Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Thursday, July 22, 2010

Menariknya Australia


Aku memang peminat movie terutamanya movie dari luar negara. Walaupun begitu aku tetap menyokong movie tempatan terutama yang menghasilkan mutu yang terbaik dan setanding dgn movie luar negara. Walaupun tidak kerap mengunjungi pawagam dan menonton setiap movie yang ditayangkan namun aku boleh menontonnya melalui astro yang kulanggani. Sekurang2nya aku masih berpeluang utk menontonnya walaupun tak se`fresh' semasa di pawagam.

Australia. Satu filem yang telah lama bermain di pawagam. Namun aku baru berkesempatan untuk menontonnya di siaran HBO astro channel baru2 ini. Filem epik romantik tahun 2008 yang berlatarbelakangkan tahun 1939 dan 1942 (zaman perang dunia ke-II) ini merupakan arahan Baz Luhrmann dan di lakonkan oleh pelakon utama Nicole Kidman dan Hugh Jackman. Mungkin aku telah terlewat menontonnya dari peminat2 filem. Yeahh ! filem terbitan 20th Century Fox ini release di Australia dan Amerika sekitar 2008 dan keseluruhannya pada awal 2009.

Kisah tahun 1939 di mana Lady Sarah Ashley (Nicole Kidman) yang berasal dari England telah mengunjungi Utara Australia untuk memaksa suaminya menjual Faraway Downs dan kembali ke England. Namun suaminya, Maitland Ashley telah mati mengejut sebaik sahaja dia tiba dan disyaki kerana perbuatan khianat seseorang. Ramai yang menuduhnya, ia dari kuasa magic `King George'. Berikutan beberapa perkara yg menimbulkan ketidakpuasan hati Lady Ashley, dia telah memecat pengurus ladang tersebut, Neil Fletcher.

Seorang kanak2 lelaki kecil bernama Nullah merupakan anak kacukan orang asli tempatan dgn bapa berkulit putih yg tidak diketahui siapa. Hubungannya baik dengan penduduk asli di sekitar terutama selepas kematian ibu Nullah menambahkan kasih sayangnya terhadap Nullah. Lady Ashley juga melantik Drover (Hugh Jackman) sebagai pengurus ladang ternakan lembunya. Drover pula seorg duda yang kematian isteri yang juga penduduk asli di situ kerana virus TB dan tak dapat diselamatkan kerana dasar asimilasi di situ.

Drover memimpin 6 penunggang kuda untuk mengiring 1500 ekor kuda untuk di bawa ke kapal dermaga di pelabuhan Darwin. Pengkhianatan sering berlaku di setiap perjalanan itu, yg di rancang oleh Fletcher utk menghalang proses jualan lembu itu. Ia turut di dalangi oleh kuasa besar penjualan lembu yang dikuasai oleh King Carney. Kematian juruakaunnya, Flynn tidak mematahkan semangat. hasil bantuan `King Goerge' dengan kuasa magicnya, maka mereka selamat tiba ke Darwin dan berjaya menjual lembu2 kepada pihak tentera Australia. Lady Ashley dan Drove saling jatuh cinta dan hidup bahagia.

Kematian King Carney yang dipercayai di bunuh oleh Fletcher menjadi klimaks cerita ini. Fletcher mengahwini anak King Carney, Cath Carney dan menggantikan tempat King Carney menguasai empayarnya. Fletcher terus mengugut Lady Ashley agar menjual Faraway Downs itu. Fletcher sebenarnya pembunuh sebenar suami Lady Ashley, Maitland dan merupakan bapa kandung Nullah.

Nullah telah di culik oleh orang2 Fletcher dan di hantar ke Pulau Misi. Lady Ashley yang berusaha untuk menyelamatkan Nullah, bekerja dengan Fletcher sebagai radio operator di pusat pangkalan tentera Darwin. Pada 1942, Jepun mula menyerang Australia setelah berjaya membuat serangan di Pearl Harbour. Pulau Misi merupakan serangan pertama Jepun dalam misi menguasai Asia Pasific dan diikuti tempat Lady Ashley bekerja.

Drover yang sebelum itu bertengkar dan berjanji tidak akan kembali, akhirnya kembali semula dan berusaha mencari Lady Ashley dan Nullah setelah melihat kemusnahan di Faraway Downs. Drover ke Pulau Misi dan berjaya menyelamatkan Nullah. Manakala Lady Ashley yang telahpun bersetuju menjual Faraway Downs kepada Fletcher dalam perjalanan utk meninggalkan Australia dan pulang ke England. Namun lady Ashley membatalkan niatnya setelah bertemu semula dengan Nullah dan Drover. Fletcher pula mati di bunuh King George ketika hendak menembak Nullah.

Kisah ini agak mengundang rasa sedih dan kepiluan, tentang nilai kemanusiaan dan kasih sayang
. Filem yang mengambil masa 164 minit ini, memang menarik bagi mereka yang berminat tentang perang, tentang kemanusiaan dan mgkn tentang perasaan. Hurm...mungkin anda juga boleh cuba menontonnya....walaupun filem itu dah setahun berlalu. Tak salahkan.

P/S : Nak layan cerita apa pula lepas ni yer....kalau ikutkan dah bnyak kali tgk slumdog milionnaire....adnan sempit...v3 samseng jalanan lagik....huh!!

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

4 comments:

Hanisah Safian said...

errr,cerita ni dah lama tersimpan dalam laptop.tak penah tgk pon. Ha ha :D

sarina izryn said...

Ye ker...mgkn anda suka mengumpul dalam laptop? Tak mengapa...cuba sesekali menontonnya...tetapi pendapat setiap manusia berbeza...bergantung kepada cara penghayatan sesebuah filem itu sendiri..terima kasih atas komen

akuvision said...

saya pun minat cerita ni, walaupun memaparkan other side of australia. Kalau dipilih pilihan percutian ke luar negara, semestinya australia!

sarina izryn said...

wah..menarik tu..ada vision...
kalau ada peluang nk juga saya ke negara kanggaro tu kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sahabat2 Setia

izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.