Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Tuesday, May 11, 2010

Selamat Ulangtahun buatku..



Happy Birthday to my loving mum in the world.
This is song for you.
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan Sarina
Allah selamatkan kamu
Sekali lagi....
Happy Birthday!
I Luv u so much
Mamalah model di dunia ini. Everyday.

Satu sms hadir pada 14hb Mei....sedar tak sedar bertmbah angka usiaku...Teringat kata2 seorang sahabat, usia kita boleh diumpamakan seperti BMW series....bila umur dalam lingkungan 30-an tu mercedes 3 series...hurm...maknanya maintenance lagi tinggi kan...spare part pun bukan mudah nak cari...jadi sebaik2nya dari awal usialah kita kena jaga maintenance...umpama kereta, kalau tak jaga maintenance alamat cepatlah rosak dan terus mnjadi besi buruk. Sentuh tentang maintenance, bukan bermakna kena tukar body part mana2 yang rosak. Takpun tukar enjin. Tu belum radiator bocor. Silap2 kena overhaul. Hurm..maaflah, bila dah bekerja dalam bidang automotif, perkara2 berkaitan pun tak dapat nak lari dari soal2 permotoran ni.

Seperti biasa, aku memang tak pernah mengharapkan sesuatu yg istimewa dari orang2 tersayang....apelagi untuk meraikannya dengan majlis2 indah. Yang kuharapkan sentiasa dengan doa yang berpnjangan agar dapat ku isi nilai usiaku dengan perkara yang lebih baik dari yang sebelumnya. Bersyukur ke hadrat Ilahi. Dan paling indah bila dapat menyediakan diri, mengadap Tuhan yang Esa dengan bacaan ayat2 Al-Quran atau melakukan perkara2 sunat..semoga kehidupan aku di redhai di dunia hingga akhirat. Aku bukanlah bagus sangat cuma berharap dapat jadi insan terbaik dari yang terbaik...hurm...apapun erti kebahagiaan bagi aku sudah cukup memadai dan lebih mngajar aku tentang syukur. Bahagia bila dapat membahagiakan orang2 disekelilingku khususnya mereka2 ataupun individu2 yang aku sayang.

Bila umur bertambah, diet pemakanan seimbang merupakan perkara yang perlu dititikberatkan. Semakin usia meningkat pemakanan lagilah perlu diambil perhatian. Kurangkn gula, karbohidrat, lemak dan sebagainya. Lebihkan sayur2an. Itu belum lagi dengan supplement yang penting untuk back up tubuh badan. Itu kata orang bijak dalam pemakanan. Huh ! Bagi perempuan seperti aku, kalsium memang amatlah diperlukan. Seperti yang semua tahu, osteoporosis sering terjadi pada wanita2 yg meningkat usia. Tapi aku ni bukanlah kategori jaga sangat diet pemakanan. Selalu main belasah jer terutama bila sudah ada di depan mata lagi2 kalau yang berunsurkan coklat. Aghhh....pantang tengok....kecur air liur...

Exercise? Agak2 korang rajin tak exercise? Aku? Seperti orang lain yg bergantung kepada keadaan. Adakala kesibukan mmbuat aku langgar waktu2 utk exercise. Haha..macam sibuk sangat kan? Tapi sekurang2nya....turun naik tangga pejabat pun dah satu exercise jugakkan? Itu satu alasan untuk orang2 yang paling malas sekali nak buat exercise.

Kadang2 bila angka usia bertmbah, kita semakin pasti yang tua itu pasti mnjelma. Dan pastinya ajal maut juga di tangan Tuhan. Bak kata ziana zain, penyanyi terkenal di Msia `Biar tua mngejar kita, jangan kita mengejar tua' ada benarnya. Maka peliharalah kesihatan. Chewahh...aku pun bukanlah pakar kesihatan. Cuma cuba nasihat dan ingatkan diri sendiri. Sesungguhnya, usia bukanlah satu angka tp bagaimana cara kita mengisi usia itu. Adakah yang baik atau yang sebaliknya. Setiap keburukan yg kita lakukan di dunia ini, pasti ada hukum karma, maupun kifarah dari Tuhan. Namun aku sedar aku tak mgkn mmpu lari dari melakukan kesilapan. Namun selagi iman masih kuat di hati, Allah tetap satu kusandarkan harapan, pegangan dan pedoman hidup. Allah Maha Penyayang lagi Mengasihani.

Hari ini aku masih di Gurun, Kedah. Ulangtahun ku kali ini sepi. Sunyi. Sayu. Tidak bersama keluarga tercinta. Dalam hati, dan kalau ikutkan perasaan mahu sahaja aku memerap di dalam bilik seharian sambil memejamkan mata. Boring la konon. Haha. Namun demi mngejar sebuah kehidupan yang lebih sempurna maka aku berada di sini. Sebenarnya, aku ditawarkan oleh syarikat tempat aku bekerja utk melanjutkan pelajaran, executive Diploma in management. Satu peluang yang tak perlu aku lepaskan walaupun aku berada dalam usia sebegini. Rasulullah SAW pun pernah berkata `belajarlah kamu sehingga ke negara china'. Ilmu itu terlalu luas. Kalau lautan itu luas, ilmu lagi luas dari lautan itu. Ada kawan aku kata ` belajarlah sehingga ke alam maya'. Itu lagi hebat. Dia satu2nya sahabat yg kusayangi sebagai individu yg bnyak mmberi aku semangat dalam hidup ini. Semoga persahabatan ini kekal selamanya..insyaallah

Teringat pula aku pada masa dahulu, selepas mndapat keputusan STPM yang agak cemerlang, aku tidak berusaha untuk memohon mana2 IPT. Mungkin aku sudah bosan dengan mngadap buku2 pelajaran. Dan aku mngambil keputusan terus bekerja. Aku pernah jua diberi peluang sebagai guru sandaran di salah sebuah sekolah menengah di daerah Kuala Langat. Namun aku tidak menghadirkan diri pada hari yang sepatutnya aku mula mengajar. Peliknya.

Mgkn rezeki aku agak murah ketika aku bertugas di syarikat pertama dahulu. Peluang belajar, menghadiri kursus atau course yang disediakan oleh pihak syarikat. Dan semuanya aku belajar dari sebuah pengalaman. Kukutip pengalaman itu sebagai satu hadiah paling berharga dalam hidupku kerana tak semua orang akan memperolehi pengalaman hidup yang serupa. Banyak juga sijil yang aku perolehi ketika bertugas disini. Yelah rezeki di tangan Tuhan. Biar bagaimana bentuk rezeki itu, semuanya dengan melalui usaha dan tawakal dan izin Tuhan.

Bila sambut ulangtahun di Gurun, yang seperti satu pekan koboi kecil, terasa keseorangan. uwaaa !! cam rasa nak menangis pun ada. Mujur ada lappy dan wifi di tempatku menginap. Sesekali termenung disebalik tingkap, memandang jauh gunung jerai. Nampaklah berbalam2 dengan awan2 yang seakan sarat dengan warna kelabu. Tanda nak hujan. Tapi sesekali bersyukur kerana dapat juga merasakan perbezaan dan keseronokan bila berada disebuah tempat yang sunyi dari kesibukan kotaraya, hingar bingar dan kebisingan di bandar2 besar. Mungkin inilah hadiah paling berharga buatku pada ulangtahun ku kali ini. Rasakan perbezaannya.

Terimakasih buat sahabat, kawan2, ahli keluarga mahupun insan2 yang tersayang, yang sentiasa bertakhta di hati ini, atas ucapan ulangtahun buatku hari ini. Terasa diri di sayangi dan terlalu bnyak kasih sayang yang mengelilingi hidup ini. Terharu rasanya bila semasa sesi kelas pertama ku tadi, semua coursemate mengelilingi aku dan dengan meriahnya mereka menyanyikan lagu selamat hari jadi buatku. Dan sudah pastinya satu kenangan baru terpahat selamanya sebagai hadiah yg takkan kulupakan.

Terimakasih buat permata hatiku, Amirul yang telefon ku pada pukul 6 pagi semata2 utk ucapan selamat hari jadi, dan terima kasih jua buat Nurul Izrin, yang menghantar kata2 indah dalam sms. kasih sayangku tetap abadi buat kalian.
Selamat Hari Jadi Sarina...

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sahabat2 Setia

izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.