Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Sunday, June 19, 2011

Salji di I-City Shah Alam


I-City Shah Alam

Semakin hari semakin ramai pengunjung yang mengunjungi I-City Shah Alam. Semasa blogwalking dan sesekali menjengah foto dalam frenlist, diam2 SJ menyimpan azam untuk ke I-City. Walaupun kediaman SJ tidaklah jauh dari bandaraya Shah Alam namun jangan tak percaya jika pertama kali SJ menyinggah di I-City ialah pada tahun 2010. Masa tu macam tak tahu nak jenjalan ke mana2. Ketika itu I-City yang dikenali sebagai `City of Digital Lights' hanya di sinari cahaya2 lampu yang indah bergemerlapan. Ada layar besar untuk bersantai dan beberapa gerai yang sedia ada untuk pengunjung menjamu selera. Itupun sebab setiap kali SJ pergi dan balik kerja, kelihatan pokok2 alpine sintetik yang menggamit perasaan ingin tahu tentang tarikan bandar I-City ini. Dan jangan tak percaya...jika di hujung2 minggu mahupun waktu2 cuti sekolah, kesesakan jalan raya pasti berlaku terutama pada waktu petang kerana begitu ramai pengunjung yang mahu bersantai dan berehat di I-City ini. Tak mustahil, ramai pengunjung ini ramai yang datang dari daerah2 luar malah dari luar negeri Selangor juga.

Kepada yang tidak pernah mengunjungi I-City di Shah Alam yang merupakan ibu negeri Selangor Darul Ehsan ini, cuba sesekali singgah seketika melihat limpahan cahaya yang menerangi lokasi ini pada setiap waktu malam. I-City Selangor ini merupakan sebuah perbandaran baru di Lembah Kelang. Bandar komersial ini berada di Seksyen 7, Shah Alam dan terletak strategik di tepi Lebuhraya Persekutuan, sesuai dengan kedudukannya yang berdekatan dengan Sg Rasau, Bandar Baru Klang dan Shah Alam.

Ada pokok kaktus berlampu kan?

Ada peraduan Nickelodeon? Berposinglah dengan `patrick' dan `spongebob'

Salah satu tarikan selain dari limpahan warna warni lampu di sepanjang bandar I-City ini ialah Snow Walk atau Laluan Salji. Dibina dalam satu kawasan bertutup dan berkeluasan 50,000 kaki persegi, Snow Walk yang merupakan taman tema bersalji mula dibuka pada Januari 2011 sebagai salah satu tarikan pengunjung. Ia juga menggunakan teknologi dari China dan Korea yang terkenal dengan negara Winter Sonata. Melibatkan pelaburan RM 10 juta dan dilengkapi dengan kilauan lampu LED serta 100 ukiran ais juga didatangkan khas dari negara China.

Dengan suhu serendah -5 darjah celcius, salji tiruan yang menyelubungi Snow Walk ini hampir 90% menyamai salji semulajadi. Salji setebal 100mm yang diimport khas ini ternyata lebih ringan halus dan lembut. Air yang digunakan untuk menghasilkan salji ini juga ditulenkan dan ianya selamat unutk di rasa mahupun di makan.

Mesin2 canggih yang di bawa masuk ke Malaysia ini dikatakan mampu menghasilkan 1.2 hingga 1.5 tan salji tiruan setiap hari. Ia mempunyai tiga komponen, iaitu mesin penyejuk yang berfungsi untuk menyejukkan air daripada suhu bilik kepada 15 darjah celsius. Komponen kedua ialah unit kondenser (mesin pemeluwap) yang berfungsi untuk menyejukkan tong dram yang bakal menghasilkan salji dan komponen ketiga ialah 16 unit tong dram yang akan digunakan untuk menghasilkan emping2 salji.

Rumah iglu

Tarikan lampu2 yang pasti menggamit perasaan untuk berposing

Ada gelongsor ais....boleh cuba kalau mahu

Sejuk sesangat...seelok2nya pakailah sarung tangan....

Dekorasi cantik mata memandang..

Gelongsor lagi??

Takkan nak lepaskan peluang??

Kesilapan....sebaik sahaja keluar dari Snow Walk...(kamera beku..!!)

Sebaik sahaja keluar dari Snow Walk, terdapat beberapa bahagian bangunan yang sesuai untuk mereka yang berminat dengan game2 outdoor seperti taman tema di Genting Highland. Ada juga mini zoo yang boleh dikunjungi. Ada beberapa bahagian yang masih under construction, kelihatan seperti roller coaster dan pelbagai lagi yang kemungkinan bakal mampu menyaingi Genting Highlands. Ketika kunjungan SJ kali ini, I-City sedang mengadakan `Fiesta Lagi Shake Lagi Riang' bersama Lipton Ice tea. Konsert dengan beberapa artis seperti kumpulan Hujan, Bunkface dan beberapa celebriti terkenal turut memeriahkan pengunjung pada malam itu. Selain dari itu, Lipton dengan bermurah hati telah memberikan minuman percuma kepada pengunjung. Usahkan segelas ice tea ataupun hot tea, malah sebotol besar ice tea. Terima kasih Lipton !!

Konsert sedang berlangsung...

Pengunjung beratur...sebotol ice tea dari Lipton..Free..

Gerai makanan

Info :
Tiket masuk : RM 10 (per kereta)
Tiket Snow Walk : RM 25 dewasa RM 20 kanak2 (Diskaun RM10 - tiket parking kereta)
(tiket termasuk baju sejuk
Waktu di buka : 10:00 am - 01:00 am
Tiket zoo : RM8 dewasa RM 5 kanak2

I-City Shah Alam
Jalan Multimedia 7/A, CityPark, i-City, 40000 Shah Alam, Selangor
Selangor, 4000003-5521-8800

p/s : Rasanya...I-City bakal mengalami beberapa perubahan lagi sebagai pusat komersial yang terdapat di bandaraya Shah Alam. Ada kemungkinan untuk SJ sekeluarga selalu2 mengisi waktu2 cuti di sini gamaknyer.....

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sahabat2 Setia

izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.