Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Sunday, July 4, 2010

Mesut Ozil di mata German



Siapa Mesut Ozil? Tiba2 namanya meledak di persada bola sepak. Dia diberi pelbagai gelaran seperti Diego Baru ('Der Neue Diego'), Permata Muda Jerman dan menjadi salah seorang ayam tambatan Jerman. Dan dia juga di gelar Messi Jerman. Mungkinkah jersi no.10 bakal menjadi miliknya?

Selepas kejayaan Jerman menewaskn Argentina pada suku akhir perlawanan baru2 ini, nama Ozil semakin memuncak. Dibarisi skuad muda , Jerman beraksi gagah di pentas perlawanan. Sesekali terpanggil untuk meneliti profile tentang lelaki bernama Mesut Ozil ini.

Dia dilahirkan pada 15 Oktober 1988 dan baru berusia 21 tahun, merupakan player termuda Jerman dalam aksi Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan. Dia juga kini menjadi buruan kelab gergasi Eropah seperti Barcelona, Manchester United, Manchester City, Chelsea, Aston Villa dan bnyak lagi. Ini merupakan kemunculannya yang pertama kali di Piala Dunia.

Anak muda berjersi no.8 ini lahir di Gelsenkirchen, Jerman Barat dan berasal dari keturunan Turki. Ibubapanya adalah generasi ke-2 Turki yang berpindah dan menetap di Jerman. Bermain di bahagian midfielder. Dia juga mempunyai kaki kiri yang berupaya membuat hantaran malah memiliki larian pantas, lincah dalam memberi ruang kepada pemain lain, berkemahiran individu dan mampu mengawal perlawanan. Dia mampu menggelecek lawan seperti bermain bola sepak di taman. Ozil bertaraf dunia, mampu merampas bola serta membuat jaringan dari sudut yang sukar. Dia arkitek di tengah padang dan mempunya konsistensi yang jitu.


Mesut memberi maksud gembira di dalam bahasa Turki. Mempunyai ketinggian 1.82 meter dan berat badan 70kg. Bakatnya di gilap oleh kelab di tempat kelahirannya, Westfalia 04 Gelsenkirchen ketika berusia 8 tahun. Kemudian dia menyertai Kelab gergasi Bundesliga, Schalke 04. Selepas 30 penampilan utk pasukan Die Knappen, Ozil di jual kepada kelab Werder Bremen dengan nilai RM17 juta. Dia muncul sebagai pemain remaja termahal di Bundesliga. Ketika berada di Werder, dia telah menjaringkan 6 gol dalam 13 perlawanan.

Ozil pernah menolak undangan bekas jurulatih Turki, Fatih Terim untuk mewakili negara tersebut pada 2008/2009. Ozil berminat untuk memilih Jerman. Ozil beragama Islam. Dia mnjadikan legenda Perancis, Zinedine Zidane sebagai idolanya.

Pada 2009, Ozil menjulang Jerman dengan jaringan 1 gol dan memberi laluan 2 gol lain dalam perlawanan akhir Kejohanan Bawah 21 tahun UEFA, menewaskan England 4-0. Dia juga mewakili skuad B17, B19 dan B21 Jerman.

Ozil telahpun bertunang dengan Anna-Maria Lagerblom, kakak kepada Sarah Connor, seorang penyanyi terkenal di Jerman, jauh lebih berusia 7 tahun dari Ozil.

Mungkinkah Ozil akan beraksi lebih hebat pada perlawanan separuh akhir nanti? Dan apakah pertemuan dengan Spain akan membuktikan Jerman terus gagah di pentas Piala Dunia? Sama2 kita saksikan pertentangan ini pada 08hb Julai 2010, waktu 2.30 pagi waktu tempatan.

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

3 comments:

Abu Ubaidah said...

woooh..die hard fan germany nih~

araneus said...

isoranje still rule the world :p

sarina izryn said...

Yeehaaa.....German Forever...
isoranje? HUH !!...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sahabat2 Setia

izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.