Minggu lepas Amirul demam. Mulut penuh dengan lecur/ulcer. Tekak luka dan bengkak. Memang langsung tidak boleh menjamah makanan yang sebarangan. Bubur nasi menjadi santapannya. Apabila Amirul berteriak sakit sambil mengalirkan air mata ketika berusaha menjamah sedikit nasi, buat aku merasa sedih. Lantaran itu, aku pantas membawanya ke klinik sebaik sahaja selesai makan malam.
Dalam perjalanan, aku menerima satu panggilan telefon. Kawan baik Amirul terkena virus sakit kaki, tangan dan mulut selepas membuat pemeriksaan di klinik. Lagi menambah perasaan cuak di hati. Apatahlagi setelah mengetahui cucu2 pengasuh Amirul semua terkena virus yang sama. Tapi sebagai ibu mana mgkn aku sedih, tunjuk pada Amirul bahawa aku ini lemah. Khuatir, risau bermain di minda namun tetap meletakkan doa dan harapan agar Amirul tiada apa2.
Mujur klinik masih beroperasi sebaik sahaja aku tiba untuk membuat pemeriksaan. Malam pun masih muda lagi. Dalam sejarah hidupnya, 3 kali Amirul bermalam di hospital besar. Semasa usia belum setahun, jari kelingkingnya koyak kerana terkena kaca. Bukan kerana kecuaianku, tapi kerana lasaknya dia bermain sehingga pintu meja solek yang berkaca itu pecah. Bergegas juga ke klinik di tengah2 malam itu. Klinik pula meminta aku merujuk ke hospital besar. Hurm...hidup2 amirul menerima jahitan sebab jarinya terlalu kecil. Memang aku tak berani nak tengok masa tu. Cuma dengar suara jeritannya menahan kesakitan. Hati ibu mana yang tak tersentap yerk?
Kemudian Amirul demam panas ketika usia 2 tahun lebih, sehingga mencecah 40 darjah celcius. Amirul hampir pengsan, tidak bergerak. Nasib baik pengasuhku bertindak pantas dengan menghantarnya ke hospital besar. Aku yg berada di pejabat hanya bekerja tak smpai pun separuh hari, terus bekejar ke hospital besar. Maka 3 hari 2 malamlah aku berumah di hospital besar. Sekecil usianya, entah berapa kali doktor inject di lengan dan belakang tangannnya kerana gagal mencari urat kerana tubuhnya yang agak gemuk ketika itu. Hampir 4 kali juga doktor ambil sampel darah Amirul sebab dia disyaki demam denggi. Tapi alhamdulillah, kerana Amirul hanya sekadar demam biasa. Cuma kalau di biarkan, boleh membawa kepada sawan. Sawan boleh menyebabkan kecacatan otak.
Dan kali ketiga, bila Amirul di serang cirit birit ketika usia 4 tahun. Sehari juga aku di hospital. Sehingga Amirul benar2 pulih, barulah dibenarkan discaj dari wad. Mahu 4 pain air yang masuk ketubuh montelnya itu. Tapi tak lama, sebaik sahaja Amirul sihat, abis semua penghuni wad termasuk doktor dan jururawat di situ menjadi mangsa usikan Amirul. Amirul memang agak nakal. Tapi dia peramah dan menghiburkan.
Dan hari ini Amirul demam lagi. Tekaknya masih perit. Bila waktu malam tubuhnya terlalu panas. Hurm..mgkn lumrah seorang kanak2, bila demam pasti meminta belas kasihan utk sang ibu memeluknya sepanjang malam. Aku terpaksalah melawan kepanasan tubuhnya demi membuktikan kasih sayangku yg tak pernah berbelah bagi buatnya. Tak cukup cool fever di dahi, melekat pula tuala basah di kepala. Sesekali aku mengelapnya di celah ketiaknya yang memang panas. Bibirnya merah tak usah nak kata. Maka dek kerana kasihan melihat wajahnya yang lesu, maka aku membatalkan niat ku utk bekerja seperti biasa. Emergency leave. Hantar Amirul ke klinik yang sama utk memastikan Amirul tiada masalah apa2. Alhamdulillah, demamnya masih di bawah kawalan.
Sehari bersamanya di rumah? Peliknya.....demam bukan bermakna dia harus berehat sepenuhnya. Sebaliknya, dia tak duduk diam. Mulutnya juga tak reti diam. Mgkn bila waktu demam lah dia mngasah otaknya dan menajamkan lidahnya jua. Bermacam2 soalan yang Amirul tnya. Dari soal bola piala dunia hinggalah tentang ejaan jenama motosikal. Kalau kawasaki ejaan melayu dan bunyi sama, kenapa Ducati tidak di baca seperti melayu. Kenapa c mesti bunyi seperti k? Itu baru tentang motosikal. Belum yang lain2 lagi. Kalau tengok tv, dari stat cerita sampai tamat, seribu satu soalan yang dia tanya. Bagaimanapun aku tetap tabah melayan setiap soalan yang dilontarkannya. Belasah jelah. Agak2 logik, jawab jer. Namun Amirul bukan pernah puas hati dengan setiap jawapanku yang terlalu ringkas. Hampir surrender jugak aku di buatnya. Tiba2 teringat pulak kisah burung murai. Hurm....mgkn ini salah satu sebab mengapa dia lahir pada waktu azan zohor berkumandang, ketika solat Jumaat. Tun Sri Mahathir pun lahir time macam ni juga. Hehe.....
Hobinya melukis. Whiteboardnya sentiasa penuh dengan lukisan. Sekejap2 dia lukis tshirt player2 piala dunia serta no. dan nama. Sekejap2 pula dia lukis bendera pasukan piala dunia. Dan sekejap2 pula dia main PSP juga bola sepak piala dunia. Dan tiba2 dia melontarkan impiannya untuk menyaksikan game Korea menentang Msia di Bkt Jalil Ahad ni. Huh ! camne tuh? Nak pergi ker? Aku menggaru kepala lagik
p/s : kelahiran adalah satu anugerah. Kasih sayang adalah juga satu anugerah. Maka anak itu sendiri satu anugerah lambang kelahiran dan kasih sayang. Maka hargailah.
1 day ago
4 comments:
semoga Amirul cepat sembuh..
terima kasih Mira.....mudah2an yerk
siannya kat amirul. moga2 dia cepat sehat.
terima kasih fyzal....amirul semakin pulih
Post a Comment