Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Wednesday, June 8, 2011

Mengintai 308 RCZ Peugeot


Bila sahaja ada tugasan di luar selalunya SJ akan ambil kesempatan melihat kereta2 model yang begitu menarik perhatian. Kali ini, sempatlah SJ meneliti setiap sudut model keluaran baru 308 RCZ Peugeot. Mungkin ada sesetengah peminat2 kereta French yang masih tidak mengetahui tentang model pasaran tempatan, RCZ yang di bawa masuk oleh anak syarikat kumpulan Naza, Nasim Sdn bhd (Pengedar Peugeot Malaysia) ini dan telahpun dilancarkan pada penghujung Mei 2011 yang lepas.

Model pertama yang lari daripada kebiasaan, jentera yang tergolong dalam segmen sport coupe ini tidak lagi menggunakan nombor sebagai rujukan modelnya. Sebaliknya, Peugeot mengaplikasikan tiga abjad yang kemudiannya memberi gambaran kepada hala tuju rekaan dan perkembangan teknologi Peugeot, Jenama Eropah No.1 di Malaysia.


RCZ merupakan satu pernyataan rekabentuk daripada Peugeot. Rekaan luaran futuristik, ruang kabin yang mewah dan enjin penuh kuasa. Ia pasti dapat memenuhi ekspektasi sesiapa yang gemar memandu dan mendapat perhatian ramai. Setakat ini, tempahan diterima mencecah 35 unit dan Nasim meletakkan sasaran jualan sebanyak 100 hingga 150 unit RCZ menjelang akhir tahun ini.


RCZ merupakan kesinambungan kenderaan gaya hidup keluaran Peugeot selepas Nasim melancarkan model 308 CC. Mula dipertontonkan kepada khalayak di Frankfurt Motor Show 2007. Berdiri atas nama 308 RCZ Concept, ia kemudian mengalami revolusi untuk menjelma sebagai sebuah jentera yang boleh dipandu di atas jalan raya setelah menerima maklum balas yang positif.


Bumbung dan cermin belakang berbentuk ‘double bubble’ yang diperbuat daripada kaca atau karbon fiber. Penampilan sporty itu diserlahkan lagi dengan rim aloi 19 inci, rel sisi perak dan bumbung berwarna hitam.


Diimport terus dari kilang Magna Steyr di Graz, Austria, RCZ ditawarkan dengan dua konfigurasi enjin. Biarpun sesaran enjinnya sama iaitu 1.6 liter, kuasa yang dijananya adalah berbeza. Spoiler belakang yang unik. Bagi unit yang dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan, enjin petrol twin-scroll turbocharged itu berupaya menjana sehingga 156 bhp dan 240Nm tork.



Diambil daripada keluarga enjin Prince, janaan kuasa bagi varian bertransmisi manual enam kelajuan pula jauh lebih tinggi iaitu 200 bhp dan tork puncak 275Nm. Enjin yang juga bersesaran 1.6 liter itu ditambah dengan variable valve lift berbanding sistem VVT standard. Kuasa enjin itu diselarikan dengan teknologi penambahbaikan aerodinamik Peugeot yang unik.



Spoiler belakang yang ada pada RCZ direka supaya dapat dinaik dan diturunkan kepada dua posisi bergantung kepada tahap kelajuannya. Ini bagi memastikan keseimbangan yang ideal antara penggunaan bahan api dan cengkaman ketika meluncur laju di atas jalan raya. Pada posisi pertama, spoiler belakang itu akan berada pada kedudukan 19 darjah apabila pemandu memecut RCZ melepasi kelajuan 85 kilometer sejam (km/j). Pada kelajuan melebihi 155 km/j pula, ia diletakkan pada kedudukan 34 darjah dan akan kembali kepada posisi 19 darjah apabila bergerak selaju 145 km/j ke bawah. Pemandu juga boleh mengaktifkan spoiler belakang itu secara manual dengan hanya menekan satu butang yang ada pada konsol tengah.

Karekteristik luar RCZ turut diserlahkan dengan lampu utama jenis xenon dengan ciri dinamik arah dan lampu belakang LED. Di ruang kokpitnya pula, kulit nappa membaluti tempat duduk dan papan pemukanya. Sistem audio jenama JBL yang disambungkan dengan enam pembesar suara dan amplifier berkuasa 240 watt. Ia juga memiliki ciri Bluetooth dan sambungan AUX. Sebagai sebuah sport coupe sebenar, RCZ dilihat menjadi saingan sengit buat model2 Audi TT atau Honda CRZ. Hanya setinggi 1.36 meter, model itu mengetengahkan setting tempat duduk 2+2. RCZ boleh dimiliki pada harga RM218,888 (automatik) dan RM223,888 bagi transmisi manual. Ternyata yang manual lebih mahal kerana ia dilengkapi dengan cakera brek lebih besar dan bar penstabil, di samping beberapa tambahan kecil yang lain.

p/s : Bersyukur apa yang ada....

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sahabat2 Setia

izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.