Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Saturday, November 26, 2011

Salam Maal Hijrah 1433H


Doa Akhir Tahun (Dibaca 3 kai, selepas solat asar)

Maksudnya :
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhamad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya.

Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku.

Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhamad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

——————————————————————————————-——————————————————

Doa Awal Tahun( Dibaca 3 kali, selepas solat maghrib )

Maksudnya :
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhamad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami.

Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari Syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhamad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:

1. Berpuasa.
Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.
Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.

2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.

3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali

4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali

p/s : selamat menyambut Awal Muharram 1433H buat semua....semoga tahun 1433H memberi lebih rezeki dan sinar dalam kehidupan kita....dan semoga di rahmati Allah.






Friday, November 25, 2011

Chicken Pox a.k.a Cacar Air


Beberapa bulan yang lalu, si kakak terkena virus ini. Lepas tu, abang SJ termasuk anaknya, dan adik SJ yang dah dewasa dan beranak pinak pula di jangkiti virus yang sama. Kelmarin, ketika semua ahli keluarga sibuk menguruskan kenduri tahlil untuk arwah ibu, anak saudara SJ pula terkena jangkitan virus yang sama.

Dan baru2 ini, virus ini mula menyerang si kecil SJ, Amirul.
SJ memang tak perasan dengan kesihatan Amirul sejak akhir2 ini. Amirul kerap mengadu tubuh belakangnya terkena alahan/alergic. Rasa gatal2 dan merah2. Selang 3 hari kemudian SJ tolong mandikan Amirul apabila merasakan tubuhnya kurang bersih dan menyebabkan rasa gatal2. Tapi bila SJ nampak bintik2 merah di beberapa bahagian tubuh Amirul, SJ terus membawanya ke klinik berhampiran. Sah, Amirul di serang virus Chicken Pox a.k.a cacar air. Kemudian SJ menggugel tentang virus ini dan kesan2 mahupun cara2 merawat pesakit yang terkena jangkitan virus ini.


Pengenalan virus

Apa itu Chicken Pox? Chicken Pox atau Varicella simplex adalah suatu penyakit berjangkit yang disebabkan oleh infeksi virus varicella-zoster (virus herpes). Penyakit ini disebarkan secara aerogen. Chicken pox juga dikenali sebagai demam campak, cacar air, jintungan atau bertih (mengikut dialek daerah). Ia adalah virus sama yang menyebabkan kayap. Ia tidak mengenal mangsa dan berlaku pada semua peringkat umur, biasanya berlaku pada kanak2. Tetapi ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa kerana daya ketahanan melawan penyakit semakin berkurangan.



Cara jangkitan




  • Melalui udara, bila seseorang yang menghidap cacar air itu mengalami batuk, berhingus (selsema) atau bersin (percikan air liur)


  • Terkena cecair cacar (vesikel) seperti menyentuh benda/permukaan yang dibasahi oleh cecair daripada lepuh tersebut.


  • Tersentuh barang2 pesakit yg terdedah dgn bahan tercemar cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala pesakit chicken pox.




  • Menghirup udara yang mengandung kuman virus herpes varicella-zoster

    Ciri2 cacar air




  • Mudah merebak


  • Walaupun lepuh sudah sembuh, virus masih kekal pada badan pesakit dan boleh menyerang semula selepas beberapa tahun dan dipanggil kayap.


  • Vaksin cacar air boleh diambil pada bila2 masa, tidak kira berapa umur dan kesannya tahan lama. Kajian menunjukkan ia mampu memberi perlindungan hingga 20 tahun.


  • Vaksin boleh diberikan selepas kita terdedah kepada pesakit cacar air. Mengambil vaksin dalam tempoh 3 - 5 hari selepas terdedah kepada pesakit boleh meminimumkan kesan cacar air.


  • Kegatalan akan membentuk keruping. Penyakit masih boleh berjangkit selagi ada keruping yang belum tertanggal.



  • Komplikasi


    1. Jangkitan pada darah


    2. Keradangan otak/ ensefalitis. Tanda2 radang otak ialah sakit kepala teruk, keliru, mudah marah, leher keras dan belakang mengeras serta tidak sedarkan diri.


    3. penyakit meningitis atau pneumonia (keradangan paru-paru). Tanda2 seperti batuk, susah bernafas, pernafasan berbunyi (wheezing) dan sakit dada.


    4. pengidap kanser atau mereka yang mengambil ubat2an tertentu yang boleh mempengaruhi sistem daya tahan melawan penyakit (sistem imun) merupakan golongan yang berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi tertentu akibat cacar air ini. Ia boleh mnjadi punca kematian.


    5. Biasanya jangkitan cacar air ini menghasilkan pelalian seumur hidup. Walaubagaimanapun, virus ini mungkin bersembunyi dan berulang sebagai kayap (shingles) kepada orang dewasa dan kadang2 kepada kanak2.


    6. Bayi baru lahir, di mana ibu tidak pernah mengidap chicken pox atau pelalian chicken pox.


    7. Ibu mengandung menyebabkan kesan pada bayi dalam kandungan seperti tak cukup berat dan kecacatan anggota boleh berlaku. Sekiranya ibu mengidap chicken pox seminggu sebelum kelahiran, ia boleh menyebabkan jangkitan serius serta membahayakan nyawa pada bayi.


    8. Orang yang mengambil steroid berpanjangan pesakit asma dan sindrom nefrotik.


    9. Penghidap sakit radangan kulit (inflammation eczema).


    10. Dehidrasi akibat muntah berterusan atau tidak minum air. Tanda dehidrasi ialah kurang kencing, mulut kering dan dahaga.


    11. Radang sendi2 menjadi sakit, kejang dan bengkak


    12. Peradangan jantung


    13. Peradangan Hati


    14. Infeksi bakteri (erisipelas, pioderma, impetigo bulosa)


    15. Ensefalitis (infeksi otak)


    Gejala2


    Kita mendapat cacar air 13–17 hari selepas terdedah kepada seseorang yang mengidap cacar air. Pengidap chicken pox boleh merebakkan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping.



    Tanda Serangan Virus
    Demam, cepat merasa lelah, lesu, sakit kepala dan lemah. sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair beberapa hari sebelum bintik2 merah timbul.





  • Timbul lepuh kecil (vesikel) dan tanda kemerahan pada kulit






  • Ruam2 dan bintik berair itu akan merebak ke seluruh badan.


  • Seluruh tubuh boleh ditumbuhi bintik. Biasanya ruam bermula di kulit kepala, muka dan belakang . Tetapi ia juga boleh merebak ke mana2 permukaan badan. Ia jarang dilihat di tapak tangan atau tapak kaki. Ruam yang timbul adalah lebih kecil dari saiz biji jagung. Ia kadang-kala kelihatan berkerak dan boleh juga timbul di dalam mulut, di atas kelopak mata dan di bahagian kemaluan.


  • Bintik2 merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bintik2 merah ini akan bertukar menjadi lepuh yang kelihatan jernih dan sangat gatal. Lepuh ini menyebabkan mangsanya rasa teramat gatal.


  • Kebiasaannya mengambil masa 10 hingga 20 hari untuk sembuh. Jangkitan kuman pada kulit lepuh menjadi lebam merah, bengkak dan sakit.


  • Jika ruam ini dibiarkan maka akan segera mengering membentuk keruping dan meninggalkan parut di kulit yang lebih gelap (hiperpigmentasi).Kemudian akan pudar tanpa meninggalkan bekas.


  • Tetapi jika lenting cacar air tersebut dipecahkan, keruping akan segera terbentuk lebih dalam sehingga akan mengering lebih lama. Infeksi bakteri terjadi dan bernanah pada bekas luka garukan tadi. setelah mengering bekas cacar air tadi akan menghilangkan bekas yang dalam. Terlebih lagi jika pengidap adalah dewasa, bekas cacar air akan lebih sukar hilang.





  • Perawatan





  • Kuarantin / asingkan pesakit dengan ahli keluarga lain. Elakkan anak anda ke sekolah atau taman asuhan sehingga ruam menjadi berkerak (lebih kurang tujuh hari daripada permulaan ruam). Lebih baik jika perawatan anak dilakukan oleh orang yang sudah pernah terjangkit cacar. Kerana biasanya orang yang sudah pernah terkena penyakit ini akan kebal.


  • Pisahkan barang-barang yang digunakan, seperti baju, peralatan makan dan lain2. Bersihkan peralatan tersebut secara terpisah. Cuci barang peribadi pesakit berasingan.


  • Elakkan menggaru bahagian berair bimbang bintik2 terus merebak.


  • Ambil ubat seperti yang disarankan.


  • Jaga kebersihan diri. Pakaian tetap kering dan bersih


  • Dapatkan suntikan vaksin yang memberi perlindungan hingga bertahun2.


  • Untuk meminimumkan kegatalan, sapukan losyen Calamine pada ruam


  • Mandikan dengan air suam yang dicampur segenggam soda bikarbonat. Mandi 4-5 kali sehari dengan menggunakan sabun antiseptik


  • Banyak berehat dan minum banyak air kosong.


  • Elakkan dari menggaru dan memecahkan bintik2 yang berisi cairan itu


  • Mengganti baju pesakit setiap hari


  • Memotong kuku agar tidak menggaru ruam2 pada kulit, sehingga tidak timbul infeksi baru.


  • Ambil ubat paracetamol untuk mengurangkan demam.


  • Ambil makanan yang seimbang.


  • Sentiasa membasuh tangan.


  • Ubat antihistamine mungkin diberi oleh doktor jika rasa gatal yang teramat sangat sehingga anak anda tidak dapat tidur.


  • Makan buah2an yang mengandung vitamin C seperti juice jambu biji dan tomato merah


  • Berikan makanan yang lembut dan cecair sejuk jika terdapatnya kudis di dalam mulut. Jangan beri makanan bergaram atau buah oren kerana ini akan merengsa dan mengganggu kudis2 itu.
    • Berikannya air garam suam untuk berkumur (1/4 sudu teh garam kepada 4 aun air) bagi melegakan gatal2 di dalam mulut.
    • Tenteramkan anak anda bahawa ruam2 itu tidak serius dan pasti akan hilang dalam masa seminggu-dua.


  • Berjumpalah doktor jika....
    Anak anda dijangkiti cacar air dan
    • Mengalami sakit kepala, muntah-muntah, sensitif kepada cahaya yang terang, sering mengantuk atau menjadi keliru. Ini mungkin merupakan tanda-tanda keradangan pada otak (ensefalitis).
    • Mengalami masalah pernafasan dan mula batuk. Ini mungkin menunjukkan jangkitan pada paru-paru.
    • Kulit menjadi sakit, hangat dan merah atau ruam cacar pecah dan berair. Ini mungkin disebabkan oleh jangkitan kulit yang serius.
    • Demam melebihi 38.890C yang berakhir lebih dari 2 hari.
    • Gatal2 yang teruk dan tidak hilang setelah diberi rawatan di rumah.
    • Terdapatnya ruam cacar di dalam mata.
    • Ruam masih wujud selepas 2 minggu. Ini mungkin bukan cacar air tetapi boleh jadi masalah kulit yang lain.



    1. Ubatan anti-viral : Acyclovir atau immuno globulin diguna untuk merawat chicken pox. Rawatan amat berkesan sekiranya diambil segera dalam tempoh 24 jam dijangkiti. Ia akan mengurangkan keterukan dan komplikasi akibat chicken pox. Semua orang dewasa mendapat kebaikan dari rawatan antiviral di awal penyakit terutama yang kurang sistem daya tahan (orang lanjut usia, pesakit diabetes, pengidap HIV & AIDS serta rawatan steroid).



    2. Rawatan antibiotik : Komplikasi akibat chicken pox, radangan kulit dan radangan paru2 memerlukan rawatan antibiotik. Pesakit yang mendapat radang otak hendaklah dimasukkan ke hospital untuk rawatan antivirus.



    Berikut ini adalah ramuan obat tradisional yang dapat digunakan untuk mengatasi cacar air:


    Cara 1 :


    30 gram temu lawak + 25 gram kencur + 15 gram asam jawa + 15 gram jahe, dicuci dan dipotong2 lalu direbus dengan 600 cc air hingga tersisa 300 cc, disaring airnya diminum 2-3 kali sehari.


    Cara 2 :
    2 buah mengkudu matang dicuci dan dijus, atau diparut dan diambil airnya lalu diminum. Lakukan 2-3 kali sehari.



    Cara 3 :


    Kunyit + daging buah asam (asam kawak) masing-masing secukupnya ditumbuk halus, tambahkan minyak kelapa secukupnya, dipanaskan sebentar, setelah dingin dioleskan pada bahagian kulit yang terkena cacar air.


    Cara 4 :


    Daun asam dan kunyit masing-masing secukupnya dicuci dan dihaluskan, lalu dipakai untuk mengoles kulit yang gatal karena cacar air. Catatan : untuk perebusan gunakan periuk tanah atau panci enamel atau panci kaca.


    Pencegahan



    Cacar air boleh dicegah dengan suntikan pelalian. Minta nasihat doktor. Jika anda mendapat cacar air, elakkan jangkitan kepada orang lain dengan tidak pergi ke sekolah atau ke tempat kerja sehingga lepuh menjadi kering dan berkerak. Seseorang yang berisiko mendapat cacar air yang teruk (bayi yang baru lahir, yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah, wanita mengandung) yang terdedah kepada seseorang yang mengidap cacar air, mungkin diberi antibodi dalam bentuk immunoglobulin untuk memberi perlindungan segera.Pelalian memberi ketahanan sepanjang hayat, diberi pada umur 12-18 bulan. Pemberian pelalian bawah umur 13 tahun terima hanya 1 dos selepas umur 13 tahun. 2 dos selang masa 4-8 minggu antara dos 1 dengan dos 2. Pelalian aktif diberi kepada kanak2 berisiko (antara 1- 5 tahun) sekiranya ahli keluarga ada chicken pox. Menggunakan Imunisasi bagi anak2 yang berusia lebih dari 12 bulan. Imunisasi ini dianjurkan bagi orang di atas usia 12 tahun yang tidak mempunyai kekebalan. Penyakit ini erat kaitannya dengan kekebalan tubuh. Untuk mencegah cacar air diberikan suatu vaksin. Vaksinasi cacar air dan memiliki risiko tinggi mengalami komplikasi bagi orang yang belum pernah mendapatkan (misalnya penderita gangguan sistem kekebalan), diberikan immunoglobulin zoster atau immunoglobulin varicella-zoster. Vaksin varisela biasanya diberikan kepada anak yang berusia 12-18 bulan. Serta tidak berdekatan dengan orang yang terkena cacar air agar tidak dijangkiti virus varisela zoster. Varicella Zoster Immunoglobulin (VZIG).3. VZIG adalah zat kekebalan terhadap virus penyebab cacar air. VZIG diberikan hanya pada kelompok-kelompok tertentu yaitu:
    1. Orang dengan sistem kekebalan yang rendah
    2. Wanita hamil yang belum pernah mengalami cacar air sebelumnya
    3. Bayi di bawah usia 28 hari yang lahir kurang dari usia kehamilan 28 minggu atau berat lahirnya kurang dari 1000 g
    4. Bayi di bawah usia 28 hari yang ibunya mengalami cacar air antara 7 hari sebelum bersalin hingga 7 hari setelah bersalin



    Risiko cacar air



    Sebelum lahir (dalam kandungan) – Kecacatan mata, inflamasi dalam lapisan mata, kecacatan sistem saraf, otak terbantut, bukaan pundi kencing atau pembuangan air besar tidak berfungsi serta kaki atau tangan bayi tidak berkembang sepatutnya.



    Kurang setahun – Jika bayi kurang sebulan, risiko kematian sangat tinggi.





    Satu hingga 12 tahun – Simptom tidak serius kerana pada tahap ini tubuh memberi tindak balas cepat.





    Antara 13 hingga 49 tahun – Walaupun sistem imun tubuh semakin meningkat, ia memberi reaksi negatif kepada virus Varicella hingga membawa gejala lebih teruk.





    Melebihi 50 tahun – Semakin tua individu, bertambah serius gejala yang perlu dihadapi termasuk komplikasi lain seperti meningitis, ensefalitis dan pneumonitis (radang paru-paru).



    p/s : redha....tidur juga dengan si Amirul sebab time2 tak sihat macam ni, sure2 Amirul tak nak berenggang dengan SJ....itulah pengorbanan seorang ibu yang sentiasa terdedah dengan pelbagai risiko demi anak2 tercinta......










    Tuesday, November 22, 2011

    Ibu Emas Milik Harimau Muda Malaya


    Alhamdulillah....tamat sudah pentas bola sepak di Sukan Sea ke-26 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta Indonesia. Malaysia selaku juara rekod tanpa kalah ini, menokhtahkan perlawanan akhir menentang Indonesia selaku tuan rumah dengan menewaskan jumlah keseluruhan 5-4. Di hadapan penyokong fanatik Indonesia lebih kurang 100,000 orang, perlawanan kali ini memang sengit. Skuad Garuda tewas buat kali ke-2, meremukkan hati setiap penyokong setia mereka, setelah gagal pertama kalinya 0-1 dengan menjadikan Malaysia menjuarai peringkat berkumpulan.

    Bergelar juara kali ke-2 berturut2 di Sukan Sea, Malaysia menunjukkan semangat Harimau Malaya yang gagah dan meneruskan perjuangan hingga ke wisel penamat. Juara pada Sukan Sea 2009 di Vientina Laos, yang lalu, Skuad kendalian K. Rajagobal berjaya membenam Vietnam 1-0 di pentas final. Dan kini sejarah berulang semula. Malaysia yang menjuarai bolasepak Sukan Sea 6 kali ini, kali terakhir bertemu dengan Indonesia pada 1979 dan berjaya menewaskan Indonesia 0-1, hasil jaringan Allahyarham Mokhtar Dahari.

    Berhadapan dengan perang psikologi dan provokasi, Indonesia ingin meneruskan misi membalas dendam ekoran kekalahan Indonesia di tangan Malaysia pada Piala AFF Suzuki 2010 yang lepas. Malah Malaysia yang turun tanpa tonggak utama seperti, Izzaq Faris Ramlan, Wan Zaharul Nizam dan Shahrul Azwari, tidak sedikit pun memberi tekanan. Malah Ong Kim Swee tetap meneruskan percaturannya demi untuk bergelar juara.

    Permainan awal yang nampak aggresif oleh skuad Laskar Garuda ini membawa kepada gol pada minit ke-5, hasil tandukan kencang Gunawan. Gerakan pantas mengatur serangan demi serangan, Garuda seolah2 memperlihatkan ketangkasan dan penguasaan mereka pada awal perlawanan. Namun skuad Harimau Muda Malaya terus bangkit dengan counter attack. Hasil gerak balas Harimau Muda, Asrarudin Putra menyamakan kedudukan pada minit ke-34 dengan tandukan meluru ke gol hasil hantaran Baddrol Bakhtiar.

    Beberapa peluang mudah di hadapan gol kerap mengecewakan. Fakri banyak melakukan kesilapan sehinggakan terlepas peluang untuk menewaskan gawang lawan. Beberapa kekasaran berlaku yang memungkinkan bakal menerima kad merah. Namun hasil kebijaksanaan pengadil dari Jepun ini, beberapa amaran lisan dan layangan kad kuning menjadikan perlawanan semakin hangat dan mendebarkan.

    Skuad Garuda diakui mempunyai keupayaan individu yang mampu bergerak pantas membuat serangan seperti Okto, Bonai, Patrich dan beberapa pemain lain. Berbeza dengan skuad Harimau Muda yang ternyata nampak lebih fokus dengan rentak permainan dan mempunyai kelebihan bermain dalam satu pasukan, lebih tersusun dan bergabung tenaga membantu membuahkan kemenangan. Berbeza dengan Harimau Muda yang mempunyai kurang striker berbisa, pertahanan Garuda sedikit lemah walaupun tangkas dalam melakukan serangan.

    Permainan semakin mendebarkan dan pasti memberikan tekanan kepada kedua2 pasukan apabila kedudukan terikat 1-1 walaupun bermain pada masa tambahan. Babak2 terakhir menyaksikan Harimau Muda lebih banyak bertahan dari melakukan serangan di mana di wajah2 mereka tergambar keletihan setelah mengerah keringat melawan berhabis2an.

    4-3, sepakan terakhir penalti, setelah permainan tamat 120 minit, berjaya disempurnakan oleh Baddrol Bakhtiar, walaupun berjaya di tampan oleh penjaga gol namun bola itu terus meluru ke pintu gol bagi membuktikan kejuaraan itu milik Malaysia.

    Skuad Harimau Muda dikhabarkan menaiki Baracuda dan menaiki pesawat khas untuk membawa pulang wira2 ini ke Malaysia bagi persediaan Kempen Kelayakan Olimpik Rabu ini di Stadium Bukit Jalil menentang Syria. Mereka telah pun selamat smpai pada 7.40 pagi tadi di LCCT dengan di sambut meriah oleh penyokong2 setia negara.

    p/s : Malaysia gah di Asia Tenggara. Credit buat skuad Harimau Muda Malaysia. Tahniah buat semua pemain terutama Asrarudin yang berjaya menyamakan kedudukan, Baddrol Bakhtiar yang bertindak sebagai juara dan Khairul Fahmi Che Mat yang mempunyai tangan emas, bertungkus lumus menyelamatkan gawang Malaysia. Tahniah jua buat Ong Kim Swee kerana berjaya menaikkan martabat bolasepak Malaysia. Andalah wira. Walaupun lagu Negaraku kurang di hormati di sana, namun SJ bangga menjadi Anak Malaysia. ~NEGARAKU~





    Saturday, November 19, 2011

    Khasiat Madu Lebah


    Al Quran sebagai mukjizat diakui banyak membongkar rahsia-rahsia saintifik jauh lebih awal daripada “scientific findings” daripada experiment yang dilakukan para saintis moden. Antara mukjizat al Quran yang baru dapat dibuktikan oleh para pakar adalah tentang khasiat MADU LEBAH.

    Khasiat madu lebah telah disebutkan dalam Al-Quran, surat An Nahl ayat 68-69 di mana Allah berfirman:

    “Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah; “…kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu)”. Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat PENAWAR yang menyembuhkan manusia. Sesungguhnya pada yang demikian terdapat tanda-tanda bagi orang yang memikirkan”

    Dalam ayat ini secara jelas disebutkan bahawa madu adalah ubat atau penawar yang dapat menyembuhkan pelbagai penyakit yang dihadapi oleh manusia. Madu dari sudut saintifiknya mengandungi glukosa dan fruktosa serta sejumlah mineral seperti magnesium, kalium, potasium, sodium, klorin, sulfur, besi dan fosfat. Madu juga mengandungi vitamin B1, B2, C, B6 dan B3 yang komposisinya berubah-ubah sesuai dengan kualiti madu bunga dan serbuk sari yang dikonsumsikan oleh lebah. Di samping itu, dalam madu juga terdapat tembaga, yodium dan seng dalam jumlah yang kecil, juga beberapa jenis hormon.

    Antara penemuan saintifik tentang khasiat madu dapat disimpulkan seperti dibawah:

    1. Kaya bahan anti oksidan yang menghalang free radicals daripada bertindak ke atas sel-sel yang boleh menyebabkan kanser (BBC, University of Zagreb, Croatia);

    2. Antara sumber tenaga asli bagi tubuh yang terbaik e.g. Meningkatkan kekuatan otot dan stamina badan (British Honey Importers and Packers Association)

    3. Pembunuh kuman daripada jenis bacteria, fungus dan protozoa (University of Waikato, New Zealand);

    4. Mampu menyembuh ulser dan luka dengan lebih cepat dan berkesan (University of Waikato, New Zealand);

    5. Boleh merawat penyakit mata (Fotidar MR, Fotidar SN);

    6. Mampu menjadi antibiotic yang lebih berkesan (University of Cardiff, Wales). Kesimpulannya, Al Quran adalah suatu mukjizat yang akan terus membongkar hakikat di sebalik pencipta di alam cakerawala ini. Ini juga menyingkap betapa segala penciptaan yang wujud di bumi ini diciptakan oleh ALLAH dengan fungsinya yang tersendiri. Tiada satupun objek atau kejadian yang dicipta secara sia-sia. Walaubagaimanapun hanya orang-orang yang berfikir dapat memahami rahsia di sebalik penciptaan yang pelbagai sebagaimana yang difirmankan oleh Allah:

    “Dan mereka-mereka (yang beriman) sentiasa mengingati Allah sama ada dalam keadaan berdiri, duduk atau berbaring. Dan mereka yang berfikir tentang segala penciptaaNya sama ada di langit-langit ataupun di bumi. Mereka berdoa: Wahai Tuhan kami, tidak satupun (objek & kejadian di langit dan Di bumi) yang Engkau ciptakan secara sia-sia. Maha Suci Engkau, selamatkan kami dari NERAKA”. (Surah Ali Imran: 191).

    p/s : madu....






    Wednesday, November 16, 2011

    Makan cara sihat ikut sunah


    KITA berpantang dan mengawal tabiat makan apabila diserang penyakit. Lebih teruk jika doktor hanya membenarkan kita makan dalam kuantiti sedikit atau makanan tertentu. Hakikatnya, amalan mengawal tabiat pemakanan selepas jatuh sakit adalah tindakan salah. Kita patut mengawal pemakanan seawal usia remaja, bukan apabila memasuki fasa 40-an.

    Tabiat pemakanan yang boleh diteladani ialah mengikut sunah Rasulullah s.a.w. Jika dikaji, amalan pemakanan baginda amat bertepatan dengan al-Quran bermaksud: “... makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan...” (Surah al-A’raf, ayat 31).

    Petua menjaga kesihatan cara Rasulullah turut mengambil kira sistem tubuh manusia. Sebagai mesin, ia memerlukan bahan bakar iaitu makanan untuk membolehkannya melaksanakan kerja, tetapi kuantiti makanan yang masuk ke perut mesti dikawal. Sebenarnya, menjaga dan mengawal perut daripada makan terlalu banyak adalah kaedah pencegahan penyakit yang berkesan. Sebab itu ramai ilmuwan perubatan dan tabib zaman lampau sering bermadah ‘lapar itu ubat’.

    Mengambil makanan dalam kuantiti banyak adalah amalan buruk kerana ia memberatkan organ dan sistem pencernaan sehingga ia lemah dan tidak mampu mencerna secara teratur dan berkesan. Makanan dalam jumlah yang banyak menyebabkan pelbagai penyakit. Justeru, kaedah rawatan dan pencegahan penyakit yang terbaik sepatutnya bermula dari perut - pastikan kuantiti dan jenis makanan yang masuk ke perut terkawal.

    Nabi Muhammad ada menyebut ‘perut adalah tempat bermula pelbagai penyakit’. Selain kuantiti makanan, petua kesihatan Nabi turut mengambil kira isi padu makanan. Baginda lebih mengutamakan makanan lembut, terutama jika baru sembuh atau melalui proses pemulihan. Dalam satu hadis daripada Siti Aisyah r.a, beliau berkata: “Jika Rasulullah diberitahu si fulan sakit dan tidak ada nafsu makan, baginda bersabda: Berikanlah kepadanya ‘talbiinah’! Kata baginda lagi, Demi Allah, ia mencuci perut seseorang seperti kamu membersihkan mukamu daripada kotoran!”

    Talbiinah ialah sejenis makanan masyarakat Arab menyerupai bubur atau susu. Ia lembut dan tidak membebankan perut. Bagi kita di sini, mungkin oat dicampur susu sesuai sebagai makanan yang lembut dan tidak membebankan perut serta fungsi pencernaan. Makanan ini juga kaya serat dan banyak membantu proses penghadaman. Disiplin pemakanan yang diamalkan Rasulullah biasanya mengelak makanan itu mendatangkan penyakit kepada individu yang sihat, manakala bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan, ia mengelak penyakit menjadi semakin serius.

    Contoh peristiwa Nabi Muhammad s.a.w mengajar pemilihan makanan ketika sakit ialah sebagaimana hadis riwayat Ibnu Maajah dari Ummul Mundzir Qois al Anshoriyah, katanya:
    “Suatu hari Rasulullah berkunjung ke rumah kami bersama Ali k.a yang ketika itu baru sembuh daripada sakit. Kami mempunyai buah daliah (sejenis buah-buahan di tanah suci), lalu Rasulullah mengambil dan memakannya dan Ali juga memakannya. “Baginda berkata kepada Ali: Engkau baru saja sembuh daripada sakit. “Lalu Ali berhenti memakannya. Kemudian saya buatkan masakan dari gandum dan saya berikan kepada mereka berdua, maka Rasulullah s.a.w bersabda: Ali, nah, ini lebih sesuai bagimu!” Larangan Rasulullah kepada Ali yang baharu sembuh daripada sakit agar tidak memakan daliah sebagaimana dalam hadis di atas adalah kaedah pencegahan atau berpantang.

    Buah-buahan yang sifatnya mudah terurai mungkin memberi mudarat bagi mereka yang baru sembuh. Ketika baru pulih daripada sakit, perut belum cukup kuat kerana ia sibuk bekerja menghakis sisa penyakit dari dalam perut dan badan. Sebaliknya, Rasulullah menggalakkan Ali mengambil masakan daripada gandum kerana air daripada gandum itu dapat menguatkan tubuh. Namun, baginda membenarkan pengambilan makanan yang tidak sesuai, tetapi dalam kuantiti sedikit sekadar menghilangkan keinginan.

    Perkara menarik mengenai kaedah makanan seimbang yang diajarkan Rasulullah ialah baginda tidak membataskan pada satu jenis makanan saja. Contohnya, baginda menyeimbangkan makanan bersifat panas dengan sejuk. Dari segi komposisi makanan, baginda tidak pernah mengambil susu dan ikan atau susu dan telur atau daging dan susu atau antara makanan yang kedua-duanya mempunyai sifat panas atau sifat dingin serentak. Baginda juga tidak mengambil dua jenis makanan yang mempunyai sifat cepat dicernakan dan lambat dicernakan, serentak.

    Rasulullah tidak mengambil makanan yang masih dalam keadaan panas atau makanan yang disimpan semalaman, makanan awet atau diasinkan seperti acar kerana semua itu memudaratkan kesihatan. Kita juga patut mengelak mengambil makanan segera dan minuman berkarbonat, walaupun sedap, tetapi memudaratkan apatah lagi mengandungi perasa tiruan dan sintetik.

    Rasulullah gemar makanan yang mengandungi unsur manis semula jadi dan madu malah baginda suka mengambil buah-buahan sebagai makanan tambahan. Mengenai madu, Nabi mempunyai disiplin pengambilan madu yang baik untuk dicontohi, iaitu mengambilnya pada waktu pagi sebelum sarapan. Madu dicampurkan dengan air dingin sebelum diminum. Ini bertujuan mencairkan lendir dan membersihkan sistem pencernaan.

    Selain jenis dan kuantiti makanan, satu aspek lain penjagaan kesihatan Rasulullah s.a.w ialah cara baginda duduk ketika makan, iaitu dalam posisi ‘mutawarikan’, iaitu meletakkan pinggul pada kedua-dua tumit dan menempatkan telapak kaki kiri di atas punggung kaki kanan. Postur badan penting dalam menentukan kebaikan ketika pengambilan makanan.

    Contohnya, baginda melarang makan sambil bersandar sebagaimana sabdanya bermaksud: “Saya tidak makan sambil bersandar.” Baginda juga melarang minum sambil berdiri, kecuali jika dalam keadaan terpaksa. Baginda mempunyai disiplin khusus dari segi minuman. Berdasarkan petunjuk Nabi s.a.w, makruh minum selepas melakukan olahraga atau sebaik selesai melakukan sesuatu kerja berat atau sebaik habis makan atau sebelum makan. Semua itu tidak baik untuk kesihatan.

    Sebaliknya, biarkan beberapa detik berlalu apabila selesai aktiviti berat atau makan, kemudian minum. Rasulullah s.a.w mempunyai petua unik ketika minum. Dalam satu hadis dari Anas bin Malik bermaksud: “Rasulullah minum dengan tiga kali nafas. Baginda berkata: Hal itu lebih melegakan dan lebih menyihatkan.” Maksud bernafas tiga kali ketika minum ialah dengan menjauhkan bekas atau cawan dari mulut, lalu bernafas atau seolah-olah menghisap air yang sedang diminum. Larangan bernafas di dalam gelas ketika minum ditemui dalam hadis bermaksud: “Jika seseorang di antara kalian minum maka janganlah bernafas di dalam gelas minuman, tetapi hendaklah direnggangkannya dari bibir.”

    Dan, pasti yang paling penting dan mungkin dilupakan kita apabila makan atau minum ialah membaca ‘basmalah’ (membaca Bismillah) dan mengucapkan ‘hamdalah’ (Alhamdulillah) apabila selesai. Ia banyak keberkatan dari segi kesihatan. Rahsia besar Rasulullah s.a.w yang patut menjadi teladan ialah baginda tidak pernah mencela makanan yang tidak disukainya atau kurang enak. Ini terkandung di dalam hadis bermaksud: “Anas berkata: Rasulullah tidak pernah mencela makanan. Jika berselera dimakannya, dan jika tidak maka ditinggalkannya.”

    Justeru, semua orang tidak wajar menunggu hari tua atau berusia lewat 40-an untuk memulakan amalan pemakanan sihat. Mulakanlah sekarang! Kepentingan menjaga pemakanan dapat difahami daripada hadis Nabi saw yang diriwayatkan at-Turmudzi dari Abdullah al-Ashory, Rasulullah saw bersabda bermaksud: “Sesiapa dalam keadaan badan sihat, aman dalam penghidupan dan ia memiliki makanan sehari-hari yang cukup, maka seolah-olah dunia ini miliknya.”

    p/s : siapa kata diet hanya untuk kurus???





    Thursday, November 10, 2011

    Andai itu adalah Aidilfitri yang terakhir...


    Terdengar beduk memecah keheningan pagi yang suram. Ada alunan sayu bacaan suci ayat Al-Quran di surau berdekatan. Itu maknanya ada satu berita sayu yang ingin dikhabarkan kepada seluruh penduduk kampung berdekatan.

    Dari Allah kita datang, kepada Allah juga kita kembali. Macam tak percaya. Namun itulah realitinya. Perjalanan hidup sebagai hamba pasti akan berakhir sebagai satu penamat bahawa dunia ini hanya sementara, tiada yang kekal. Pada hari Rabu, tanggal 09 Nov 2011 (13 Zulhijjah), pasti terpahat kekal di dalam memori pemergian ibu yang tercinta, Munah bt Othman @ Mahmud. Dalam usia 75 thn, ibu yang lahir pada 03 June 1936, akhirnya, mengadap Ilahi di subuh hari yang indah dengan tenang, walaupun hanya ditemani kakak SJ yang sulung di hospital Banting. Syukur Alhamdulillah kerana jenazah ibu juga selamat di semadikan pada pukul 11 pagi tu juga di tanah perkuburan Kg Bandar, Banting tanpa sebarang masalah.

    Ibu SJ tidak berapa sihat sejak 15 Oktober 2011. Namun SJ adik beradik menyangkakan ibu hanya sakit2 biasa. Ibu memang gagah. Walaupun selalu merungut dengan masalah lutut, namun itu bukan satu masalah. Setiap hari dengan sebatang tongkat ibu akan berjalan kaki utk memastikan kesihatannya sempurna dan boleh berjalan dengan elok. Exercise, ibu kata. Bila di rumah, ibu tidak pernah duduk diam. Ada2 sahaja yang dilakukannya. Diari kehidupannya sama seperti zaman kecil2 SJ dulu, cuma tidak segagah dahulu. Kalau dulu, tak cukup dengan kepakarannya memasak, ibu memang hebat dalam kerja2 kraftangan seperti menjahit dan mengait. Tikar dan `pajak' di rumah, siapa lagi kalau bukan hasil tangan ibu. Begitu juga, semasa hayatnya masih ada, makanan pasti siap terhidang, apatahlagi jika anak2 tersayang balik menjengah ibu dan ayah. Dengan semangatnya, dia akan mengajak berbual dan bercerita apa sahaja, seolah2 melepaskan kerinduan pada anak2 dan cucu2.

    Tetapi sejak 2,3 bulan ini, ibu memang kurang bercerita. Adapun ibu banyak berehat dan berbaring. Namun bila ada tetamu datang, ibu yang paling sibuk menyiapkan hidangan. Itulah ibu. Dan Aidilfitri yang lalu, bagaikan satu petanda buat SJ. Setelah bertahun tidak menyambut 1 Syawal bersamanya, Allah mengizinkan utk pada tahun ini. Ibu paling gembira bila dapat tahu, anak SJ yang sulung dah pindah balik di bawah jagaan SJ sendiri. Bercahaya betul sinar mata ibu. Berkali2 juga ibu kata, SJ dah nampak berisi sekarang, tak macam dulu, macam tak makan jer....Sebelum ni, anak SJ bersekolah di Terengganu dan di bawah jagaan ibu mertua SJ. SJ pindahkan ke Selangor semula, bila sesi sekolah menengah bermula pada tahun ini, kerana tidak mahu menyusahkan ibu mertua SJ.

    Dan pada Syawal itu, ibu memarahi SJ hanya dengan satu perkara kecil dan siapa sangka itulah marah ibu yang terakhir buat SJ. Dan Syawal itulah juga pujukan ibu yang terakhir bila SJ sedikit merajuk. Apa yang SJ ingat, kali terakhir, ibu memarahi SJ ketika SJ sekolah menengah dahulu. Ibu marah bila SJ ingin meninggalkan kampung kerana cuba membina hidup sendiri dan berdikari di daerah lain. Ibu memang layan SJ macam budak kecil. Namun SJ tidak sedikit pun terasa hati dan SJ dengan muka selamba bergurau dengan ibu bila dia menolak sedikit pemberian SJ pada ibu dengan mengatakan `anggaplah itu sebagai bayaran hutang susu SJ pada ibu'. Kiranya SJ tahu...itulah yang terakhir.......

    Bila dikhabarkan tentang kesihatan ibu, SJ pulang melihat ibu, SJ agak merasa gundah. Ibu terbaring lesu. Makan dan minum bersuap. Itupun sedikit. Semua urusan termasuk lapkan tubuh badan dilakukan oleh ayah. Hanya ayah yang ibu mahukan. Betapa tebal kasih sayang antara mereka berdua. Ibu kelihatan memang uzur dan terlalu kurus. Tapi, macam biasa tetap risaukan makan minum anak2 ibu walaupun dalam keadaan ibu yang uzur. Selalu merasakan kami seperti anak2 kecil yang perlu di hidangkan makanan. Ibu kurang bercakap. Penglihatannya sedikit kabur.

    Dan pada 10 Zulhijjah yang lalu, SJ sekeluarga sepakat membawanya ke hospital dengan memanggil ambulan, memandangkan ibu tidak mampu untuk bangun dan walaupun ketika itu di mana2 suasana begitu meriah dengan sambutan Hari Raya Aidil Adha. Tengahari itu juga SJ dan adik beradik yang lain menunggu di wad kecemasan sehinggalah ibu di masukkan dalam wad. Kasihan dengan kakak sulung SJ yang menjaga ibu pada waktu malam, SJ menggunakan cuti ehsan dari tempat kerja dengan menjaga ibu pada waktu siang.

    Hari terakhir sebelum pemergian ibu. Ibu nampak semakin sihat. Ibu dah boleh mengiring. Tangannya semakin kuat. Berkali2 cuba menanggalkan wayar dan tiub yang melingkari tubuhnya. Berkali juga SJ memujuknya. Hari terakhir itu juga, ibu banyak berbual2 dengan SJ walaupun ada butir bicara yang SJ kurang faham. Dengan yakin juga SJ bercerita dengan adik beradik lain, ibu dah makin ok. Insyaallah, tak lama lagi, ibu dah boleh duduk dan bergurau senda macam biasa. Itulah yang SJ bayangkan. Walaupun banyak perkara dan tanda2 seolah2 ibu akan meninggalkan SJ, tapi SJ buang fikiran tak baik itu jauh2. SJ tak mahu bercerita dengan adik beradik tentang apa yang berlaku. SJ cuba positif. SJ bagi ibu semangat. SJ pujuk ibu ketika bantuan perubatan yang agak menyakitkan tubuh badannya. Apapun itulah yang terakhir. Terakhir kali, SJ menyuap air ke mulutnya. Terakhir kali lap tubuhnya, wajahnya, bibirnya dan matanya yang kering. Terakhir kalinya menukarkan lampinnya. Terakhir kalinya SJ merasakan genggaman kuat tangannya sebelum SJ bertukar shift dengan kakak sulung SJ. Walaupun berat hati SJ. Itulah yang terakhir kalinya SJ merasakan kasih sayang ibu buat SJ. SJ tidak terkilan, kerana dalam hidup SJ, kali ini SJ dapat menjaganya seperti anak kecil. SJ belai dengan penuh rasa kasih SJ terhadapnya. Walaupun SJ tidak dapat melihat anak matanya buat terakhir kalinya sebelum ibu menghembuskan nafas terakhir namun SJ redha dengan ketentuan Ilahi.

    Dan detik itu adalah yang terakhir SJ menatap ibu ketika ibu di mandikan dan dikapankan. Terakhir kalinya, SJ mengucup seluruh wajah ibu sebelum jenazah ibu di semadikan. ALFATEHAH.....semoga ibu aman dan rehat di sana. Amin...Semoga ibu tergolong dari kalangan orang2 yang beriman. SJ redha. Tanggungjawab ibu telah tamat. Ibu dah besarkan anak2 dengan baik. Dengan bekalan dunia dan akhirat yang sempurna. Segala pesanan dan nasihat akan SJ jadikan bekalan dan azimat buat selamanya. Hanya kenangan indah yang terus dalam ingatan. Kasih sayangmu terus ke Syurga...Ibu

    p/s : Terimakasih yang tidak terhingga buat kakak sulung tersayang, Kamsiah kerana sanggup berjaga malam menjaga ibu. Begitu juga buat adik Salleh , abang Din , abang Jamal dan semua adik beradik tersayang. Begitu juga buat keluarga2 lain yang jauh dan dekat, dimana sahaja yang sanggup datang berziarah. Juga2 buat rakan2 pejabat yang berkunjung berziarah.

    Kunjungi jua SALLEH dan KODING blog....

    ALFATEHAH....buat ibu






    Friday, November 4, 2011

    TOP 5 Healthiest ( dan yang WORST)


    Sejak akhir2 ni, menu western menjadi pilihan hati. Terpandang2 dan tercari2. Hidangan Itali terus menjadi pilihan. Pizza atau spagheti, Pasta yang di masak pelbagai hidangan terus menambat hati. Restoran? Mahal. Cuba sendiri. Masak. Jangan tak tahu, makanan2 seperti ini memang mengundang kolesterol dan membahayakan kesihatan lebih2 lagi dengan campuran parmesan cheese dan fresh milk. Namun di sebalik itu, kita mempunyai pilihan untuk mengambil corak pemakanan yang lebih sihat dan mari cuba lebih kenali menu2 yang memang lebih sihat dan berkhasiat.

    Katakan TIDAK (WORST)...

    Mayonis ??
    TIDAK......
    Hidangan mayonis biasanya bersama dengan roti dan salad. Adakala kita suka menambahnya sebagai perasa tambahan dalam telur dadar. Mayonis ialah sos pekat dan berkrim yang diperbuat daripada minyak, kuning telur, jus lemon atau cuka, dan bahan perisa. Mayonis digunakan sebagai asas kepada sos lain, seperti sos tartar dan sos salad. Kaya dengan rasanya dan teksturnya yang berkrim, mayonis digunakan sebagai bahan tambahan dalam makanan siap, seperti disapu kepada roti sandwich, burger atau biskut, dan sebagai pencicah makanan lain. Selain sebagai pencicah biasa, mayonis juga boleh ditambah dengan herba dan rempah seperti basil, jintan putih, dan serbuk cili. Ia juga boleh ditambah kepada ikan bilis atau puri asparagus. Namun bahan utama mayonis adalah minyak kacang soya yang diproses dan ditapis. TIADA APA2 yang sihat mengenai mayonis. Ia boleh menyebabkan punca keradangan dalaman dan memudaratkan tubuh dari omega-6 kepada omega-3, dengan lemak omega-6 yang berlebihan. Mayonis sama seperti Sos Tartar. Tetapi, Mayonis boleh menjadi makanan pilihan yang sihat jika ia diperbuat daripada minyak zaitun 100%.


    Ketchup / Sos tomato ?? Tidak cukup ...
    Pastinya ia kerap digunakan dalam masakan. Dan cukup terkenal sebagai hidangan dalam burger dan pelbagai fast food. Sos tomato dibuat dari tomato dan ia mengandungi bahan `lycopene nutrien' yang memberi faedah dalam kesihatan. Malangnya, sos tomato mempunyai % gula yang tinggi. Kalau nak tahu, kebanyakan jenama yang diperuntukkan adalah dibuat dengan sirap jagung fruktosa yang tinggi. Memang tidak baik untuk kesihatan.




    Barbeque Sos ?? Nope ...
    Sos BBQ sebenarnya lebih teruk daripada sos tomato kerana ia mempunyai tahap gula atau HFCS yang lebih tinggi. Kandungan tomato sebenar adalah lebih rendah dari yang di sangka. Memang enak bila ia di hidangkan dengan daging mahupun ayam panggang tapi WASPADA !!






    Salad Dressing ??
    Diet seperti tidak kena bila pengambilan salad ataupun buah2an di sertakan dengan salad dressing ini. Ia bukanlah cara pemakanan yang sihat. Kebanyakannya mengandungi bahan2 utama seperti HFCS dan minyak kacang soya ataupun `canola oil' yang sememangnya tidak sihat. Salad dressing "bebas lemak", sarat dengan gula tambahan. Tubuh memang memerlukan sumber lemak yang baik untuk membantu menyerap vitamin dan mineral dalam sayur2an. Namun salad dressing `bebas lemak' bukanlah pilihan yang tepat. Kebanyakan salad dressing yang berjenama mendakwa ianya "diperbuat daripada minyak zaitun" namun hakikatnya, hanya sejumlah kecil sahaja minyak zaitun sebenar yang digunakan. Selebihnya, minyak kacang soya dan canola oil yang tidak sihat itulah yang menjadi bahan utama.

    Apa Top 5 Healthiest Condiments ??

    1.
    Mustard

    Betul. Mustard sememangnya salah satu condiment yang sihat. Pertama sekali ianya tidak mempunyai sebarang gula tambahan. Selain itu, biji sawi itu sendiri adalah sumber antioksidan yang berkuasa. Di samping antioksidan dalam biji sawi, mustard paling kuning juga mengandungi kunyit (salah satu bahan rempah sihat yang anti-kanser) dan paprika. Kedua2nya mengandungi kuasa antioksidan. Pes pekat berwarna coklat-kekuningan ini mempunyai rasa yang tajam. Ia diperbuat daripada biji2 tumbuhan keluarga sawi yang dikisar. Terdapat beberapa jenis mustard yang terdiri daripada pelbagai rasa. Rasanya bergantung kepada jenis biji, cara penyediaan, dan bahan2nya. Mustard selalunya digunakan bersama daging yang dihidang. Ia juga digunakan dalam mayonis, untuk memerap, dan sos bbq. Mustard boleh dijadikan asas dalam salad, apabila dicampur dengan cuka dan minyak zaitun. Mustard popular dimakan bersama hot dog dan pretzels. Mustard kering selalunya dijual dalam tin, dan digunakan untuk memasak.


    2. Guacamole
    Ia banyak mengandungi lemak yang sihat (yang memuaskan selera dan mengawal keseimbangan hormon), banyak serat, vitamin, mineral dan antioksidan yang banyak. Guacamole berkrim akan membuatkan apa2 jua makanan mempunyai rasa yang lebih baik. Ia boleh di makan dengan telur, burger, ayam atau ikan, atau hanya makan dengan sayur2an sahaja. Sila semak bahan2 guacamole yang di beli di pasaraya dan pastikan ianya tidak mengandungi trans lemak ataupun lain2 bahan tiruan. Guacamole terdiri dari bahan utamanya, buah avokado hijau yang memang tidak dapat di sangkal peranannya dalam kesihatan. Ia mampu menurunkan kadar kolesterol dengan kandungan serat yang tinggi dan mempunyai lemak sihat. Sebenarnya, membuat guacamole lebih mudah, cepat dan ia kelihatan segar daripada membelinya di pasaraya.


    3. Salsa
    Salsa sebenarnya adalah sos dalam sebutan Sepanyol. Secara tradisional ia terkenal di Mexico dan diperbuat daripada tomato yang diperasakan dengan cilantro, cili dan bawang. Selain itu ia dicampur herba segar, rempah buah2an dan sayur2an. Ia biasanya dijadikan sos pencicah. Walaupun sos tomato merupakan antara makanan yang tidak sihat kerana kandungan gula, salsa tersenarai sebagai menu super sihat kerana ia hampir tidak mempunyai gula tambahan terutama jika memperolehinya dari jenama yang baik. Salsa kebanyakannya hanya sayur2an jadi ianya memang sukar berlaku. Bagi yang memang peminat setia sos tomato dan ingin mengurangkan pengambilan gula, cuba salsa sebgai pilihan makanan yang lebih sihat. Percayalah. Makan salsa burger adalah sama lazat seperti sos tomato burger.

    4. Hummus
    Hummus juga sejenis pes yg kebanyakannya terdiri dari kacang kuda, tahini, bawang putih, lemon, bijan dan minyak zaitun. Ia adalah salah satu condiment sihat yang mudah. Perkara utama ketika membeli hummus yang baik adalah dengan memastikan ianya dibuat daripada minyak zaitun. Jangan ambil hummus yang dibuat daripada kacang soya atau canola oil. Kebanyakan jenama menggunakan soya murah atau canola oil, tetapi tidaklah sukar untuk mencari jenama yang menggunakan semata2 minyak zaitun. Hummus boleh di makan dengan sayur2an, sandwich, daging dan sebagainya.

    5. Pesto
    Pesto umumnya adalah dari campuran bawang putih, kacang pain, selasih, minyak zaitun dan keju parut. Ia merupakan sumber lemak yang sihat dan juga antioksida kerana kandungannya dari kebanyakan bawang putih dan selasih, juga sedikit sebanyak dari kacang pain dan minyak zaitun.
    Pesto dari sebutan Itali ini adalah saus yang berasal dari Genoa di daerah Liguria di Italia utara (pesto alla Genovese), dan secara tradisional terdiri dari sayuran ala italia, kemangi bawang putih dan kacang dicampur dengan minyak zaitun dan keju. Sebenarnya makanan ini merupakan hasil olahan yang didasari oleh keju buatan orang romawi kuno yang dicampur dengan Basilicum. Kemudian orang Genoa, Liguria Italia menggunakan daun Basil ini untuk dicampur dengan pine nuts (sejenis kacang yang berbentuk seperti beras tetapi berukuran agak besar), bawang putih dan sedikit olive oil. Lalu,makanan itu terkenal dengan sebutan Pesto. Sedangkan di Perancis disebut Pistou dengan menambahkan keju dan daun parsley tetapi tidak menggunakan olive oil. Pesto juga sangat sesuai dengan dengan sandwic, kuah daging begitu juga dengan telur.

    sumber :
    Internet /
    Mike Geary
    Pemakanan Pakar Bertauliah,
    Certified Personal Trainer


    p/s : credit to my boss atas list yg bermakna ini...hehe
    ....lepas nih Italiano dan Espano lah yer.....






    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
     

    Sahabat2 Setia

    izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.