Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Sunday, June 12, 2011

Piala FA 2011 Milik Terengganu


Terasa nak juga join final Piala FA di Bukit Jalil malam tadi. Macam game2 biasa yang SJ tengok kat stadium. Tapi atas sebab2 tertentu maka SJ melupakan sahaja hasrat SJ itu. Hehe...apepun tahniah buat pasukan Terengganu kerana berjuang sehingga kesaat2 terakhir bagi memastikan Piala FA berada di dalam genggaman. SJ pernah kata kat hubby ketika kekalahan Terengganu 0-3 dengan Kelantan dalam saingan liga super kelmarin bahawa pada final Piala FA, pasti Terengganu tidak pulang dengan tangan kosong. SJ tahu corak permainan pasukan Terengganu ini. Betul juga ramalan SJ ye. Hurm...seronok juga melayan stadium astro di rumah dengan anak2 sambil mengunyah nugget, keropok dan mocha ice blended hasil buatan izryn (En hubby dah awal2 berkampung di Bukit Jalil).


Rentak permainan nampak seimbang dengan adegan serang menyerang dari kedua pasukan. Pada awalnya kelebihan nampak memihak kepada Kelantan. Layangan beberapa kad kuning, kekasaran demi kekasaran memuncakkan tekanan kedua belah pihak. Hero2 dalam pasukan gagal menyerlahkan corak permainan sebenar. Manakala, pada seperuh masa kedua, permainan semakin rancak dengan beberapa hantaran yang cantik. Kedua2 pasukan bangkit dan persembahan permainan dalam suasana begitu dramatik sekali.

Kelihatan ada penyokong2 yang seakan2 cuba membuat provokasi di stadium. Pancaran laser sesekali mengenai wajah beberapa pemain Terengganu khususnya Sharbinee Alawee dan sesekali juga cahaya itu melimpah ke muka Joseph Kallang. Permainan juga dihentikan seketika gara2 ada balingan mercun yang menghampiri pintu gawang Terengganu di mana Sharbinee Alawee bertindak sebagai penjaga gol. Beberapa objek juga di baling ke kawasan padang sebagai tanda tidak berpuas hati mereka. Ini menandakan sikap penonton dan penyokong yang tidak profesional dalam perlawanan. Nampaknya ada penonton yang langsung tiada rasa hormat dengan kehadiran orang2 kenamaan seperti Sultan Terengganu, Sultan Kelantan, Menteri Besar Kelantan dan juga Menteri Besar Terengganu.

Counter attack yang dilakukan dengan kekemasan penjagaan pintu gawang oleh Khairul Fahmi Che Mat, tidak memungkinkan kejayaan buat Kelantan lebih2 lagi dengan sepakan gol pertama oleh Nurul Azwa Roya dan menewaskan Sharbinee selaku penjaga gol Terengganu pada minit ke-79. Ia bukanlah penamat buat Terengganu. Walaupun kelihatan Kelantan cuba melengah2kan masa tetapi terengganu terus membuat asakan tanpa mengenal putus asa. Semangat juang Terengganu akhirnya berbaloi. Gol sepakan Abdul Manaf Mamat yang cuba diselamatkan oleh Daudsu Jamaluddin memberikan petanda malang buat Kelantan. Tandukan Daudsu telah menyebabkan bola meluru ke dalam gawang dan Kelantan senyap dari pesta kegembiraan ketika saat2 kejayaan semakin menghampiri dengan menjangkakan Piala FA mutlak menjadi milik mereka. Gol ketika masa kecederaan yang diberikan iaitu (90'+), 4 minit itu memberi semangat buat pemain2 mahupun penyokong2 terengganu. Ada di antara mereka yang telah mengosongkan kerusi2 di stadium kembali semula menyemarakkan semangat buat pasukan kesayangan mereka. 90 minit masa sebenar permainan terikat dengan keputusan seri 1-1.

Bermain dalam masa tambahan kelihatan Terengganu menguasai permainan. Pemain yang menggantikan Ismail Faruqi, Ahmad Nordin Alias menjadi wira penamat ketika bermain dalam masa tambahan pada minit 109. Hasil hantaran dari Mohd Ashaari itu telah menenggelamkan lagi gema sorakan Kelantan. Keadaan kekal sehingga tamat perlawanan dengan keputusan 2-1. Pemain terbaik malam itu menjadi milik Kapten pasukan Terengganu, Mohd Marzuki Yusof. Buat Kelantan, mungkin rezeki untuk Piala Juara Liga Super dan Piala Malaysia bakal milik anda? Siapa tahu......

p/s : rindukan saat2 kegemilangan Selangor `RED GIANT' kembali menyinari pentas final dalam MSL. Hidup Merah Kuning.....!! (lepah nih kenduri kepok lekor ler plak......)

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sahabat2 Setia

izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.