sebanyak 3 kali, kecuali  tiada apa yang mampu memudaratkannya)) (Sohih Muslim, no 2731 (Nuzhatul  Muttaqin, no 1413, 2/207)
5) Membaca dua ayat terakhir dari surah al-Baqarah pada waktu malam
من قرأ بالآتين من آخر سورة البقرة في ليلة كفتاه (رواه الشيخان )
Ertinya : "Barangsiapa membaca 2 ayat terakhir ( ayat no 285 dan 286 )  dari surah al-Baqarah dalam satu malam, maka 2 ayat itu telah pun  mencukupi baginya"(Al-Bukhari & Muslim)
6) Membaca zikir : "La ilaha illah wahdahu la syarikalah, lahul mulku  walahul hamdu yuhyi wa yumit wahuwa ‘ala kulli syai'in Qodir "  (  sepuluh kali )
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : من قال : لا إله إلا الله وحده لا شريك  له , له الملك وله الحمد , يحي ويميت وهو على كل شيء قدير عشر مرات على  إثر المغرب بعث الله مسلحة يحفظونه من الشيطان حتى يصبح , وكتب الله له  عشرحسنات موجبات , ومحى عنه عشر سيئات موبقات , وكانت له بعدل عشر رقاب  مؤمنات . (الترمذي )
Ertinya : Bersabdalah Nabi S.A.W : Barangsiapa menyebut : " Tiada tuhan  melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya segala kerajaan  dan bagiNya kepujian, yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Dia maha  berkuasa atas segala sesuatu"sebanyak seratus kali selepas solat  Maghrib, nescaya Allah akan membangkitkan ia (di hari qiamat) dengan  senjata yang mampu melindunginya dari Syaitan sehinggalah pagi esoknya,  dan dituliskan baginya sepuluh kebaikan seperti pahala menunaikan  perkara wajib, dan dipadamkan darinya sepuluh kejahatan seperti  dosa-dosa besar. Dan ia standing dengan membebaskan 10 hamba wanita  islam." (Sunan At-Tirmidzi, Bab Doa nabi SAW , no 3534 , hlm 802 ;  At-Tirmidzi : Hasan Ghorib , Al-Albani : Hasan)
7) Membaca : " A'uzu bikalimatillah at-Tammati min syarrima Khalaq"
أما لو قلت حين أمسيت : (( أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق )) , لم  تضرك  (رواه مسلم وأبو داود )
Ertinya : Adapun jika engkau menyebut tatkala kamu berpetang-petang : ((  Aku berlindung dengan kalimah Allah yang maha sempurna dari segala  kejahatan makhluk)) , nescaya tiada sesuatu apa akan memudaratkanmu. (  Riwayat Muslim Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri,  Bab Zikir Yang Disebut Ketika Subuh, no 336, 1/225 )
1 day ago
 

 
 
.jpg) 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 









3 comments:
Post a Comment