Telah sebulan filem ini berlabuh di pawagam. Kemudian berjaya pula mencatat rekod sejarah tayangan filem Malaysia, 1.1 juta untuk tayangan pertama di pawagam. Macam menarikkan? Tapi SJ baru sahaja dapat menontonnya selepas menempah Astro first HD di saluran 487. Berpawagamlah SJ di rumah. Sengaja membuat unsur2 di dalam pawagam, seolah2 di TGV, SJ bergelap selama 1 jam 1/2. Nampaknya, selama dua hari SJ dan keluarga menonton sampai muntah2. He3...Tapi perlu di ingat, filem ini untuk 18 tahun ke atas kerana terdapat aksi yang agak ganas.
Kongsi. Sebuah filem genre aksi komedi arahan Farid Kamil dan diterbitkan oleh David Teoh memang berbaloi. `My name is Tumulak..I come from Thailand...KL nih, kawe Legend...' dialog ni paling menarik sekali sebelum Tumulak terjun ke Sungai Kelang. Watak pembunuh upahan yang di lakonkan oleh Sam Shaheizy memang menarik. Diutuskan oleh Kimpedu (Bront Palare) untuk mengkucar kacirkan kumpulan kongsi2 gelap di Malaysia. Mewakili kaum2 utama di Malaysia, Pak Maliki (ketua kongsi gelap melayu), Victor (ketua kongsi gelap India) dan Jimmy Chew (ketua kongsi gelap China. Kemudian polis yang diketuai oleh Shariff pula memainkan peranan, berusaha dan menyiasat beberapa siri pembunuhan yang melibatkan ahli2 kongsi gelap tersebut. Tapi apa kaitan Shariff dengan Tumulak pula?
Plot agak sedikit longgar jika hendak dibandingkan dengan filem2 aksi komedi Hong Kong namun satu pujian memang patut diberikan buat pengarah muda, Farid Kamil kerana berjaya menghasilkan cerita yang hampir serupa dengan bumi Disneyland Asia itu. Idea yang segar, tidak seperti sesetengah filem2 lain yang seperti copyright dari hasil orang lain. Jalinan mungkin agak kurang kemas. Sesetengah penonton pasti tertanya2 apa tujuan Tumulak ke Malaysia dan membunuh beberapa ahli kongsi gelap. Sebagai penonton, perlu pula kita mencari jawapannya sendiri. Garapan memang memuaskan. SJ sebagai penonton, tertanya2 juga dan ingin mengetahui kisah selanjutnya. Filem terasa terlalu singkat kerana penuh dengan adegan2 aksi. Syabas buat Sam Shaheizy kerana melaksanakan watak menjadi lebih menarik sekali. Memang berbaloi kutipan 8 juta. `Kongsi Gelap gapo nih..cubit sikit jerit serupe pondey..' hahaha. Mungkin ada dialog lain yang pasti menjadi sebutan anda?
Bukan sekadar hiburan semata2. Banyak yang tersurat dan tersirat di dalamnya. Cukup sederhana namun disebalik kisah menarik yang dipertontonkan, ada mesej yang ingin disampaikan bagi mereka yang memahaminya dengan lebih mendalam. Bagi SJ, kisah ini mungkin boleh diumpamakan dengan kedamaian dan perpaduan Malaysia yang mana menjadi slogan utama yang diperkatakan selama ini, 1 Malaysia. Ia mewakili 3 kaum utama yang menjadi tunjang simbol perpaduan di Malaysia. Namun kehadiran anasir luar telah berjaya melonggarkan perpaduan sesama kaum. Saling tuduh menuduh. Bergaduh. Jika di teliti bukankah itu yang terjadi di Malaysia kini. Itulah satu kejayaan anasir jahat dari luar yang mahu melihat Malaysia kucar kacir. Apabila tunjang negara musnah maka hancurlah ekonomi, malah sosial dan politik juga tunggang langgang. Hanya kesilapan kecil ditambah dengan kehadiran si penangguk air yang keruh memburukkan lagi keadaan. Perpecahan dan pertelingkahan terjadi. Mahukah kita terus biarkan bumi Malaysia menjadi seperti itu? Lu langsi lu mati merupakan pengakuan bahawa mereka cuba pertahankan perhubungan sesama mereka dan menangkap orang yang menjadi dalang semua itu. Mencari `route cause' dan kembali kepada asal. Opps....SJ bukan pakar politik, hanya sedikit pandangan.
p/s : Menarik jika filem ini ada sambungan...hurm..mungkin Tumulak menjadi adiwira selepas keluar dari tahanan polis??
Related Articles :