Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Monday, December 20, 2010

Sehari Bersama Hantu Kak Limah dan Harry Porter


Berhujung minggu kali ini dengan mengisi masa, memenuhi waktu yang ada bersama keluarga, maka TGV menjadi sasaran. Bila mendapat feedback yang positif dari rakan2 tentang filem terbaru Mamat Khalid, senarionya seakan2 filem zombie Kampung Pisang yang menghiburkan, merupakan kesinambungan selepas kejadian Zombie tersebut, maka sebulat suara, pagi itu aku sekeluarga terus terpacak di Jusco Bukit Tinggi. Memang sambutan filem tersebut amat menggalakkan bile aku dan keluarga dapat tempat yang ke-5 dari hadapan, hurm...agak sedikit mendongak. Satu hari tu memang sold out untuk filem ini. Salute ! Mamat Khalid. Itulah filem kita, wajah kita.

Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah mula di tayangkan pada 9 Disember 2010 dan
di bintangi oleh Awie, Man Kadir, Zami ismail, Johan Rajalawak dll. Filem ini masih mengekalkan genre komedi seram mampu pecah panggung dengan aksi lawak komedi yang bersahaja. Dikategorikan filem ini sebagai umum, aku sudah tentu membawa anak kecilku walaupun pada mulanya dia agak ragu2 untuk menontonnya.

Kisah bermula dengan
Husin yang pulang ke Kampung Pisang, setelah lama bekerja di Singapura. Sekembalinya di rumah, Husin merasa hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya, Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang. Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. Husin bergegas ke warung Pak Jabit, lalu menceritakan kepada orang2 kampung tentang kejadian tersebut.

Abi Hurairah juga setuju dengan pendapat Husin kerana dia juga
mengalami peristiwa pelik ketika melihat Kak Limah berada di kawasan perkuburan. Pak Jabit yang terluka dengan Husin kerana memutuskan pertunangan dengan anak gadisnya, Che Nin, menuduh Husin pembawa nasib buruk kepada Kampung Pisang. Namun Husin meyakinkan Pak Jabit yang dia kembali untuk menebus kesilapan silamnya.

Kemudian Pak Abu mencadangkan agar mereka menyiasat apa yang berlaku sebenarnya. Mereka beramai2 ke rumah Kak Limah. Misteri terungkai dengan penemuan mayat Kak Limah yang hampir reput. Namun, setelah pengebumian jenazah Kak Limah, kampung mereka masih dihantui makhluk misteri di tengah2 malam. Pelbagai bomoh dipanggil untuk menghalau hantu, malangnya tiada satupun bomoh yang berjaya menghalau hantu tersebut.

Dan di penghujung cerita, segala persoalan terjawab. Mamat Khalid cuba memaparkan cara pemikiran orang2 kampung yang masih di tokok lama. Atau mungkin itulah gambaran masyarakat kita sebenarnya yang mendengar cerita tanpa usul periksa. Walaupun dari segi paparan cerita agak tidak masuk akal namun apa nak di bezakan dengan cerita komedi dari Barat seperti Meet The Zohan ataupun Naked G
un. Tidak perlu membawa persoalan yang berat namun memberi mesej yang agak mengesankan dengan perisian komedi yang mampu membuat pecah perut, filem ini benar2 santai dan menghiburkan. Ia dianggap berjaya. Elemen seram yang di tonjolkan berjaya walaupun komedi lebih ketara. Bukan aku sekeluarga sahaja yang ketawa terbahak2, malah seisi panggung juga tidak kering gusi. Anak kecilku turut terhibur dan meminta untuk membeli vcd cerita tersebut dengan tujuan menonton kisah ini berkali2. Hurm...itulah penangan hantu Kak Limah ye....Benarkah Kak Limah tu hantu? Hahaha...sapa yang tak tengok lagi tu...jomlah kita layan sesekali...pasti tak bosan di kerusi panggung.

Demi memenuhi hasrat anak kecilku yang begitu meminati watak Harry Porter, maka filem siri ke-7, Harry Porter and The Deathly Hallows, Finale Part 1 membuatkan sekali lagi aku berada di dalam panggung TGV pada hari yang sama. Filem tulisan J.K Rowling, arahan David Yates dan terbitan Warner Bros ini masih mengekalkan pelakon2 utama yang serupa iaitu Daniel Radliffe, Emma Watson dan Rupert Grint. Nampaknya mereka bertiga telahpun meningkat dewasa. Masing2 kacak2 dan jelita.


Filem yang merupakan filem terakhir (finale) ini mempunyai 2 bahagian di mana Deathly Hallows adalah bahagian 1 dan telahpun menemui penonton di pawagam pada November 2010 lalu. Kisah bermula dengan Menteri Sihir, Rufus Scrimgeour dan kabinetnya, Death Eaters telah merancang untuk membunuh Harry Porter. Order of The Phoenix tiba di Privet Drive dan bercadang untuk mengawal Harry ke tempat yang selamat menggunakan Polyjuice Potion. Ketika penerbangan ke Burrow, mereka telah di serang dan mengakibatkan kematian Hedwig dan Mad-Eye Moody. Serangan ketika majlis perkahwinan berlangsung, akhirnya membuatkan ketiga2 mereka terbang jauh ke London dan beberapa tempat yang selamat daripada dapat di kesan. Dalam siri ini, Harry Porter dan Hermoine kembali ke kampung halaman dan rumah kedua ibubapa Harry Porter di Godric's Hollow. Di situ juga harry Porter sempat melawat kubur ayah dan ibunya. Di penghujung cerita, Harry berjaya memperolehi pedang dengan bantuan Ron. Dan dengan pedang itulah mereka dapat menghapuskan loket Horcrux.

Tiada bezanya dengan cerita2 Harry Porter sebelum ini. Dipenuhi dengan pelbagai aksi magis. Tapi awas, jika anda bukan peminat Harry Porter ataupun tidak pernah menonton siri 1 hingga 6, anda pasti tidak faham keseluruhan intipati cerita finale ini kerana keseluruhan cerita adalah saling berkaitan. Agak2nya bagaimana penamat kisah Harry Porter itu nanti yer. Apapun, kita nantikan Harry Porter finale part 2 yang di jangka akan menemui peminat2 Harry Porter di pawagam pada Julai 2011.


p/s : Teringin juga nak tengok filem yang ada 3D, macam terbaca pula yang ending finale Harry Porter nanti di tayangkan 3D.

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sahabat2 Setia

izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.