Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Monday, December 6, 2010

Hijrah dan Tanggungjawabnya



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Salam 1 Muharam....

Sedar tak sedar entah berapa Muharram telah ku lalui. Satupun aku rasa tidak cukup untukku membuktikan yang aku ini insan yang sempurna di sisi Tuhan. Cukupkah amalanku. Berapa banyakkah ibadahku. Bagaimana pula dengan tanggungjawabku. Aku terus meneleku sendirian. Melihat cahaya. Melihat sinar. Kekadang melihat betapa kelam dan suram di hadapan. Bukan mudah menjadi yang terbaik. Pasti ada kekurangannya. Puas aku menampal kecacatan dan kekhilafan itu. Tapi buruk pula di mata insan lain. Mungkin menulis bagiku satu wacana atau wadah untuk kugambarkan tentang sikap sesetengah manusia di dunia ini. Namun itupun dari sudut pndangan mata kacaku yang serba kekurangan. Ini bukan bermakna aku memandang sinis pada mereka atau aku rasa diriku terlalu sempurna. Tidak. Kerap jua merasakan hidup ini tidak adil. Benarkah? Adakala karenah manusia buat aku semakin berhati2 dari terus mencabar dan melukai hatiku walaupun sesekali terpana jua emosi diri, tercalar ego (itupun jika ada ego) hingga merasa perlunya untuk menjadi seorang yang negatif. Yang pentingkan diri sendiri. Tapi akhirnya, aku kembali. Insaf.


Selalunya dengan rasa suka dan bangga aku lebih jauh melihat kesempurnaan dan kejayaan orang lain. Aku bersihkan hati. Aku bersihkan jiwa. Positif. Dari situ aku pasti tidak mudah menilai orang lain dengan pandangan negatif. Menjaga lidahku demi satu ikatan persaudaraan Islam. Sempurnakah kita sehingga dengan mudah menilai orang lain. Sempurnakah kita dengan hanya melihat kekurangan mahupun kecacatan orang lain. Bukan setakat melihat, malah cuba mencari dan dengan perasaan tidak puas hati mencela di dalam hati malah meluahkannya dengan penuh emosi. Aku sering kecewa bila di hadapkan dengan manusia yang selalunya kelihatan sempurna. Nampak serba keimanan tetapi hatinya serba kekurangan. Seolah2 terlalu mulia dan sempurna di sisi Allah lalu melihat orang lain dengan pndangan sinis dan mengejek. Agaknya, apakah yang menyebabkan mereka sebegitu.


Sempena Maal Hijrah ini, marilah bersama2 membuang kekotoran di dalam hati. Sebagaimana konsep Hijrah itu sendiri. Hijrah? Dari sudut bahasa, hijrah bermaksud berpindah dari satu tempat ke satu tempat atau berubah dari satu keadaan kepada satu keadaan lain. Manakala dari sudut istilah pula, hijrah adalah meninggalkan sesuatu yang dilarang. Ini berdasarkan hadis daripada Abdullah bin Habsyi, bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:“Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah.”(Hadis riwayat Abu Dawud)


Hijrah juga difahami sebagai perpindahan dari suatu keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik. Contohnya, meninggalkan ajaran bertentangan dengan Islam dan kembali kepada ajaran Islam sebenar. Maka buanglah perasaan yang sentiasa berprasangka, memndang rendah orang lain dan jangan merasa diri kita jauh sempurna di sisi Allah hanya kerana kita berpelajaran setinggi langit, berpangkat dan berjaya menguasai dunia, berharta hingga seolah2 harta itu akan di bawa bersama ketika mengadap kematian ataupun berpakaian sehingga menutup kedua biji mata, tapi jauh di sudut hati kita masih ada kekotoran yang menjijikkan bertakung dan memenuhinya. Berjuta kemaafan pun tidak berarti jika jiwa tidak seikhlas pengucapan. Sekadar menutup persengketaan tetapi di belakang masih ada kata nista yang bisa memutuskan persaudaraan. Khilafnya. Ukurlah dalam diri, muhasabah setiap inci sempurnakah kita ini? Alangkah indahnya jika Allah kurniakan kita kesempurnaan itu melalui harta kekayaan, tggi pengetahuan, darjat mulia di dunia, pakaian sempurna di sisi Tuhan lalu menjaga akal dan hati kita dari segala sengketa dan melukakan hati orang lain. Pastinya contoh yang baik itu menjadi tauladan dan sudah pasti kita mudah didekati sesiapapun. Bukankah itu dinamakan kesempurnaan bila dalaman dan luaran kita bersih demi kerana Allah.


1 Muharram merupakan detik permulaan sejarah pengiraan tahun dalam Hijrah. Sejarah ringkasnya, Hijrah yang disambut setiap tahun pula lebih kepada memperingati peristiwa penghijrahan Rasulullah dan sahabat dari Kota Makkah al-Mukarramah ke Kota Madinah al-Munawwarah. Peristiwa hijrah tersebut menyingkap satu perjuangan yang ‘pantang menyerah atau mengaku kalah’ di samping ia menjadi garisan pemisah di antara kebenaran dan kebatilan. Ia juga diibaratkan sebagai satu jambatan yang menghubungkan antara dua tahap masa perjuangan Nabi iaitu, pertama di Makkah selama 13 tahun, dan kedua, di Madinah selama 10 tahun. Rasulullah berhijrah bukan untuk lari atau meninggalkan medan perjuangan, sebaliknya meneruskan perjuangan. Malah, hijrah memberikan harapan dan membayangkan keberhasilan perjuangan pada masa hadapan. Justeru, hijrah adalah tonggak perjuangan yang sangat bermakna. Rasulullah dan sahabat berhijrah dari Makkah ke Madinah demi menyahut panggilan dan keimanan. Dalam penghirahan Rasulullah ini, Masjid Quba' dan Masjid Nabawi di bina dalam usaha matlamat fungsi masjid itu sendiri dalam mengeratkan jalinan persaudaraan Islam.Demikian jua dengan persaudaraan dua golongan, iaitu kaum Muhajirin (sahabat Nabi yang sama-sama berhijrah dari Makkah ke Madinah) dan kaum Ansar, yang bersedia menerima kedatangan mereka di Madinah. Baginda juga berusaha mengadakan beberapa kesepakatan dengan golongan Yahudi dan Nasrani di Madinah untuk mewujudkan suasana aman damai dan harmoni. Bukankah Hijrah mengajar kita erti perpaduan?


p/s : Berusahalah untuk berubah kepada perkara kebaikan walaupun sedikit, dari tidak berubah langsung. Sikit2 lama2 mnjadi bukit. Bersihkn hati dan berdoa pula demi kebaikan orang yang mgkn tidak kita sukai. Sesungguhnya Islam itu cantik. Tnjukkanlah kecantikannya dengan perlakuan kita. Insyaallah...pasti ada barakah disebaliknya. Maafkan aku jika tersalah bicara kerana aku jua insan tidak sempurna. Selamat Menyambut 1 Muharram 1432H (Maal Hijrah) buat semua...

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sahabat2 Setia

izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.