Tiba-tiba teringin sangat nak makan kek coklat basah. Pure..pure coklat gitu...Yummy !! Sah2 coklat memang faveret aku. Dan pasti, kek coklat juga faveret aku. Juga faveret izryn, anak sulungku. Sebagai tanda rindu aku padanya, maka kek tu siaplah juga akhirnya. Bukan susah sangat pun.
Ingin mencuba kek coklat basah kegemaranku?
Bahan-bahan :
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan koko
1 cawan gula halus
1 cawan susu pekat manis
1 cawan air kosong
3/4 cawan minyak masak
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur ayam
Cara membuatnya :
1. Masukkan tepung gandum kedalam mangkuk
2. Masukkan soda bikarbonat
3. Masukkan koko.
4. Masukkan gula halus. Kacau semuanya. Rata
5. Masukkan telur sebiji..sebiji dan kacau sehingga sebati
6. Campurkan esen vanilla
7. Masukkan susu pekat. Kacau lagi.
8. Masukkan air kosong.
9. Akhir sekali, masukkan minyak masak (warna kilat akan terhasil). Kacau sehingga sebati dan serasi.
10. Bakar selama 45 minit ,120 darjah celcius
p/s : Kalau rajin, bubuhlah coklat topping atas permukaan kek. Tabur almond nut ataupun coklat chip. Semuanya terpulang atas kekreatifan diri masing2.
Hurm..kek pun dah siap...!! Jom makan?
Huhu.......Selamat Mencuba.
1 day ago
4 comments:
sala kek coklat awak tuh saya nak try lah. nampak menarik dan sihat padsal tak pakai butter. cuba2 lah reesepi di blog saya
Terima kasih Chef...sudah semestinya suka mencuba..sebab tu jadi followers...
Salam. Cara2nya senang je, tak yah putar. nak cuba le esok, yeh...
ye Hany...tak payah putar...kacau je bagi sebati...senang dan mudah....
Post a Comment