Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Thursday, July 22, 2010

Kelebihan Bulan Syaaban


Syaaban adalah bulan Rasulullah SAW. Bersabda baginda yang maksudnya, " Dinamakan dengan Syaaban (berserak-serak) itu adalah kerana di dalamnya terdapat banyak kebajikan yang berserak-serak"

Antara kelebihan di bulan Syaaban :

1. Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda.

2. Allah akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambanya.

3. Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, pertengahan dan akhirnya maka Allah akan menuliskan baginya pahala 70 orang nabi-nabi, pahala beribadat selama 70 tahun dan jika ia meninggal pada tahun itu maka ia akan mendapat pahala mati syahid.

4. Bulan Sya'ban adalah bulan tempat manusia lalai. Ini kerana mereka sudah terhanyut dengan istimewanya bulan Rajab (yang termasuk bulan Haram) dan juga menanti bulan sesudahnya iaitu bulan Ramadhan. Tatkala manusia lalai, inilah keutamaan melakukan amalan puasa ketika itu. Sebagaimana seseorang yang berdzikir di tempat orang-orang yang begitu lalai daripada mengingati Allah -seperti ketika di pasar-, maka dzikir ketika itu adalah amalan yang sangat istimewa.

Abu Sholeh mengatakan, "Sesungguhnya Allah tertawa melihat orang yang masih sempat berdzikir di pasar. Kenapa demikian? Kerana pasar adalah tempatnya orang-orang lalai dari mengingat Allah."

5. Nabi SAW biasa berpuasa setiap bulannya sebanyak tiga hari. Terkadang beliau menunda puasa tersebut hingga beliau mengumpulkannya pada bulan Sya'ban. Jadi baginda apabila memasuki bulan Sya'ban sedangkan di bulan-bulan sebelumnya beliau tidak melakukan beberapa puasa sunnah, maka baginda mengqadho'nya ketika itu. Sehingga puasa sunnah beliau menjadi sempurna sebelum memasuki bulan Ramadhan berikutnya.

6. Puasa di bulan Sya'ban adalah sebagai latihan atau pemanasan sebelum memasuki bulan Ramadhan. Jika seseorang sudah terbiasa berpuasa sebelum puasa Ramadhan, tentu dia akan lebih kuat dan lebih bersemangat untuk melakukan puasa wajib di bulan Ramadhan. (Lihat Lathoif Al Ma'arif, hal. 234-243)

Kelebihan malam nifsu Syaaban pula ialah sesiapa yang bangun mendirikan solat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca Al Quran dan sebagainya maka Allah akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak.

Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nifsu Syaaban ialah mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba, derhaka terhadap ibu bapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan tali silaturrahim.


Keutamaan Bulan Sya'ban
Daripada Usamah bin Zaid, beliau berkata, "Katakanlah wahai Rasulullah, aku tidak pernah melihatmu berpuasa selama sebulan daripada bulan-bulannya selain di bulan Sya'ban." Nabi shallallahu `alaihi wa sallam bersabda,

ذَلِكَ شَه�'رٌ يَغ�'فُلُ الن�`َاسُ عَن�'هُ بَي�'نَ رَجَبٍ وَرَمَضَانَ وَهُوَ شَه�'رٌ تُر�'فَعُ فِيهِ ال�'أَع�'مَالُ إِلَى رَب�`ِ ال�'عَالَمِينَ فَأُحِب�`ُ أَن�' يُر�'فَعَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ

"Bulan Sya'ban adalah bulan di mana manusia mulai lalai iaitu di antara bulan Rajab dan Ramadhan. Bulan tersebut adalah bulan dinaikkannya berbagai amalan kepada Allah, Rabb semesta alam. Oleh kerana itu, aku amatlah suka untuk berpuasa ketika amalanku dinaikkan." (HR. An Nasa'i. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadits ini hasan). Ibnu Rajab rahimahullah mengatakan, "Di dalam hadits di atas terdapat dalil mengenai dianjurkannya melakukan amalan ketaatan di saat manusia lalai. Inilah amalan yang dicintai di sisi Allah." (Lathoif Al Ma'arif, 235)

Banyak Berpuasa di Bulan Sya'ban
Terdapat suatu amalan yang dapat dilakukan di bulan ini iaitu amalan puasa. Bahkan Nabi shallallahu `alaihi wa sallam sendiri banyak berpuasa ketika bulan Sya'ban berbanding bulan-bulan lainnya selain puasa wajib di bulan Ramadhan.

Dari `Aisyah radhiyallahu `anha, beliau mengatakan,

كَانَ رَسُولُ الل�`َهِ � صلى الله عليه وسلم � يَصُومُ حَت�`َى نَقُولَ لاَ يُف�'طِرُ ، وَيُف�'طِرُ حَت�`َى نَقُولَ لاَ يَصُومُ . فَمَا رَأَي�'تُ رَسُولَ الل�`َهِ � صلى الله عليه وسلم � اس�'تَك�'مَلَ صِيَامَ شَه�'رٍ إِلا�`َ رَمَضَانَ ، وَمَا رَأَي�'تُهُ أَك�'ثَرَ صِيَامًا مِن�'هُ فِى شَع�'بَانَ

"Rasulullah shallallahu `alaihi wa sallam biasa berpuasa, sampai kami katakan bahawa beliau tidak berbuka. Beliau pun berbuka sampai kami katakan bahawa beliau tidak berpuasa. Aku tidak pernah sama sekali melihat Rasulullah shallallahu `alaihi wa sallam berpuasa secara sempurna sebulan penuh selain pada bulan Ramadhan. Aku pun tidak pernah melihat beliau berpuasa yang lebih banyak daripada berpuasa di bulan Sya'ban." (HR. al-Bukhari no. 1969 dan Muslim no. 1156)

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

2 comments:

Anonymous said...

betul....betul....betul

PHIRDOTE said...

MashaAllah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sahabat2 Setia

izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.