Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Thursday, December 23, 2010

Penjara Fikiran


Adakala kehidupan ini sukar untuk di jangka. Dan masa2 yang berlalu itu juga banyak yang mempengaruhi sikap dan pembentukan peribadi kita secara tidak langsung. Dalam perjalanan hidup yang kita tidak tahu di mana penghujungnya, ada waktu2nya kita terleka. Hanya kerana kita manusia biasa. Adakalanya kita sering terpenjara didalam kotak fikiran kita sendiri. Dan adakalanya membiarkan orang lain yang memainkan peranan kearah mana tujuan hidup kita malah membiarkan sahaja masa yang menentukan perjalanan hidup kita. Maka teringat aku tentang kisah2 yang boleh dijadikan sebagai sandaran mahupun pedoman dalam melewati usia2 yang masih cuba untuk mematangkan fikiran.

Seekor belalang telah terlalu lama terkurung di dalam satu kotak. Pada suatu hari ia berjaya keluar dari kotak yang mengurung hidupnya selama ini. Dengan perasaan yang amat gembira, ia melompat2 menikmati kebebasan yang baru di rasai. Pastinya ia sesuatu yang sukar untuk ditafsirkan dengan perasaan.

Dalam perjalanan ia bertemu dengan belalang lain, namun ia amat merasa hairan apabila melihat belalang tersebut boleh melompat dengan lebih tinggi dan lebih jauh darinya. Dengan penasaran ia bertnya
"mengapa kau boleh melompat lebih tinggi dan lebih jauh dariku, sedangkan antara kita tidak jauh berbeza dari segi usia mahupun ukuran tubuh badan?"
Belalang itu menjawab dengan satu pertanyaan
"Di manakah kau tinggal selama ini? Semua belalang yang hidup di alam bebas pasti dapat melakukan sepertimana yang aku lakukan."

Saat itu barulah si belalang ini tersedar bahawa selama ini, kotak itulah yang telah membuatkan lompatan dan pergerakannya terbatas. Tidak setinggi dan sejauh belalang lain yang hidup di alam bebas.

Sering kita sebagai manusia, tanpa sedar, pernah mengalami perkara yang serupa dengan kehidupan belalang tersebut. Berada dalam lingkungan yang buruk, penuh hinaan, trauma masa lalu, kegagalan yang meruntun dan segala perkara yang membuatkan kita terpenjara di dalam kotak kehidupan yang mementahkan potensi kita. Sering kita mempercayai mentah2 apa yang mereka voniskan kepada kita tanpa memikirkan adakah perkara tersebut benar atau memang kita selemah itu. Lebih parah lagi, kita seringkali lebih memilih untuk mempercayai orang lain daripada mempercayai diri sendiri.

Tahukah anda, seekor gajah yang kuat boleh di ikat hanya dengan tali yang terikat pada pancang kecil? Gajah merasakan bahawa dirinya tidak boleh bergerak bebas jika ada 'sesuatu' yang mengikat kakinya sedangkan `sesuatu' hanyalah mungkin sekadar seutas tali kecil.

Sebagai manusia kita hanya mampu merancang dan berjuang tetapi tidak menyerah begitu sahaja apa yang kita alami. Oleh itu, teruslah berusaha untuk mencapai segala aspirasi positif yang ingin kita capai. Sakit itu memang, lelah juga sudah pasti namun jika kita sudah sampai di puncak, segala pengorbanan itu pasti akan terbayar. Pada dasarnya, kehidupan kita akan lebih baik kalau kita hidup dengan cara hidup pilihan kita sendiri, bukan dengan cara yang dipilihkan orang lain untuk kita.

sumber : emotivasi.com

p/s : jadilah diri sendiri...

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sahabat2 Setia

izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.