Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Saturday, December 4, 2010

Penang atau Tanjung?


Tak ikut arahan papan tanda....sebab lama sangat tggu giliran feri

Deretan kereta yang menunggu giliran masuk feri

Gelagat bila berada dalam feri

Restaurant Golden Thai yang menghidangkan makanan laut dan sayur2an segar

Lobster...Belangkas..ketam....Ikan.....

Nasi Kandar Beratur menjadi pilihan destinasi terakhir

Salam Jumaat.....

Masih di bumi jelapang padi. Masih bertemankan kabus di Gunung Jerai. Masih di temani rintik2 hujan setiap waktu, ketika berada di sini. Seharian mengadap kelas, namun agak tertarik dengan module yang lecturer sampaikan. Agak tegas penyampaiannya namun mungkin semua classmate faham, maklumlah ada sahaja contoh2 yang diberikan wpun tnpa ada pembentangan dari setiap student. Taklah gelabah nak present....Hishh !! present pun gabra..ntah hape2 ntah.....Tapi paling gabra masa nk siapkan assignment sebenarnya.

Makan malam seawal 7 petang. Special requested. Sebab? Malam itu aku dah sahabat2 semua bercadang untuk turun ke Penang. Dengan dua buah kenderaan, kami memulakan perjalanan. Menurut classmate yang berasal dari kedah, juga tourist guide tak rasmi malam itu, waktu2 begini, jambatan tidak sesuai digunakan kerana terlalu sesak dan berada pada waktu puncak. Maka di sinilah bermulanya pengalaman menaiki feri yang pasti menjadi satu kenangan. Pastinya Butterworth ataupun lebih di kenali dengan seberang Prai laluan untuk memulakan perjalanan menaiki feri.

Baru aku tahu, feri yang aku naiki tu boleh memuatkan sekali kenderaan yang kami naiki. Hahaha....sungguh aku ketinggalan. Almaklumlah, ini adalah kunjungan ku yang kali kedua di negeri Pulau Mutiara ini. Dan pertama kali aku berkunjung di sini mgkn 15 tahun yang lalu dan ketika itu pun, aku menaiki feri penumpang dengan hanya membawa beg sandang sahaja. Itupun atas tujuan kerja.

Selepas membayar tiket feri RM7, terpaksa pula menunggu giliran untuk menaiki feri malam itu. Kenderaan memang penuh beratur tak kiralah motosikal mahupun kenderaan 4 roda. Menurut sahabatku, perkhidmatan feri memang kurang pada waktu malam. Adakalanya, feri yang sama akan berulang alik. Maka masa menunggu mungkin lebih lama dari waktu siang. Oleh yang demikian, tempoh perjalanan dari Gurun ke Penang yang sepatutnya hanya mengambil 45 minit tidak achieve masa. Ia hanya boleh di gunapakai jika melalui jambatan tanpa ada sebarang kesesakan.

Di dalam feri, memang ramai yang keluar dari kenderaan masing2. Semua kelihatan bersidai di tepi feri sambil menikmati keindahan laut sebelum tiba di Pulau. Orang Utara kata "Chek ni dari Bagan nak pi Tanjung.." Itu ayat yang popular di sini. Berposinglah sepuas hati. memang di izinkan. Jangan terjatuh dalam air sudah. Di dalam feri juga menyediakan tandas awam. Tapi faham2lah kan bagaimana rupa tandas awam apatahlagi feri yang sentiasa penuh dan di asak dengan pelbagai manusia yang kerap berulang alik sama ada dengan tujuan kerja mahupun bercuti.

Tourist guide mulalah memainkan peranannya. Sepnjang laluan, tnpa jemu sahabatku menerangkan satu2 bangunan dan peranannya di sekitar pulau . Memang dia expert. Dari hotel yang termahal sehingga yang termurah. Malah nilai properties pun dia tahu. Setiap ceruk dan sudut memang tak fail dan dia bercerita tanpa jemu dan letih. Part time ker bro?

Tempat2 makanan yang terkenal turut tidak ketinggalan sama. So, next time kalau berkunjung di sini lagi, insyaallah, tahu juga mana kedai2 makan Melayu yang boleh di kunjungi seperti kedai sup tulang dan char kuew tiau. Pastinya di kawasan Tanjung Bungah. Dek kerana kedatangan pada malam hari, kedai jeruk juga telah pun di tutup. Orang kata bawah jambatan tak jauh dengan bangunan Komtar antara lokasi yang memang sesuai untuk di kunjungi jika anda memang suka makan atau bawa pulang pelbagai jenis jeruk. Terimakasih ye Zam...jadi tourist guide dan bawa rasa sekali kereta baru dia...Grand Livina.

Kenderaan berhenti di pasar malam Batu Feringgi. Sekali tengok memang tak ubah seperti Pantai Cenang di Langkawi. Macam2 ada kat sini. Sempat berkunjung ke sebuah restoran yang menghidangkan makanan laut yang sihat dan segar. Sengaja melihat hidupan laut yang besar2 dan mewah harganya. Perjalanan kami kemudian terhenti di Jalan Gurney. Pasembor kat sini sedap dan murah jika nak di bandingkan dengan Padang Kota. Tapi malangnya, kedai makanan Islam telahpun di tutup.Harapan untuk makan pasembor mahupun char kuew tiau punah. Terpaksa ubah fikiran dan tukar selera.

Nasi Kandar menjadi pilihan. Dan menu ini memang paling terkenal di Pulau Pinang. Sebut je nasi kandar, pasti asalnya dari Pulau Pinang. Maka Nasi Kandar Beratur menjadi sebutan. Sukar juga untuk mencaro lokasinya. Berpusing2. Dan akhirnya bertemu juga, itupun setelah bertnya dengan seorang nyonya yang berniaga di tepi jalan. Alkisahnya, Restoran Nasi Kandar Beratur ini di sebelah Masjid Kapitan Keling. Ada sebuah pokok besar yang merimbun di tepinya. Bngunan kedai yang uzur dan memang lama ini (heritage) di bina pada 1943. Zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu. Ia di buka setiap hari mulai jam 10:00 malam. Hanya menghidangkan nasi dan pelbagai lauk berasaskan kari. Memang melekat. Dinamakan nasi kandar beratur kerana sesiapa yang nak membelinya kenalah beratur pnjang2 sebab memang ramai yang datang menjamu selera di sini. Makin malam makin ramai pelanggan. Mungkin nk cut cost kot. Kurang staff dan self services. Staff cam work overload jer. Berpeluh2. Huh !! tapi memang sedap.

Waktu semakin lewat. Esok ada kelas lagi. Melalui jambatan ketika itu memang clear. Namun kena berhati2 bila berada di sepanjang Pulau Pinang kerana pemandu2 di sini agak kurang ajar dan memandu dalam keadaan agak bahaya. Apatahlagi laluan yang agak sempit. Tidak perlu membayar tiket lagi semasa waktu pulang dari pulau itu. Tourist guide kata, tiket RM7 itu adalah tiket untuk pergi/balik tak kiralah menaiki jambatan mahupun feri. Apapun, sekurang2nya, malam tu dapat juga menikmati nasi kandar yang memang terkenal di sini. Oh ya !! kalau teringin nak menikmati mee rebus udang utara, Sg Dua pasti menjadi pilihan. Pastinya yang sebelah kanan jalan jika anda dari Kuala Lumpur menuju ke Alor Setar.

p/s: Berkunjung di Penang, tak ubah seperti berkunjung di bumi Melaka yang di penuh dengan Sejarah dan Bangunan heritage yang senibinanya amat mengagumkan. Tak sabar nak tggu turn trip in Penang nanti.

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sahabat2 Setia

izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.