Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Saturday, August 7, 2010

Dari Sumber Halalkah Yang Mengalir Dalam Tubuh Ini?


Dari luar kelihatan begitu ramai pelanggan yang sedang menjamu selera. Usahkan di dalam restoran, malah ada meja tambahan yang di buka sehingga ke kaki lima. Sekali pandang, sudah pasti restoran itu begitu mendapat sambutan. Tentu enak ! fikirku.

Tanpa berfikir pnjang aku memberhentikan kereta. Terdetik di hati untuk membeli makanan terutama roti canai kegemaran anakku, Amirul. Sebaik sahaja aku melangkah ke dalam restoran itu, aku menjadi serba salah apabila melihat hiasan dalamannya yang lebih berbentuk keagamaan. Pastinya, tuan kedai itu bukan seorang Islam. Namun, aku kehairanan apabila aku dapat menjangkakan 90% pelanggannya adalah beragama Islam. Kenapa aku berkata demikian?

Ramai wanita bertudung yang menjadi pelanggan di situ. Ada juga remaja2 sekolah, anak2 Melayu yang baru pulang dari sekolah sempat singgah menjamu selera di situ. Malah pakcik dan makcik berbangsa Melayu juga turut memenuhi restoran ini. Ada juga yang berderet berbaris di kaunter menanti makanan yang di bungkus untuk di bawa pulang.

Aku mula merasa was2 lantas keluar semula dari restoran itu utk melihat papan tanda restoran dgn lebih jelas bagi mendapatkan kepastian. Memang sah restoran itu bukan milik orang Islam. Keyakinanku mula padam. Tiada langsung tanda2 sahih yang membuktikan restoran ini halal. Logo halal juga tiada. Aku terus membatalkan niatku utk singgah menjamu selera di situ. Tindakan pantas aku itu telah membuatkan anakku tertanya2. Aku terus meninggalkan restoran itu lalu mencari restoran lain di kawasan itu.

Kerana sifat ingin tahu yang menebal dalam diriku maka pada sebelah malamnya, aku kembali meninjau restoran itu. Berhadapan dgn restoran itu terdapat sebuah gerai burger. Ramli Burger. Ketika aku memesan beberapa biji burger, aku seperti detektif cuba mengorek cerita dari brader burger tersebut. Aku pasti, orang2 di situ lebih arif tentang perkara yang aku cuba persoalkan ini. Tertarik dengan persoalan ini, maka aku bawa anda sekalian berkongsi bersama.

Menurut brader burger itu, asalnya restoran itu terdapat seorang pekerja yang beragama Islam. Walaupun begitu, majoriti pekerja lain, malah tuan punya kedai itu juga bukan seorang muslim. Dan paling membuat aku terkejut bila satu2nya pekerja muslim itu, telahpun pulang ke kampung halamannya, setahun yang lepas. Maksudnya, pekerja restoran ini memang bukan orang muslim. Maka, adakah makanannya dari sumber yang halal? Dan bagaimana pula dengan proses memasaknya pula? Huh ! Aku terus tertanya2 sendirian.

Menurut brader burger itu, dia sendiri merasa was2 yang restoran itu dari sumber yang halal. Dia juga tak pernah cuba nak menjamah makanan di dalam restoran tersebut. Dan cerita yang paling dahsyat kudengar, di sebelah restoran itu juga terdapat sebuah restoran makanan ala barat yang juga dulu selalu di kunjungi oleh orang2 Islam. Mereka tidak mengetahui ataupun memang langsung tak tahu bahawa restoran itu juga ada menyediakan steak babi.

Masyaallah !!...serius, aku memang terkejut mendengarnya. Memang pelik kedengarannya, kerana yang selalu mengunjungi restoran itu adalah dari kalangan penduduk2 tempatan yang tinggal di kawasan sekitar. Usahkan yang muda, golongan berusia juga kerap menjamu selera di situ. Adakah mereka tidak menyelidikinya terlebih dahulu sebelum berkunjung? Atau adakah logo halal yang mengikhtiraf kehalalannya? Wallahuaklam...

Namun akku sendiri tak pasti, apakah yang disampaikan oleh brader itu benar atau tidak. Tapi sebagai muslim maka sewajibnya, mengambil berat tentang sumber makanan yang mengalir ke dalam darah daging kita. Sepatutnya, ada tanda halal dari pihak berwajib yang mngikhtirafnya. Mereka memang tidak bersalah. Mereka berniaga. Tak mungkin mereka hendak menghalau pelanggan2 mereka. Tapi yang menjadi masalahnya ialah kenapa kita sendiri yang sewenang2nyamemberikan tanda `halal' tersebut. Kita harus salahkan diri kita sendiri kerana tidak prihatin dan mengambil berat tentang persoalan halal haram ini.

Aku sering terbaca di internet, restoran2 makanan yg diikhtiraf sah halal dan ada logo halal oleh pihak yg berwajib, sering dijadikan isu dan di ragui ketidakhalalannya. Tetapi bagaimana pula dengan restoran2 yang kita ragui tentang halalnya, tiada logo halal, tetapi secara tidak langsung kita telah menghalalkannya. Sekarang ini pun, kerap media bercerita tentang restoran2 yang ada logo halal tetapi juga di ragui status sebenar halal tersebut. Sebilangan mereka menggunakan logo halal palsu untuk mengabui mata masyarakat. Maka apa peranan kita sebagai muslim?

Allah berfirman : "Wahai orang2 yang beriman, makanlah dari makanan yang yang baik yang Kami berikan kepada kamu." Kemudian, Rasulullah SAW mengisahkan tentang seorang lelaki yang telah bermusafir. Rambutnya kusut, berdebu, mengangkat kedua belah tapak tangannya ke langit serta memohon "Ya Tuhanku ! Ya Tuhanku!" Sedangkan makanannya dari yang haram, minumannya dari yang haram dan pakaiannya dari yang haram, dan dia telah dikenyangkan dari sumber yang haram. Alangkah jauhnya doanya untuk dikabulkan.

p/s : Bukankah mencari yang halal itu fardhu bagi setiap muslim?

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sahabat2 Setia

izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.