Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Monday, August 2, 2010

Imam Muda 2010


Kemuncak Imam Muda di siaran Astro Oasis telah pun berakhir pada Jumaat lepas, 30hb Julai 2010. Dimulakan dengan azan yang berkumandang dan disampaikan oleh beberapa peserta imam muda begitu syahdu, sebagai pembukaan. Kemudian ada di iringi dengan zikir Asmaul-Husna, satu2nya program realiti dakwah yang yang berjaya menambat hati.

Program yang berlangsung selama 10 minggu ini merupakan ilham Astro dan kerjasama dengan JAWI, telah mendapat tempat di hati ramai peminat malah pertama di dunia. Turut mendapat perhatian dan permintaan dari stesen tv gergasi dunia iaitu dari rangkaian tv switzerland dan Turki. Malah mendapat jumlah peminat facebook sehingga mencecah lebih dari 50,000 orang. Ia berlangsung di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Idea program Imam Muda ini tercetus apabila melihat anak muda zaman ini mempunyai potensi untuk memikul tanggungjawab bukan saja sebagai seorang imam yang serba boleh tetapi juga pemimpin yang berwibawa,maka, program kerohanian Imam Muda diwujudkan. Program ini memberi landasan untuk memartabatkan status imam dan memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai tanggungjawab sebenar seorang imam.

Program Imam Muda juga bertujuan mencari pelapis dan melahirkan pemuda berwibawa, berintergriti dan kredibiliti bagi memikul tanggungjawab bukan sahaja sebagai Imam malah sebagai pemimpin. Selain itu, program Imam Muda bertujuan memartabatkan status Imam dan memberi pendedahan kepada masyarakat tentang tanggungjawab sebenar yang dipikul seseorang Imam di zaman yang penuh cabaran ini.

Calon-calon Imam Muda ini menjalani jadual ketat, peraturan agama, tugas rutin dan pemahaman khusus mengenai tugas-tugas seorang Imam, pemimpin keluarga dan selaku pemimpin masyarakat setempat. Kesemua individu ini diuji setiap minggu dengan latihan praktikal dan bertulis berdasarkan tajuk-tajuk agama serta kemasyarakatan dan kepimpinan. Mereka juga diuji setiap minggu dengan latihan amali, praktikal dan tajuk-tajuk agama serta kemasyarakatan dan kepimpinan.

Sepuluh orang calon Imam Muda yang terpilih itu ialah Amiril Md. Banin, 25, Kuala Lumpur; Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26, Pulau Pinang; Ahmad Hazran Ahmad Kamal, 26, Negeri Sembilan; Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 27, Kedah; Muhammad Khairul Azhar Ghazali, 21, Kedah; Nik Muhammad Adib Md Amin, 22, Kelantan; Nuri Ali Arbain, 25, Pahang; Sharafuddin Suaut, 26, Sarawak; Ahmad Syakir Zamri, 19, Kelantan; dan Mohd Taufek Mohd Noh, 27, Johor.

Mereka yang terbaik dipilih untuk diserap dan menerima pembelajaran di bawah bimbingan Mudir (pengetua) dan dua orang Mursyid (mentor). Sepuluh orang calon Imam Muda yang dipilih pada kali ini datang dari latar belakang kerjaya, keluarga, pendidikan, perwatakan, negeri dan status yang pelbagai

Seperti menepati ramalan semua, Imam Muda Asyraf (Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan) yang berusia 26 tahun dari Sungai Gelugor, Pulau Pinang secara rasminya di nobatkan dan ditauliahkan sebagai Imam Muda terunggul 2010. Lahir pada 12 Februari 1984 dan telahpun berumahtangga. Graduan Ijazah sarjana Muda (Kepujian) Usuluddin dan Fiqah dari Universiti Malaya ini membawa pulang pakej percutian ke Bandung selama 4 hari 3 malam, pakej perabot jati bernilai RM10,000, pakej spa Maghribi, komputer riba Apple Macbook Pro dan sebuah iPhone 3G.

Selain trofi, sijil penyertaan dan kad tauliah yang diiktiraf Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) hadiah turut merangkumi tawaran kontrak Imam Ratib di salah sebuah masjid di ibu kota, biasiswa pakej ‘berlian’ pengajian ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi, pakej menunaikan haji dan umrah, kereta Proton Exora serta wang tunai RM20,000. Hadiah disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom.

Sesungguhnya, kita telah lama ketandusan rancangan2 berunsurkan dakwah seperti ini. Dan adapun kebiasaannya di Astro Oasis terutama bila berada di bulan Ramadhan. Dakwah melalui kasih sayang adalah salah satu mengimarahkan orang ramai untuk ke masjid, itulah antara kata2 Imam Muda, Asyraf.

Yang Berbahagia Uztaz Dzulkarnain Hamzah atau lebih dikenali sebagai Uztaz Zul di kalangan penonton-penonton setia Astro Oasis melalui program Kalam Suci merupakan pengacara bagi program pencarian ini. Ilmu Uztaz Zul yang meluas dalam bidang hal ehwal dan keagamaan adalah penting dan digunakan di sepanjang program ini berlangsung. Pengalaman beliau yang pernah mewakili negara bagi Pertandingan Tahfiz dan Tarranum di peringkat antarabangsa pastinya dapat memberi manfaat kepada calon-calon Imam Muda dan penonton-penonton secara amnya.

Manakala, mantan Imam Besar Masjid Negara, Datuk Hasan Mahmud Al Hafiz diamanahkan untuk menjadi Mudir (pengetua), membimbing calon-calon Imam Muda ini dan dibantu oleh dua orang Murshyid (mentor) iaitu Uztaz Shahrizan Daud At Turabi; Ketua Imam di Masjid Muadz bin Jabal, Taman Setiawangsa dan Uztaz Syed Norhisyam Al Idrus; seorang penceramah bebas yang juga pernah terlibat dalam pelbagai program TV berunsurkan ilmu Islam.

p/s : Kekuatan imam pada hujahnya, kekuatan imam juga pada sahsiahnya. Sehebat penyampaian dan hujah maka selayaknya Imam Muda Asyraf di nobatkan. Semoga, selepas ini akan ada ramai lagi Imam muda yang lahir sepertinya. Tahniah Astro dan Jawi kerana berjaya mewujudkan rancangan realiti yang berunsurkan dakwah ini.

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

2 comments:

Azian Elias said...

missed this episode..sayang sangat..

sarina izryn said...

takper kak Yan....leh tengok dalam youtube...download pun boleh....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sahabat2 Setia

izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.