"Bang...minta seringgit bang !" Sapa satu suara.
Aku tersentak seketika lantas berpaling ke arah suara itu. Seorang remaja yang lengkap berpakaian seragam sekolah dengan beg sandang di bahunya, ku renung. Dia mengalihkan pndangan matanya ke arah jalanraya yg agak sibuk ketika itu, lantas menundukkan kepalanya ke bawah. Tak tahu apa yang ada di dalam fikirannya ketika itu.
"Adik tak sekolah ker? Ponteng yer !" Soalku sambil membawanya ke tempat yang lebih selesa utk meneruskan perbualan. Aku tinggalkan tempat kerja ku buat seketika.
"Saya sekolah bang, tapi sekolah petang." Jawabnya menjelaskan, seraya mengikut ke arah kakiku melangkah. Aku membawanya jauh dari deretan kedai2 yang masih belum beroperasi lagi di waktu2 begini. Mentari mula sedikit membahang.
"Duit nak buat ape? Nak beli rokok yer?" Soalku lagi.
Pantang di mataku bila melihat remaja sekarang yang sudah pandai menghisap rokok dan berpeleseran tidak menentu. Apalagi ponteng sekolah yang semakin menjadi2.
"Tak bang! Saya lapar. Saya nk beli roti."
Suara itu sayu di pelipis telingaku. Dia tunduk kelu. Aku terpandang kasut sekolahnya yang agak lusuh dan tidak berkapur. Peluh memercik di tubuhnya. Kesal bermain di mindaku bila menuduhnya sebegitu. Sinar matanya jernih. Tanda jujur. Tidak ada tanda menunjukkan dia seorang perokok. Aku tercium bau tubuhnya yang segar, bermandi pagi tetapi berpeluh2, walaupun ketika itu masih seawal pukul 9.30 pagi.
Kami terus berbual. Tidak semudah itu untuk aku memberi dia duit walau hanya satu ringgit. Bukan berkira tetapi aku perlu tahu mengapa remaja lelaki yang sihat sepertinya perlu menagih wang dari orang yang tidak di kenali. Hatiku begitu terdesak utk mengetahui cerita sebenar sehingga dia sanggup untuk meminta2 seperti pengemis jalanan yang meminta ehsan dari manusia di sekelilingnya. Tetapi ini bukan pengemis. Dia seorang pelajar yang sepatutnya menumpukan perhatian kepada pelajarannya. Dan seharusnya dia ada di dalam kelas ataupun masih berehat di dalam bilik sambil mengadap buku pelajaran. Bukankah itu tugas seorang pelajar? Di mana keluarganya? Hatiku terus bertanya2 sendirian. Remaja berkulit hitam manis dan berambut sedikit ikal itu aku renung lagi. Pakaian sekolahnya juga sedikit lusuh melilit di tubuh kurusnya.
Ya, dia tidak kelihatan seperti sesetengah remaja yang sering kulihat di lorong2 belakang bangunan. Merokok tanpa segan silu. Berkumpul beramai2. Bercakap kuat2. Kemudian ketawa ramai2. Dia keseorangan. Tapi mengapa? Aku masih ingin mengetahuinya. Dan masihkah ada, pelajar remaja yang ke sekolah tanpa sebarang perbelanjaan walaupun dengan satu ringgit? Dan satu ringgit itu selayaknya kah utk pelajar remaja pada zaman ini ?
Akhirnya, tanpa rasa malu, tapi agak terpaksa dia bercerita keadaan yang sebenar tentang dirinya. Dia anak kedua dalam keluarga. Mempunyai kakak sulung yang masih menuntut di kolej. Dan dia bersekolah petang di salah sebuah sekolah di daerah ini. Sekolahnya memang agak jauh dari lokasi ini. Tetapi lokasi ini mgkn berdekatan dgn rumah tempat tinggalnya.
"Saya jawab pun sebab abang tanya" Ceritanya lagi. Masih kelihatan ragu. Atau rendah diri.
Boleh ku bayangkan dia berjalan kaki ke sekolah. Patutlah kasutnya lusuh dan hampir koyak. Ibunya telah lama meninggal dunia. Tinggallah sang ayah. Menurutnya, ayahnya hanya bekerja kilang di daerah ini dan mengikut giliran shift. Kilang yang kurahsiakan namanya di sini, memang cukup ku ketahui. Dan hari tu ayahnya masih belum pulang dari tempat kerja. Mungkin ayahnya, tidak bersempatan untuk menyediakan makanan pada malam dan pagi hari.
Perbualan ini terlalu singkat kerana aku mengejar masa untuk menyambung tugasku kembali. Bagaimana nasib adik2nya, jika ada, yg juga kecil2 dan bersekolah sepertinya? Namun pertanyaan itu terus tenggelam begitu sahaja di benakku kerana desakan waktu dan keadaan yang tidak mengizinkan utk aku mengenalinya dengan lebih mendalam.
"Tinggal kat mana? Boleh bagi alamat tak?" Dia tersentak.
Sambil menundukkan muka, dia menjawab
"Takpelah bang...saya nak seringgit je bang, saya nak beli roti utk alas perut saya"
"kalau abang tak nak bagi pun takperlah" Sambungnya lagi. Beberapa kali jua dia menelan air liurnya perlahan2. Hatinya gusar. Tak tahu apa yang bermain di fikirannya. Aku terkedu.
Akhirnya, dengan rasa simpati dan dasar kemanusiaan yang terbit di sudut naluriku, aku menghulurkan sekeping duit ke tangannya.
Dia terkejut sambil berkata,"Bang..banyak sangat ni bang, saya nak seringgit je. Saya nak beli roti je bang" Dengan teragak2 dia menerima duit tersebut.
"Ambillah, untuk makanan hari ini. Jangan sesekali meninggalkan pelajaran atas alasan kemiskinan. Tapi ingat, jangan tipu abang. Adik akan terima akibatnya satu hari nanti. Abang percaya dengan adik. Harap adik jujur. " Itulah pesanan dan harapanku yang terakhir.
Dia mengangguk2kan kepalanya perlahan tanda faham. Raut wajahnya seperti begitu terharu dengan pemberianku.
"Terima kasih bang" dan dia terus berlalu meninggalkan aku. Aku terus merenungnya dari jauh hingga kelibatnya hilang dari pandangan mataku.
Aku tidak dapat menilai sama ada remaja itu jujur ataupun menipu aku. Jika dia membohongi aku, aku berharap agar dia mendapat pengajaran pada satu hari nanti. Dan jika dia jujur, aku rasa bersyukur kerana dapat membantunya walaupun tidak seberapa pemberianku ini. Dan aku berharap dia dapat meneruskan kehidupannya dengan lebih tabah. Malah dapat melaluinya sebagai satu dugaan hidup. Kesusahan hari ini bukan bermakna kesusahan seterusnya. Hidup boleh berubah dengan usaha dan tawakkal kepada Allah. Bagiku, pemberianku cukup ikhlas. Sumbanganku kerana Allah. Kerana bangsaku jua.
Tanpaku sedari, mataku terasa pedih apabila melihat bangsaku yang mengalami nasib sedemikian rupa. Terdetik hatiku, di manakah pemimpin2 bngsa yang terpilih untuk membela bangsa. Adakah mereka masih sibuk bertelagah sesama mereka merebut kuasa dan harta.
Dan aku merasa diriku amat kerdil, apa tggjawabku dan bantuan yang harus kuberikan pada mereka yang tidak bernasib baik seperti ini. Tersepit2 di celah2 kehidupan dalam arus pemodenan dan kemajuan globalisasi. Bangsaku masih bergelar pemerintah tetapi bangsa ku jua masih ada yg menjadi peminta belas ehsan, terselit di celah kehidupan yang serba mnghimpit. Kasihannya.
Mungkin anda sebagai pembaca, mengganggap aku telah ditipu. Tertipukah aku? Tapi sejujurnya aku mengatakan, seandainya anda di tempatku, apakah tindakan anda? Dan andainya dia memang benar dan jujur, pastinya anda juga rasa terharu kerana dapat membantu insan sepertinya wpun hnya sekadar pertolongan kecil. Mungkin hari ini hari dia. Mana tahu satu hari nanti hari aku pula. Hidup ini tiada siapa yang tahu. Moga satu hari nanti dia menjadi insan yang berguna dan dapat membantu keluarganya keluar dari belenggu kemiskinan itu.
@Kisah ini adalah kisah benar seperti yang diceritakan oleh abang di atas kepada penulis.Abang di atas adalah hubby kepada penulis. Penulis dengar pun sedeyy...lalu menyampaikan kepada sahabat2 blogger, sekadar utk dikongsi bersama@
p/s : teringat lagu `warisan' masa sekolah2 dulu...sedeyy sangat !! (anak kecil main api...terbakar hatinya yang sepi....)
21 hours ago
15 comments:
nak nangeh lah :(
Salam izryn. Semalam dah berkunjung ke sini. Cuma tak sempat tinggal jejak. Heheh. Sedih kisah ni. Muhasabah diri sendiri. Kalau kita susah, ada orang lagi susah dari kita kan. Semoga kita sentiasa memjadi orang yang snetiasa bersyukur dengan nikmat-Nya.
terima kasih noraini dan azlina sebab sudi luangkan masa berkongsi cerita sedeyy nih....
ada tak lagu warisan tu..? nak dengar.. :)
Mungkin kisah ni benar....
tp Pakwi pernah terkena dulu, kata dah insaf n xnk hisap dadah lagi, mnta duit konon nk pulang ke kg...akhirnya beberapa bulan kemudian jumpa lagi bawa crita yg sama....
apa lagi kena la dia...
itulah secubit kehidupan yg mencubit kita.....
harap remaja tu jujur. semoga dia menemui kejayaan di masa hadapan. insya Allah. amin.
salam ziarah.. Nice blog.. meh jengah ke blog saya plak..
lazaac : saya dah puas cari lagu nih tp susah nk dapat mp3...rasanye dewasa ini lagu ini mgkn tidak di mainkan lagi..sekolah jua...lagu ini kisah tentang bngsa melayu....
pakwi & zikery : apepun keikhlasan yang dapat dihulurkan
a lot of luv : terima kasih dan balas singgah jugak
Howdy very cool website!! Guy .. Beautiful .. Wonderful .
. I'll bookmark your blog and take the feeds
also…I am glad to find so many
helpful information right here within the submit, we want develop extra techniques in this regard, thank you for
sharing. . . . . .
My webpage pools
Prettу! This has been an incrеԁіblу ωοnԁerful рoѕt.
Thanκ уou for ρroviding these details.
Аlso vіsit mу blоg :: Same Day Payday Loans
Post a Comment