Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Thursday, November 10, 2011

Andai itu adalah Aidilfitri yang terakhir...


Terdengar beduk memecah keheningan pagi yang suram. Ada alunan sayu bacaan suci ayat Al-Quran di surau berdekatan. Itu maknanya ada satu berita sayu yang ingin dikhabarkan kepada seluruh penduduk kampung berdekatan.

Dari Allah kita datang, kepada Allah juga kita kembali. Macam tak percaya. Namun itulah realitinya. Perjalanan hidup sebagai hamba pasti akan berakhir sebagai satu penamat bahawa dunia ini hanya sementara, tiada yang kekal. Pada hari Rabu, tanggal 09 Nov 2011 (13 Zulhijjah), pasti terpahat kekal di dalam memori pemergian ibu yang tercinta, Munah bt Othman @ Mahmud. Dalam usia 75 thn, ibu yang lahir pada 03 June 1936, akhirnya, mengadap Ilahi di subuh hari yang indah dengan tenang, walaupun hanya ditemani kakak SJ yang sulung di hospital Banting. Syukur Alhamdulillah kerana jenazah ibu juga selamat di semadikan pada pukul 11 pagi tu juga di tanah perkuburan Kg Bandar, Banting tanpa sebarang masalah.

Ibu SJ tidak berapa sihat sejak 15 Oktober 2011. Namun SJ adik beradik menyangkakan ibu hanya sakit2 biasa. Ibu memang gagah. Walaupun selalu merungut dengan masalah lutut, namun itu bukan satu masalah. Setiap hari dengan sebatang tongkat ibu akan berjalan kaki utk memastikan kesihatannya sempurna dan boleh berjalan dengan elok. Exercise, ibu kata. Bila di rumah, ibu tidak pernah duduk diam. Ada2 sahaja yang dilakukannya. Diari kehidupannya sama seperti zaman kecil2 SJ dulu, cuma tidak segagah dahulu. Kalau dulu, tak cukup dengan kepakarannya memasak, ibu memang hebat dalam kerja2 kraftangan seperti menjahit dan mengait. Tikar dan `pajak' di rumah, siapa lagi kalau bukan hasil tangan ibu. Begitu juga, semasa hayatnya masih ada, makanan pasti siap terhidang, apatahlagi jika anak2 tersayang balik menjengah ibu dan ayah. Dengan semangatnya, dia akan mengajak berbual dan bercerita apa sahaja, seolah2 melepaskan kerinduan pada anak2 dan cucu2.

Tetapi sejak 2,3 bulan ini, ibu memang kurang bercerita. Adapun ibu banyak berehat dan berbaring. Namun bila ada tetamu datang, ibu yang paling sibuk menyiapkan hidangan. Itulah ibu. Dan Aidilfitri yang lalu, bagaikan satu petanda buat SJ. Setelah bertahun tidak menyambut 1 Syawal bersamanya, Allah mengizinkan utk pada tahun ini. Ibu paling gembira bila dapat tahu, anak SJ yang sulung dah pindah balik di bawah jagaan SJ sendiri. Bercahaya betul sinar mata ibu. Berkali2 juga ibu kata, SJ dah nampak berisi sekarang, tak macam dulu, macam tak makan jer....Sebelum ni, anak SJ bersekolah di Terengganu dan di bawah jagaan ibu mertua SJ. SJ pindahkan ke Selangor semula, bila sesi sekolah menengah bermula pada tahun ini, kerana tidak mahu menyusahkan ibu mertua SJ.

Dan pada Syawal itu, ibu memarahi SJ hanya dengan satu perkara kecil dan siapa sangka itulah marah ibu yang terakhir buat SJ. Dan Syawal itulah juga pujukan ibu yang terakhir bila SJ sedikit merajuk. Apa yang SJ ingat, kali terakhir, ibu memarahi SJ ketika SJ sekolah menengah dahulu. Ibu marah bila SJ ingin meninggalkan kampung kerana cuba membina hidup sendiri dan berdikari di daerah lain. Ibu memang layan SJ macam budak kecil. Namun SJ tidak sedikit pun terasa hati dan SJ dengan muka selamba bergurau dengan ibu bila dia menolak sedikit pemberian SJ pada ibu dengan mengatakan `anggaplah itu sebagai bayaran hutang susu SJ pada ibu'. Kiranya SJ tahu...itulah yang terakhir.......

Bila dikhabarkan tentang kesihatan ibu, SJ pulang melihat ibu, SJ agak merasa gundah. Ibu terbaring lesu. Makan dan minum bersuap. Itupun sedikit. Semua urusan termasuk lapkan tubuh badan dilakukan oleh ayah. Hanya ayah yang ibu mahukan. Betapa tebal kasih sayang antara mereka berdua. Ibu kelihatan memang uzur dan terlalu kurus. Tapi, macam biasa tetap risaukan makan minum anak2 ibu walaupun dalam keadaan ibu yang uzur. Selalu merasakan kami seperti anak2 kecil yang perlu di hidangkan makanan. Ibu kurang bercakap. Penglihatannya sedikit kabur.

Dan pada 10 Zulhijjah yang lalu, SJ sekeluarga sepakat membawanya ke hospital dengan memanggil ambulan, memandangkan ibu tidak mampu untuk bangun dan walaupun ketika itu di mana2 suasana begitu meriah dengan sambutan Hari Raya Aidil Adha. Tengahari itu juga SJ dan adik beradik yang lain menunggu di wad kecemasan sehinggalah ibu di masukkan dalam wad. Kasihan dengan kakak sulung SJ yang menjaga ibu pada waktu malam, SJ menggunakan cuti ehsan dari tempat kerja dengan menjaga ibu pada waktu siang.

Hari terakhir sebelum pemergian ibu. Ibu nampak semakin sihat. Ibu dah boleh mengiring. Tangannya semakin kuat. Berkali2 cuba menanggalkan wayar dan tiub yang melingkari tubuhnya. Berkali juga SJ memujuknya. Hari terakhir itu juga, ibu banyak berbual2 dengan SJ walaupun ada butir bicara yang SJ kurang faham. Dengan yakin juga SJ bercerita dengan adik beradik lain, ibu dah makin ok. Insyaallah, tak lama lagi, ibu dah boleh duduk dan bergurau senda macam biasa. Itulah yang SJ bayangkan. Walaupun banyak perkara dan tanda2 seolah2 ibu akan meninggalkan SJ, tapi SJ buang fikiran tak baik itu jauh2. SJ tak mahu bercerita dengan adik beradik tentang apa yang berlaku. SJ cuba positif. SJ bagi ibu semangat. SJ pujuk ibu ketika bantuan perubatan yang agak menyakitkan tubuh badannya. Apapun itulah yang terakhir. Terakhir kali, SJ menyuap air ke mulutnya. Terakhir kali lap tubuhnya, wajahnya, bibirnya dan matanya yang kering. Terakhir kalinya menukarkan lampinnya. Terakhir kalinya SJ merasakan genggaman kuat tangannya sebelum SJ bertukar shift dengan kakak sulung SJ. Walaupun berat hati SJ. Itulah yang terakhir kalinya SJ merasakan kasih sayang ibu buat SJ. SJ tidak terkilan, kerana dalam hidup SJ, kali ini SJ dapat menjaganya seperti anak kecil. SJ belai dengan penuh rasa kasih SJ terhadapnya. Walaupun SJ tidak dapat melihat anak matanya buat terakhir kalinya sebelum ibu menghembuskan nafas terakhir namun SJ redha dengan ketentuan Ilahi.

Dan detik itu adalah yang terakhir SJ menatap ibu ketika ibu di mandikan dan dikapankan. Terakhir kalinya, SJ mengucup seluruh wajah ibu sebelum jenazah ibu di semadikan. ALFATEHAH.....semoga ibu aman dan rehat di sana. Amin...Semoga ibu tergolong dari kalangan orang2 yang beriman. SJ redha. Tanggungjawab ibu telah tamat. Ibu dah besarkan anak2 dengan baik. Dengan bekalan dunia dan akhirat yang sempurna. Segala pesanan dan nasihat akan SJ jadikan bekalan dan azimat buat selamanya. Hanya kenangan indah yang terus dalam ingatan. Kasih sayangmu terus ke Syurga...Ibu

p/s : Terimakasih yang tidak terhingga buat kakak sulung tersayang, Kamsiah kerana sanggup berjaga malam menjaga ibu. Begitu juga buat adik Salleh , abang Din , abang Jamal dan semua adik beradik tersayang. Begitu juga buat keluarga2 lain yang jauh dan dekat, dimana sahaja yang sanggup datang berziarah. Juga2 buat rakan2 pejabat yang berkunjung berziarah.

Kunjungi jua SALLEH dan KODING blog....

ALFATEHAH....buat ibu





Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sahabat2 Setia

izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.