Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Sunday, May 16, 2010

Pengiraan Tubuh Ideal



Bentuk tubuh ramping bagaikan peragawati itukah yang dikatakan cantik menawan? Walaupun istilah ramping itu subjektif kerana ada yang mempunyai rangka besar dan kecil, tetapi ada ukuran tertentu digunakan untuk menentukan sama ada seseorang itu sudah berada dalam bentuk badan yang ideal atau sebaliknya.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan Indeks Jisim Badan (BMI) sebanyak 22 sebagai berat badan unggul (tetapi 23 juga diterima). Ia bukan saja boleh menjadi pengukur kepada keseimbangan berat badan, sebaliknya menjadi penanda aras bagi kekerapan untuk tekanan darah tinggi.

Ini kerana kajian menunjukkan hampir 50 peratus individu yang mengalami masalah tekanan darah tinggi mempunyai BMI melebihi 30. Ada juga individu yang hanya gemar menimbang berat badan tetapi adakah ia tepat kerana selalu berubah andai ditimbang pada waktu berbeza?

Realitinya penurunan timbangan berat badan yang tidak memudaratkan fungsi tubuh ialah dua hingga empat kilogram setiap bulan saja. Antara panduan yang diberikan untuk menimbang berat badan ialah menimbang menggunakan penimbang yang sama selain kiraan diambil pada waktu sama setiap kali yang mana paling baik ialah seminggu sekali saja.

Sungguh pun begitu, walaupun kiraan timbangan paling asas dijadikan panduan, nisbah ukuran pinggang dan punggung (WHR) adalah paling tepat menentukan bentuk tubuh paling ideal. Panduan berikut boleh digunakan sama ada lelaki atau wanita, untuk mengetahui di mana tahap anda.

Indeks Jisim Badan: Ukuran BMI

a) Cara kiraan BMI ialah membahagikan berat badan dengan ketinggian (dalam meter) ganda dua atau

Berat (kilogram) / [Tinggi (meter) x tinggi (meter)]

b) Untuk lebih tepat, anda boleh mengira sendiri berat badan yang unggul mengikut ketinggian masing-masing. Caranya ialah:

23 x tinggi (meter) x tinggi (meter)

Contoh : Sekiranya ketinggian anda 1.5 meter maka :

Cara kiraannya ialah: 23 x 1.5 x 1.5 = 52.

Ini bermakna bagi individu yang mempunyai ketinggian 1.5 meter, berat badan unggul ialah 52 kilogram.

c) Mengukur ukur lilit pinggang.

Ukur lilit pinggang bagi wanita mestilah tidak melebihi 80 sentimeter (32 inci) dan lelaki pula antara 88 hingga 94 sentimeter (36 hingga 40 inci).

Nisbah ukuran pinggang dan punggung (WHR) adalah kaedah penentu untuk mengetahui bentuk badan baik dan ideal bagi setiap orang. Caranya ialah membahagikan ukuran pinggang dengan punggung yang mana bagi wanita, ukurannya mestilah tidak melebihi 0.8 dan 1.0 bagi lelaki.

Sekiranya nisbah WHR melebihi tahap ditentukan di atas, bermakna bentuk badan kurang cantik walaupun BMI anda dalam lingkungan normal.

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sahabat2 Setia

izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.