Tiba2 tingat taugeh dalam peti sejuk. Hujan2 ni kalau makan taugeh celur pun sedap jugak. Takpun bubuh dalam cucur kodok atau lebih dikenali dengan bakwan di indonesia. Campur pulak dengan daun kucai dan sedikit udang. Hurm...sedapnyer. Eheh ! ada kuetiew. Ape kata kita masak char kuetiew panas? Berkhasiat sangat ke taugeh ni? Mari kita kaji apa di sebalik nama taugeh nih.....
Menu TAUGE untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita. Tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan.
Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita.
Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.
Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.
Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine) yang merupakan sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.
Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis). Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus dan gangguan akibat menopaus.
Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.
Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.
Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser. Apabila kotoran segera meninggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser.
Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya. JOM kita ramai-ramai makan tauge hari-hari.
Related Articles :
4 comments:
saya memang suka makan tauge, hidup tauge !.... sya sorang je kat umah yg fanatik sgt kat tauge heheheh....
wah...ada geng jugak saya yer...len kali kalau datang rumah, makan tauge pun dah cukup yer.....hehehe
kalau makan mee takde taugeh tak sedaap na..hubby ija mmg suka dgn sayur taugeh..makan mentah pun boleh..hehe..
betul tu ija...ina biasa siram dgn air panas...then bubuh daun kucai + cili burung yng dihiris2...bubuh lada sulah....buh bawang goreng..tuang kicap.....makan begitu saja....
Post a Comment