Tutti Frutti? Apa tu? Itu mungkin dulu pelik tetapi tidak sekarang. Tutti Frutti semakin di terima ramai dan telah di kenali hampir keseluruhan rakyat Malaysia terutama kepada penggemar2 yogurt yang memang tidak diragui tentang kandungan khasiatnya. Mempunyai beberapa size cup yang berbeza, harga di kira berdasarkan berat kandungan yogurt dan accesories di dalam cup. Taburlah kekacang, buah2an maupun aneka manisan, yang pasti yogurt perasa aiskrim ini pasti tidak mengecewakan.
Pertama kali SJ mencubanya ketika menghadiri rumah terbuka syarikat Naza Group of Companies, tempat di mana SJ mencari rezeki. Setiap tahun pasti Tutti Frutti antara menu utama yang menjadi santapan. Pastinya cup bersaiz paling besar menjadi pilihan. Setelah menikmatinya, ternyata ianya berbaloi walaupun harganya agaklah mahal jika membeli di francais2 yang berdekatan. Nah...pastinya ia telah menjadi kegemaran keluarga SJ terutama anak2 SJ, lebih2 lagi dengan pembukaan francais yang berdekatan dengan kediaman. Pastinya yogurt perasa vanilla, coklat dan original menjadi pilihan campuran untuk satu cup. Yummy...
Hurm....Tutti Futti merupakan peruncit frozen yogurt dunia dan telah diperluaskan di kebanyakan negara seperti Australia, Brazil, Kemboja, Kanada, China, Colombia, Republik Dominican, UAE, Hong Kong, Indonesia, Malaysia, Mexico, New Zealand, Filipina, Tahiti, Taiwan, United Kingdom, Vietnam dan lain2 lagi.
Well Spring Inc merupakan pembekal mesin canggih Tutti Frutti yang berupaya memproses yogurt aiskrim dengan lembut sekali. Ketika ini lebih 50 perisa yang telah dikeluarkan malah Tutti Frutti meneruskan inovasinya dalam menghasilkan rasa yang baru, unik dan kualiti yogurt yang tiada tandingannya. Ia menyediakan gula tanpa campuran dan bersifat asli.
Di Malaysia, NazaTutti Frutti (M) Sdn Bhd yang merupakan syarikat dalam Kumpulan Naza (Naza Group of companies) adalah pemegang francais utama Tutti Frutti Frozen Yogurt yang popular di Amerika Syarikat. Di terajui oleh Nurdiana SM Nasimudin, memulakan perniagaan sejak Oktober 2009 dan Sunway Pyramid merupakan lokasi tapak permulaan dengan menawarkan pilihan lebih 40 perisa yang lazat dan 30 topping yang berbeza. Penuh dengan aksesori makanan seperti kekacang, potongan buah2an manis, coklat dan gula2 yang menjadi kegemaran kanak2 menjadi tarikan, di tambah lagi dengan siraman perisa coklat mahupun strawberry.
Naza Tutti Frutti (M) Sdn Bhd juga merupakan pemegang lesen induk pada Julai 2009 untuk beberapa negara termasuk Singapura, Kemboja, Brunei dan Thailand. Sehingga kini, Tutti Frutti semakin berjaya diperluaskan dalam usaha mengembangkan jenamanya di seluruh Malaysia secara agresif. Melalui program sub-francais, Tutti Frutti Malaysia berkembang dengan jayanya sehingga ke rantau Asia Tenggara. Ia juga menawarkan usahawan peluang untuk menjadi sebahagian daripada ahli perniagaan dan begitu juga buat pelabur2 baru dari negara2 lain di Asia dan Afrika yang ingin menjadi ahli keluarga Tutti Frutti turut dialu2kan dengan berbesar hati.
Berikrar bagi menggembirakan pelanggan dengan memastikan rasa yogurt yang hebat dan berkualiti tinggi, Tutti Frutti juga berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik. Hanya Tutti Frutti, produk frozen yogurt yang diperbuat dari tenusu yang terbaik.
Matlamat Tutti Frutti "deliver the best customer experience and provide the highest quality products at an affordable price"
Naza Tutti Frutti (M) menerima anugerah "The Most Promising Entrepreneur of the Year Award di Asia Pacific Entrepreneurship Awards 2011 oleh Entreprise Asia. Selain itu, "Top 20's SME100 Malaysia's Fast Moving Companies 2011 Award oleh SME & Entrepreneurship Magazine (Malaysia's Best Selling Entrepreneurship Magazine)
Ragu2 dengan pengikhtirafan halal? Tutti Frutti Produk telah disahkan oleh Perkhidmatan Islam Amerika (ISA) yang merupakan satu badan yang diiktiraf oleh JAKIM seperti di dalam laman web JAKIM.
Selain dari lazat, aiskrim yogurt ini memang berkhasiat dan antara manfaat kesihatan adalah seperti berikut :
1. Menguatkan sistem imun dan mencegah jangkitan
2. Mencegah sembelit, cirit-birit dan kembung perut
3. Mencegah kanser kolon
4. Mengurangkan tekanan darah
5. Merendahkan tahap kolestrol
6. Mengurangkan keradangan
7. Meningkatkan penyerapan mineral
8. Mencegah bakteria berbahaya
9. Menggalakkan bakteria kesihatan dan enzim yang baik untuk badan