Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Sunday, July 11, 2010

Re-construction Blog di Gurun ?


Habis je siapkan assignment, tangan aku mula gatal2. Bukan kerana penyakit kulit, tapi entah semacam plak, lagi2 bila tengok blog adik dan kawan baik tu dah tukar rupa. Hati berbunga2 nak ubah juga. Maka dengan muka pandai dan bijaksana, aku pun mula lah mengubahnya. Dalam kepala tetap berusaha nk buat blog yg mengikut citarasa.

Keh3....Lepas tu sendiri mahu hingat lah kan. Pening nak cari widget2 lama dan susun balik mengikut kemahuan fikiran, walaupun dah save template lama. Eheh! Tak siap lagi plak. Sambil menggaru2 kepala yang tak gatal, aku tetap berusaha utk buat dekorasi sebaik mgkn dalam blog aku ni. Ehem! agak2 ada sape2 yg boleh bagi komen atau sudikan diri nak tolong ? Hehehehe........

Schedule penuh. Belum selesai melayan blog, 3 hari berkampung di Gurun pulak. Study kena carry on jugak. Kali ini suasana agak meriah dengan coursemate. Lebih happening dan lebih gila2. Maklumlah hanya tempoh beberapa kali jer dapat bertemu dengan coursemate. Walaupun dari kumpulan syarikat yang sama tapi kami susah nak jumpa. Maklumlah opis semua lain2 tempat dan dalam jarak yang jauh. Kalau takder course, maka taklah hubungan seerat begini. Kebetulan aku seorang yg usung kamera. Tapi tukang klik memang ramai dan cukup sporting. Even dalam kelas pun terpaksa wat muka belakon sebab takut kena candid. Maka suasana kelas memang meriah sakan. Hahaha....mahu tersenyum sendirian bila layan karenah diorg.

On d way ke Gurun, tempat
paling seronok nak berhenti sudah semestinya di Bukit Gantang. Ada ape kat situ? Hui...usah nak cakaplah. Buah2an tropika memang ada bermacam2 variasi di sini. Sempat juga belasah durian. Hehehe...ni sebab ikut cadangan si Bastian tu la. Memang sedap. Belum lagi kes nak berposing2. Tapi bila duduk dalam bas aku suka tido. Maklumlah perjalanan mengambil masa 5 jam. Sesekali jeling gak kat kengkawan lain....sume pun sama juga macam aku, seronok layan mata walaupun tv ada menghidangkn filem2 yang menarik. Pemandangan sepanjang jalan ke Utara taklah terlalu membosankan. Ada gunung ganang. Ada perkampungan. Ada sawah bendang yang luas mata memandang. Dan ada beberapa kemalangan jalan raya disepanjang hiway ini yang menjadikan perjalanan kali ini lebih berpengalaman.

Bila di akademi, konon2 nak update blog yang masih under maintenance. Tapi buntu. Line wifi ada, tapi cam ada masalah pulak Kacau. Bila nak siap blog nih? Maka petang tu berkubanglah aku dan kawan2 dalam kolam mandi kat belakang akademi tu. Lappy hanya sekadar hiasan dalam beg. Buat berat bebanan jer. Mgkn di lain hari aku perlu tinggalkan sahaja di rumah.

Malam yang ke-2, selesai je makan malam, sempat juga kami beramai2 ke Tanjung Dawai. Nak tengok sendiri camne rupe tempat ni. Sebelum ni dah ramai yang memperkatakannya. So, excited nak makan angin. Bila van pregio smpai yang sebijik cam van polis tu, kami pakat2 posing lagi. Alahai......tak kiralah ramai cane pun. Selagi boleh sumbat. Tak sabaq nih......

Dari Akademi di Gurun kena melalui Yan. Nampaklah Gunung Jerai yang terang di puncaknya. Bilalah nak sampai kat kemuncak Gunung Jerai ni yer? Eheh ! begitu nostalgianya bila nampak pekan2 kecil di Kedah ni. Nampak macam pekan koboi. Tapi nampak sweet....apepun orang Kedah jangan amik ati yer dgn statement aku nih.

Sampai Tg Dawai, kami lepak kat tepi kuala....ada laut. Nampaklah ada org tgh tangkap kerang dengan pukat. Malam2 buta nih? Sebab malam, aku pun takleh nak beri pandangan yang jelas tentang Tg Dawai. Tapi aku pasti ia sebuah perkampungan nelayan. Di tepi kuala tu penuh dengan deretan kedai2 makan. Yang istimewanya pastilah tentang makanan laut. Memang freshh....

Malang malam tu sebab boleh pulak duduk kat sarang semut api. Aduh..tergaru2 aku bila kedua kaki aku mnjadi sasaran. Camnelah tokeh kedai ni tak aware yer tentang keselamatan pengunjung? Lepas order air sudah tentu Mi Udang yang begitu top kat Tg Dawai ni. Apa istimewanya Mi Udang ni? Datanglah dan cuba rasa. Konon2 nak order makanan lain, tapi kawan2 lain ramai yang dah kekenyangan kerana makan malam di akademi. Datang hanya sekadar nak amik angin. Kerang dah habis pulak. Jadi order lah sotong goreng tepung. Fuhh !!...tapi takleh lawan dengan sotong goreng tepung kat Pantai Merang ! hehehe....itu sekadar pendapat aku. Mgkn dh serasi kot dgn Ombak Laut China Selatan tu...(pantai Terengganu)

On d way balik akademi, sempat beli buah tangan. At least ada jugak nak ku bawa pulang ke KL nanti. Masing2 siap mengepit berplastik2 makanan kering. Keropok, sotong, ikan dan macam2 lagi. Aku? Hehehe...belacan tumbuk jer? Macam sedap jer. Bau pun wangi. Ikan bilis dia pun nampak cam sedap.

Dalam perjalanan pulang ke akademi, masing2 mata dah kuyu. Perjalanan pun amik masa selama 45 minit. Lebih kurang. Tu dia....apapun tercatat sudah satu memori aku dan Tg Dawai. Bukan senang nak sampai ke tempat orang nih. Sesekali berada di Kedah dapat juga lihat suasana di negeri yang digelar jelapang padi ini. Apapun aku akan kembali lagi.

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

2 comments:

e_ja said...

ina, entry baru pliss!! hehehehe..;-)

sarina izryn said...

ekekeke....wah ! terharu bila ada pembaca setia cam ija nih..siap follow up....coming soon dear...tenkiu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sahabat2 Setia

izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.