Argentina tewas. Kasihan Diego Maradonna yang gagal membawa Argentina ke pentas final piala dunia 2010. Kasihan lagi melihat anakku, Amirul yang menangis melihat Messi tak dapat sebarang gol pun sepnjang beraksi di piala dunia 2010. Malah kalah teruk dimalukan German. Kerana kekalahan itu, Maradonna di khabarkan akan meletakkan jawatan sebagai jurulatih Argentina. Inilah penangan persembahan terhebat dari dua pasukan yang menjadi faveret piala dunia dan dijangka akan ke final 2010.
Maka dengan lebih tepat lagi, kini penyokong German pun dah bertmbah kuat. Lebih padu. Sudah pasti suami dan anakku, Amirul menyokong German. Bila menjengah ke blog Ben Ashaari aku akur dengan pendapatnya. German bila dah dapat gol sebijik, pasti berusaha mengukuhkan tembok berlin dari dicerobohi. Lihat sahaja rentak permainan mereka. Begitu disiplin , berstamina dan semangat juang yang tinggi. Boleh dikatakan German hampir mnguasai seluruh perlawanan. Hero2 Argentina seperti Messi dan Teves di kawal ketat. Tak mungkin bola akan smpai ke kaki hero2 ini. Itulah German, pasukan yang memang cukup buat aku teruja setiap kali mereka beraksi di padang.
Besnyer bila Ballack turun stadium untuk turut memberi sokongan moral kepada pasukannya yg mendapat gelaran jaguh dari Eropah. Beberapa kali juga kamera shoot ke arah muka Ballack yang asik di kerusi penonton. Itu Ballack. Bagaimana dengan aksi Joachim Loew? Dia pastinya gembira dengan kejayaan anak buahnya menewaskan jagoan dari Amerika Selatan ini.
Kalau sebelum ini dah senaraikan nama2 seperti Ballack, Klose dan Mesut Ozil, apakata kita kenali pula pemain2 yang lain. Bonusnya, adakah anda tahu bahawa Mesut Ozil, pemain jersi no.8 ini berdarah Turki dan beragama islam ? Tak dapat nk tulis semua, tapi antaranya ialah :
Argentina kalah? Tapi tak sangka smpai 0-4. Gol pertama German hasil rembatan pemain jersi 13, Thomas Mueller dari kelab Bayern Munich. Inilah gol terpantas dalam piala dunia iaitu dalam minit yang ke-3 perlawanan baru mula2 nk panas. Dan automatik telah menewaskan rekod yang selama ini di pegang oleh Gerrard iaitu minit yang ke-4. Namun Mueller tidak dapat beraksi pada perlawanan separuh akhir nanti kerana mendapat layangan kad kuning ke-2 setelah mendapatnya kali yang pertama pada perlawanan sebelum ini.
Pemain yang pernah beraksi di Bayern Munich ini dan kini bersama dengan Koln FC merupakan antara tonggak kekuatan german. Pemain berjersi no.20 , Lukas Podolski ini juga merupakan antara pemain yang membantu bahagian serangan (forward). Podolski yang berasal dari Poland ini bnyak membantu dalam hantaran2 bola kepada Klose dan selalunya berjaya ke gawang pintu gol. Menyertai piala dunia pada 2006 dan 2010. Pernah menerima anugerah World Cup's Best Young Player.
Philips Lahm merupakan ketua pasukan yang menggantikan tempat yang dikosongkan oleh Michael Ballack kerana kecederaannya. Lahm juga merupakan pemain dari kelab Bayern Munich.
Bastian Schweinsteiger juga pemain dari Bayern Munich. Dan dia pelengkap antara jagoan dalam pasukan German.
Sepanyol menewaskan Paraguay 1-0. Sudah pasti ya....jangan lupa nantikan semi final German menentang Sepanyol pada 08 hb Julai 2010, jam 2.30 pagi waktu tempatan. Jom..ramai2 pakat sokong German.....GO GERMAN..!!
1 day ago