Inilah kisahnya. Agak2nya bagaimana nak hilangkan tabiat anakku ini? Mungkin ada juga yang seperti aku. 16.04.2010 genap usia anak kedua ku, Amirul Ariff Hakimi, 6 tahun. Tapi menyusu botol masih tak pernah lekang dari tabiatnya. Sebelum tidur pasti ada sebotol susu. Sekarang ni dah bertukar susu, berperisa coklat lagi mmbuatkan amirul gian. Sedari bayi memang amirul kuat minum susu. Kalau tgk fizikal tubuh amirul ketika itu..alahai...semangat...montel...gemuk (amirul cukup marah kalau orang cakap dia gemuk). Tapi sekarang tubuh dia tidak semontel dahulu. Dia sendiri tahu bagaimana nak mengawal berat badannya sendiri. Dia tak mahu orang panggil dia gemuk.
Dibandingkan dengan kakak sulongnya, amirul tidak hisap puting kosong. Apa yang dia tahu..susu..susu..susu..seharian dengan susu. Masalahnya bukan susu itu, tetapi susu dan botolnya. Ada sekali tu, aku balik ke kampung aku di Banting. Aku sengaja tidak membawa kelengkapan susu. Kasihan. Malam itu amirul tidur dengan tangisan. Air mata berlinangan. Sebelum tu puas dia menangis dan marah2 sebab tak bawa botol susu walaupun puas aku memujuknya. Hati seorang ibu akhirnya kalah dengan situasi itu. Sedih. Mujur Banting ke Klang hanya mengambil masa tak sampai 1 jam. Keesokan harinya aku pulang ke Klang dan terus beri dia satu botol susu. Puas kelihatan dari riak mukanya. Bagaimana kalau balik kampung di Terengganu? 8 jam perjalanan. Lebih baik beli susu tin dan botol susu baru di pasaraya Sabasun. Hahaha.....
Walaupun telah bersekolah tabika namun botol susu bukan satu alasan utk amirul lupakan. Waktu malam sebelum tidur, satu botol pasti di mulutnya sambil jari jemarinya menguit2 rambut aku. Barulah dia tidur. Satu botol lagi sudah pasti di waktu pagi sebelum aku menghantarnya ke rumah pengasuh/sekolah. Dan sudah pasti 2 botol bila berada di rumah pengasuh. Kalau botol dah rosak ataupun puting dah koyak/kotor yang tak hilang, amirul meminta aku beli yang baru. Hurm....
Teringat aku pada kisahku dan botol susuku, sewaktu kecil dahulu....mungkin tabiat aku telah menurun ke anak lelaki ku ini. Sungguh payah untuk aku tinggalkan botol susu dari terus bergayut dalam mulutku. Yang pasti aku tak boleh hidup tanpa botol susu. Walau apa terjadi sekalipun, botol tetap mnjadi temanku. Sehinggalah satu hari, botol susuku itu telah terjatuh ke lubang tandas ketika aku melepaskan hajat. Ketika itu usiaku dalam 6 atau 7 tahun. Wah..memang realistik. Walaupun ibuku membasuhnya dengan bersih di depanku, namun aku telah tawar hati. Botol, aku renung begitu sahaja dan biarkan ia terletak di atas rak pinggan mangkuk. Untuk memegangnya pun cukup buat aku geli sekali apa lagi untuk menghisapnya. Dan akhirnya..selamat tinggal botol susuku. Itu aku. Amirul?
Pernah botol itu jatuh ke dalam tandas ketika Amirul sedang menikmati susu. Amirul meminta aku mencucinya dengan bersih. Tanpa kata apa2 dia selamba minum susu dari botol yg sama. Dan aku yg tak selera, sebaliknya membelikan amirul botol susu yang baru. Kalau aku lewat sedikit bancuh susu, dia dengan rela hati nak buat sendiri. Tapi aku selalu memujuknya sebab faham jelah, bila budak kecil buat sendiri susu tu. Alamatnya, bertambah kerja aku untuk membersihkan meja.
Apabila waktu pagi, aku terlewat buatkan susu, amirul pasti akan menyusu dalam kereta semasa perjalanan ke rumah pengasuh. Amirul akan baring dan jemarinya hinggap di rambut kepalanya sendiri dan terus terlena keasyikan. Dan botol susu itu, aku pasti bawa dan basuh di pejabat. Itupun dilakukan sembunyi2. Yelah..anak bukan kecil lagi. Segan dengan rakan sepejabat.
Apapun tabiatnya, amirul tidak mndatangkn masalah buatku. Peranan susu itu sendiri yang mmbuatkan amirul sihat dan kuat. Biarlah amirul dan botol susunya. Satu hari nanti bila umur dia semakin meningkat, dia pasti akan tinggalkan botol susu itu. Dialah permata hatiku. Dialah pengubat segala duka. Dialah juga yang mengubat kerinduanku terhadap kakaknya, Nurul Izrin Natasya. Kasih Ibu tak pernah berbelah bagi.
1 day ago
14 comments:
hi dear Ina..dh blogging nmpak..bgos2..cerita ankmu sbijik mcm aku waktu kecik dulu..tpi mak aku tegas orgnye..dia smbunyikan botol susu aku..smpai lar aku surrender..tpi aku dmam sbb rindukan botol susu..tpi mak aku ttp teruskan misinye..mak jwb sampai bile?..dasatt mak aku..hu hu hu...msuk umur 5 tahun aku dh x minum susu botol..tpi cerita mu..tringat kisah childhood kuu..adeh deh deh...
haha...tulaa...dah stat belajar tgk kawan2 sume ada blog...hehe...tenkiu kak ct sebab sudi baca blog saya...(ni..kak ct kan..kan...)
ina, ija pun icap botol cucu smpai umur 6 taun na..benti bila mak paksa..dia sorok btol..ija takut sgt dgn mak..sedey..:(..hehehe..
ciannye ija..patutlah macam kurang susu jer..hehe..nmpaknye kite serupa la...hahahah
emmm.. elok l;er tu.. like mother, like sons.. hehehhe
emmm.. elok l;er tu.. like mother, like sons.. hehehhe
eheh...bukan ke ko pun smpai besar menyusu...2 x 5 gak....aku gak tukang bancuh kan..kan...
Thiѕ info is worth eveгyonе's attention. How can I find out more?
Also visit my web site; payday loans
Thаnks foг finаllу talking abоut > "Anakku dan botol susu" < Loved it!
Feel free to surf to my web page: pаyday lоans
Post a Comment